Sunday, May 10, 2009

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu.

Salam...

"Ibu...dari dakapan pertama, Kelahiran ku ke dunia, Engkau lebih menyediakan, Ruang yang penuh kasih sayang, Sentiasa membelai mesra...Ibu, kau memahami di setiap waktu, Bertahun kita di pisahkan, Menjalani hidup yang berasingan...Ibu, andai belum kau dengari, Bisikan kecil di hati, Inginku mengucapkannya, Kau ku kasihi, Kaulah segalanya..." Hah, actually, ni lagu promo kat tv pasal ibu bertahun2 yang lalu, somewhere late 80's or early 90's kalao tak silap. Aku rasa singer dia Salamiah Hasan.

10 Mei...di isytiharkan Hari Ibu. Tak kesah apa jugak gelaran;mak, ibu, mama, ummi, bonda, mummy, semua adalah orang yang sama, perempuan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, yang bertarung nyawa saat nak melahirkan kita, tup tup...bila anak besar, melawan cakap dia, tak dengar kata, buat dia sedih, macam2 hal karenah anak ni kan (he3x...aku ler tu termasuk)

Mama aku...Puan Azizah Yaacob, lahir 19 Januari 1959. Seumur hidup dia, fully housewife. Masa arwah papa aku ada dulu dia, ikut jer ke mana papa aku posting, maklumlah bini polis kan. Mama aku sekolah tak tinggi, takat darjah 6 jer, SK Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan. Mama aku ni, bila makin usia meningkat, muka memang sebijik muka mak dia, merangkap nenek aku yang aku pangge Tok Esah. Perangai pon lebey kureng sama, inner side derang sensitif, yang mana aku siket sebanyak mewarisi tu sekarang, wawawa...Sebab tu aku ngan derang selalu 'berlaga angin', he3x...Biasala tu, anak pompuan sulung, mesti ada tak serasi ngan mak, sebab kita selalunya manja ngan ayah, ni teori aku, btol tak, hik3x...

Ada few things yang aku salute ngan mama aku, antaranya:
a) Dia bole handle wedding adik pompuan aku, Angah dengan independently on June 2006 (masa tu arwah papa aku dah takde...). Sebagai orang yang tak pernah exposed sangat ngan dunia luar ni, dulu sumer arwah papa aku yang settle, pada aku mama aku tu berjaya la settle kan bab2 kenduri. Sepanjang preparation tu, siket pon aku tak penah tengok mama aku tertinggi suara sebab stress ker, apa ker kan. Aku yang tolong last minute ni plak pot, pet, pot, pet.

b) Hasil sikap berjimat cermat, mama aku mampu beli umah yang dia duduk sekarang kat Kota Bharu tu, takde hutang2, ok? Kalo tak silap masa tu umur dia baru 45 tahun. Duit dia sendiri tau. Tapi aku cakap ngan kowang, parents aku memang sederhana n pandai simpan duit, walaupun skolah tak tinggi, malu aku sebagai anak yang graduated tapi tak bijak urus wang, he3x...Hanya harapkan potongan gaji untuk Tabung Haji dan insurans Takaful Nasional jer, ngeh3x...That's y mama aku cukup suka kalo dapek menantu yang tak boros pasal duit.

c) Mama aku yang kasik duit down payment keta aku, ek. Banyak wooo...Aku nak guna duit aku, dia tak kasik. Aku memang camtu, kalo part2 macam nak beli umah ker, keta ker, mesti mintak permission parents dulu. Mama aku soh simpan jer duit aku tu. Bley dia nak bayar sumer, huish! Malu la aku kan, bulan2 biar la aku bayar sebab masa tu dah lebih kurang 2 tahun aku keje. Aku rasa kalo takn pasal tu, sampai la ni, aku tak pakai keta kot. Aku tak berhajat pon keta besor2, setakat Kenari Aerosport kaler merah tu jer, merangkap Red Box aku, he3x...

d) Mama aku cakap lemah lembut (tapi kalo marah lain citer la kan, tu pon kitaorang tak takut, tapi kalo ngan arwah papa, takyah crita la..)Tang ni aku tak sure apsal aku tak menurun sifat tu. Dia jalan pun slow jer...Tapi mama aku ni sifat sabarnya tinggi.

e) Masa memula dia kawen ngan arwah papa aku, umur dia baru 18 tahun. Masa tu masak sumer dia tak reti. Tapi btol tak, air tangan mak kita jugak yang kita rasa paling sedap dalam dunia, betul? Dia blaja menjahit pon, masa tu aku dah sekolah menengah. Dia blaja ngan Makcik Midah, jiran sebelah umah kitaorang masa dok berek polis kat Ipoh dulu. Usaha tangga kejayaan!

f) Masa arwah papa aku meninggal dulu, aku tengok, siket pon dia tak menangis. Aku penah tengok sekali lepas 8 bulan arwah takde,masa tu aku bawak balik kawan2 pompuan aku balik Kelantan, derang sumer serbu mama aku kat dapur, nak tengok tanya khabar, terus mama aku nangis, dia tersentuh kot. Kengkawan aku semua tersentak, termasuk aku. Tapi cakap ngan kowang, keadaan rumah aku time tu, memang terasa macam ada orang baru meninggal, padahal dah berbulan arwah takde. Masa tu kitaorang still kat kuarters PDRM kat Pengkalan Chepa, masa aku balik tu, banyak barang dah packing nak pindah, padahal umah pon takde lagi masa tu, tapi orang keliling dah sok, sek,sok, sek asal family kitaorang tak kuar lagi, teruk kan?

g) Pesan mama aku yang selalu aku ingat sampai la...jangan mengata orang, ingat kita jer yang bagus & jaga nama baik family, nak plak masa dulu, orang kenal arwah papa aku.

Nota Kaki: Ni gambo aku masa completed Executive Diploma in Human Resource Management kat UM, 1 Disember 2007. Nak amik master takut, he3x...Jenuh aku nak explain ngan mama aku yang aku tak further studies cuma amik short course jer, tapi dia tak baper paham, he3x...Ada dia letak dalam frame gambo konvo aku kat umah tu, bangga btol dia ngan aku ni kan? Hmm...ada few things lepas arwah papa ku meninggal, dia rujuk kat aku dulu yang tak tau apa2 ni, wawawa...pening aku. Mama ku tak banyak cakap, so bila tahun ni dia tanya aku ni takde kawan ngan saper2 ker, mak ai! aku stres!stres!stres! sampai tido pun sakit kepala. Tau rasa camner taim tuh, rasa macam bos kita request something, tapi we are not able to provide mende yang dia request tu, tensen siot!



1 comment:

  1. sila kawen secepat mungkin..ngeh..ngeh..ngeh

    ReplyDelete