Saturday, December 11, 2010

Temperature...

Assalamualaikum...
Hari ni Ahad, 12 Disember 2010. Macam 'pas baton' plak kesihatan aku sejak 3 minggu ni. Just now, baru balik dari klinik amik nebulizer-di serang asthma lagi subuh tadi. Beberapa hari lepas, aku sakit pinggang berpanjangan plus tekanan darah juga tinggi-kali pertama seumur hidup aku. Dan mungkin 'tekanan darah makin tinggi' bila aku terkena insiden 'kawan caras kawan'! Itu adalah antara 'kesilapan terbesar' saya seumur hidup terutamanya melibatkan kawan perempuan!
Oklah, mau stop dulu. Tubuh saya semakin lemah...

Saturday, December 4, 2010

Update Pantas...(erk, pantas ke?)

Mamy Poko: sonyap aja akak skang, becinta ke ni? :)


Assalamualaikum...

Saya sangat sibuk since lepas cuti Aidiladha ari tu...So, maaf pada kawan2 yang mencari ke mana 'hilang'nya saya (pada yang tak cari pun takpe, saya menyedari di mana 'kedudukan' saya di mata anda, wah!). Dalam masa 2 minggu ini, dunia saya hanya di kilang tempat saya bekerja; dari pagi sehingga ke malam. Tubuh tak larat toksah citer laaaa...tapi so far, alhamdulillah saya dapat menanganinya dengan baik. Cuma kesihatan sedikit terganggu; di serang asthma lagi on 29 Nov ari tu dan juga sakit pinggangku menyerang kembali semalam, tapi now dah ok.

Selalunya bila taim sibuk ngan kerja ni, salah satu theraphy aku adalah kawan2. Terutama kalo dapat sms camni, "Beb, lepas kerja ko free tak? Jom teh tarik!" Huh, trus senyum sampai ke telinga nih sambil dalam hati, "Ada jugak kawan yang ingat nak ajak aku kuar, he3x..." Tapi kalau aku rasa nak ajak sesaper, selalunya mangsa aku adalah Cik Nat la, saper lagi. Terutama hari Jumaat malam, aku mula la 'meracau' nak gi makan nasi lemak kukus Studio 5 kat Ampang, perghhhhh...Kalo taim lapor tuh, mau 2 bungkus jugak aku layan. Kalu hari kerja, sama ada opis mate aku Noorul, or housemate Sha Tuyee or my 'financial advisor' yang kije kat Alam Flora. Boipren? Ntah! Mana ntah 'dia' ilang, he3x...

Aku sangat tak sabar nak tunggu after 11 Dec 2010 sebab at least taim tu aku sempat nak bernafas sikit. Aku mau clear AL aku yang berbaki berbelas hari lagi tu...Giler penat ngan kerja2 aku, so aku mau rest kejap, sehari dok umah pun takpe, mau golek2 atas katil sambil perasan seksi, wawawawa...Esok, 5 December hari Ahad, aku ada company event ICC Convention kat Kota Permai Golf & Country Club, 11 Dec ada lagi satu event kat Shah Alam Convention Centre; incharge Protocol and jadik MC. Tu kerja tau...yang personal2, aku update later ek? Yang pasti hujung minggu sepanjang December ini maybe full, hu3x...walaupun dengan aktiviti tido tak hengat!

Monday, November 22, 2010

Hanyut...(Bukan Lagu FT!)

Assalamualaikum...

Hai! Dalam keadaan tubuh aku yang tak berapa nak 'segar' ni, aku mengambil kesempatan untuk update blog ni, atas permintaan Eza, he3x...Tulis panjang2 ek? Aku agak blank tatau nak tulis apa, siyes! Hmm...apa kata kita citer sikit pasal perkahwinan? Memandangkan sekarang ni dah masuk musim ramai orang wat kenduri kan? Dan entry ni merupakan entry aku yang pertama untuk label seperti yang tertera di bawah. Mintak maaf yer ustaz, pinjam title buku ustaz yang best seller ni. Dan untuk penghadiah buku ini padaku, saya sangat2 menghargai hadiah comel mu ini!

Semalam, dengan memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, jam 7.45 pagi, saya selamat sampai ke kenduri perkahwinan 'kamus bergerak' saya, Encik Bajet dan pasangannya. Sede molek ambo sapa nge saing2 lain jugok; Sha Tuyee, Mahera, Ayah Pi dan Ady Yat. Saya mengenali Encik Bajet, eh, tukar aku lah, best siket, hu3x...Aku kenal Bajet lama tak lama jugak la, sejak tahun penghujung tahun 2002, masa aku kerja kat Mid Valley. So, maksudnya, dah 8 tahun jugak la, kitaorang kenal. So, kalo ada 'mamat2' yang nak ngorat aku, maybe sumber rujukan aku di antara kalangan kawan lelaki yang kowang bley refer aku ni camner, haaaaa...bley tanya dia, ngeh3x...Kawan lelaki yang bijak mengawal perempuan, inilah orangnya! Muahahahahaha...Ko memang charming, bro! Dan ketua kumpulan yang baik, hihihi...So, malas nak panjang cerita, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, dan moga kekal hingga akhir hayat, aminnn...

Ok, tutup cerita tu. Kowang tau tak, sejak bulan lepas aku sangat suka layan lagu 'Hanyut' nyanyian Faizal Tahir. Sangat suka! First taim aku dengar lagu ni masa beli album Adrenalin (original ek!), aku dah tau lagu ni best! Hmmm...just now, aku berkesempatan chatting dengan seseorang, isteri kepada seorang kenalan lelaki yang agak rapat jugak dengan aku. Pasangan ini masih muda dan usia perkahwinan baru nak masuk setahun. Aku lebih mengenali si suami sekitar 3 tahun lepas, kenal jugak la family dia. Nak kata tak rapat, rapat jugak tapi not so close yang aku boleh tahu semua 'sides' dia. Dan tadi, first taim actually aku berbual dengan si isteri.

Bermula dengan perbualan biasa, sedikit demi sedikit terbuka satu2 'pergolakan' yang berlaku dalam bahtera yang baru setahun jagung itu. Pembongkaran yang sangat mengejutkan terutama pada aku yang memang kenal baik dengan si suami. Sukar untuk di percayai tapi itulah yang sedang berlaku dan sedang di hadapi si isteri. Satu dugaan yang maha hebat bagi seorang wanita muda seperti dia. Mula2 aku memang janggal nak menjawab soalan2 yang di tanya si isteri terutama berkaitan perihal si suami sebab memang aku jenis tak suka nak masuk campur urusan rumahtangga orang.

Pada aku, hubungan suami isteri atau hubungan pakwe-makwe yang serius misalnya, jika berhadapan dengan apa jua masalah, lebih baik di selesaikan antara kalian terlebih dahulu; berbincang mana yang perlu, cakap dari hati ke hati, apa yang kita fikir dan rasa dan begitu jugak dengan pasangan kita, sebelum ada 'campurtangan luar' yang mungkin akan lebih memburukkan keadaan. Jika salah seorang memerlukan ruang untuk dia berfikir dan bersendirian, sila lah berikan ruang tersebut dan jika sudah bersedia, berbincanglah sebaiknya dan of course matang. Sebab hidup berpasangan, tentunya akan ada konflik perselisihan faham sebab kita masing2 adalah individu yang berlainan, cara di besarkan, latar belakang keluarga, cara didikan, cara berfikir kita apabila melihat satu2 perkara, sudah tentu berbeza. Walaupun berkongsi beberapa perkara yang sama seperti minat, belum tentu kita 'sehati sejiwa' dari segala segi.

Berbalik pada cerita si isteri, sesungguhnya aku memahami keadaan dia. Jika aku berada di tempat isteri, kemungkinan besar juga aku akan melakukan perkara yang sama. Tempoh 2 ke 3 tahun (atau lebih) perkenalan sebelum berkahwin, bukanlah jaminan kita akan sangat2 mengenali pasangan kita. Terutama kisah2 silam pasangan. Dengan kuasa Allah, tak siapa yang akan menduga apa yang akan kita bakal tempuh dalam satu bahtera yang di namakan rumahtangga, apatah lagi situasi yang tak pernah terjangkau dalam fikiran kita. Mungkin masalah yang di hadapi, kita pernah dengar melalui pengalaman orang lain, pembacaan, etc tapi bila diri sendiri yang menghadapinya, pastinya situasi itu berbeza. Bagaimana tindakan kita jika berhadapan dengan masalah tersebut? Bakal gila kah kita bila di uji sebegitu rupa? Kuat dan mampukah kita? Perlu meminta pertolongan dari orang tua ke? Si isteri berkongsi pengalaman, ketika mula2 si suami 'buat perangai', hidup si isteri memang kelam kabut. Namun, hasil sokongan orang2 terdekat, si isteri mengumpul kekuatan untuk menyelamatkan rumahtangga yang di cintainya. "Kak, doakan Allah kembalikan suami saya. Saya mahu selamatkan dia dari terus hanyut. Saya akan berusaha selamatkan rumahtangga saya walaupun mungkin satu hari nanti saya akan terkorban. Allah itu Maha Besar, setakat mana kuasa syaitan dan iblis itu, Allah itu lebih berkuasa..."

Aku mengenali 'si durjana' yang di dakwa cuba meruntuhkan masjid yang di binanya itu. Dan ketika si isteri sekarang ini, masih dalam proses menyiasat, si isteri tergerak hati untuk bertanyakan pada aku mengenai 'si durjana' tu. Dan kuasa Allah juga, detik hati yang aku pernah rasai ketika mula2 melihat 'si durjana' dan si suami ke rumah aku sekitar tahun lepas, ternyata ku temui jawapannya malam ini. Dan aku tak pernah langsung bercerita dengan sesiapa tentang apa yang aku rasai pada masa tu dan ternyata Allah memang mahukan aku luahkan sendiri pada si isteri tadi. "Ya Allah....betul ke, kak? Nampaknya banyak yang saya tak tahu, saya dapat tahu dari akak."

Secara jujur, 'pergolakan' mereka ini aku dah tahu sedikit awal dari mulut tuan empunya badan, dan sumber yang memberitahu adalah sangat authentic. Dan so far, bila berdiskusi mengenai hal ini, aku dan 'sumber' hanyalah berniat untuk membantu menyelamatkan rumahtangga mereka, tiada campurtangan dari segi hasutan, buah fikiran segala. Cuma 'sumber' tak bercerita in detail pada aku, ada certain2 perkara biarlah tuan empunya badan sendiri yang bercerita. Aku cuma berkongsi maklumat yang mana aku sendiri ada pada 'masa kejadian'. Mujurlah si isteri bukan jenis yang cepat melatah. Pada aku, dia sangat sabar, kuat semangat dan tabah hati. Masa mula2 tahu pasal hal ni pun, antara reaksi aku, " Hey, itu bukan 'dia' lah!(merujuk pada si suami)" Sebab si suami yang ku kenal, tidak sezalim itu. Dan ternyata, apabila di rujuk pada yang pakar, si suami 'di ikat' oleh seseorang. Ya Allah...keji sungguh permainan 'si durjana' itu. Sudahla di ganggu si isteri dengan sms2 yang kurang ajar, main 'kotor' pulak lagi, haishhhh! Aku cuak jugak, sebab few times pernah termakan air tangan 'si durjana' nih, tapi so far rasanya insya Allah, takde apa2.

Hidup aku selama ini sangat lurus dan mudah, jika mahu dibandingkan dengan kesukaran orang lain. Apatah lagi, aku jenis yang bersangka baik pada semua orang. Sesungguhnya aku bersyukur yang aku banyak belajar dari pengalaman orang lain, ada pengajaran berguna yang aku akan dapat. Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah, tanggungjawabnya sangat besar. Pada aku untuk melayarinya, apa yang paling penting adalah mesti berdasarkan syariat Allah dan sunnatullah, insya Allah akan membawa kepada sakinah, mawaddah dan rahmah. Gelombang pasti akan datang melanda, dan terpulang pada kebijaksanaan, kematangan dan kesungguhan kita mengendalikannya.

He3x...sekian dari saya, Cik Kodok Manja yang single mingle.

Nota kaki: Saya memang tidak mahu berjauhan dengan pasangan saya, susah senang bersama2, dan cuba menyediakan makan minum dari hasil air tangan saya sendiri, sebab tu saya mahu jadi surirumah, wawawawawa...


Friday, November 12, 2010

Kembali...


Salam... Hu3x...Terima kasih pada junior ku, Miss Eza Faizawatee yang membuatkan aku terasa nak menulis balik. "Saya suka baca sebab Kak Mirza banyak cerita!", muahahahahaha...Sesungguhnya ku sebenarnya agak malu kalo orang baca blog aku sebab aku tak reti sangat menulis. Bahasa pun tak bagus, contents pun lebih kepada pasal diri sendiri jer. Dulu masa kat UIA, aku ada join Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), tapi tak aktif pun. Aku minat nak join pun sebab derang aktif organize teater performance. Aku cuma pernah join skali program kat DBP, dengar discussion pasal kesusasteraan kat Asia Tenggara dengan few AJK persatuan. Aku tau aku tak kreatif sangat bab2 penulisan ni, so kalau ada cabang penulisan yang aku minat nak buat pun penulisan biografi, tapi sayangnya aku tak sempat amik subject ni masa study kat ASK. Hmmm...tak dapat jadik penulis besar pun, jadik penulis blog pun ok la kan?

Masa sekolah menengah dulu pun, aku pernah join Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio, tapi uwaaaaaa...memang tak berkemampuan! Dah la kena usung mesin taip ke hulu ke hilir, seksa!

Nota kaki: Penulis lirik lagu yang paling aku takleh gi...

Saturday, October 30, 2010

Kepenatan...

Salam...

"Aku rasa mungkin lepas ni aku akan pergi mencari mood untuk menulis yang semakin hilang.
Mungkin juga ini post yang terakhir & blog ini akan ditutup.
Mungkin akan berhenti untuk menulis di sini."

Cik Nowwa, saya pinjam kata2 mu ini untuk di tepek di sini...sebab saya sedang mengalami feeling itu sekarang, hu3x...Penat mental siot! Mood menulis jer yang ilang tapi mood bercakap so far, ok lagi, muahahaha....ni sumer sebab taik lalat pusaka kat bibir aku ni. Tapi selalunya, kalo aku penat, memang aku akan kurang bercakap, malas nak layan orang, dan suka perhati jer.

Tolong jangan fikir yang aku ni sangat 'giler kerja', ok? Tapi kepenatan aku banyak berpunca dari kerja2 aku, siyes tengah menimbun, dengan company event lagi, tak mampu nak fikir banyak, giler penat. Sepanjang minggu lepas, 3 hari berturut2 aku amik 'pain killer' sebab sakit kepala yang berdenyut2. Cepat lapar sampai pedih perut pun yer, maybe sebab selera makan pun dah susut. Dan hasilnya, hari Jumaat itu, orang2 kat opis ada yang tegur camnih,"Weyyy...nampak susut laaaa...diet ker?" Aku rasa biasa jer, sebab tubuh aku tak jadik cam tubuh Zizie lagi ni, haishhh! Dan bila aku sangat kepenatan, 'keuzuran' ku juga lebih awal dari biasa.

Sebelum berundur, hmm...sepanjang sebulan lebih ni, sampai la ke minggu ni, aku sangat 'kurang senang' di ganggu lelaki2 yang aku tak kenali. Ada la dalam 2,3 orang. Laki orang pun ada, eeeeeeeeeee....Aku kenal pun tidak, tup2 mau ajak kuar, sorry la ek. Dari usia aku remaja lagi, aku takkan keluar ngan lelaki yang aku tak kenal, never! Paling tidak, aku akan bawak kawan2 aku jadik escort. Aku ketawa tak tahan geli hati bila received satu sms pagi semalam yang berbunyi,"Nyanyi dia dalam kereta yer...:) Selamat pagi!" Ntah dari sapa2. Petang sebelum tu, ada khabar angin sampai ke telinga aku, bila sorang Supervisor ni tanya camni,"Mirza, saya nak tanya ni, jangan marah yer...Betul ker dah nak kawen dalam waktu terdekat ni? Kenapa kitaorang tak dapat kad jemputan lagi?" Aku memang tergamam....sebab masa ni lah aku terasa macam mana sorang artis rasa bila tersebar2 khabar2 angin pasal nikah kahwin ni, muahahahahahaha...

Untuk Cik Kodok Manja, jaga diri baik2 yer!

Nota kaki: Lembutkan lah hati kami...

Saturday, October 23, 2010

Ceritera Cinta...


Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

Nota kaki: Kerap sungguh aku melayan lagu ni lately...selain lagu Hanyut-Faizal Tahir dan Cinta Tiada Akhirnya-Jaclyn Victor

Sepanjang Minggu...

Salam...

Sepanjang minggu ni, aku sibuk lagi kat ofis ngan kerja2 menimbun tu. Dan sepanjang minggu ni juga, dengan kerja2 yang menimbun tu, ada few things yang membuatkan aku 'berlaga angin' ngan bos aku. Bukan aku sorang, tapi colleague2 aku juga. Memang tetiap hari meluahkan rasa tak puas hati sesama kitaorang. Tapi tu lah kan, kita tak jadi bos lagi, mana tau kalo jadik bos sok, kita akan behave macam bos2 kita jugak, Allah tu Maha Mengetahui kan? Aku start kerja hari Selasa tu, balik lewat jugak, sekitar jam 10 malam. Tu pun sebab mata aku dah berair...penat sangat.

Rabu, aku blah awal sebab ada plan nak kuar ngan Cik Natrah, nak jumpa si Cairul kat Sentul. Paling last aku jumpa mamat ni masa wedding dia December tahun lepas. Kitaorang gi lepak kat kedai makan si Wawan-kawan Cairul yang la ni dah jadi kawan aku plaks, he3x...(mamat ni pernah majuk ngan aku bila dia called, tapi aku masa tu sibuk shopping kat Pavilion, hu3x...) Wawan ni memang pandai masak, so far dia masak apa pun memang aku suka. Hubungan aku ngan Cairul lebih kurang macam 'kakak-adik' dan Natrah adalah best fren Cairul sejak skolah menengah since Form 4. Masa kitaorang kerja Jusco, aku kenal Cai dulu, then Nat. Pastu, aku rapat ngan Nat pulak, sebab sesama gediks, muahahaha...Walaupun kami saling mengenali antara kami bertiga, tapi dalam beberapa perkara, aku still respect friendship Nat-Cai sebab pada aku mereka lebih dulu saling mengenali sebelum aku. Aku sama sekali takkan 'overshadow' their friendship atau 'memandai2' tak tentu hala. Sebagai kawan, kita tentu boleh rasa 'degree of closeness' kita setakat mana. Ada perkara2, kita perlu respect 'life' kawan kita walaupun dia nampak tak kisah, tapi mana tahu dalam hati sebenarnya dia sangat kisah kan? Sometimes kita kena tengok 'context' masa tu camner. Kitaorang berborak sampai jam 11 malam lebih kurang. Then, Nat ada something personal need to discuss with Cai, then aku biarkan derang berdua, sementara aku tunggu jer dalam kereta.

Khamis, aku outstation ke Pekan. Terkejar2 nak settle macam2 mende. Dan session 4.30 petang, benar2 mencabar keupayaan intelektual aku, bila terpaksa berhadapan dengan 'national union'. Ternyata aku sangat terkejut ngan situasi yang aku hadapi waktu tu yang sepatutnya perkara2 itu di jawab oleh bos2 aku, isk3x...Hmmm...pengalaman berhadapan dengan lebih kurang 30 orang pekerja lelaki dan aku sorang jer wakil HR, perempuan plaks tu, isk3x...memang berpeluh, beb! Apatah lagi awal2 tu derang refuse untuk sign Letter of Appointment tu setelah tertangguh sebanyak 2x. But finally, aku managed untuk make sure kesemua mereka menurunkan tandatangan tu, tanpa ada rasa ragu2 (kena sharpen art of negotiation aku nih...). Dan after sejam sesi tu berakhir, menggigil aku still tak hilang lagi, hu3x...Aku memang selalu bernasib malang taim2 bos aku patut handle or attend mende2 penting, tapi selalu jatuh kat aku, uwaaaaaaa....Aku anggap, mende2 ni mematangkan aku, itu jer. Dan aku sampai Shah Alam,sekitar jam 11 lebih, pukul 1 baru aku sampai umah.

Jumaat aku masuk lewat, penat mental toksah citer la...Dah la bos aku tepon, marah2 aku pasal mende yang tak confirm lagi, lagi aku rasa macam malas nak layan dan menambahkan degree keras kepala aku. Masuk jer ofis meeting itu ini, orang kejar itu ini, memang kepala aku berat jer...Dan after Maghrib, tanpa di rancang, aku dan Noorul telah 'terlajak perahu' ke TGV Sunway untuk tengok wayang. Kitaorang telah aci redah untuk menonton 'You Again', memang kelakar citer ni, dan sangat layan! Kuar jer, lapang kepala tak ingat kerja2 ofis. Oh ya, buat kali pertama dalam hidup, saya makan Burger King ek, he3x...


Hari ni Sabtu, memang pagi adalah waktu aku bergolek2 atas katil. Bangun awal pun, aku malas nak bangkit dari katil. After Zohor, aku ajak Yie gi PWTC, bukan tengok Persidangan UMNO tapi menyibuk kat gerai jualan kat situ, saja jer. Terbabas beli 2 pasang kain dan beberapa bijik kerongsang. Aku nampak Zizie Ezette! Sangat chantek! Tapi aku kompius kenapa ada beberapa orang sblom ni termasuk mama aku, bila tengok Zizie ingat aku, memang sangat tak sama! Then, gerak pi umah adik aku, main2 ngan Pya, mengclearkan stok2 baju adik aku, 8 lebih, aku balik umah Keramat, sibuk la online sampai la, he3x...

Nota kaki: Yang kat atas tu, gambar masa berbuka bulan puasa ari tu ek...Ngan budak Law batch aku, terjumpa balik taim tu sebab yang ajak aku join ni, mostly yang aku kenal sumer brothers jer, he3x...Wife orang lain sumer nampak muslimah jew...


Monday, October 18, 2010

My Monday...


Salam...

18 Oktober 2010 - aku apply Annual Leave (tu pun ada sms dari opis yang masuk, siap call juga...). Pagi2 lagi aku dah merayau ke Batu Caves untuk breakfast nasi kerabu daging bakar dan telur masin (aku marah kat mamat yang amik solok lada terakhir itu!). Then gi CIMB Bank jap, pastu gi PTPTN kat KL Sentral untuk bayar hutang, hu3x...Hmmm...tengok2 balance dan yang tertunggak tu, macam aku mampu la abiskan kot, insya Allah. Takper, bayar sikit2 sampai la abis December 2012 nanti. Masa tu dah 34 tahun, yeah!

Pastu gi merayau jap kat Jusco AU2, beli toiletries dan aku terbabas untuk lunch my faveret gulai lemak cili padi daging salai kat Asam Pedas Melaka. Then, gi Bank Islam, masuk duit 'akaun kawen', pastu bayar hutang2 kat post office. Aisey, lupa plak nak bank in duit insurans tadi. Then, merewang ke Popular, terbabas beli 3 novel karya Lily Haslina Nasir.

Malam, lepak2 ngan 'diari bergerak' kat Leha Kelfood, jadik secretary tukang tulis nama orang atas kad jemputan. Kol 11 sampai umah, online, jap lagi aku mau tido...esok kojo. Gud nite!

Sunday, October 17, 2010

Kalau Jadi Lelaki...

Salam...

Petang Rabu baru2 ni, alang2 nak stayback, lepas jer abis meeting ICC, aku ajak si Noorul Legal opis aku gi melantak. Dan kitaorang kuar bertiga sebab Si Ken, Exec Security nak join skali. Aku tak berapa rapat sangat ngan Ken walaupun kitaorang satu department, nak plak aku selalu dengar budak2 ni citer tentang sifat 'poyo' mamat ni, he3x...Tapi so far, aku ok jer ngan dia. So bila dia 'poyo', aku dah mentally prepared untuk itu dan layan jer la, apa ada hal. Mamat ni kalo tak silap aku, dah 4 tahun jugak la kerja ngan company kitaorang tu. Pernah jumpa wife ngan anak pompuan dia sekali masa dia bawak gi Career Fair ari tu. Ya Allah! Anak perempuan dia yang berusia setahun lebih tu, sangat la comel dan keletah. Bila aku tegur dia, terus dia nak melompat turun dari dukungan ayah dia dan nak aku dukung, tergamam jap aku. So comel dan menghiburkan.

Ok, berbalik pada cerita kitaorang lepak2 tu, selalunya aku suka lepak kat satu kedai mamak kat Seksyen 20 tu. Borak punya borak, ntah macam mana, kitaorang tanya Si Ken ni, kalo lelaki2 yang ada kat ofis tu, spesis lelaki yang macam mana yang sesuai ngan kitaorang. Saja nak tau dari pandangan mata kawan satu opis kan, he3x...Untuk Noorul, Si Ken pun cakap la yang dia sesuai ngan Encik MIS sebab sekian2 reasons, hmmm...macam tepat juga sebab orang lain pun pernah komen hal yang sama.

Untuk aku, Si Ken komen, aku sesuai ngan Encik AMN sebab aku banyak cakap dan suka berceloteh, so aku sesuai ngan lelaki yang pendiam, erk??? Terus aku bukak cerita, masa memula kerja situ pun, aku memang suka tengok Encik AMN sebab dia quiet, pemalu, senyum jer. Aku pernah usik dia, merah padam muka dia menahan malu, weh! Aku ni lagi malu, lagi aku suka usik, muahahaha...Tapi tu lah, orang pendiam ni suka pendam. Macam ari tu, aku dengar citer, Encik AMN ni stress teruk sampai dia pernah jatuh n 'black out' jap, scary arhhh...Sampai HOD dia kena pangge ngan CEO. Btw, whatever it is, sama ada Encik MIS atau AMN, dua2 tu laki orang ek, muahahahaha...Bila kitaorang tanya Ken, kalo kat ofis tu, dia suka perempuan yang macam mana, dia mentioned nama Puan ES dan Cik FF. Aku ngan Noorul semyum jer sebab taste dia memang sama ngan Uda2 di luar sana, he3x...

Balik ofis, Noorul citer2 ngan si Timah, Payroll Assistant. Then Timah tanya, "Kalau Kak Noorul jadi lelaki, akak nak girlfriend macam mana?" Then Noorul jawab, "Kalo akak, prefer macam Kak Mirza sebab dia fleksibel, boleh bawak ke hulu ke hilir, pandai bawa diri." Aku? Erk, pengsan! pengsan! Masa kat UIA pun, kawan2 pompuan aku pernah kasik komen yang sama. He3x...itulah saya di mata kawan2 perempuan saya. Tapi tu lah, derang ni sumer tak pernah tengok sisi aku yang laen lagi kan, ha3x...


Rileks...

Salam.

Hujung minggu yang merilekskan (eh, ada ker words ni dalam Kamus Dewan ek???). Start dari wiken ni sampai la, wiken ujung bulan ni, adalah masa untuk lepak2 dengan tenang dan nyaman (walaupun aku bawak balik 4,5 claims untuk di verify, hu3x...). Penat mental toksah citer la...Dan selalunya, kalo aku penat kerja ni, perkara yang akan membantu mereleasekan aku adalah lepak ngan kawan2. Nak plak kalo kawan lepak makan lepas kerja, lagi la aku suka, muahahaha...Dan sejak minggu lepas, kerja aku dalah makan non-stop seperti terkena jangkitan symptom kegemukan.

Hari Jumaat, lepas Maghrib aku terus cau balik Keramat. Alang2 lalu Ampang tu, aku wat appointment ngan Cik Nat untuk makan nasi lemak kukus daun pisang, perghhh, terbaik! Lagipun, malam sebelum tu, dia sms aku ajak chatting sebab tetiba dia rasa nak merepek meraban ngan aku, tapi sayangnya kalo kat Shah Alam, aku memang tak online. So, aku nak redeem balik la bila kuar lepak2 makan. Aku bedal sampai 2 bungkus nasi lemak lazat itu! Lepak2, gelak2 meraban dari pukul 8.30 malam sampai 11 malam.

Esoknya, aku breakfast nasi goreng cili padi Seksyen 13 ngan Sha Tuyee. Alang2 aku nak gi ofis, aku plan la breakfast skali. Aku memang suka kalo breakfast ujung minggu ngan kawan2, takyah jumpa lama2, kejap pun ok. Then, aku berkampung kat ofis sampai pukul 3 petang, tu pun aku dah tahan sebab mata aku berair sebab ngantuk giler siot! Penat mental pun yer. Dan sebagai balasan, aku memang tido mampus bila sampai umah Keramat, muahahahaha...

Bangun pagi Ahad dengan kualiti masa tidur yang cukup bagus! Cover yang tak cukup tido sepanjang minggu. Macam biasa, basuh kain, then aku antar servis kereta kat Ah Seng Setiawangsa. Pastu, kuar ngan kawan lama aku, kitaorang lepak kat Wangsa Walk dari 10.45 pagi sampai 2.45 petang. Asalnya nak gi Red Box, tapi aku request tukaq plan ke sesi makan2 jer sebab bley borak lama. Now, lepak2 kat umah sambil belek2 baca suratkhabar. Esok, aku Annual Leave, yeahhhhhhh!!! Mau pigi PTPTN, nak check hutang sebab mau merancang perkara2 penting untuk tahun depan, chewah! Jeng, jeng, jeng...

Nota kaki: Allah memang boleh 'balikkan' perasaan di hati kita bila2 masa, oleh itu jangan cakap besar, ok?

Monday, October 11, 2010

Ini Hari...

Salam...

Akibat bergolek2 manja di atas katil malam tadi, lepas makan ubat selsema, aku tertido dengan jayanya sampai kol 7 pagi! Uwaaaaaaa....aku terbabas tido la, camner leh jadik camni nih? Kunci jam kol 5.30 pagi pun tak sedar, sah! tido mati! Sedar2 jer, langit dah cerah dan handset aku tercampak atas lantai, adehhh...mujur bukan Blackberry noq! Kelam kabut aku bangun, dah la dari umah Keramat plaks tuh. Dalam terhegeh2 tu, kol 8 jugak la aku kuar umah (gilo ko masuk kerja kol 8, ek?). Nak masuk MRR2, aiseyyy...jam giler nak masuk Ampang. Buat2 terer, aku try masuk DUKE, terus NKVE, tup2 area Kota Damansara jam, uwaaaaaa...Dah la first taim lalu, pastu aku tatau nak exit kat mana, muahahahaha...Lagi gubra bila aku nak exit Plaza Tol Shah Alam, aku nampak signboard Bukit Jelutong, erk? Tapi redah jugak, mujur la betul, phewww...Tapi dalam 9.15 pagi jugak la baru den sampai opis, hu3x...

Penat 3 minggu lepas tak ilang lagi, kerja opis yang bertimbun, membuatkan saya sangat tak larat ini hari tapi tahan jer...tang mata usah cakap la...memang nampak bantal jer. Ok! Jangan buang masa, teruskan niat untuk memohon Annual Leave Isnin ni, 18 Oktober! Dan juga cuti raya aji juga! Plant shutdown 17 Nov - 21 Nov, so aku ingat nak amik cuti 16hb, sehari sblom tu, mau kelik Klate, yeay! Hmmm....sedapnya bau kuah laksam....

Nota kaki: Saya suka jejaka pendiam tapi murah senyuman dan memandang dengan penuh kasih sayang....Bercakap bila perlu tapi fikirannya bernas dan penuh kematangan. Menjadi pendengar yang setia, baik dan memahami. Lebih manis jika kami berjauhan, dia merindui celoteh2 keanak-anakan saya, muahahahaha...Saya merindui wajah Uda kesayangan ku itu...

Sunday, October 10, 2010

'Fong Sai Yuk'...

Salam...

Aku bukan nak cerita pasal kung fu bila letak title filem Jet Li nih...Sejak dari lepas cuti raya bermula 20 September sampai la hari ni, aku sangat penat tak hengat terutamanya mental sampai bila jalan pun, aku rasa macam tak jejak tanah, ala2 melayang. Kalo aku berangan lebih, konfem aku dah terbang dari pokok ke pokok kan ngan selendang panjang berjela melilit kat pinggang. Kerja aku sangat menimbun dan lebih memenatkan bila ada few kerja bos aku yang kena cover. Geram toksah citer la, layan jer walaupun 'gosip di kalangan budak2 department' makin panas!

Hari ni Ahad, aku kerja, jaga booth untuk Career Fair kat Mid Valley Exhibition Centre, baru sejam aku sampai umah ni. Aku memang rasa nak cuti jer tapi memandangkan banyak lagi kerja yang tak settle, terpaksa la aku kuatkan semangat. Maybe aku nak apply cuti next week kot, 18 Oktober, annual leave pun berbelas hari lagi ni nak clear. Aku mau lepak2 kat umah, tido sambil belek2 buku resepi, try wat puding roti, erk?

Hmmm...sangat letey lorrrr...Tapi takper, kesibukan ini telah sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan aku yang selama 3 hari ari tu. Tak sangka plak yang opismate pun concern dengan 'personal issue' aku tu, mereka memahami. Noorul Legal memang tak pueh ati hari Isnin tu bila aku cakap yang aku tak cukup tido bila mata aku laen macam, padahal aku baru pas 'meleleh', muahahaha...Dia siap discuss ngan member sebelah meja dia, "Eh, apa 'personal problem' Kak Mirza tu ek? Dia gaduh ngan boyfriend dia ek?" Hari Rabu baru aku share ngan derang sikit2 taim lunch hour, tu pun aku wat summary, he3x...

Dan pagi Khamis, bila received email dari Cik Nat yang bertitle,"How's ur morning?", berjaya membuatkan aku senyum sendiri. Dan aku tersentuh ngan statement terakhir di penghujung email yang tertulis," Ko jangan sedih2 sebab ko seorang yang sangat happy go lucky. Bila ko sedih, ko akan sedih yang amat sangat..." Hik3x...kenal sungguh ko ngan kawan ko ni kan? Proses mengenali rakan baik atau rapat bukannya boleh mengambil masa 3, 4 bulan tapi bertahun kan? Itupun melalui satu proses yang di namakan 'communicate'...bukan mudah dan singkat. Hmm...saya akan sedih bila hati saya terluka, terutama dengan orang2 yang mengaku rapat dengan saya. Dan selalunya orang2 ini memang tidak sedar mereka telah melukakan hati saya. Dan selalunya saya akan merawat hati saya sendirian kerana mungkin saya seorang saja yang menganggap perkara itu penting tapi tidak bagi mereka.

Walaupun penat dengan kerja dan 'kesedihan', sikit terubat bila hari Sabtu semalam, menghabiskan masa jenjalan ke umah kawan2 yang dah lama tak jumpa. Kiranya YB Datin Paduka Mirza memenuhi jemputan kawan2 la, ada 4 rumah semuanya. Tenghari ke Sungai Pusu, Gombak - besday party anak Chaun yang bongsu, umur 2 tahun. Ala2 macam farewell jugak la sebelum dia berangkat ke UK lagi 2 weeks. Sempat jumpa Tok Ijal gak kat situ 1 family. Main2 ngan anak2 perempuan dia, best jer. Then, gerak pi Kajang; Puncak Saujana dan Taman Desa Baru, dekat2 ngan Jusco Cheras Selatan. Satu adik member bertunang dan satu lagi open house. Owh, aku sangat kagum ngan kawan aku Encik Lawyer itew yang la ni sudah memandu Harrier! Dengan umah 2 tingkat corner lot dengan interior cantik siap ada air terjun kat belakang laman umah, sangat mengagumkan aku! Taim aku sampai tu pun, kereta2 tetamu sumer gah2; Toyota Vios, Honda City segala, aku segan ngan Kenari merah gagah berani aku tu. Then, after Maghrib, ke Setapak plak, untuk makan2 lagi di umah Cik Pujah, sambil bermesra ngan 3 anak2 nya; Arif, Insyirah dan Munawir, best!

Oklah, tubuh semakin tak larat...mau golek2 manja dulu atas katil. Daaaaaa...

Nota kaki: Perlu tak aku beli Nikon D3100 ni aaaaaa....aku rasa sungguh tercabar bila melihat advertisement itu tempoh hari! Notebook dan Blackberry juga, haishhh!


Monday, October 4, 2010

Sudu dan Kuah...

Salam...

Takde mood nak berceloteh, di luar nampak ok, tapi 'ku lindung kedukaanku...'. Hati saya masih di rundung kesedihan yang agak 'terlampau', kecewa juga bercampur baur. Sabtu malam, ku takleh lena langsung sampai 3.30 pagi. Hatiku 'menggelegak', 'panas' sehingga mengalirkan lahar berupa sungai kecil dari kelopak mata. Pagi Ahad, berlagak seperti tiada apa yang berlaku tapi ternyata bila mulutku meluncur laju bercerita, 'lopak air' kecil itu masih bertakung, itu tanda hati aku masih tidak boleh terima. Dan hari ni, 3 kali 'kejadian' yang sama berulang - 2x ketika memandu dan ketika sibuk wat kerja di meja kerja, tanpa ku sedar.

Semuanya kerana 'sudu dan kuah', yang mana hati kecilku sudah boleh kesan sedikit sekitar 4 bulan yang lalu...Anehnya, aku sudah 'terasa sesuatu' masa tu tapi tak pasti apakah ia...dan Tuhan menunjukkan sedikit demi sedikit sekarang ini. Ya Allah, adakah ini petunjuk supaya aku lebih mengenali diri sendiri, kelemahan diri tanpa menuding jari menyalahkan orang lain?

Hati...menangislah selagi kau mahu...

Nota kaki: Home....

Saturday, October 2, 2010

Manja Alone Lagi...

Salam...
Oleh kerana Cik Manja MALAS MAU LAYAN any work office related matters this weekend (walaupun dia ada bawak balik 2 bundle claims untuk di verify...), tapi jom kita tengok, schedule dia untuk this weekend, ok?
Sabtu, 2 Oktober 2010
1. Makan-Makan Raya Invitation by Min
- Junior UIA ku, kenal sejak matriks lagi, satu blok dengan ku. Dah lama giler tak jumpa sejak ku kuar UIA. Tengok address...Taman Sri Pulai 3, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, jam 1.30 pm - 5.30 pm.
Status: Tak dapat join sebab baru bukak email pagi tadi, isk3x...Nak plak aku di landa 'sakit orang pompuan' secara tetiba, membuatkan kaki aku agak kejang untuk driving jauh2, konfem jam. Maybe next taim ya...
2. Majlis Silaturrahim dan Sambutan Hari Raya 2010
- Di organize oleh junior2 yang aku memang tak kenal masa skolah rendah kat SK Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh. Buat kat skolah, hu3x...Syoknye! Start 2.30 - 6.00 pm.
Status: Asalnya nak join sebab date asal ialah 18/9/2010, bab2 turun Ipoh, aku memang ok jer. Tapi bila tukar date, hmmm...pikir balik, konfem penat nak drive kalo baru balik outstation kan? Sorry yer adik2...
3. Rumah Terbuka Aidilfitri invitation by Puan Mel
- Kalo aku jadik turun Ipoh tu, memang konfem aku akan melencong ke sini. Puan Mel, kawan aku masa stay kat kuarters FRU Ipoh, kira jiran la walaupun lain blok, lain skolah juga. Lost contact berbelas2 tahun. Jemputan di Kuarters Polis Ayer Tawar, Manjung, Perak, dari jam 4.00 pm - 10.00 pm.
Status: Sorry ek, next taim...Eh, abis 10 malam ek? Sempat lagi nak meredah pegi Perak nih, hu3x...
4. Makan2 Raya jemputan oleh Cikgu Ikin
-Hah, yang ni aku leh attend, lagipun kat Kuarters Institusi Pendidikan Lembah Pantai, Bangsar, dari jam 11 pagi - 6 petang. Ikin, kawan aku masa sekolah menengah, satu hostel. Husband dia pun sempoi sebab dah pernah 2,3x jumpa dan bley ingat aku sebab first taim jumpa masa derang dating kat Jusco Mid Valley, terserempak ngan aku tengah kerja kat situ. Dia bertambah ingat bila melihat aku pot, pet, pot, pet berborak ngan Ikin tu, ha3x...
Status: DONE!
5. Baca Yassin sempena Umah Baru & BBQ
- Kawan aku masa satu kelas NLDP Jusco, si Firdaus yang invite. Start 7.00 pm - 11.00 pm kat Taman Melur, Ampang. Pun dah lama tak jumpa sejak aku resign Jusco.
Status: Insya Allah, aku pegi kejap lagi tapi sama ada aku sampai ker tak, aku tak sure sebab aku dapat rasa aku akan sesat bangat! Aku tatau langsung taman tu kat mana, hu3x...Map attached dari Google Map pun aku tak faham, camno? Kalo tak jumpa, balik umah jer la, layan Cerekarama, better!
Ahad, 3 Oktober 2010
1. Eid Gathering invitation by Mayyah
- Coursemate masa kat UIA, still single macam aku, orang Kelantan jugak! Kitaorang bergurau 'beripar duai' sebab abang dia still single, tapi aku kena blaja masak kerutub, adehhh...Start 11.00 am - 5.30 pm kat Taman Zooview, Ampang.
Status: Insya Allah, datang! Rumah pertama yang akan ku serbu esok!
2. Birthday Bash & Open House by Farah
- Kawan masa kat Jusco, pernah jadik bos ku kejap. Birthday party anak no 2 dia. Last taim aku tak dapat attend, so aku rasa this time aku kena redeem balik. Esok, start pukul 1.00 - 5.00 pm kat Taman Puncak Jalil.
Status: Insya Allah datang, maybe konvoi ngan Cik Nat dan Iera Pretty.
3. Rumah Terbuka Aidilfitri Kawan2 Dunia Akhirat
- By Yat, pun kawan masa kerja kat Jusco, satu batch SC, pun members of Lang Tengah Model Search 2010. At Seksyen 13, Shah Alam, start 2.00 pm - 8.00 pm.
Status: Insya Allah, aku sampai dalam lepas Asar.
4. Jemputan Hari Raya by Elly Suhaili
- Junior skolah menengah, muda 2 tahun dari aku, satu hostel, satu dorm masa tahun 1995. Pun lama giler tak jumpa, kalo tak silap, husband dia budak Econs batch aku. Start pukul 11 am - 6 pm @ Taman Lestari Putra, Seri Kembangan.
Status: 50-50, kalo sempat, insya Allah, memang ku redah jugak nih walaupun ada tendency untuk sesat bangat, muahahahaha...
5. Jamuan Raya by Ewa
- Kawan skolah rendah, buat kat umah dia kat Taman Tambun Permai, Ipoh, dari jam 3.00 - 6.30 pm.
Status: Konfem memang takleh join...tapi takper, end of this year, plan bercuti ngan anak2 lagi ek. Maybe kita ke Kuantan?
6. Muzikal Tun Mahathir @ Istana Budaya
- Aku terpaksa tolak 2 ajakan kawan ku yang lain untuk menonton teater ni pada tarikh esok sebab dah janji ngan 2 orang kawan aku yang lain. Tapi, nampaknya esok aku akan menonton sorang2 sebab 2 orang kawan aku tu last minit sumer ada hal. Aku still nak tengok sebab aku memang admire Tun Dr Mahathir dan besday Tun Dr Diti Hasmah sama ngan aku. Dan skrip teater ni di tulis oleh Ismail Kassan, penulis yang sama untuk teater Dejavu yang aku minat. So, walaupun sorang2, redah jer.
Status: Tiket harga RM 55 sudah ku amik, jangan luper esok, 8.30 malam, ek?

Malas Mau Layan...

Salam...
Since masuk jer kerja after cuti raya ari tu, 20 September 2010, kerja ofis aku menimbun2, sampai tatau nak buat yang mana satu dulu. Minggu tu, majoriti staff2 department aku sumernya balik lewat, termasuk aku. Dengan kesihatan yang memang tak memberangsangkan (aku selsema allergic segala sejak sebelum puasa sampai la ni tak baik2 lagi, isk3x...), memang internal body aku rasa weak jew. Aku rasa minggu tu, 2x aku amik half day sebab tubuh aku panas macam nak demam dan sedikit asthma di awal pagi. Tapi amik half day pagi, tengahari masuk ofis. Dalam tak larat, paksa jugak la wat kerja2 yang menimbun tu. Dan minggu tu jugak, ada macam2 isu2 jadik, membuatkan hati aku dah macam takde perasaan, kering segala. Suka hati la bos2 tu nak cakap apa, SAYA MALAS MAU LAYAN! Selama ni, staff2 ni wat kerja follow instructions kowang, tapi bila ada isu, sumer nak humban balik kat execution level nih, apa kes! Bila aku kasik pendapat based on observation actual situation, ko tamau dengar kan? Ko rasa ko betul jer kan? Bila kitaorang nak wat kerja2 kitaorang, kowang yang sememangnya pandai bagi arahan jer, suruh kitaorang wat kerja ko dan result tu kat update kat bos2 besar macam ko la yang terer segala kan? Dan kitaorang yang terpaksa 'berkampung' balik lewat sebab nak siapkan kerja kitaorang yang tertangguh tu kan?
A few opismate aku dah tegur banyak kali apsal la muka aku semacam. Sampaikan bila derang terlupa ajak aku gi lunch ari tu pun, beria2 mintak maaf ngan aku takut aku kecik ati, hu3x...(orang memang selalu tak perasan aku ada kat meja kerja sebab terlindung di sebalik PC). Malam tadi, aku baru sampai dari Pekan, Pahang, outstation pasal projek kat sana. Kitaorang gerak hari Khamis, 30 September after lunch. Mujur yang pegi, sumer 'geng2', so tak la boring sangat. Sampaikan bos aku pesan, "Kowang jangan galak sangat sebab kowang bertiga tu 'sama naik'!" Sepanjang perjalanan KL-Pekan-Kuantan-Pekan-Kuantan-KL, kitaorang bergosip jer non stop. Mostly meluahkan rasa pasal kerja, hu3x...Semua orang tengah hectic sekarang, bukan aku sorang jer, ek?
Pagi sebelum aku gerak ke Pekan tuh, aku sempat wat 'exit interview' sorang Management Trainee salah satu department division aku. Personally, aku tak pernah bercakap pun ngan minah ni, tegur sekali sekala tu ada la, tapi sangat jarang. Memang kalo ada staff yang nak resign kategori Executive n Above, memang aku yang handle. Masa aku tanya reason kenapa dia nak resign tu, dia cakap, nak balik kampung sebab nak jaga parents. Hmm...bila dia jawab cenggitu tu pun, aku tau tu bukan reason sebenar. Dalam masa yang agak suntuk sebab aku banyak lagi kerja lain nak settle, aku teruskan 'berborak' ngan dia. Ntah macam mana, tiba2 dia diam tunduk dan tutup mata dia ngan belakang tapak tangan. Sah! Minah ni menangis! Cara dia menangis tu aku tau ada perkara laen yang mengganggu fikiran dan mengusik hati dia yang membuatkan dia mengambil keputusan tender resignation. Aku pun tanya la lagi beberapa soklan 'cari gali' sambil bercerita pengalaman aku sendiri, he3x...(salah taik lalat aku taw!). Dan sedikit sebanyak aku memahami keadaan sebenar minah ni sebab aku pernah melaluinya juga sedikit masa dulu. Sambil tu aku nasihat sikit2 dan sebelum our session end, she said, "Kakak, boleh tak beri saya masa fikir lagi sebelum saya betul2 decide nak berhenti?" Ya Allah, lega sungguh aku taim tu, sekurang2 nya aku telah berjaya membuatkan dia rasa sedikit lega bila meluahkan 'perkara yang mengganggu' fikirannya tu. Hmmm...walaupun aku sendiri tengah stress dengan kerja, tapi bila berjaya membantu orang lain, terutama staff, kepuasan yang tak tergambar oleh kata2. Sumbangan kecil tapi mengesankan. Dan email saja nak share cerita ngan Cik Nat baru2 ni juga, tidak sangka berjaya membuatkan Cik Nat tersenyum dengan cerita2 merepek aku sebab dia pun tengah stress, wawawawa....Macam aku sendiri, walaupun sibuk stress macam mana pun, tapi kalo tetiba receive sms, call or email dari kawan2 rapat, itu pun sudah cukup membuatkan kita rasa lega dan release, phewww! Thanks Cik Tuyee & Cik Nat!
Tengahari tadi, dapat sms dari big boss division aku tanya pasal isu kat ofis, immediate superior aku pun sms mende yang sama jugak. Aku dengan selambanya TIDAK MEMBALAS sms derang, MALAS MAU LAYAN!!! Semua kerja yang datang serentak, dan2 tu jugak nak result, derang ingat aku ni 7 Eleven 24 jam ker??? Anak buah ko balik awal, ko sikit pun tak komplen tapi increment kasik tinggi, yang kitaorang semua beban kerja datang serentak, bila balik awal sekali sekala, ko komplen bukan main lagi! Aku MALAS MAU LAYAN sebab penat balik outstation tak hilang lagi. Dan hari ni hari Sabtu, saya MALAS MAU LAYAN ni sumer, Isnin baru layan, ok?
Nota kaki: Balik kampung...hoho...balik kampung...hoho...balik kampung...hati girang!!!

Tuesday, September 28, 2010

Beautiful!

Salam...

Ok! Ok! Sebelum aku stop merepek, ni ada satu cerita riak yang aku nak citer ngan kowang yang berlaku sekitar jam 1.45 petang semalam. Masa aku terkocoh2 nak gi lunch semalam, dalam keadaan tergesa2 sebab waktu rehat dah nak abis, memang laju giler la aku jalan. Kat area receiving dekat ngan kantin tu, memang banyak lori kuar masuk. Ada sorang Indian guy yang usia dalam kategori pakcik2 ni, tengah wat kerja dia la tepi lori tu. Aku tak pernah kenal pun dia, so dia pun sama. Tetiba dia leh stop wat kerja dan berpaling ke arah aku dan bercakap dengan kuatnya sepeti berikut,"You look so beautiful today!" Erkkk??? Langkah aku terhenti, dan aku toleh ke belakang. Eh, takde orang laen kat sini, maksudnya aku la kan yang dia maksudkan? Aku tak pueh ati, "Sorry?" Dan dia ulang balik, "You look so beautiful today. I mean, dengan dressing, colour yang you pakai tu." Biar betik??? Aku kompius yang teramat sangat, siyes! Aku tengok diri sendiri atas bawah, apa yang speselnya kalo aku just pakai blaus labuh kaler itam, seluar ala2 skinny kaler itam jugak dan tudung Ekin kaler corak merah itam (yang aku rasa aku macam bibik bila pakai tudung jenis nih...) dan kasut kerja aku yang ala2 boot tu. Apa yang chanteknya? Musykil!

Tak kesah la kan...ada gak yang mengiktiraf si gumuk pendek ini, ngeh3x...Agaknya macam Mahima Chaudry kot aku nih, tak pon Pooja Bhatt! Dan maybe aku pun patut join America's Next Top Model sebab Whitney dah menang untuk plus size, auw! Owh, Rome!

Citer Raya Lagi...

Salam...

Mesti kowang sibuk giler ngan macam2 open house sepanjang last weekend kan? Aku seperti tahun2 sebelumnya takdelah sibuk macam orang laen yang dapat invitation sampai 10 open house, haishhh!! Sepanjang minggu lepas, aku rasa macam 2 jer kot open house, yang selebihnya lebih kepada 'makan2 raya' ngan kawan2 yang di jemput khas jew. Aku lagi prefer cenggitu sebab leh ada masa borak2 ngan member2. Open house aku? Hmm...tunggulah aku beli rumah 2 tingkat kat Bukit Jelutong dulu, baru aku wat open house untuk kowang, siap pasang khemah segala bagai lagi, sebab memang ramai yang aku nak jemput ni.

Ok, hari Sabtu tu, aktiviti aku start lepas Zohor, aku ke Jugra, Banting. Aku 'terjebak' ke sana sebab hari Jumaat tu, junior skolah aku sms ajak join 'makan2 raya' kat budak batch derang yang dah lama tak jumpa. Derang ni sumer junior skolah menengah, muda 2 tahun dari aku. Kiranya aku sorang jer la senior tersesat kat sitew, hu3x...Kitaorang gerak dua kereta dari KL, aku macam biasa jadik drebar la. Tak kesah pun sebab aku memang enjoy driving. Aku, Cik Diza, Puan Dijah dan 2 heronya termasuk baby usia 2 bulan naik keta aku and lagi satu keta; Lela, Pekdah dan Peoih. As expected, jalan memang jam giler, kereta banyak toksah citer, siap hujan lebat lagi, pukul 4.30 petang baru sampai umah Cik Yah. Tak lama pastu, Leen Ali sampai 1 family. Kitaorang memang melantak kaw2 punyer, sebab dah lapor giler. Lepak2 sampai kol 8 malam baru gerak balik KL. Sampai Jelatek lebih kurang pukul 9.45 malam.

Then, dalam 10.30 malam, aku ke Taman Pinggiran Ukay plak sebab join 'pot luck' member aku kat umah abang dia. Ni 2nd taim aku join 'pot luck' kawan aku Intan ni. Kenal dia pon kawan atas kawan, termasuk la ngan abang dia sekali. Even penat balik Banting tak ilang lagi, tapi sebab Intan soh jugak aku datang, kalo tak dia nak lempang aku, adehhh...so aku gi la jugak. Walaupun dah lewat datang, tapi aku still bawak food, penat berpeluh2 wat pagi tu weh; wat apa tuh...triffle puding ek? Aku suka join 'pot luck' Intan ni so far sebab ala2 1 Malaysia sebab menghimpunkan sumer kaum yang terdiri daripada kawan2 jer pon dan sikit anak murid (sebab kawan aku ni cikgu violin). Foreigner pun ada....Oleh kerana aku pernah berangan nak jadik wanita Italy, dengan duduk makan semeja ngan 3 orang mamat Italy malam tu pun aku dah rasa sebahagian dari derang, wawawawawa...Pastu dapat kenal kawan2 baru yang lain yang dari macam2 background, tapi mostly musician la. Sambil lepak2 makan, ada yang main piano, menyanyi.

Oh ya! Nak citer nih! Nak citer nih! Aku memang rasa macam nak pengsan bila triffle puding aku tu mendapat pujian dari sorang mamat Italy nama Lucas, sorang Chinese lady nama Jessica, sorang mamat Iraq (sorry tak ingat nama tapi dia la yang puji aku sampai 3x sampai nak balik, adehhh...) dan juga Abang T yang aku rasa macam cerewet jugak la, hik3x...Macam tak caya jer bila dia cakap,"Mirza buat ek? Pandai Mirza buat, sedap!" Yang mamat Iraq tu siap ingat aku letak cheese kat lapisan kastard tu, hu3x...Nampak sangat triffle tu bertaste international kan??? kan??? kan??? Derang tatau betapa terkial2 nya aku nak wat mende tuh walaupun sangat senang. Aku blaja wat ni dari kawan aku masa kat UIA sebab dia pernah wat kat hostel untuk di kasik pada 'abang senior pojaan hati' dia la kan, hik3x...(taim2 cenggini la nak impress kunun2 ko terer masak kan???) Mana balance2 lebih tu, kitaorang rasa, uiks, sedap plaks. Aku usaha buat tuh...Dan ternyata, triffle itu telah berjaya memikat hati ramai orang walaupun aku rasa bila di potong, rupanya 'hancur', wawawawawa...Borak2, lepak2 sampai kol 2 pagi baru aku balik, bley? Btw, Abang T tu memang communication dia sangat bagus sebab dia knowledgable. Walaupun kerja arkitek (dia yang design panggung bertaraf dunia kat Malaysia ni dan jugak salah satu IPTA kat Malaysia Timur), tapi dia bley borak macam2 topik; muzik, filem, lukisan, seni bina, buku, pelancongan, etc. Dan walaupun kitaorang ni tetamu adik dia, tapi dia leh join skali. Sangat brotherly...Dia baru jer menamatkan zaman bujang di usia awal 40-an, last year kalo tak silap, cool jer kan!

Sebab tido pun lewat, bley aku terbabas tak sedar apa pon Ahad tu, hu3x...Dah la patutnya pagi tu aku kena pegi Shah Alam, sebab ada company event, dah terjaga lewat, sambung tido la jawabnya, hik3x...Then, dalam 12.45 tengahari, ku sudah terpacul di Taman Jasa, Batu Caves untuk menikmati nasi dagang gulai ikan aya hasil tangan Puan Emak iaitu ibu Cik Taten. Perghhhh!!! TERBAEKKKK!!! Aku yang selalu makan nasi dagang tak bertambah, leh extra 2 pinggan plaks, haishhh!!! Bila makan tu, tetiba jer terasa2 nak blaja masak nasi dagang Terengganu tu, ewah! Banyak chantek muka kau! Yang version Kelantan pun ko tak reti, ada hati nak wat version Teganung! Btw, thanks to Cik Taten sebab sudi jemput dan bangun seawal 4.30 pagi untuk membantu Puan Emak memasak nasi dagang lazat itew! Then, dalam 2.30 petang, aku gerak ke Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk lepak2 ngan Puan Nana & The Gangs, campur celebrate besday skali. Pastu, dalam 6.15 petang, chau pi TTDI Jaya, Shah Alam plaks untuk makan ayam masak merah Puan Jun, mak Cik Lyanna. Pukul 10 malam, sampai umah Keramat, mula la rasa nak pengsan, hu3x...Btw, syabas Manja Alone!

Nota kaki: Mula menyusun schedule Manja Alone untuk weekend nih...Walaupun sibuk giler ngan kerja2 ofis yang menimbun dari last week, weekend masih hari untuk rakan2, yeah! Next Monday ada 'makan2 raya' kat opis juga, with my Corporate Services Division team, syoknye!!!

Monday, September 20, 2010

Fren In The List...

Salam...
Last Saturday, aku gi open house umah kawan aku kat Presint 9, Putrajaya. Kawan zaman study UIA tapi lain course, nama Nisah, graduan BAR. Kitaorang pangge dia Nisah Haliboren, hu3x...Aku kenal dia sejak matriks 2nd year, sekitar tahun 1997. Kalo kowang kata aku banyak cakap, dia jauh lagi banyak cakap berbanding aku. First taim jumpa pun, dia bley borak non stop dari malam sampai 5 pagi, sengal! So far, every year memang family dia akan wat open house dan so far dia tak pernah lupa jemput aku. Dia akan sms aku inform sekian2 info. Dan aku jugak so far tak pernah lagi tak attend open house dia every year. Dan sebab kesudian dia menjemput aku jugak la, salah satu sebab aku balik awal ke KL sehari sebelum tu. Walaupun masing2 dah ada komitmen terutama dia semestinya sebab dah berkeluarga dan berkerjaya, tapi ingatan tu tetap ada. Bak kata kawan aku, " Ingatan tu yang penting, sekurang2 nya by personal invitation, it shows that you're in the list. Dapat attend tak dapat attend itu citer no 2." Hmm...maybe betul kot apa yang dia cakap tu. Maybe sebab aku banyak membesar dengan kawan2, so mende2 camni, sometimes jadi satu perkara yang kita concern and it depends sejauh mana kita close ngan kawan kita. So far ada beberapa invitation dari kawan2 lama yang aku dah received, paling jauh kat Perak. Walaupun derang tau aku takleh datang, but they said," Takper, at least aku inform. Mana tau ko free plak nanti". (dengan harapan aku datang jugak!)
Berbalik pada kawan aku tadi, dia banyak tolong doakan aku dalam banyak hal, siyes! Dan aku sangat hargai itu. Dan lagi, aku kenal ngan adik beradik dia, so tu yang menyebabkan aku tak pernah miss nak datang open house family ni every year.
Oklah, kepalaku sudah berat...cau!
Nota kaki: Teringat sorang kawan aku cakap cenggini..."Walaupun ko sibuk macam2 hal, plan sana sini, tapi kalo kawan2 ajak gi mana2, ko jarang miss, ko akan bahagi masa antara kawan2, bley angkut kawan2. Susah nak cari kawan macam ko ni..." He3x...thanks, Twin! I hate that word 'busy forever', seriously...

Material...

Salam...
Hallu...Saya memang tak tahan nak ketawa sungguh bila Cik Taten menggelarkan saya Kak Dara. Ko ikhlas ker, Dik? Akak pun tak pasti tang mana sebab akak takde ceciri wanita unggul macam ramai Uda di luar sana mahukan seperti pandai memasak, bijak urusan rumahtangga dan lain2 lagi. Yang akak sure, sifat2 natural Dara seperti kuat merajuk, sensitif, manja (auw!), haa...yang tu memang genetik, hu3x...Tapi akak pasti, apabila melihat posing ku yang di snap semasa 1 Syawal yang lalu, aku tak nak nafikan, memang terserlah keayuan wajah Daraku, wawawawawa..Jika kg aku dapat di kurangkan lagi, aku sangat konfiden yang aku bakal terpilih dalam pencarian Cover Gurl Majalah Nur musim akan datang, yeah! Jom Cik Nat! Cepat2 la kita mendaftar untuk kelas swimming di One Utama itu! (Ok, kita simpan duit dulu, ek?)
Oh ya, lately ni antara topic hangat ialah 'Jemput...mengadap bakal mertua'...Topik hangat sebelum raya lagi actually dengan beberapa kawan perempuanku. Untuk Cik Taten, terima kasih banyak2 di atas tips2 mu yang sangat berguna untuk kita berdua di masa akan datang, especially you dalam waktu terdekat ini, he3x...Tidak sabar rasanya akak nak berjumpa Encik Ayah (kalo dia ada kat umah la...) untuk mendapatkan tips2 bagaimana mahu mengambil hati orang tua supaya tidak di label 'menantu reject' bila first taim jumpa (he3x...Nat, mesti ko teringat kat Mami kan...).
Btw, masa cuti raya bebaru nih, my grandma (ewah, cakap omputeh uols!!!), telah beberapa kali secara spontan melahirkan betapa sukanya dia melihat cucunya yang tak kawen2 lagi ni memakai t-shirt Muslimah atau blaus labuh. Dia kata,"Molek mu Mek paka baju tu, baru napok supo oghe Tino..."Ceh, mesti aku nampak zuhud giler, tu blom 2 komen Cik Jah lagi sblom ni, ngeh3x...(Nat, ko jangan jelez mak ko suka aku ek...) So, aku blaja satu perkara, bahawa penampilan kita di depan orang tua juga memainkan peranan macam mana kita di mata mereka. Dan ada satu lagi perkara yang aku nak blaja iaitu macam mana nak communicate dengan orang tua. Tapi Shahril cakap," ...aku rasa ko dah ok kot...just kurangkan blur, he3x..." Nat punyer komen plak," Beb, ko ni kategori 'menantu material' lah, kalo boleh borak ngan mak aku, kira ok lah tu...ko memang 'menantu material' la..." Erk, 'menantu material'??? First taim den donga nih! Setahu aku, aku ni ala2 'girlfriend material' jer, 'wife material' jauh skali, tup2 terus masuk kategori laen. Yang evaluate tu 2 orang yang rapat ngan aku plaks tuh, hik3x...Ada komen lain? Sila! Sila!
Ehmmm...tak sabarnya nak jumpa Puan Emak 26 September, bersamaan Ahad ni sambil menjamah nasi dagang lauk ikan aya, lazatnya! Macam mana nak berbual dengan Puan Emak yang pendiam tu yer...Apatah lagi Kak Dara pun pendiam jugekkk...
Nota kaki: Owh, salah satu taik lalat kat tubuh aku bermaksud mak mertua aku sayang aku, so konfem la aku ni 'menantu material', wawawawa...Jangan marah aaaa....sonok2 jer menulis nih...

Saturday, September 18, 2010

Saya Lega...

Salam...
Saya sudah rasa lega hari ini bila dapat berkongsi apa yang terbuku di hati saya dengan Encik Shahril dan Cik Natrah ini hari. Sesungguhnya saya tidak salah orang bila bercerita dengan mereka kerana mereka memahami dan merasai apa yang yang sedang saya rasai dalam hati saya. Saya berusaha berjumpa dengan Encik Shahril di tempat kerjanya selepas selesai urusan kereta saya sekitar jam 12 tengahari. Dan selepas Zohor, saya berkongsi pula dengan Cik Natrah sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Dan terima kasih kerana memahami sensitiviti saya, dan paling penting meyakinkan saya bahawa saya tidak langsung rasa bersalah memiliki perasaan itu.
Oleh kerana kelegaan itu, saya dengan berselera telah menambah 2 pinggan nasi di rumah terbuka sahabatku Nisah kerana sambal tumis udang petai Mak Teh nya sangat lazat jiddan! Dan lagi berselera bila Nisah dan kawannya Ja cakap cenggini, "Amy!!! Kenapa ko dah kurus ek?" Dalam hati aku menjawab, "Saya mahu seksi seperti wanita Itali! Muahahahahaha..."
Kelegaan dan keterujaan ku semakin bertambah apabila Cik Taten menggelarkan aku Kak Kodok a.k.a KAK DARA!!!! Owh,saya sangat suka dengan panggilan itu! Apatah lagi hari saya telah memakai baju kurung yang sama seperti ketika saya menonton teater Uda dan Dara Julai lalu, yeah! Cik Taten, Kak Dara masih menunggu cinta Udanya, ok? Setiap hari Kak Dara berdoa untuk Uda yang Kak Dara sayangi dalam diam. Sayang yang tidak lahir dalam sekelip mata, wah! Jiwang la pulekkkk...Tapi tadi ada mamat mana ntah dapat no tepon akak, ala2 macam nak berkenalan, erghhh! Lebih tepat Nat kata, "Dia nak test mengorat ko tuh..." Dah la kat Shell tadi, aku kena kacau ngan Indian mana ntah. Bley mamat Indian tu tengah borak ngan kawan dia atas motor, boley berhenti borak dan kacau aku, haishhh! Ada iras Diya Mirza ker aku nih?
Oklah, mau layan scene sedih cinta tidak kesampaian Maria dan Sufi dalam filem 'Sepi'...layannnn!! (Aku kat umah Che Jah nih, he3x...)
Nota kaki: Takde yang lama, takde la yang baru...

Thursday, September 16, 2010

Owh! Panggilan Pulau...

Salam...
Malam tadi aku tido lewat jugak, sekitar jam 2 pagi sebab aku dok belek2 mudah.my. Kunun2 dok survey apartment yang nak di jual kat area Shah Alam or kawasan sekitarnya. Dah jumpa yang sesuai sebab sangat dekat dengan ofis aku, tapi harganya kena tengok balik, kena tengok aku mampu bayar ker tak, he3x...Yang aku kena discuss dulu dengan 'financial advisor' yang aku hormati. Sebab aku tak mau kena bebel ngan dia di kemudian hari, hu3x...Di sebabkan dia sama tarikh lahir arwah papa aku, so aku hormat dia lebih siket, bley? Walaupun aku dengan dia macam langit dan bumi dan maybe 'berlaga angin' sekali sekala. Ok, jap, aku nak makan jeli kelapa kegemaranku sejak kojo Shah Alam. Jeli kelapa buatan Wakaf Che Yeh!
Ok, masa aku dok belek2 pasal umah semalam, tetiba aku tergerak hati nak tengok gambar2 kat Pulau Lang Tengah ari tu. Ntah kenapa, bila tengok jer air laut yang cantik tu, tetiba aku tergerak hati nak ke sana lagi! Sungguh! Tapi semestinya aku takkan lepak kat Lang Sari Resort lagi kot! (Thanks to Mie POTO Travel sebab still ingat untuk sms Selamat Hari Raya pada akak pada pagi raya pertama, appreciate it very much!) Aku rasa macam nak lepak2 tepi laut, tengok airnya yang menghijau dan jernih tu (dan semestinya aku nak carik baju kaler putih banyak2 untuk dapatkan feel, he3x...). Mesti syok dapat rehat2 kat sana. Memandangkan aku dah pernah ke sana sekali, dan aku dah tau nak ke jeti mana, so maybe aku akan kembali ke sana lagi, insya Allah. Bukan untuk snorkeling tapi untuk rehat!
Tengahari tadi, aku sempat chatting ngan sorang kenalan baru kat Facebook. Kawan yang namanya Arm tu kerja kat Pulau Mabul dan memang kerjanya bawak orang2 yang tak pandai berenang macam aku ni pegi menyelam! Best giler weh! Macam2 pulau leh pegi macam Sipadan, Mataking, etc. Dan aku dapatkan jugak info pasal pakej2 yang derang offer. Aku tanya gak dia, orang asthma macam aku ni camner. Dia kata ok jer nak diving cuma aku takleh gi tempat yang dalam sangat. Wah! Makin semangat aku nak belajar berenang lepas ni apatah lagi aku dah ada beberapa kawan yang sibuk nak mengekor gi diving nanti, best! best! Lagi ramai lagi murah kan! Aku makin teruja bila tengok videonya jumpa penyu, giant cuttle fish, etc, syoknye!!! Arm soh check taim bila tiket flight murah untuk pegi Sabah nanti. Dia ada tinggalkan no phone, so apa2 hal, call jer nanti. Ok, bila ku dah terer swimming nanti, ku contact dia.
Hmmm...Lake Kenyir tak sempat pegi lagi ni, promotion abis end of this year. Selain Sabah next year-Kak Mimi trip, aku jugak menyimpan impian nak ke Laguna Redang Island Resort, so far dah ada geng sorang, sepupuku Zack, hu3x...Walaupun schedule kerja dah penuh start lepas raya ni sampai April/ Mei 2011 (tentatively), tapi kalo ada masa untuk bercuti, takkan ku lepaskan! Reward untuk diri sendiri, beb!
Nota kaki: Raya pertama ari tu, Pak Su aku cakap pasal tanah arwah papa aku kat kampung. Aku bukan tau apa2 pun pasal tanah tu, tepi umah arwah nenek aku. Luas jugak tanah tu...Pak Su aku suggest soh tanam getah balik. Erkkk??? Aku ni anak sulung ek??? Aku kena belajar bagaimana membuat keputusan; lebih penting keputusan yang betul, bak kata 'financial advisor' aku...

Catatan Raya 1431 H Siri 5.

Salam...
SMS yang di terima pada 3 Syawal dari seorang kawan pada jam 20:43 berbunyi seperti berikut:
"Beb, alhamdulillah, saya lulus 'final exam'!"
Begitulah leganya hati sahabatku ini bila dikunjungi bakal ibu mertua pada 2 Syawal yang lalu. Rasa tak keruan yang bersarang di hati sahabatku ini sejak bulan puasa nampaknya sudah release! Dan sekarang, perancangan untuk peringkat seterusnya masih dalam proses perbincangan. Siapa sangka, dengan kuasa Allah, perkenalan pada awal tahun ini sekitar Februari 2010, membuahkan satu perhubungan yang serius hingga ke tahap ini. Dan sebagai seorang sahabat, ku tumpang gembira dengan perkembangan positif ni dan mendoakan segala-galanya di permudahkan, insya Allah.
Masa bulan puasa ari tu, kitaorang ada borak2 pasal hal ni. Sahabatku melahirkan kerisauan in case tak dapat di terima oleh bakal ibu mertua. Maybe salah satu sebabnya kitaorang berkongsi perkara yang sama iaitu kitaorang sama-sama tak pandai masak, muahahahaha...Kalo aku pun gelabah, beb! Camner nak jaga makan anak teruna dia kalo masak pun tak reti kan? Dan sebagai sahabat, aku berkongsi tips macam mana nak menghadapi bakal ibu mertua, wah! Ko mampu? Dan semestinya, tips2 tu semua merepek jer, ngeh3x...Personally, aku sendiri pun tak pernah di perkenalkan pada mana2 bakal ibu mertua pun, potential bakal ibu mertua pun tak nampak bayang lagi, hu3x...Pada aku yang penting, just jadi diri sendiri dan tahu adab or hormat orang tua. Sebab aku sendiri pun tak reti sangat macam mana nak berbual dengan orang tua, tak sure topik2 apa yang sesuai untuk di bualkan. Aku selalu layan jer....Macam kat Ipoh dulu, aku bley berborak dengan mak kawan aku kat pintu dapur sambil gigit tebu (walaupun aku sebenarnya tak makan tebu, air tebu pun aku tak minum!) lebih kurang 2 jam, melayan mak kawan aku tu bercerita. He3x...nak wat camner, masa tu aku menumpang umah dia 2 minggu, so kena la hormat tuan rumah, takkan nak buat muka plak kan?
So kowang macam mana first taim jumpa bakal ibu mertua? Ok tak?
Nota kaki: Kawan2 cakap, kitaorang ada 'chemistry' dan serasi...

Wednesday, September 15, 2010

Saving Milly...

Salam....
Sehari sebelum aku balik kampung untuk cuti raya tu, dalam keadaan mamai makan ubat, aku sempat layan movie omputeh ni thru Popcorn n Wednesday kat 8tv. Memula aku ingat citer apa la kan, dalam hati aku ingat sure tak best la kot. Layan punya layan, eh, best plak cerita ni dan semestinya antara filem yang akan membuatkan aku terus terpaku untuk menonton adalah 'love story', wawawawa...
Filem Saving Milly ni berdasarkan kisah benar kalo tak silap aku dan ada novel jugak;'Saving Milly:Love, Politics and Parkinson's Disease' yang ditulis oleh Morton Kondracke, husband Milly yang merupakan wartawan politik. Kalo tak silap aku, filem ni di terbitkan tahun 2005 dan di lakonkan oleh Madeleine Stowe as Milly Martinez dan Bruce Greenwood as Morton Kondracke. Kisahnya pasal perjalanan hidup suami isteri ni dari memula derang kenal sampai la Milly ni di sahkan mengidap Parkinson hingga akhir hayat dia. Nak details, kowang search la ek and movie ni pun ada kat youtube. Aku baru jer layan untuk kali kedua sampai meleleh2 lagi airmata aku, hu3x...Aku kan penghayatan lebih sikit kalo tengok love story nih.
Aku paling kagum dengan acting Madeleine Stowe tu, serius excellent! Bila tengok tu, aku rasa watak Milly tu memang milik dia. Pada aku, dia cantik, bijak, tegas dan tau apa yang dia nak, sesuai dengan karakter dia seorang aktivis masyarakat. Berlainan sungguh dengan karakter husband dia tapi perbezaan tu lah yang saling melengkapkan dan mereka saling mencintai. Karakter Morton tu nampak macam lurus n cool jer, tambah skema dengan cermin mata besar berbingkai tu. Dari segi luaran, memang nampak Milly lagi dominan la pastinya. Madeleine pada aku cemerlang bila taim dia menghayati watak pesakit Parkinson tu. Satu scene, bila husband dia angkat dia dari wheel chair naik ke atas katil, aku terfikir, macam mana dia 'lembikkan' or 'lemahkan' tubuh dia supaya nampak real tak berdaya. Lagi, facial expression dia taim ngan husband dia dok flashback kenangan derang masa tengok album gambar2 lama, dengan keadaan masa tu dia dah uzur dan tak mampu bercakap dah. Lakonan Bruce aku suka everytime dia pandang Milly dari zaman bercinta sampai la dah tua; dari mata dia penuh kasih sayang, weh! Hu3x...Cemerlang betul derang ni berlakon sampai masuk ke ulu hati aku, gitew! Memang nampak kisah cinta sejati, I loike!
Sorang kawan lelaki aku pernah cakap,"Hish, ko ni suka sangat kisah cinta orang2 tua!" Hek eleh, biarlah! Layan apa kisah cinta orang tua ni, nampak abadi weh sepanjang hayat. Melalui perbuatan pun sometimes nampak ketulusan dan keluhuran cinta mereka, saling sayang menyayangi. Ni bukan setakat dalam filem la, kat real life pun kadang2 kita leh tengok contoh yang bagus. Macam bulan puasa ari tu, aku borak ngan wife Quality Advisor company aku, yang kitaorang pangge Mak Aji. Kitaorang borak ngan dia tanya soklan nih,"Pak Aji dulu ngorat Mak Aji macam mana ek?" Slumber jer dia jawab,"Owh, kitaorang sesama ngorat!" Wawawawa...kiut giler! Kitaorang suka tengok pasangan Haji ngan mak Aji ni, nampak loving jer walaupun dah tua. Pak Aji memang best la, sangat ayah2! Kalo bulan puasa, derang akan bangun pukul 3 pagi, untuk sesama qiamullail kat Masjid Negeri Shah Alam, best kan? Then, memenuhi masa dengan beberapa aktiviti mesjid yang lain, dan main golf juga!
Eh, ni dah masuk citer Pak Aji ngan mak Aji plaks. Tadi citer Saving Milly kan, he3x...Btw, movie sudah masuk dalam koleksi love story yang aku suka selain 'A Walk To Remember'. Oh ya, sesaper yang ada terjumpa VCD 'Saving Milly' ni, tolong inform aku yer, aku nak beli. Thanks!
Nota kaki: Kalau di beri peluang, saya juga ingin hidup di samping 'dia'...susah senang sama2, gitew!

Catatan Raya 1431 H Siri 4.

Salam...
Uwaaaaa...lagi 4 hari cuti nak abis! 20 September depan bersamaan hari Isnin, dah start kerja, sibuk plak tu hari pertama tu, haish! Walaupun cuti abis 19hb, tapi aku maybe balik KL awal kot, balik Jumaat ni. Bukan apa, kalo balik hari Ahad, aku agak sure jalan jam, owh, malasnya! Hari Sabtu, dah ada open house yang menunggu. "Ko datang ek Putrajaya nanti, start tengahari sampai malam". Malam tadi, kawan aku Suzi ajak gi beraya umah dia kat Bachok Jumaat ni, aiseyyy...takde rezeki. Seperti yang di persetujui, kitaorang jumpa Raya Haji jer nanti sebab aku cuti 5 hari masa tu. Tak lama, lagi 2 bulan jer lagi. Owh, masa Raya Haji tu jugak, ada few weddings yang aku kena attend.
Hari ni aku watper? Hmm...SHOPPING! Giler ramai umat manusia kat KB Mall, berpusing2 aku nak carik parking, walaupun kat roof top. Kowang leh tengok McDonalds kat situ bley pakai kerusi plastik kaler itam as extra chairs sebab tak cukup tempat duduk untuk customer, hu3x...Dah macam rupa kedai mamak! McD kat Wakaf Che Yeh tu pun, tiap2 hari que panjang kalo nak beli Drive Thru, siyes! Kota Bharu now dah urban, ok?
Hari ni aku telah menghabiskan duit sebanyak:
a) RM 463.30 untuk 'barangan' Triumph! Isk3x...selalu paling mahal aku beli pun bajet dalam RM 200 jer. Takper, sebab aku terpengaruh ngan nyonya promoter tu yang mengatakan aku seksi, so aku terjebak, waaaaaaaaa....Takper, ni memang KPI untuk hari ni!
b) Kerongsang beberapa bijik - RM 53.00
c) Bila masuk kedai buku Popular, aku memang akan terbabas gak beli apa2 yang aku suka nak beli. Aku beli BUKU RESEPI lagi, wawawawa...Tajuknya, "1 Hari I Resepi:365 Resepi Istimewa". Aku tatau ni buku resepi aku yang ke berapa puluh ntah! Hmm...365 resepi...maksudnya, dalam masa setahun aku dah pandai masak la nih!
d) CD kompilasi nasyid berharga RM 25. Dulu aku dah beli CD ni, tapi dah ilang, isk3x...
Nyaris terbabas nak beli, tapi ku tahan nafsuku:
a) Kasut tinggi Vincci tadi, kaler gold, harga dalam RM 70 kalo tak silap
b) Set penjagaan muka Bio Essence ATP, kurang lebih dalam RM 200.
Semalam aku dah habis RM 115 beli kain langsir ala2 English Rose kat Kamdar. Nak tukar langsir kat umah sewa kat Keramat. Nanti aku nak tukar tikar getah jugak, sebab yang kat ruang tamu tu dah koyak rabak, so huduh! Itu jer la kerja aku dalam sehari dua ni, selain dari makan, makan dan makan! Owh, selera aku memang terbuka setiap kali balik umah Cik Zah. Macam hari ni, mama aku cuma masak daging goreng kunyit, ikan pari masin goreng, ikan rebus goreng dan ikan tawar cicah kicap, walaupun sempoi tapi perghh...layannn! Pagi esok, aku nak pegi Wakaf Che Yeh, nak pi carik laksam ka, nasi kerabu ka, nasi berlauk ka, nasi dagang ka, wat breakfast. TERBAEEKKKK!! Bab2 makan, memang terserlah 100% ciri2 keKelantanan aku kan? Nak wat camner...anak papa! Amat genetik!
Oklah, cau dulu!
Nota kaki: Sesaper yang ada info pasal orang nak sewa/ jual apartment kat area Shah Alam atau yang berdekatan, khabo la kat teman yer...Kalo ada balcony lagi bagus taw!

Monday, September 13, 2010

Catatan Raya 1431 H Siri 3.

Salam...
Aku baru jer terjaga Maghrib tadi...lately ni memang aku kerap terlena kalo tergolek2 depan tv. Penat apa pun aku tak sure. Bila aku checked handset, uiks tertera ayat 'SIM Card rejected', adehhh...ni mesti ada sms or call masuk tadi tapi tak reached. Maklumlah tepon aku ni dah tengah mengong gak. Tup2, ada 5 missed call dari member aku. Isk3x...kesian gilo kat Encik NAB. Pagi tadi dia called aku, saja tanya khabar then aku ajak dia datang umah beraya, dia kata tengok dulu camner. Memandangkan 50-50, so aku just mintak Cik Zah masak nasi minyak lebih siket. Kesian kat Encik NAB, berpusing2 carik umah aku dengan bawak wife dan 2 anak perempuan yang aktif dan comel. Nak wat camner, takde rezeki. Rasa bersalah sungguh aku. Encik NAB ni kawan aku masa study kat UIA, budak Laws. Now dah bukak legal firm sendiri, kitaorang sama2 aktif teater dulu. Paling last aku jumpa dia 2 tahun lepas kot, terserempak kat Jusco Bukit Tinggi. Sebagai 'hukuman', aku kena attend open house raya umah dia penghujung Syawal nanti, hu3x...
Tu yang aku suka bab raya, mana kawan2 lama yang dah lama tak berhubungan, bley contact balik. A day before aku cuti ari tu, masa kat ofis, Abang Edi yang satu ofis ngan aku dulu pun called ucap selamat. Terharu sungguh aku, isk3x...Aku memang rapat ngan Abang Edi dari memula aku joined Alloy sampai la kitaorang resigned. Then, sekali sekala aku akan sms tanya khabar dia, tak pun email. Memang selalunya last day kerja sebelum start cuti raya, Abang Edi akan call semua kawan2 yang dia teringat dari pagi sampai la ke petang kat ofis, he3x...Aku tau la sebab meja aku sebelah meja dia. Windunya aku nak bergosip, merepek, berduet lagu2 lama ngan dia...
Owh, Puan S juga sempat called aku just now, mintak maaf sebab tak sempat nak plan jenjalan raya kat Kelantan raya ni. Esok dia dah nak balik KL dan tadi dia dah ada umah mertua dia kat Pasir Putih. Puan S ni pun dah lama aku tak jumpa since lepas grad, kitaorang satu batch masa kat UIA. Takper, no hal, balik KL, kita wat gathering kat KL jer, urban siket, kumpul ngan pompuan2 laen yang background Klate/ Teganung nih, sure 'gege riuh' dan konfem aku akan jadik pendiam sebab dengar derang bergosip, hu3x...
Encik Wawan juga called aku tadi, before Puan S called. Majuk mamat nih sebab aku dah lama tak tanya khabar dia, gitew! Paling last aku jumpa dia masa wedding adik angkat aku Si Cairul Disember lepas. Aku kenal dia pun melalui Cairul jugak, masa bulan puasa tahun 2008 kalo tak silap. Mamat ni sangat pandai memasak. Masa dia datang cuti raya haji last year, dia siap masakkan lontong dan ayam masak Palembang untuk kasik family aku rasa, sempoi! Now, dia ada bukak bisnes kedai makan kat Taman Dato' Senu, Sentul. "Senang2 datang la, bawak kawan ramai2..." Jom, kengkawan!
Uiks, ada missed call. Jap ek...Owh, Encik WMA, ex-Traffic Officer OCC called plaks, ni pun lama dah tak dengar citer. Mesti dia balik beraya KT nih. Oklah, cau dulu, nanti ku sambung lagi.