Tuesday, May 26, 2009

Matriks UIA 1996


Salam...
Hari ni aku agak teruja bila bukak jer mail inbox kat Facebook, tetiba aku dapat message dari sorang mamat ni. Che Bobbbbbbbbbbbb!!! Tak silap aku nama btol dia Mohd Termizi, budak Kelantan, ex-SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kota Bharu. Camner aku bley kenal dia? Owh, dia ni dulu satu kelas ngan aku masa 2nd year matriks kat Lembah Pantai. Actually, dulu aku jarang bercakap ngan dia sebab dia pemalu, alim kobau, ha3x...Sampai masuk main campus pon, memang jarang sangat kitaorang bertegur sapa, lagi pun majoring lain2x. Tetiba dia yang add aku dulu, so excited gilo la aku, sempat chatting lagi before Maghrib tadi, sudah 'extrovert' rupanya mamat ini. Now, dia dah kije cikgu kat SMK Paloh, Gua Musang and 31 Mei ni dah genap 3 tahun dia kawen, cuma takde rezeki anak lagi. Dia salahkan aku tak kawen lagi coz tak tackle dia masa matriks, cessss!!! Terus keterujaan aku di teruskan dengan idea aku untuk menulis pasal aku dan matriks UIA...

Camner ek aku boleh masuk UIA? Serius memang aku tak pernah terlintas dalam kepala aku yang after SPM, aku akan sambung blaja kat sini, serius tak terfikir! (macam Che Pi, dia kena paksa masuk UIA oleh Cikgu Wan Talib, hahaha3x...)Aku tak mau masuk UIA sebab aku dengar citer, nak masuk UIA kena hafal Surah Yassin time interview, he3x...Memandangkan aku bukanlah dari sekolah agama, apatah lagi belajar Bahasa Arab, owh tidakkkk! Tapi bila kuar result SPM, (aku ni memang benci giler subject Maths, so aku tak credit, cuma lulus dengan no faveret aku jer, hik3x...), so ada 1 course jer kat UIA yang aku meet derang nyer requirements. So masa isi borang UPU, pilihannya adalah seperti berikut:

Pilihan 1: Matrikulasi Sains Kemanusiaan, UIA
Reason: Boleh amik major Komunikasi masa degree. Aku kan minat Mass Comm. Takpon major Psychology or History and Civilization.

Pilihan 2: Matrikulasi Undang-Undang UIA
Reason: Terpengaruh dengan 'hasutan' kawan2, derang kata aku banyak cakap, sure boleh jadik 'loyar buruk'!

Pilihan 3: Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) Aliran Sains Sosial, UM
Reason: Walaupun tak cukup syarat, sajer try coz berangan nak gi Jepun, menyahut seruan "Dasar Pandang Ke Timur', huiyo! So, at least bila time raya, bole antar ucapan Selamat Hari Raya pada orang2 kat Malaysia dalam Utusan, he3x...Besar betul pengaruh media dalam hidup aku kan?

Pilihan 4: Matrikulasi Undang-Undang, UKM
Reason: Sama seperti pilihan 2. Plus, teruja untuk join aktiviti2 Pusat Kebudayaan UKM yang memang aktif, macam Kelab Teater Rimba, tari, nyanyian, etc. Mana aku tau? Baca paper ruangan pendidikan ler...

Pilihan 5: Matrikulasi UUM
Reason: Sekadar nak mencukupkan pilihan, apatah lagi 'first love' nyer 1st choice adalah UUM (sebab kampung dia kat Changlun) so sibuk nak jugak, wawawawa...

Then, rezeki aku dapat interview nak masuk UIA kat Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, bulan Mei 1996, kalo tak silap. Schedule pukul 2.00 petang, tengahari baru terhegeh2 nak siap. Memang aku tak prepare apa2. Aku ingat lagi, ari tu aku pakai baju kurung kaler biru, bunga2 kecik ngan tudung kaler kuning, failed, huh? Time tunggu giliran, aku tengok, bebudak sumer sibuk hafal macam2, tapi aku buat dek jer, malas nak fikir. Aku sempat borak ngan sorang akak ni, senior 2 tahun dari aku, Kak Azza Isma Moideen, ex-SM Tarsician Convent, Ipoh. Dia Laws UIA, antar adik lelaki dia interbiu gak untuk Matriks Medic UIA (hensem adik dia, sempat usha lagi tuh...) Apa panel tanya taim interview? Serius aku tak ingat, beb, tapi memang derang tak soh aku hafal Surah Yassin, lega...Oh ya, aku attend untuk interview 1st choice aku tu...

Waktu: Hampir pukul 4 petang
Lokasi: Rumah no A3, Kuarters FRU, Sungai Senam, Ipoh
Tarikh: Tak hengat, tapi rasanya bulan Jun 1996
Catatan: Aku called Pusat Matrikulasi UIA, tanya status. Kasik details, aku dengar melalui telefon umah aku yang kaler pink time tuh, selak2 kertas, check. Berdebar gak time tuh,mana tau tak dapat kan? Kena kawen ker? Oh, tidak! Then, orang tu bersuara,"Tahniah! Awak dapat." Hah, betul ker ni? Aku masuk universiti? UIA? Apakah? Punyelah tak sabar aku nak khabarkan berita tu pada arwah papa aku. Aku berdiri jer kat luar umah time tu, tengok2 kalo keta papa, Toyota Corolla kaler gold, plat no CU 3982 balik. Sempat borak ngan Din, anak teruna Pakcik Mail n Makcik Yati, yang tua setahun dari aku (ensem gak mamat ni, he3x...) pasal u ni. Masa tu dia dah masuk UTM Jalan Semarak, amik diploma apa aku tak ingat. Kebetulan plak petang tu, dia dapat result exam, so dia citer la ngan aku pasal CGPA. Kitaorang borak kat tepi tangga. He3x...bila nampak jer papa aku balik, dia tak masuk umah lagi, aku dah jerit, "Papa! Along dapat UIA!" Huh, aku cakap ngan kowang, sambil aku menaip part ni pon, aku masih terbayang lagi wajah arwah papa aku yang tersenyum bangga bila aku khabarkan berita excited itew! Dan muka arwah papa aku tu jugak lah yang aku selalu terbayang bila tetiap tahun kuar dalam tv, time derang announce result STPM, SPM, PMR or UPSR, especially pelajar2 cemerlang dengan parents derang. Kowang mesti faham kan macam mana perasaan bangga derang pada kita time tu, betul...senyum derang tu, tergambar kepuasan, kegembiraan yang amat sangat, sometimes tak terluah dengan kata-kata, tapi bila derang citer ngan kengkawan derang, hanya Allah jer la yang tahu betapa bangganya dia yang anak dia dapat masuk U, nak pulak kalo anak sulung, he3x...

Julai 1996 - Menjejakkan kaki ke Kolej Zainab Al-Ghazali (KZAG), Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai, the one n only hostel budak pompuan. Ada 7 blok, 6 tingkat semuanya. Budak lelaki kat Kolej Sheikh Daud Al-Fatani (SDAF). Masa kitaorang masuk tu, short semester, so senior2 tak ramai. Cuma Taaruf Commitee jer. Meriah gilo time tu, UIA wat registration 2 hari, ikut course. Aku, Matriks Human Sciences (HS), duration 2 years. Pening aku, masuk2 jer pintu gate, meriah dengan lagu2 nasyid. Perkataan Arab pertama yang aku dengar dan blaja "Ahlan Wasahlan Wa Maharban Bikum" (eh, btol ker?) Saper yang aku kenal kat sini? Mujur la ada kawan skolah aku, Sari Surani Haji Mohd Zaid, Syimar Masni Mohd Arshad (satu course ngan aku, dua2 ni minat Laws sejak sekolah tapi tak dapat, at last Syimar tukar course Econs) & Mohd Azhar Alias @ Sudin, kawan aku masa Form 6 SM Anderson, dapat Matriks Econs. Aku di tempatkan di 505B (E), satu rumah ada 5 bilik, bilik E tu untuk 6 orang. Room mate aku, Norshahniza, budak Matriks Econs, ex-Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), pakai tudung labuh, dia baik, mata kuyu, cakap lemah lembut. Nama pon budak KISAS, harus la pengetahuan agamanya pun bagus. Niza ni orang Klang. Yang lain, Wan Intan Norashikin Wan Soh, same course ngan aku, asal Kampung Chodoi, Banting, ex-SM Jugra, Roslizawati Muhammad, Matriks Laws (pompuan ni terer Arab seyyy...pakai jubah ngan tudung labuh), ex- SM(U) Arab Maahad Muhammadi, Pasir Pekan, Fazilawati Jaafar, pon Matriks Laws,ex- SM (U) Arab (P) Maahad Muhammadi, Kota Bharu & Rozieyanahayu Abdul Rahman, Matriks Engineering, ex- SM Sains Selangor. (Dia ni twin aku...)

Minggu Taaruf @ Taaruf Week
Kalo kat IPT lain , kowang pangge Minggu Haluan Siswa la, Orientasi la, sama jer la tuh...kata UIA, harus la guna Bahasa Arab, Taaruf rasanya maksudnya berkenal-kenalan kan? Frankly, aku memang tak biasa dengan 'Islamic Environment' yang aku tempuh selama minggu tu. Kowang jangan tak tau, sebab masuk UIA, mama aku jahit sendiri 2 helai tudung labuh kaler putih (pinjam sample tudung labuh Makcik Midah jiran sebelah umah, he3x..) So masa memula masuk UIA tu, aku pakai tudung labuh tu, ha3x...Kalo pelajar pompuan, di gelar 'sisters' n pelajar lelaki 'brothers'. Setiap sorang di bekalkan baju batik kaler ijau n Taaruf Kit kaler ijau (yang kat dalam tu ada lirik lagu2 nasyid, Asma Ul-Husna, etc), then pakai kain sarung kaler putih, wajib pakai kain dalam bagi perempuan, tudung putih, stoking kaki n kasut sarung kaler hitam (aku nyer berjenama BATA).Venue kitaorang kat Main Hall n brothers kat Auditorium. Memang sepanjang minggu ni, kitaorang bertembung langsung dengan brothers, kalau bertembung pun, akak2 committe ni akan suruh kitaorang pusing tengok belakang n tundukkan pandangan mata, PALSU sangat rasanya! Ada masa terluang, kitaorang kena baca Asma Ul-Husna (terus hafal aku, he3x...bagus juga...) n bernasyid, huh, tak pernah terfikir aku ngan suasana camnih. Tapi lagu2 nasyid yang derang pilih tu best2 macam Akrab Persahabatan, n ada satu lagi tu, aku tak ingat tajuk tapi liriknya camnih, "Wahai puteri, lihat nun di sana, Islam mu kini, ketandusan pembela..." Paling sapa2 pun tak boleh lupa, BAI'AH! Or baca ikrar masa Closing Ceremony Taaruf Week. Tetiap malam balik lambat, praktis baca, termasuk cara angkat tangan n nak flip kertas ikrar tu pun kena serentak. Que nak flip kertas tu, last sentence nyer cenggini,".bla...bla...bla....on earth", terus piap! (Bunyi flip kertas, ahaha...) Oh ya, Taaruf Committe lead by Manager (Abang Bad @ Ahmad Badrulhisam Che Kasim) & Manageress (Kak Fadh @ Fadhlina Sidek), Assistant derang (Abang Emil @ nama penuh aku lupa tapi macam Emil Bahari, Kak Yoes @ Yoesnita Mohd Yassin), Secretary (Bro Shah Bina & Kak Wardah Dolhalit), then ada la biro2 laen cam Program Coordinator, Welfare & Welcoming, Preparation & Technical, Discipline and Ibadah, Catering, Sports & Recreation dan eh, lagi satu aku lupa la, Registration ker, Special Task ntah. Baiah Leader kitaorang, ada sorang mamat tu nama Amli, budak KISAS, suara dia baca bai'ah memang best!

Matriks HS 1st Year
Cam aku citer tadi, taim kitaorang masuk tuh, short sem (sem 3), so sapa2 yang takde background Bahasa Arab cam aku nih, amik subject Arabic Language 1. Oh, ya , masa minngu Taaruf tu, ada English & Arabic Placement Test (EPT & APT) untuk tentukan tahap penguasaan bahasa kita supaya senang nak arrange class. English ada 4 level, Arab ada 6 level. Untuk English, aku juz level 2 (CCU). Arab, of coz kena start ngan level 1. Class aku dapat 2 orang ustaz, Ustaz Wan Rohiman (ensem, berjanggut perang n cakap sangat lemah lembut...) & Ustaz Zakaria Omar (garang, kurus pakai cermin mata, orang Terengganu). Dalam kelas ni, aku jumpa lagi sorang budak bukan skolah agama yang pakai tudung labuh cam aku, Maihaniza Abdul Ghani @ Mai, budak Dato Keramat, ha3x...Kalo kitaorang ungkit balik citer ni, mesti gelak terbahak2. Classmate aku sumer ok, Liliyati Lajman @ Leleque, Maryam Fadzlina Harun @ Mary, Mawarni Mohd Zawai, Fazilah Rahim, Fazliza @ Ija (at last tukaq pi UPM), Edrilla Hani Saleh @ Ed, Hairul Nizam @ Among, Mohd Fauzi Iskandar @ Sujet, Megat Rasyidi, Mohd Faisal, Mahmad Azwan (pon tak complete UIA), etc. Then Sem 1, bulan September 1996, amik 3 subject - Introduction To Islam (nama lecturer aku Mek Wok, buku teks kaler ijau, tak ingat tajuk apa tapi author nyer macam Afzalur Rahman). Menarik jugak subject ni coz dia citer 5 Rukun Islam tu in details. Tapi harus la jawab soklan2 mid term or final exam setiap point di support oleh ayat-ayat Al Quran atau pun hadis, owh, sangat sengsara bagi aku! Then, English Level 2 CCU, buku teks grammar kaler itam, Madam Faridah, baek dia nih, ajak pon ok. Ada skali tu, dia soh wat presentation pilih 1 lagu English, aku pilih lagu Hero-Mariah Carey. Then, Arabic Language 2, ustaz aku yang paling best, Ustaz Mohd Ali, orang Terengganu. Punyela aku suka dia ngaja, tiap kali kelas dia, aku akan duduk kerusi paling depan, betul2 depan meja dia. Dia punye style ngaja kalo tang 'Hiwar' tu (perbualan or dialog), dia yang akan bacakan dulu 2 kali, then baru dia point students dia soh baca. So, bila dia baca tu, aku akan tanda dalam buku, kat mana nak pause, letak baris, etc. Punyelah aku minat, sampaikan bila ustaz suruh aku baca balik, pernah dia kata aku cenggini," Ya Allah, Mumtazah ya Mirza (Excellent la tu...) Anti baca sedap sangat." Harus la, aku memang tiru sebijik intonation dia, mana tak 'mumtazah'. Ustaz ni kelakar, so aku rajin la melayan dia dalam kelas. Masa last class tu, dia penah kata, " Hai, Mirza. Kalau ana ni ada anak lelaki, ana ambil anti ni jadi menantu ana..." Huiyo! Saper nak jawab tuh???

Student Activities
Aku paling aktif, Grup Penggiat Sastera (GETAR). Memang happening! Of course la organize cultural events macam teater, pesta pantun, puisi segala. Join Matric Mega Carnival, bukak gerai. Kowang ingat tak, dulu famous btol bukak gerai 'request' jual bunga, buah epal lah, kek lah, segala macam benda yang bole di delivery pada makwe, secret admirer, adik angkat, kakak angkat, abang angkat segala, ha3x...Orang cam aku yang single ni, memang tak merasa la tu sumer. Terlibat gak ngan IRKHSSS (Society untuk bebudak course aku, combined ngan Islamic Revealed Knowledge), biro Public Relations. Masa join ni, program yang paling mengesankan aku, Caring For The Society 3, gi jadi fasilitator ke Taman Seri Puteri, Batu Gajah, Perak, macam Henry Gurney tapi untuk pompuan. Memang menginsafkan...

Nota Kaki: Pemegang matric number M 960590




7 comments:

  1. Aku terkedu banyak nyer benda kau ingat psal matrik..

    M961026

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul... Banyak betul dia boleh ingat... Aku kesini pun sebab menggoogle apa nama penuh KZAG an SDAF. Ha

      M970559

      Delete
  2. Asal terkedu? Itu sumer experience lebih kurang sama jer kan ngan sumer orang, he3x...

    ReplyDelete
  3. Sowy, terguna id adik aku plaks-eeri jeremiah. sowy!

    ReplyDelete
  4. wei aku twin ko nih
    bangga aku punya lah bagus ingatan ko sampai mana aku sekolah pun ko igt ahahah

    bagus bagus

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Nama saya Syima. Saya terbaca dalam blog anda, salah seorang kawan anda semasa Matriks UIA 1996 bernama Maihaniza Abdul Ghani, budak Dato' Keramat. Kalau tak silap saya, kemungkinan besar dia adalah salah seorang classmate saya di S.M (P) Jalan Ampang kelas 5 Kekwa. Saya sedang mencari semula kawan2 lama saya semasa zaman sekolah. Kalau anda tidak keberatan, sudi lah kiranya anda berikan saya contact number @ email Maihaniza (jika ada) supaya saya dapat berhubung dengan dia. email saya hatulns@yahoo.com. Terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. coretan yg mbuai2 kenangan,sister!!...IIUMC 1997 dlm kenangan...

    ReplyDelete