Monday, May 18, 2009

Mentally Exhausted...

Salam...
Saya sangat penat sejak dari minggu lepas...hingga hari Jumaat ini, saya akan bekerja 12 hari tanpa cuti, macam dok operations jer kan? Time2 macam ni terutama saat ini, saya berharap saya berada di 2 tempat berikut untuk merehatkan minda sepuas-puasnya sambil menghabiskan koleksi buku2 saya yang sungguh banyak belum di habiskan...Di atas, ialah pulau yang telah saya 'usha' lately ni, Krabi Island. Bestnya kalo dapat tido terapung atas laut tu kan...So, no shopping, ok? Rileks only...takpon snorkeling tengok ikan.


Tempat ke2 yang saya ingin pergi dalam kepala hotak saya sekarang adalah Chalet Mat Leon, di tepi Sungai Tembeling, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Betapa terujanya saya bila melihat air Sungai Tembeling tu, dengan sejuknya air tu membasahi rambut ikal mayang saya ini sangat la mengasyikkan seperti tak puas2 nak mandi, betul...saya tak tipu. Mungkin terpengaruh dengan zaman kanak-kanak sebab sempat di besarkan di Temerloh, so sungai tu macam tak boleh di pisahkan walaupun tak reti berenang, wawawa..Masa kecik dulu, tetiap minggu mandi Sungai Pahang, syok giler! Basuh kain atas pelantar 'rumah rakit' yang siap ada 'toilet terapung', sempoi...Bebudak la ni, tak merasa dah sumer ni, tu yang ngengada lebey...manja! Kalo datang sini, selain mandi sungai, adalah tido, tido,tido...sejuk, beb...dalam hutan tu...Next time aku share experience kitaorang gi Taman Negara Kuala Tahan. Best!

Nota Kaki: Pernah ada intention nak jadik full time housewife jer atau lebih tepat lagi Pengurus Rumahtangga Gred N41, dok umah jer, best gak. Tapi mama aku tak kasik, dengan alasan kita tak tau apa yang akan berlaku ngan nasib kita di masa depan,terutama perempuan... so kije la until now...

No comments:

Post a Comment