Sunday, November 15, 2009

Comel dan Sweet...

Salam...

Ya Allah! Rasa nak riak sungguh la pagi Isnin yang permai ni (sebab ku tak kije, cuti, lalalalala...). Di tegur oleh 2 orang kawan lama taim chatting kat Facebook. Camner tak riak (sebab orang pompuan pantang di puji perkara2 yang kita tak pernah expect orang nak puji...).

Situasi 1
Liya: Manjeeeeeeeeee!!! Lamanya tak jumpa! Comelnya sekarang!!! Apa rahsia ni? Pakai apa ek?
Aku: (Kompius tak terkata...dan blur seperti biasa...)

Situasi 2:
Kak Ja: La ni Amy sweet arrrr...Sweet betoi...bla...bla...bla...Amy ingat tak sorang mamat UIA yang 'auw, auw' batch kita tu yang mintak nak tengok hang pakai lipstick brand apa.
Aku: Haaaa...ingat!ingat! Taim tu kita nak outing pi KL, naik bas City Liner 174 A. Budak Kedah tu, nama dia xxxx. Awat?
Kak Ja: Hang kan rajin layan dia. Taim tu dia kata kulit Amy cantik, ha3x...
Aku: Kak woiii! Kalau mamat tu tengok kulit aku la ni, menangeh la dia tengok jerawat chek ni, uwaaaaaa...

Nota Kaki: Derang ni kasik statement hanya semata2 berdasarkan profile pic ku di Facebook jer, bley???

July Gurl...

Salam...

Aku lahir bulan Julai. Ni Kajian Dr Fadzilah Kamsah tentang sifat manusia yang lahir bulan Julai ni, ek. Hmm...sumer deskripsi tu ada pada aku, ngeee...

1. Sangat seronok di dampingi (Kawan2 yang cakap ek...)
2. Banyak berahsia dan sukar di mengerti (terutamanya lelaki...)
3. Agak pendiam kecuali di rangsang (Ku dah kata, ku tak banyak cakap...)
4. Ada harga dan maruah diri (Pon ada kawan rapat pompuan pernah cakap...)
5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila di susahkan (cuma membebel jer...muahahaha...)
6. Mudah di pujuk dan bercakap lurus (blur???)
7. Sangat menjaga hati orang lain (Hati sendiri? Makan hati...uwaaaa...)
8. Sangat peramah (Salah taik lalat di bibir saya yer...)
9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya (Sensitif dan fragile...)
10. Berjiwa sentimental (Jiwang, jiwa halus, dalam hati ada taman, lalalalalala...)
11. Jarang berdendam (Tapi kalo orang tu carik pasal, siap aaarrrr...)
12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan (Sampai mati ku ingat!)
13. Tidak suka benda remeh temeh (Mak kan serius orangnya...)
14. Membimbing cara fizikal dan mental (Suka educate orang walaupun diri sendiri pon tak seberapa, ha3x...)
15. Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang (I like it!!!)
16. Layanan yang serupa dengan semua orang (Laki pompuan sama jer layanan ku, adil dan saksama...)
17. Tinggi daya simpati (Takleh tengok Bersamamu, mata cepat berair, isk3x...)
18. Pemerhatian yang tajam (Ku tengok sampai juling, sengal!)
19. Suka menilai orang lain dengan pemerhatian (Sangat Mirza, he3x...)
20. Mudah dan rajin belajar (Kecuali subjek Sains dan Matematik segala, arghhhhh...)
21. Suka muhasabah diri (Alwiz...sebelum tido...)
22. Suka mengenangkan peristiwa dan kawan lama (Banyak file lama dalam memoriku yang tak delete lagi...)
23. Suka mendiamkan diri (Sebab berangan, he3x...)
24. Suka duduk di rumah (Erkkk??? Online, Facebooking, nyapu umah...)
25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan (Nak kawan ngan mak, tolong cakap ek...)
26. Tak agresif kecuali terpaksa (Kodok macam biasa...)
27. Lemah dari segi kesihatan perut (Perut berlipat, muahahahaha...)
28. Mudah gemuk tak kawal diet (Jusmate 5!!!)
29. Minta di sayangi (Manja maaaa...)
30. Mudah terluka tapi hati lambat pulih (Kuat majuk, very the...termasuk ngan parents sendiri sejak kecik lagi, hik3x...)
31. Terlalu mengambil berat (Depends on circumstances!)
32. Rajin dalam membuat kerja (Dengan kerja yang ku minat jer, kalo tak minat hampeh! Tapi still bley di harap, chewah!)

Nota Kaki: Gambo kat atas tu masa aku umur 27 tahun, penghujung April 2005 ketika umrahku yang pertama. Lokasi: Madinah Al Munawwarah. Citer pasal ku kat sana, nanti ku update later, k? Alang2 musim haji ni kan, he3x...Oh ya, just nak citer, baju kurung yang ku pakai tu, faveretku. Kalo tak silap baju raya ku tahun 1999, beli kat Lina's Collections, Semua House. Size M. Baju tu still elok dan ku pakai sejak dari zaman study kat UIA sampai ku kerja la ni. Baju kurung tu banyak kenangan; selain dari gi umrah, masa arwah papaku meninggal pon ku sarung baju yang sama, pi PTD Assessment Centre pon baju yang sama, etc...Dan lagi, baju ni takyah susah2 nak iron, he3x...



Friday, November 13, 2009

Cemburu Seorang Perempuan...

Salam...

Ku baru abis tengok drama Nur Kasih untuk episod malam ni. Untuk makluman kowang, aku ni kalo tengok drama ker, teater ker, wayang ker, at the same taim otak ku suka jer menerawang fikir macam2, cuba relatekan ngan actual situation, kalau aku berada kat watak tu contohnya. So, malam ni aku 'usha' watak Aliya, lakonan Ayu Raudhah.

Sebagai penonton, aku ada siket rasa menyampah ngan watak Aliya. Sebab sebagai isteri, cepat benar dia terpengaruh dengan cerita2 pihak luar terutamanya Sarah yang cuba nak 'cucuk jarum', nak porak perandakan hubungan Aliya dengan Aidil. Akibat di sogokkan macam2 cerita, (dah la baru kawen dan dalam proses menyesuaikan diri, cara hidup orang kaya dan orang kampung, kisah lama Aidil yang pernah cintakan Nur Amina, etc), emosi nya macam terlebey sudah...Cemburu tu menguasai diri, maka susahla nak mempercayai suami sendiri kan...(padahal Aidil tu dah cukup baik...).

Tapi kalo aku kat tempat Aliya, aku rasa maybe aku pon berperangai cam dia. Yer lah, kenal tak lama mana, kawen, so dalam proses nak mengenali pasangan tu, sure macam2 hal kena tempuh. Sebagai wanita biasa, walaupun mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik, rasa cemburu seorang perempuan tetap tak boleh lari. Macam Aliya, cemburunya tidak berasas, percayakan cakap orang ketiga, percaya pada apa yang di tengok dengan mata sendiri atau apa yang di dengar melalui telinga sendiri, etc, so of course apa yang Aidil cuba nak explain susah nak di terima. Tindakannya menuduh suami nampak terburu2...He3x...macam tu lah orang pompuan kan?

Memang patut cemburu kadang kala, kalu tak cemburu, nanti suami kata tak sayang dia pulak, tak amik berat segala, selamba sangat pon tak leh gak, nanti pompuan lain cucuk jarum, kalau cemburu lebih2, argghhhh...lemas laaaaaa....

Nota Kaki: Aku pon boleh tahan jelez actually, sebab aku kan manja, ngeeee...merajuk lagi la kuat....

Thursday, November 12, 2009

Watak Ibu...

Salam...

Sejak Selasa lalu, 10 November 2009, TV3 start tayang balik Nur Kasih dari episod pertama, setiap Selasa hingga Khamis tanpa iklan, 7.25 malam. Memandangkan ku tak follow sangat drama ni dari mula, so la ni akan setia menunggu depan tv taim tu. Hmm...ku mula tertarik dengan pelakon Liza Othman sebagai ibu kepada Aidil dan Adam. Walaupun sebagai pelakon pembantu, tapi dia sangat sesuai dengan karakter fizikal seorang ibu, cara berjalan, cara bercakap, dan sifat motherly tu terserlah dengan natural. Antara scene yang ku suka so far bila Adam sewaktu kecil berkasar dengan ayahnya, melawan cakap yang kurang ajar, tiba2 Liza ni muncul dan pangggggg...sama si Adam, sambil suruh Adam mintak maaf cepat dengan ayah dia. Insiden ni depan surau or masjid. Sangat tegas dia ketika tu dengan facial expression nya. Then lepas Adam mintak maaf ngan ayah dia sambil menangis, terus dia mintak maaf ngan Liza sambil memeluk pinggang ibunya itu dan ibunya membalas dengan membelai rambut si anak, huh, ku suka! Emosi seorang ibu dari marah terus bertukar penyayang sekelip mata...

Lantas ku berangan, he3x...kalau di beri peluang memilih watak dalam Nur Kasih, ku tamau watak Nur Amina (walaupun ku tau ku boleh jer jadik heroin drama tuh, wah!), watak Sarah memang ku tak sudi sebab watak tu cemerlang di tangan Umi Nazeera, watak Katrina memang dah iras perangai aku, ha3x...Ku tertarik untuk melakonkan watak Hajjah; ibu kepada Aidil dan Adam (Leh tak nak partner ngan Rosyam Nor, ngeee...). Walaupun ku tak pernah jadik ibu, tapi masa zaman sekolah ataupun zaman UIA, kalau ada pementasan, memang aku selalu dapat watak IBU, tatau asal...Antara yang ku ingat...

a) Pertandingan Drama Antara Tingkatan 1993
- Masa ni Form 3, pertandingan kat asrama. Kitaorang wat citer Hijau Merah, inspirasi citer Bawang Putih Bawang Merah. Takde skrip apa, mau taruk jer nak cakap apa macam bangsawan dulu2. Props, set sumer memang hampeh, ikut dan jer tapi kitaorang menang sebab citer ni kitaorang wat tema komedi. Taim tu ku pegang watak mak tiri yang berambut sangat la boyish (rugged skal!) dan anak ku Shidah, anak tiri ku Azrin. He3x...memang ku balun real punya anak tiri ku itew, tarik rambut segala, ku seret ke lantai. Mujur tak hantuk ke dinding jer...Garang wooo...dah la suara aku kowang tau la pitch nya camner kan???

b) Teater Kelopak, Matric Mega Carnival 1997
- Yang ni pementasan persatuan ku masa matriks UIA, Grup Penggiat Sastera (GETAR). Actually pelakonnya semua lelaki, ku cuma pegang watak suara latar seorang ibu yang dah meninggal. Tapi tak ku sangka habis jer pementasan, ada sorang mamat Laws ni datang kat aku, cakap intonasi ku itu berkesan dan menyebabkan dia tersentuh (sebab taim tu dia tengah gaduh ngan mak dia...), so dia ucap thanks. Tak silap, nama mamat tu something cam Soffian.

c) Teater Infla Kasta, Pekan Teater Selangor 1999
- Yang ni pon ku terpilih pegang watak ibu yang kehilangan anak2 nya taim zaman kebuluran, perang di padang pasir. Last sekali aku mati kena tembak. Masa ni ku berlakon ngan abang2 senior yang tua 2, 3 tahun dari aku. Meleleh2 airmataku turun waktu atas stage taim scene carik 2 orang anakku yang hilang itew, isk3x...Feel wooo...

d) Teater Bujur Lalu Melintang Patah, Pekan Teater Selangor 2001
-Cerita berlatarbelakangkan Adat Perpatih. Cinta anak daraku yang di tentang oleh keluarga kerana bercinta sama suku, hu3x...Ku memegang watak ibu yang penyayang, class uols! Menurut kata colleague ku taim tu yang bernama Siput, gaya ku bercakap sesuai pegang watak ibu, selain ada la ciri2 lain yang ku dah lupa, he3x...

Itu citer dalam pementasan. In reality ku tak pernah merasa pown lagi. Tapi kawan2 pompuanku kata, takpon junior sekolah, takpon clerk opis or desptach opis ku, derang kata ku ada sifat keibuan itu tapi kalo ku ada anak sendiri, konfem ku sangat garang ngan anak2, ha3x...Mesti arrr, aku kan kuat membebel, pot...pet...pot...pet...Ada jer yang tak kena, suara naik dulu, baru aku cool, he3x...sejibik arwah papa aku...Itu komen orang, actual situation suatu hari nanti, ku sendiri pon tak leh nak jangka...

Nota Kaki: Kalau ada anak sendiri nanti, ku nak derang pangge aku 'Ibu'...

Monday, November 9, 2009

Aku Wanita Biasa...



Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Nota Kaki: La ni ku suka sangat dengan lagu ni walaupun aku tak pernah curang ngan kekasih hati, hu3x...First taim dengar Krisdayanti nyanyi, ku dah suka sebab aku rasa feel dia bagus ngan lagu ni. Reason kedua, aku tak sabar nak tunggu lagu ni masuk Red Box sebab ku nak try nyanyi lagu ni! Aku memang suka nyanyi lagu yang menggambarkan perasaan kaum perempuan ni sebab ku boleh belajar nak feel lagu, penghayatan, so leh main ngan suara. Ada la dinamik sikit ngan vokal tu kan, chewah! Oh ya, untuk Sha Tuyee, terima kasih kerana mempromosi pada Encik Budi dengan mengatakan vokalku lagi sedap dari Rossa dan Krisdayanti, lalalalalala..Bertambah lagi rakan karaoke ku selepas ini...

Saper 'Mamat' Ensem tu ekkkk...

Salam...

Semalam Ahad, tak wat apa2, pagi pulun tido, jap bangun, jap tido smpai pukul 11 pagi. Pastu dalam lepas Zohor, kuar pi Central Market. Huh, ku rasa dah bertahun2 ku tak datang sini, CM sudah berubah wajah! Memula sampai area situ, agak2 bingai nak carik parking, berpusing2 aku satu KL. Kenapa ek ku datang CM?

Actually ku saja nak ngekor Sha Tuyee pi wat souvenier untuk AGM company dia. Kalau takde apa2, memang ku suka jer nak ngekor kengkawan, aku yang sibuk offer diri, he3x...Oh ya, mamat sebelah Sha tu adalah Encik Budi, opismate dia. First taim ku jumpa mamat ni masa gi Taman Negara Kuala Tahan Januari ari tuh, tapi tak pernah bertegur sapa. Tak sangka plak dia ramah dan bley layan kitaorang rewang2. Antara mende best yang aku ingat pasal dia ialah bila dia telek tapak tangan kanan aku, hu3x...Statement pertama dia," Oh, suami you nanti handsome!" Hoho! I like it! Then, dia kata ku sudah jumpa jodoh ku dan 'mamat' tu adalah di kalangan kawan2 ku juga. Kulit cerah, tinggi. Hmmm...saper ek kawan2 lelaki aku yang tinggi, cerah dan paling musykil, ENSEM??? Ku rapat ngan saper ek la ni? Pelik jugak nih...tapi kesian arrr kat 'mamat' tu sebab aku ni sukar di kawal, hu3x...

Nota Kaki: Ku suka lelaki mata sepet, comey...Chinese looks...

Sunday, November 8, 2009

Flaming Steamboat.

Salam...

Siang pi mandi Sungai Sendat, malam pi makan2 kat Flaming Steamboat, Bandar Sunway. Sempat tido sejam sampai 5.45 petang, penat wooo...main air. Then, bangun siap2 sebab janji 7.30 malam lepas Maghrib. Memandangkan ku uzur syar'ie, so awal lagi ku dah sampai, dalam pukul 7.10 malam. Sementara tunggu yang lain sampai, as usual, posing dulu!

Paling last ku datang sini masa opening Jusco Bandar Sunway few years back. Kalo tak silap, bulan puasa tahun 2007, so dah 3 tahun la. Taim tu aku nyer GM belanja kitaorang satu division berbuka puasa plus ada sikit farewell party. Now dah lain tempat ni, dah besar. Masa tahun 2007 tu kalo tak silap, tingkat atas ni takder. Murah...untuk adult nyer rate dalam RM 20 plus.

Kuah untuk steamboat, ada pilihan sup ngan tomyam. Aku suka seafood, terutama udang dan sotong. Masa tahun 2007 tu, memang beria2 sungguh ku meratah udang sampai penuh pinggan ku ngan kulit udang. Bos aku, Encik Hasdan kata, "Tak sesia bawak tapi malu la kalau Anuar Zain tengok..." Sambil di tambah2 gelak oleh Encik Firdaus dan Encik Ropi. Ces! Sejak dari hari itu, ku sudah kureng untuk meratah udang, isk3x...

Sempat baca Harian Metro sementara menunggu yang lain datang. Terpengaruh dengan iklan Garnier Fasha Sandha, tu yang dok meraba2 pipi sendiri yang berjerawat, arghhhh...Jerawat gatal! Orang kedua sampai, Abang Nazim, tukang booking tempat makan ni.

Then, Sha Tuyee ngan Adi sampai dari Shah Alam. Muka Sha ngantuk giler...muka tak larat, ngee...Walaupun ku tak pakai Garnier lagi, tapi ku tetap maintain bercahaya, wah! Then, geng Wangsa Maju; Ayah Pi, Mahera & Pok Im sampai, last sekali yang di raikan pasangan pengantin Kak Mimi n Pok Li.

Budak2 yang lahir tahun 1986! Dok diam2 kat tepi...setakat jadik tukang gelak jer dengar orang tua berborak.

Jemput makan! Macam2 ada, seafood bermacam2 jenis dalam 2 fridge besar. Awal2 lagi ku carik nasi goreng, maklum la orang kampung...ngan ayam goreng, rendang ayam, bihun goreng dan mende2 yang depan aku tuh...Pastu baru ku makan seafood, tu pun tak banyak. Ada la gak agar2, aiskrim macam2 perisa dan beberapa jenis air macam mango juice, orange juice, longan, tea, etc.

Ramai tau customer yang datang makan kat sini. Kebanyakannya family, meriah suasana! Food pun ok dan murah.

Mahera sangat khusyuk menghirup...

Ayah Pi sibuk dengan tugas2 rutin...yang lain tunggu makan jer, he3x...

Yang depan sekali tu bakal pengantin baru; Kak Mimi dan Pok Li. Hmm...cinta lokasi Pulau Perhentian 2008. Harusla kena pi balik pulau tu untuk berbulan madu kan??? Next year ku Project Leader untuk Pulau Lang Tengah, so sesaper yang nak join, tolong bawa sekali kawan2 lelaki yang single ek. Mana tau tahun 2011, aku plak menamatkan zaman bujang Cinta Lokasi Lang Tengah yang chantek itew! Kitaorang lepak2, ngutuk2, gelak2kan orang sampai pukul 11 malam. Abang Nazim belanja, yeay! Terima kasih banyak2. Ku sampai umah dalam 12.15 pagi sebab Federal Hiway n Bangsar jam ntah apa2. Tapi dalam pukul 1.30 pagi, ku kuar balik, ngekor Shahril n Pok Li lepak minum kat NZ Wangsa Maju, he3x...Ku suka jer jadik Manja & The Boys ni...nak plak derang datang amik aku kat umah. Lepak sampai pukul 3 pagi, baru balik umah, zzzzzzzzzz...sengal!

Nota Kaki: Lepas ni jom pi makan seafood kat Bagan Lalang plak, ek...