Friday, May 15, 2009

Wat per ari ni?

Salam.

Rileks, rileks! Toksah beria2 carik gambo aku kat celah derang tu, memang takdo pun. Takde kaitan ngan citer aku ari ni, tapi America's Next Top Model antara program tv faveret aku setiap malam Jumaat sejak 1st season lagi taim Yoanna menang. Kenapa ek saya suka tengok? Sebab jeles tengok body derang cantik, n pandai bergaya n kerjaya as model tu sendiri pada aku bukan senang.

Hari ni saya:
a) Dari 10 pagi sampai 7 petang, menghabiskan masa di Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Walaupun Jumaat, tapi ramai orang, especially fresh grads. Saya sangat penat dan tubuh saya rasa tak larat sedangkan Sabtu dan Ahad lepas saya memang pulun tido kaw kaw. Tapi takpe, saya seronok meng'usha' 'ayam muda' yang ramai macam baru terlepas reban, dan mereka memang menarik perhatian saya sebagai 'ibu musang' (siot ko, Che Pi!) Paling ramai bodak course Mechanical n also Electrical Engineering yang carik kije. Bukan senang nak carik kije la ni, dik! Maksudnya yang bersesuaian. Terserempak ngan beberapa orang yang pernah ku kenal atas urusan kerja, tak sangka derang ingat lagi kat aku. Terjumpa juga ex-staff yang dah resign dari company dalam 6 bulan yang lalu, tengah carik kije gak, surprise gak, asal nak resign lagi ker? Dia kata company dia retrenchment. Ya Allah...kesiannya. Hmm...bab tukar kije ni memang kena fikir panjang, bukan 1 faktor semata2 seperti gaji tinggi jer yang nak tengok, tapi macam2 hal lagi. So, tensen camner pon kije la ni, bersyukur lah dengan apa yang kita ada, betul...Dan masa nak balik tadi, aku macam tersentap dah berair mata bila ada sorang akak tu mintak Admin Clerk, umur dah 42 tahun, tapi still single. Tetiba jer aku terfikirkan diri aku...terus jadik macam takut.


b) Saya tidak makan makanan berat seperti nasi sejak dari pagi tadi. Breakfast, 2 ketul kuih, lunch 1 ketul kek coklat, membuatkan saya sangat lapar selepas selesai kije saya pukul 7 petang tadi. Pedih perut pun ada. Lalu saya cuba untuk mengajak 'abang besar' saya, Che Pi gi makan bubur nasi di Kampung Baru. Nasib baik dia free n nak kuar, sebab bila dia malas nak keluar, tak perlu di pujuk 46x mengajak dia keluar, so faham2 sajalah bila dia tidak membalas sms anda, wawawa...Saya fetch dia di kondo mewahnya di Seksyen 2 Wangsa Maju, tapi malangnya bila sampai di destinasi, kedai bubur nasi itu TUTUP! Ceh, frust! Lalu Che Pi men suggestkan ke tempat lain. Actually saya sudah hilang selera makan kerana terlalu letey, tapi perlu makan untuk mengalas perut. Rasanya dekat 2 jam setengah gak la kitaorang berborak macam2 hal, pasal kerja, family, etc. Saya pon tak sedar bila hantar dia balik, rupanya sudah hampir pukul 12.30 am, ingatkan still pukul 11 lebey...Timakacih big bro sebab teman saya, laenkali saya belanja Red Box Plus pulak, k?


c) Sempat online fb bila sampai umah, so teruja bila senior masa UIA, Abang Alifi Alias dah approved my request. Oh ya, ni pon budak batch Che Pi gak, 'anak emas UIA' iaitu bebudak Laws. So terharu, bila Abang Alifi still ingat aku dengan replied,"Ini emak Inflakasta"...aisey, dia cam aku lagi la...Fyi, Inflakasta ni naskhah teater yang kitaorang performed masa Pekan Teater Selangor 1999 kat Dewan Sivik MPPJ. Kitaorang 1 production wakil UIA, aku pegang watak ibu yang hilang 2 orang anak, Infla dan Kasta. Latar tempat, macam somewhere kat gurun, kebuluran di sebabkan inflasi la lebey kurang n ada pasal isu kasta gak. Watak antagonis, seingat aku namanya Kastabong, senior yang pegang watak ni, tapi aku dah lupa nama dia, rupa ingat lagi kot. Akhir cerita, aku mati kena tembak dengan Kastabong tu, huh, tragik! Hmm...aku masuk main campus UIA Gombak tahun 1998, so masa aku join competition tu, kira aku junior lagi kat main camp.


Nota Kaki: Hmm...baru aku perasan, kebanyakan watak aku bila join production theatre, mesti di offer watak 'Ibu'. Antaranya masa Pekan Teater Selangor 2001, naskhah "Membujur Lalu Melintang Patah' pasal adat Perpatih, isu kahwin sama suku, aku jadik mak heroin. Masa Matric Mega Carnival 1997 @ Auditorium IIUM Matriculation Centre, Lembah Pantai, untuk teater Kelopak, di mana pelakonnya semua lelaki, aku di pilih jadi suara latar ibu. Masa tu, bila pelakon Hilal Azman wat simple audition dengan kasik skrip kat beberapa sisters (termasuk aku) nak tengok intonasi kitaorang, bila dia dengar aku berdialog, tak sampai 5 patah perkataan lagi, dia soh aku stop. Aku cuak gak coz muka dia serius, aku agak sure failed! Tapi yang bangga bila dia kata, "Ok, bila saya dengar awak baca tadi walaupun tak sampai 5 patah perkataan, tapi saya tau awak boleh buat..." Syoknye taim tuh, huh! (Alah, Nowwa, time tu korang 4 orang, termasuk Nina pakai telekung putih keluar depan stage, jadik ala2 roh aku, yang Zulkifly Abdul Malik berlakon jadik Sultan, lenlain, Sanul, Emril, Pesort, Azan, Rizal Rosli, etc). Tetamu jemputan kitaorang Azean Irdawaty, penuh audi masa tu. Abis performance, ada sorang mamat Laws nama Pian datang kat aku n say thanks sebab masa tu, dia ada konflik ngan mak dia, tapi bila dia dengar suara latar aku, terus dia insaf teringat kat mak dia, huiyo, mahal tu...Then, masa aku amik Produksi Teater Moden dengan Marlia Musa kat ASK, dia cast aku untuk watak perempuan kaya yang bongkak yang menentang percintaan anak perempuan dia ngan jejaka keluarga miskin, naskhah Atap Genting Atap Rumbia. Awal2, aku withdraw sebab kena buka tudung, tak mau arh...So, Happy Belated Mother's Day untuk aku, wawawa...

2 comments:

  1. Bestkan time tu Amy...aku ingat lagi..kalau aku duduk dekat2 ngan kau memang aku gila teater la cam kau jugak..tapi nak buat camana asyik active GETAR aku plak budak econs yang tak pandai, sekali kena repeart itu yang aku jauhkan diri dari sumer tu..

    Miss those days laaa..

    ReplyDelete
  2. Nowwa, uiks, ko pandai per, dah complete Master Corporate Comm dgn cemerlang lagi!

    ReplyDelete