Wednesday, June 30, 2010

Mood Dara...

Salam...

Walaupun penat mental semalam tak abis lagik,(sebab semalam meeting dari kol 5 - 9.45 malam...), sambung plak hari ni ada 2 meeting laen, giler penat otak aku. Agaknya sebab penat mental la, aku asyik nak makan jer ini hari. Pagi, aku breakfast 2 senduk nasi goreng ngan sambal kentang (owh, lazat sambalnya!). Tup2, kol 11.30 pagi, aku lapar balik, siyes! Hmmm...aku tak tahan, aku gi carik junk food. Dan saya dengan lahapnya memakan sekaligus Chocolate Teddy Biscuits, kacang goreng dan kerepek pisang manis yang lazat itew! Pastu, tengahari aku makan nasik lagi, wawawawa...Natrah cakap, aku sedang mengalami symptom kegemukan, uwaaaaaaaa....Dan dia terus mengajak aku untuk join dia dan Cik Jah morning walk every weekend. Last week, ada Technician opis aku pon komen aku banyak makan nasik dan soh kurangkan, banyak makan buah jer, hu3x...

After lunch, aku ngantuk yang amat sangat...Lantas ku ambik handset dan tepon Abang Sulungku. Memandangkan bos aku takde tadi, aku dok borak ngan abang aku ni dalam 23 minit jugak, gelak sakan sampai airmata merembes kuar tahap dewa punya! Kitaorang giler merepek tahap cipan, ha3x...sampai abang sulung aku tu dok ulang 46x perkataan 'gila' kat aku, wawawawawawa...Abang Ajim, saya amat genetik mu, ok??? (Ayyo, sambil taip ni pon, aku dok tersengguk gelak lagik nih...). Cuma saya takde iras Elly Suriaty mahupun Zainal Abidin!

Akan tetapi, rambut saya iras pelakon kesayangan saya, Kak Vee, wah! Bukan saya yang cakap, tapi orang2 keliling saya la yang cakap. Aku rasa macam tak sama, tapi orang still cakap jugak, wawawawa...Statement bos aku kat surau petang tadik, membuatkan aku rasa macam 'kembang tak hengat'! Masa tu, aku baru pas sikat rambut lepas solat Zohor. Then bos aku cakap cenggini, "Panjangnya rambut awak, Mirza! Macam wanita Melayu zaman dulu!" Aku memang tergamam giler seyyyyy...sambil senyum malu2, auw! Then dia tanya, rambut aku ni asalnya lurus ker or how? Aku cakap la, dari dulu, memang rambut aku jenis ikal mayang, gitew! Aku memang terasa wanita Melayu asli dan klasik taim tu, bley? Terus kensel niat aku nak potong rambut bulan ni! Ari tu pon Payroll Asst. aku cakap cenggini, "Rambut Kak Mirza cantik. Kita suka tengok rambut kakak!" Well....ada sesaper tak nak amik aku jadik model syampu pas ni?

Di sebabkan mood klasik dan asli tuh, aku terasa 'mood Dara' telah bermula, apatah lagi, esok sudah masuk Julai! Hmm...tiket Teater Muzikal Uda dan Dara sudah di beli dan bakal di tonton di Istana Budaya pada 10 Julai depan. Teruja nak tengok sebab:

a) Misha Omar yang berlakon jadik Dara. Saya suka suara Misha Omar dan kitaorang sekampung, Mek Klate gitew!
b) Ni karya Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan aku, iaitu 2 hari selepas pementasan pembukaan.
c) Aku tak pernah lagi tengok teater arahan Dato' Rahim Razali.
d) Aku memang suka layan kesah chenta, he3x...
e) Aku terpengaruh dengan statement Betty Benafe yang mengatakan bahasa yang di gunakan nanti indah, puitis, ada pantun, wah! mesti chantek!

Aku nak pakai baju kurung la bila tengok teater tu nanti, wanita Melayu zaman dahulu...mestilah!

Nota kaki: Tidak pernah menyembunyikan status...saya masih mencari Uda pujaan saya...atau mungkin dia sudah berada di depan mata saya...

Monday, June 28, 2010

My Solfege Class!

Salam.

Burp! He3x...aku baru pas makan nasi kerabu, lauk daging bakar, telur masin dan solok lada, my faveret! Hari ni aku sampai umah awal, ntah ngape Federal Hiway tak jam, kompius aku. Hari ni penat mental siket. Tadi ada orang tegur aku lagi, kenapa lately ni aku nampak tak ceria macam biasa, especially after bos aku balik dari maternity leave. He3x...jahat btol derang ni observe aku ek? Actually, aku rasa macam biasa jer tapi tu lah, maybe derang rasa Mirza yang 'riangnya dia ini' tu dah ilang kot? Nothing happen actually, cuma bila ada bos tu, macam kena behave siket kot, gitew!

Ok, semalam aku karaoke kan? Hari ni, masa kat ofis, aku rasa macam nak gi Red Box lagi dengan rasa gatal tangan untuk pegang mic takde wire tuh! Rasa macam tak puas nyanyi, ha3x...Nak nyanyi, dan nyanyi lagik! Kawan aku Choral cakap, aku memang talented dan passionate ngan singing? Hai meh? Cakap pasal talent, maybe btol aku ada siket 'suara' tapi aku tak sure bley jual ker tak, he3x...Pasal singing ni passion aku ker tak, tu pon aku tak pasti, tapi memang dari kecik aku suka menyanyi. Aku rasa macam leh flashback aku nyanyi tak pakai baju, tangan kiri ala2 pegang mic (walaupun eksen jer...), ala2 perform depan arwah papa aku. Aku rasa sangat syok bila menyanyi especially kalo kita dapat feel lagu tuh, menyanyi dari hati. Tapi aku tak sure kalo nyanyian jiwa aku tu sampai pada kawan2 aku ker tak, ha3x...Kawan aku Choral tu, paling suka duet aku ngan Ady Nyet lagu 'Terlanjur Cinta'.

Tapi aku cakap ngan kowang, menyanyi bukan perkara mudah, kutuk nyanyian orang mungkin mudah! Tapi aku rasa aku patut rasa bertuah sebab aku berpeluang untuk join kelas muzik kat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara sebagai preparation untuk 2nd audition Koir Kebangsaan 31 Julai depan. Aku kena attend 9 kelas; 2 kali seminggu kat JKKN, Jalan Sultan Ismail. Kelas aku setiap Khamis, 8 - 10 malam dan Ahad, 11 pagi - 1.30 petang, bermula 24 Jun ari tu sampai la 29 Julai. Ingin aku ingatkan sekali lagi, aku belum di terima masuk koir tu tau, baru di pilih untuk 2nd audition. So hopefully, bila attend kelas ni, kitaorang akan mencapai standard yang derang nak, gitew!

Kelas kitaorang ni di namakan Solfege Class; ada 3 group-Permata Seni Koir; Koir Remaja Kebangsaan dan Koir Kebangsaan untuk dewasa. Huh, tiap kali kelas, memang meriah budak2 Permata Seni Koir ngan parents budak2 tu sekali. Suasana yang cukup mengujakan! Macam kitaorang ni, suppose ada 20 orang, tapi masa first class tu, 10 orang jer yang datang. Ada HR macam aku, ada arkitek, tapi mostly students la; dari UNITEN, UiTM, Ocean, etc. Ada sorang tu, baru grad UiTM, amik vokal. Orangnya kecik molek, kurus jer tapi vokal power siot! Masa first taim aku dengar dia bercakap pon, aku dah leh agak dia blaja vokal. Tenaga pengajar aku muda lagik, baru 25 tahun, grad UiTM, Degree Music ngan 1st Class, main piano kalo tak silap.

Kelas pertama, dia ajar 'Solfeggio'. Alah, Do Re Mi Fa So La Ti Do. Wey, bukan senang tau untuk dapatkan pitch yang btol. Kalo tak, bunyi flat jer. Pastu kat mana kedudukan notes2 tu pada 'stave' (alah, baris jalur2 buku muzik tuh...). Yang ni kena master btol2. Sebab anytime kalo derang suruh bunyikan, contohnya Mi, kita kena tau la pitch nya tinggi ke rendah. Pastu kenal notes macam 'semibref','minim', 'crotchet','quaver' dan berapa countnya. Then, belajar la tepuk tangan ikut notes lagu dengan count yang betul, ni kira 'rhythms' la kalo tak silap. Hah! Amik ko, terkial2 seyy...Blom nak faham 'time signature' tu apa lagik, huh!Pastu ada la lagik exercise pasal 'lip trails' (yang bibir bergetar tu bunyik burrrrrrrrrrr tuh....) yang kalo tak silap aku, kita akan rasa tone sensation at mask area, rasa macam kebas jer. Ada exercise 'tone placement', 'mouth opening' (owh, yang ni memang aku rasa nak termuntah keluar anak tekak!), ni semua penting untuk menghasilkan vokal yang cantik bila nyanyi. Even, lepas wat ni semua, ada 'hiss' yang bertujuan untuk tahu how good our breath control.

Then, on 2nd class, aku sampai lewat sikit. Tapi blaja pasal 'rest' dan count nya jugak. Then, 'sub-division' method, pheww...complicated siket tapi fun kalo dah faham. Then 'pitch' and 'rhythm' exercise dengan notes yang panjang sikit (ceh, ni dah terer sikit tapi dalam kelas jer la, ha3x...), then 'intonations' exercise, hmm...susah jugak kalo tak familiar. Tapi so far, memang fun la blaja perkara baru nih, walaupun kadang kala ketara muka blur aku kalo tak faham, he3x...sangat ketara!

Nota kaki: Sekali sekala ada, Ada rindu yang datang tiba-tiba...Tak mungkin kerana sayang, Cuma terganggu oleh perasaan...


Sunday, June 27, 2010

Aktiviti Ahad Saya...


Salam.

1. Pagi2 lagi aku dah bangun sebab nak gi ofis, kena coordinate interbiu untuk position HOD. Ku sampai ofis dalam 9.40 pagi. Lepas settle apa2 yang patut, aku handover kat Noorul, mintak tolong dia. Mujur dia sangat membantu, kalo tak aku sangkut kat ofis sampai pukul 2 petang, isk3x...

2. Dalam kol 11 pagi, aku gerak dari ofis di Shah Alam, ke kelas muzik plak @ Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Isi minyak, carik roti dulu alas perut, que panjang sebab marathon, so aku sampai kat kelas dalam kol 12.10 tengahari. Aku masuk jer kelas, cikgu aku tanya dengan serius, "Kelas start pukul berapa?" Aku diam tak terkata...Ini kelas kedua aku, so far seronok jer blaja walaupun ku rasa agak sukar, tapi dah bley sesuaikan diri untuk faham apa yang di ajar. Aku cuma perlu yakin dengan diri sendiri dan berani. Selama ni pon, apa yang aku minat semuanya aku cuba atas usaha sendiri, aci redah jer. Just try it, gurl!

3. Abis kelas dalam 1.45 petang. Hmmm...sempat nih kalo nak join geng2 aku karaoke kat Red Box The Curve! Dari Jalan Sultan Ismail, aku sempat singgah Mc Donald Drive Thru beli nuggets, ku lunch sambil pegang stereng, hu3x...Masa ni aku terasa sangat seperti model yang sibuk, gerak ke show dengan tukar baju dan make up dalam kereta, ha3x...

4. Sampai The Curve tepat 3 petang. Ada 7 orang semuanya termasuk besday gurl Sha Tuyee. Abang sulung ku tak dapat join maybe penat stock take dan dia tak cukup tido. Adik majuk ngan ko, bang! Muahahahahahaha...gurau jer! Bila la nak merasa duet ngan abang sulung nih. Walaupun kadang2 rasa nak termuntah nyanyi lagu tinggi, tapi takper, redah jer. Paling semput nyanyi lagu Ziana Zain, 'Kekal', adehhh...Memang terasa anak tekak dah terlolong segala, isk3x...Tapi aku rasa kalo bakat aku di asah betul2, aku leh jadik penyanyi yang berjaya, wah!

5. Karaoke abis sampai jam 6 petang. Then, lepak kat Warung Santai, Tesco. Aku order nasi paprik seafood sebab tak makan nasik lagi. Derang ada plan nak gi makan ayam golek kat area Kerinchi lepas Maghrib, tapi aku malas nak join sebab dah rasa ngantuk dan malas nak driving ke sana.

6. Lepas Maghrib, just sambung lepak kat Ayam Penyet until 9 pm, sambil borak2. Aku just minum air jer. Sampai umah, 9.45 malam...Esok dah Isnin? Kojo? Uwaaaaaaa....

Nota kaki: Ayyo! Sudah mau masuk bulan Julai next week...Menghitung hari...

Cerita Cancerian...

Salam.

Hai! Hari ni 27 Jun 2010, besday budak pompuan yang kat atas ni haaaa...Sha Altantuyee! So, Selamat Hari Lahir ke 32 tahun! Moga KPI bulan October 2010 akan achieve, amin....Aku tak nampak bayang lagik nih, he3x...Btw, kitaorang ni berkongsi zodiak yang sama, Cancer. Ada geng kitaorang cakap, yang aku ngan Sha ni sama sebab kitaorang suka bercakap. Owh, salah tuh. Sha yang banyak cakap, aku tak sebab aku pendiam. Hmmm...lagik, kitaorang jenis suka 'shimpan' jugak, tapi Sha lagik kuat 'shimpan' dari aku, he3x...Pandai cover, btol tak? Tapi Sha lagi ceria, aku ni still pemalu lagik, auw! Dia pandai jahit, masak, kemas umah, tapi itu sangat bertentangan ngan aku. Tapi satu hal kitaorang sama, tak reti susun atur barang, wawawawa...semua benda nak simpan!

Hmmm...mari kita tengok ciri2 orang Cancer nih:
a) Temper
- Menarik dan penyayang tapi benci perkara-perkara yang kecil dan remeh
- Punya sifat toleransi yang tinggi dan sukar hilang kawalan perasaan
- Jika berhadapan dengan sebentuk perselisihan, biasanya akan keluar dari perselisihan secara senyap
- Jika marah, akan menitiskan airmata atau bersedih menyebabkan pasangan berasa kesal dan mohon maaf

b)Emosi:
- Punya sifat mahu melindungi dan mengasuh orang lain
- Sangat rapat dengan perasaan orang lain hingga sukar menentukan perasaan sendiri
- Salah faham atau dendam mudah wujud kerana kesan daripada kejadian atau peristiwa silam
- Mencari tempat bersembunyi apabila menghadapi sebentuk tekanan

c) Kekuatan:
- Punya gerak hati yang kuat tentang perasaan orang lain, ambil berat dan berani melindungi orang
- Memiliki pemikiran yang tajam dengan memori ingatan yang kuat

d) Kelemahan:
- Punyai emosi yang sangat sensitif
- Mudah cemburu dan mahu menguasai semata-mata

Berdasarkan buku yang aku baca ni, Cinta, Jodoh dan Perkahwinan (wah, class uols!), Cancer ni sesuai ngan orang2 zodiak Taurus, Cancer, Leo, Scorpio, Capricorn dan Pisces. Hubungan antara zodiak ni, insya Allah baik, mudah memahami antara satu sama lain. Aktiviti yang ceria harus di kekalkan untuk kekal selesa bercinta.

He3x...leh la aku study pasal personality orang nih, pastu jadik tetamu jemputan dalam Malaysia Hari Ini, wawawawawa...

Nota kaki: Selamat Hari Lahir ke 42 tahun pada OM faveret aku or bak kata Abang Edi, OM kesayangan aku, Che Din @ Temerloh, pon pada 27 Jun jugak. Bila la nak makan gulai tempoyak ikan patin, sambal ikan bilis tempe, daging goreng kunyit dan ais jagung lagi nih...

Saturday, June 26, 2010

Cerita Sabtu Saya...

Salam...

Wah! Title entry macam mood romantis jer kan? Aku baru jer sampai umah kol 10 malam tadi. Sejak dari lepas Zohor tadi aku kat luar. Pagi bangun lewat, tido, golek2 pueh2 atas katil, kol 11 lebih baru aku bangun, mandi n basuh kain. Then, lepas Zohor aku gi wedding kawan aku kat Taman Sri Serdang. Mujur jalan tak jam, dalam 2.10 petang aku dah sampai, mujur tak susah carik umah.

Oh ya, aku memang nak gi wedding kawan aku yang satu ni sebab mamat ni aku kenal atas dasar kerja masa aku kat company lama. Dia kerja ngan Kementerian Sumber Manusia @ Putrajaya. Seingat aku, kitaorang jumpa face to face 2 kali jer, selebihnya cakap thru phone or sms, tapi jarang sangat la. Tapi sekali borak, memang lama la sampai dia pernah citer la chenta dia yang tak kesampaian walaupun kawan dah 10 tahun. Masa dia sms aku awal Jun ari tu, aku kat Rebak Island, mintak address nak hantar kad jemputan kawen. Aku terkejut sebab dia still ingat n sudi nak jemput aku gi wedding dia walaupun dah lama gak kitaorang lost contact. And aku appreciate jemputan dia tu, serius! Wife dia ni, dia kenal setahun jer dan dia kata, wanita ni jer yang sudi terima dia, gitew! Hmm...tapi kalo tak silap aku, 2 minggu lepas, ayah mamat ni baru jer meninggal dunia. Kesian...kehilangan ayah taim hari penting dia, memang dugaan. Ramai sungguh orang kat kenduri tadi, nak carik tempat duduk pon berpusing2, mujur sangat aku pegi sorang. Aku tak lama pon kat sana, dalam 2.50 petang, aku gerak lepas jumpa pengantin.

Dari Serdang, aku ke Jalan TAR. Sambil driving, aku layan CD lagu2 chenta omputeh, ngeh3x...Jalan sana sini banyak keta. Aku sampai kat Jalan TAR dalam kol 4 petang. Terus gi Plaza City One, tempah 2 pasang baju ngan Aunty Mary aku; baju kurung kain cotton. Dah berzaman beli tapi tak buat2. Maybe leh jadik baju raya tahun ni, tapi bukan baju raya pertama la. Uwaaaaa...measurement sudah berubah....saya sudah gumukkkk!!!

Dari Jalan TAR, sekitar jam 5 petang, aku gerak ke Ampang, amik Natrah sebab kitaorang nak gi lepak kat Jusco AU2 plak, amik spek baru aku, yeah! Spek Chelsea FC! Dah sampai kat sana, macam biasa, aku terbabas shopping la kan, ha3x...Tak banyak this taim, RM 100 jer. Takleh banyak2 sebab bulan Julai ni, banyak gilo nak pakai duit. Ingat nak lepak sampai Maghrib jer, tapi terbabas sampai kol 9.15 malam, hik3x...Masa on the way hantar dia balik, kitaorang sambung citer dalam keta. Tapi masa lagu 'My Valentine' berkumandang, masing2 senyap, ala2 layan perasaan, ha3x...Tup2 pompuan tu cakap cenggini, "Mek! Aku rasa ko ni kena dapat husband yang sporting. Yang kena faham ko ni suka hang out ngan kawan2 ko dan dia bley kasik freedom tu kat ko. Dan lelaki tu mesti somebody yang kenal ko, kenal saper kawan2 ko. Dan aku rasa, lelaki tu adalah di kalangan kawan2 ko jugak." Uiks? Apa kena ini fomfuan??? By description tu, aku terus terasa aku ni Sarah Jessica Parker dalam filem Sex and The City 2 yang aku tengok malam tadi, ahaks! Sah! Fomfuan ni berangan yang sangat kuat, fikir pasal aku masa dengar lagu Martina McBride tuh, dalam sangat ko gali tu, beb! Btw thanks, like u said, cuma aku jer yang faham apa yang aku rasa dalam hati aku sekarang, gitew! Cuma malas jer nak fikir sebab..."akhirnya....nanti...kecewa..."

Hmmm...aku baru nak update blog ni, tetiba phone aku ringing. Yeah, Cik Pya ku tepon hanya nak kasitau Mak Long dia, bantal busuknya basah sebab tertumpah air, adehhh...Ok, next month, kita celebrate besday sesama, ek? Maybe kat Sunway Lagoon? Windu plak ngan anak sedara aku nih!

Nota kaki: Esok kerja la pulekkkkkk...Ahad pulek tuh...

Thursday, June 24, 2010

Hepi 23rd Besday!

Salam.

Ok! Ok! Ni yang last sblom aku 'jalan'...Wishing my brother, Muhamad Fadzlan Muhamad Nor, Selamat Hari Lahir ke 24 tahun! Cepat2 carik kerja, he3x...Dia ni sangat muka arwah papa aku Darjah 6. Kulit gelap, perangai semua iras arwah papa aku. Hitam2 si tampuk manggis, awek ramai minat nih...Cau!

Camner ek?

Salam...

Pagi tadi Payroll Exec opis aku citer pasal the one and only anak perempuan dia yang umur 4 tahun. Seronok jer aku dengar walaupun cerita tu simple jer; pasal hubungan ibu dan anak. Aku godek2 internet ni, terjumpa plak gambo si comel ni, geram jer aku tengok. Menambahkan percentage aku nak anak perempuan! Pada parents budak comey ni, sorry ek, tumpang tepek kat sini.

Camner agaknya rupa keletah anak perempuan aku tu ek? Pendiam macam aku kot, manis jer. Hmm...hopefully, aku leh jadik kawan baik dia, tempat dia mengadu, tempat nak merengek2 manja, sampai la aku tua, he3x...Blaja rajin2, sampai jadik doktor. Doktor Aisya! Mimpi la ngko! Dah! Gi tido!

Mau Layan Ini Celita...

Salam.

Baru balik dari kelas muzik aku yang pertama hari ni. So far kelas selama 2 jam tu seronok tapi aku tamau cerita lagi malam ni. Bley tak aku citer esok jer? Kenapa aku tamau citer? Sebab separuh dari jiwa aku terganggu kat ofis tadi. Bukan terganggu macam mana...aku geram ngan orang. Hmmm...malas la nak fikir! Geram! Sampai Sha Tuyee pon cakap, "Poyos la....bla...bla...bla...bla..bla..." Eh, Sha, ko perasan tak mende2 cenggini jadik mesti taim aku plan apa2 ngan ko kan?

Takper, malam esok kita layan ini movie ok? Thanks sebab dah booking, aku rasa macam nak tengok show 8.45 malam. Aku suka tengok movie ni sebab aku suka pasal friendship derang. Plus derang ni semua dah kategori berumur tapi still hot, bijak bergaya, I loike! Jangan jadikan usia itu penghalang untuk anda bergaya, ok? Kalo itu yang memberi kepuasan diri, why not? Simple tapi nampak elegan, sesuai la untuk umur macam kita2 ni (walaupun orang selalu sangka aku 26 tahun...) Dan paling penting, aku harap, keluar jer dari panggung lepas tengok movie ni, aku akan rasa SEKSI!!! Vavavavavavavavava...(Tolongla tido....ko dah merepek ni, ngantuk la nih...)

Nota kaki: Mahu baca buku sebelum tido...Anggun Di Luar, Serlah Pesona Dari Dalam, gitew!

Wednesday, June 23, 2010

Penat Otak...

Salam.

Hai! Tak tido lagik? Aku baru lepas mandi membersihkan diri, dan mengenakan night creme Garnier ke wajah tembamku ni. Hari ni balik lewat, aku kuar opis dalam 10.45 malam n sampai kat umah dalam 11.30 malam. Giler penat seyyy...ini hari. Perut pun rasa tak best lagik (tapi now dah lega siket sebab lepas mandi aku sapu Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis untuk buang angin sebab terasa lagik perut kembung...). Ni tak reti2 nak tido lagik, layan youtube lagu Destiny dulu, ngeh3x...

Takde citer menarik sangat yang aku nak citer, atau sebenarnya malas nak tulis. Cuma seminggu dua ni, aku ada terfikir nak gi jenjalan ke Universal Studios kat Singapore. Tup2 hari ni, salah sorang GM Alam Flora ajak aku pi sana sebab Payroll Exec aku cakap kat dia yang aku ni suka jenjalan. Wah! Sudah ada geng, menarik! Tapi tak sure lagik la bila nak gi sebab masing2 sibuk.

Gambar kat atas tu, first taim aku jejak kaki ke Singapore, somewhere tahun 2000 0r 2001 kalo tak silap. Budak2 batch aku dalam 11 orang kalo tak silap, perempuan semuanya pi wedding budak Singapore. Naik keretapi melalui Tanjung Pagar kalo tak silap. Kalo jalan darat ni, kita masuk ikut Woodlands kan? 2nd taim aku gi Singapore tahun 2008, masa tu dah tender resign ngan Jusco. Business trips division aku, pegi ngan bos2 tapi balik hari, tido kat JB, ceh! Banyak pi shopping complex la. Owh, sangat best betul kalo dapat 'perabih duit' kat sana, rasa macam lagi variety dari KL! Kalo ada rezeki, insya Allah sampai lagik la aku ke sana.

Oklah, sudah mau tido. Sudah 2 hari berturut aku terjaga lewat, hu3x...Tapi mujur sempat sampai before 8 am. Rempit habis la! Sebelum berundur, terimalah lagu nyanyian Ahmad Jais dan Kartina Dahari yang bertajuk Budi Setahun Segunung Intan untuk semua!

Nota kaki: Sireh sekapur lah abang, berseri muka, Bunga setangkai cik abang penyambut kata, Kalau tuan sayang hamba, Tidaklah padi berusang hamba...

Tuesday, June 22, 2010

Sakit Orang Fomfuan...

Salam...

Jam menunjukkan jam 12.30 pagi. Aku baru jer lepas mandi selepas tertido dengan jayanya 8.30 malam tadik, dengan lengkap berbaju kurung. Sangat lena...aku tau sebab apa aku penat. Sebab aku 'uzur syar'ie', he3x...Walaupun ini hari ke-2, tapi consider hari2 yang heavy, so tubuh memang rasa lain macam, walaupun kita ligat macam biasa. Actually, semalam aku puasa. Tapi bila tengahari tu, aku terasa perut aku kembung semacam. Hmmm...tanda2 la nih...Dan memang tepat jangkaan aku. Sokmo gitu, awal beberapa hari. Tak kesah la, dari bermasalah, owh, tak sanggup aku! Ni antara perkara yang akan membuatkan aku cepat gelabah dan rasa nak nanges kalo ada something wrong. Owh, sangat takut yang tak terucap!

Oklah, mau sambung tido balik. Mujur adik aku, Angah called aku tadik, nak tanya something. So dalam keadaan mamai tu, aku cuba jawab gak apa yang dia tanya. Letak tepon, dalam keadaan ngantuk yang masih bersisa, aku tanya Ayah Pi plak soklan yang sama, he3x...Terbabas kitaorang borak 50 minit, wawawawawa...Isk, lapar la...tak makan lagik.

Nota kaki: Ayah Pi! Saper? Saper? (Ko memang sengal!) 7x ok, dengan 5 sms yang sama setiap satu jam, mengong! Bukan ko ada meeting kat UIA ker pagi tadi? Btw, ku tak stress taw dengan soklan itew, menghargainya sebab itu tanda ko Ayah Penyayang, ahaks!

Monday, June 21, 2010

Diam Diam Jatuh Cinta


Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya.


Coretan kaki: Now macam tengah havoc pasal kisah penceraian Kak Melah, penyanyi faveret aku masa umur aku 10 tahun. Kesian dia...jodohnya tak panjang. Bercerita pasal Kak Melah, aku tak nafikan yang aku membesar dengan lagu2 dia. Kaset pertama Kak Melah yang arwah papa aku beli of course kaset kulit cover pink tu yang ada lagu berhantu, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, which is album kedua Kak Melah selepas Sabarlah Sayang kalo tak silap. Aku memang hafal semua lagu2 dalam album tu dan yang paling menjadi faveret aku adalah lagu yang kat atas ni; Diam Diam Jatuh Cinta; lagu trek terakhir Side B, wah! ingat! ok? Eh, consider aku dah gediks ker kalo Darjah 4 dah hafal lagu pasal chenta? Tak kan? Seingat aku, aku pernah menyanyi lagu ni kat sekolah rendah kat atas stage masa Hari Kanak-Kanak. Hmm...memang dari kecik aku suka menghiburkan orang kan?

Btw, gambar yang tertera (aku tak sure dah pernah tepek gambo ni kat sini ker tak...) tu taim aku umur 7 tahun, maksudnya Darjah 1. Aku di pilih guru Kelas 1 Kuning, Puan Aminah Sakio untuk persembahan pakaian beragam masa Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah1985. Yang takde gigi depan pakai ala Hawaii tu, aku ler...Motif apa ntah pakai costume Hawaii ngan t-shirt putih n kasut skolah Pallas, wawawawa...Tak original langsung! Tapi yang pasti, cikgu soh bukak baju tuh, tapi aku malu dan tak sanggup nak tayang tubuh aku untuk tontonan orang lain! So, aku berkeras nak pakai baju tuh! (ternyata ceciri UIA tu dah lama terserlah dalam diriku, hik3x...) Skirt tali rafia tu, mama aku yang buat bila cikgu cuma kasik tali rafia dan soh buat kat umah. Harusla aku ngan mama aku yang tak kreatif ni, terkial2 wat skirt tu. Tak baper menjadik actually sebab sangat kembang itu skirt! Aku adalah peserta pertama. Yang costume budak kecik tu, jiran aku si Ina Dolah (masih contact sampai sekarang), then si Clown tu Hazlina Sharif, Ketua Darjah aku (aku ingat masa skolah dulu, mak dia selalu hantar dia naik motor Pasola! paling last aku jumpa dia masa dia study kat Politeknik Ungku Omar, somewhere 1997), then si Aqtar Fariq Syahril Othman; Penolong Ketua Kelas aku yang jadik pengantin lelaki tu...(still contact jugak sampai la, bapa 4 anak) dan pengantin perempuan tu nama dia Sharifah Rohana; yang ni dah berzaman lost contact. Dia kuar sekolah aku, masa Darjah 3 or 4, tukaq pi skolah lain, SRK Coronation Park; belakang Taman DR Seenivasagam; weyyyy aku ingat lah! Muahahahahahha...memang banyak file lama yang aku tak delete dalam memori aku nih...


Sunday, June 20, 2010

Uwaaaaaaaaa!!!


Uwaaaaaaaaaaaaaa!!!! Camner la aku bley tertukar tarikh ni???? Kowang ingat tak ari tu aku ada gi audition Koir Kebangsaan? Actually, tengahari semalam aku received sms dari Puan Pengurus nya, yang menyatakan aku layak untuk 2nd audition. So, aku kena attend satu briefing on 20 Jun 2010, jam 2.30 petang. Aku plak, dalam kepala aku asyik ingat 20 Jun tu hari Isnin ni, iaitu esok. Aku terfikir yang konfem takleh attend sebab tak cuti kan.

So, tadi lepas solat Zohor dalam pukul 3.40 petang, aku pon replied sms Puan Pengurus tu, request for re-schedule. Tup2, dia called aku, kasitau 20 Jun tu hari ni!!! Uwaaaaaaaaaaaaa!!!! Tekejut beruk aku seyyyy...sejak bila aku terlupa tarikh ni??? Adakah ini tanda2 penuaan aku? Tapi mujur aku masih di beri peluang, phewww! So Puan Pengurus explain ngan aku, based on 1st audition, derang nampak aku ada potensi cuma ada few things yang aku tak cukup lagi, maksudnya macam tak cukup kompeten la kan. Aku memang agak sebab aku memang tak reti baca nota muzik tuh, he3x...2nd audition tu akan berlangsung 30 Julai depan, so sebagai preparation, derang akan kasik aku kelas dan aku kena attend all the 9 classes; setiap Khamis dan Ahad, lebih kurang 2 jam. Then, based on 2nd audition, baru derang decide, aku layak join Koir Kebangsaan atau pon tak. Ok per, dapat tak dapat tu lain cerita, at least ada peluang belajar muzik siket.

Oklah, aku nak sambung wat kerja opis depan tv kat umah ni, he3x...Camner la aku leh lupa tarikh nih...Padahal pagi tadi aku beli 2 suratkhabar tuh...tak perasan langsung tarikh hari ni, plus lepas breakfast tadi, aku lepak kat umah jer. Hmmm...bak kata Ayah Pi, aku kena beli wheel chair la pas ni sebab dah tua, ahaks!

Nota kaki: Baru ada niat nak join workshop Seni Pengacaraan anjuran NST, 3-4 Julai depan, tapi kena bayar RM 400. Maybe next taim, ok?

Saturday, June 19, 2010

Family ku & Fotografi.

Salam.

Sekarang ni macam jadik trend kan, semua orang ke hulu ke hilir usung DSLR segala, kamera yang macam2 jenis. Ko ada? Aku takde, he3x...Kalo tengok gaya poyo aku dalam gambar nih, ala2 kunun macam ada gaya la kan jadik photographer. Tapi percayalah, sebagai model 'boom boom pow' yang sedang meningkat naik, setakat nak nampak fotogenik dalam gambar tu, aku takde masalah, wah! Sebab walaupun aku tak di kategorikan cantik fizikal macam general perception yang umum selalu define seperti Maya Karin ka, Fasha Sandha ka, Eva Longoria ka, etc, tapi alhamdulillah, 'set2' cam aku ni, ada jer yang puji aku ni manis, wah! Kan sweet tu nampak lebih cool dan menyenangkan! Serba serbi sederhana. So di sebabkan kelebihan ini, aku kira, aku lebih sesuai jadik model berbanding photographer, hik3x...Takyah posing2 beria2, aku sengih jer, automatik tulang pipi aku naik dan photographer snap jer, nah! terhasil la gambar yang natural beauty, wah! melampau kau! Tapi maybe jugak sebab aku takde ilmu, so that's y minat tu tak datang. Cuba kalo aku explore, silap2 aku yang berabis duit untuk fotografi ni, adehh...
Berbeza ngan 3 orang dalam gambar ni, derang bersekongkol baik punyer dalam fotografi. Yang kuat berangan, perasan ala2 Heidi Klum tersandar kat pokok tu, adik aku Pok Yie, Art Director yang cemerlang sebab kuat berangan so dia kreatif! Yang pompuan tu, kakak dia iaitu adik aku, si Maznah @ Angah, berkongsi minat yang sama ngan husband dia, si Ezi yang berdiri sebelah dia tuh. Tapi adik aku tuh, lagik suka posing, husband dia yang jadik photographer; sometimes wat freelance. Hmm...sesuai la derang ni di jodohkan sebab derang nyer interest sama, walaupun dari segi karakter, hayyo! macam langit dan bumi!

Hmmm...mama aku takde unsur2 fotografi, tapi gambar dia masa muda lepas kawen ngan arwah papa aku, leh tahan banyak, dan semua masih tersimpan rapi dalam album. Arwah papa aku pon bley di kategorikan suka amik gambar jugak sebab dia dulu pun ada kamera yang ala2 DSLR tu, walaupun taim tu cuma pakai kodak gulung, he3x...Apatah brand kamera tuh, Yashica kalo tak silap. Eh, aku sempat la blaja guna kamera tu dulu ngan arwah papa aku, walaupun angle yang aku amik macam 'haram', wawawawa...

Pok Le, so far takde unsur2 tu lagik tapi adik bongsu aku Muzi, hah, yang ni memang berangan model! Sangat la suka nak bergaya dan posing. Asal gi Wakaf Che Yeh, ada jer sandal yang nak beli sampai mama aku bising. Baju lah, perfume lah, rebonding rambut la, apa lah! Bukan macam along dia, comot jer, ngeh3x...Btw, walaupun tak semua adik beradik aku, termasuk mama aku minat kamera tapi ku kira lengkap sebab ada yang berbakat jadik photographer, selebihnya adalah model! Termasuk Cik Pya, the one and only 'anak menakan' aku. Aku rasa kalo arwah papa aku ada lagik, konfem dia akan join memainkan peranan sebagai photographer! Sebab kalo tengok album, memang banyak gambo yang dia amik. He3x...amat genetik kan?

Nota Kaki: Kowang rasa 'tok laki' aku sok, bakat dia dalam fotografi ker modelling, ha3x...


Ayah...

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya

Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Oh~ Ayah

Oh~ Ayah

Nota Kaki: Arwah papa passed away on 17 January 2003. Today had breakfast nasi dagang gulai ikan aya with my 'Ayah', who was born on 17 January 1976, he3x...gurau jer ek.Happy Father's Day to all dads out there! Miss my arwah papa lah!

Malam Bulan Di Pagar Bintang

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

Nota kaki: Saper nak duet ngan aku lagu nih? Aku nak jadik Roseyatimah yang tengah jahit seluar koyak dalam Pendekar Bujang Lapok. Ada sesaper nak jadik P. Ramlee?

My Valentine

If there were no words
No way to speak
I would still hear you

If there were no tears
No way to feel inside
I'd still feel for you

And even if the sun refuse to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
You're all i need
My love, my valentine

All of my life
I have been waiting for
All you give to me
You've opened my eyes
And showed me how to love unselfishly

I've dreamed of this a thousand times before
In my dreams i couldnt love you more
I will give you my heart
Until the end of time
You're all i need
My love, my valentine

La da da
Da da da da

And even if the sun refuse to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
Cuz all i need
Is you, my valentine

You're all i need
My love, my valentine



Destiny


What if i never knew
What if i never found you
I'd never have this feeling in my heart
How did this come to be
I dont know how you found me
 
But from the moment i saw you
Deep inside my heart i knew
 
Baby you're my destiny
You and me were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and to hold
And as far as i can see
You were always meant to be my destiny
 
I wanted someone like you
Someone that i could  hold on to
And give my love until the end of time
But forever was just a word
Something i'd only heard about
 
But i now you're always there for me
When you say forever i believe
 
Baby you're my destiny
You and me were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and to hold
And as far as i can see
You were always meant to be my destiny
 
Maybe all we need is just a lilttle faith
Cause baby i believe that love will find the way
 
Baby you're my destiny
You and i were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as i can see
For now until eternity
You were always meant to be my destiny...


Nota kaki: Awak! Lagu ini untuk awak! Nanti saya blaja nyanyi lagu ni ek? Tapi kalo wat wedding beach la @ Berjaya Redang, wawawawawa...

Friday, June 18, 2010

Abang Sulung Saya!

Salam.

Penat la ini hari...Jam 10.30 malam, baru sampai umah. Kat ofis sedikit stress tapi masih terkawal kalo bley gelak2 buat lawak ngan opismate, sempat email Ayah Pi dan dok sms ngan dia, ngeh3x...Lepas Maghrib, ku gerak pi Sunway Pyramid, sajer nak kaco 'abang sulung' saya, Abang Ajim! Ensem tak abang sulung saya ni? Sangat kacak kan? Macam artis Zainal Abidin! Wawawawa...Sebab kekacakan nya itulah, yang membuatkan saya selalu manja di sampingnya, lagi skali, wawawawawawawa! Dan kerana nama panggilan saya Manja, nama itulah yang selalu mendamaikan jiwa abang sulung saya nih, lagik skali, wawawawawawawwawawawawawawawawa....(Owh, ternyata entry kali ni memang tribute untuk ko, bro!)

Ni adalah makcik kat Jeti Merang yang 'bertanggungjawab' 'mengidentify' aku sebagai 'adik' Abang Ajim. Masa tu Abang Ajim tengah melantak nasi lemak dengan milo ais kat gerai makcik ni, dia melantak sorang2. Biarkan ajer sebab Abang Ajim takleh lapar, kalo lapar, dia sangat garang! Atau lebih tepat POYO! Ahaks! Aku seperti biasa, memang suka mengaco idup abang sulung ku itew! Tup2 aku terdengar suara halus makcik ni, bertanyakan sesuatu pada Abang Ajim, " Adik ko tuh?" Dan aku terdengar, dengan sepantas kilat mamat itu menafikan statement maut makcik tuh. Blom sempat mamat tu menghabiskan ayat terakhir, dari jauh ku laungkan, " Aaaah! Makcik! Saya memang adik dia!" Ternyata makcik tu ku kagumi kecerdikannya kerana bijak menghidu 'sifat2 anak bongsu' yang natural dari dalam diriku (bukan gediks seperti yang selalu di laungkan oleh mamat itew!). Dan ternyata, ko terpaksa menerima hakikat pahit, yang aku ni 'adik bongsu' ko hanya sebab makcik tu cakap wajah kita seiras! Muahahahahahaha! (Owh, tetiba aku terasa macam dalam filem Hindustan...adakah ko abangku yang pernah hilang itew??? Are bayya!!!)

Nota kaki: Kakak Saripah! Saya doakan kakak bahagia bersama abang sulung saya yang baik ini, amin...Tak sesia menanti taw! Berbaloi2!

Thursday, June 17, 2010

Welcome To The Big Family!

Salam.

Ku baru sampai umah jam 10.15 malam tadi. Orang bujang balik lewat malam Jumaat, apa ada hal, he3x...Kejap jer dah hari Khamis. Actually bila bangun pagi tadi, aku lelah balik. Pelik sungguh aku, this week dah 2x aku kena, selepas 3 bulan tak kena. Tapi aku wat cool jer, siap2 gi opis macam biasa walaupun dah wheezing masa aku sarung baju tuh, haish! Degil sungguh ini budak! Dan akibatnya, sambil driving ke opis tadi, aku sempat sedut inhaler, ok? Tangan kanan pegang stereng, tangan kiri pegang inhaler, slumber! Aku suspect dada aku pressure sebab malam tadi, aku cuba menyanyi lagu2 nada tinggi!

Sepanjang pagi aku sibuk meeting. Jam 9 pagi, aku ada meeting nak discuss pasal beberapa company event yang akan berlangsung lagi start bulan Julai ni sampaila Mac 2011. Paling terdekat Bowling Tournament 17 Julai depan, aku as usual committee Protocol ler kan. Bak kata derang, "MC sign mati!" Pastu macam2 lagi event besar. Then, pukul 11 pagi, ada meeting Quality Standard Procedure (QSP) ngan Quality Advisor company aku. Aku bab2 ni memang aku mengong siket, so aku cakap ngan bos aku, lega dia join sekali, phewww! Aku suka tengok QA company aku ni, very the 'Tok Ayah', sangat fatherly. Di sebabkan aku ni takde ayah, so aku memang suka tengok lelaki tua yang sangat 'ayah2' ni, he3x...

Abis meeting dalam 12 lebih, perut aku dah lapar gilo! Mujur Assistant aku bawak kek coklat, owh sungguh lahap sekali saya menghabiskan kek itew! Sambil2 update report yang bos aku soh completekan. Dalam pada tu, aku dah rasa macam orang yang tekanan darah rendah sebab dah ala2 pening. Dan after lunch, makin ketara plak sebab aku jalan pon macam terhuyung-hayang. Eh, asal ni? Hmm...aku suspect, lepas aku breakfast nasi lemak tadi, aku ada telan ubat lelah jenis neulin, padahal 30 minit sebelum tu aku baru sedut inhaler. He3x...aku ni terlebih dos apa...Ayyo!

Oh ya! Lupa nak kasitau! Pagi tadi, lepas morning briefing, bos jumpa aku jap. Yeah! Saya telah mendapat Surat Pengesahan Jawatan! Tak sangka dah 6 bulan, beb aku dah kerja kat sini. Rasa macam baru jer lagi. Antara soklan awal bos aku, "Awak ada carik kerja laen tak?" Dan mulut chumel ku laju menuturkan bait2 ini, " Eh, takdelah. Saya ok kerja kat sini". Tapi ada monolog dalaman yang tak terzahir ngan kata2, "Tapi kalo saya kawen dalam waktu terdekat ni, maybe saya fikir 2x kot nak resign ker tak, wawawawa..." Banyak la perkara yang aku kena improve lagik tapi seriously, aku belajar banyak perkara kat sini. Dan semuanya sangat berguna untuk aku walaupun situasi yang aku hadapi kira tough jugak. He3x...berkat 'training' kat Jusco 5 tahun, segalanya di redah jua! At least sepanjang 2 bulan bos aku maternity leave, aku di exposekan untuk jadik 'part of Management' dan bukan senang nak jadik bos! Untuk jadik bos, management, antara perkara yang kita kena buat adalah untuk buat 'unpopular decision' dan sebagai HR yang sepatutnya menjadik approachable person, bersiap sedialah menjadik 'musuh ketat' semua staff!

Apa2 hal, antara perkara yang best, yang aku seronok kerja kat sini, of course la colleague semua best. Kalo ada company event lagik la, semua orang jadik 'gila2' sebab normal working hours, semua orang stress yang amat, so taim event la kitaorang release, gelak puas2. Salah satu sebab aku nak masuk kerja manufacturing line sebab nak exposure pasal UNION. Frankly, hubungan HRM ngan UNION n Management juga sangat harmoni, takde gaduh2 teruk nih. Dan kalo ada event, commitment from UNION sangat EXCELLENT! Kalo tak, takkan IR Manager from HQ pon sangat kagum ngan hubungan baik kitaorang. Kitaorang memang best! best! best! Gitew! (ni CEO aku punya kata2 semangat ek!)

Memetik kata2 CEO aku dalam Surat Pengesahan Jawatan aku, yang di tulis tangan, " Welcome to the big family!" Terima kasih Tuan Haji sebab beri saya peluang menyertai keluarga besar ini!

Nota Kaki: Sempat bergossip ngan Encik Zul petang tadi pasal my previous company. Ada la dalam 40 minit kitaorang berborak, hik3x...Sambil tangan kiri pegang handset, tangan kanan aku tekan calculator, verified payment contract workers. Pastu gi lepak makan roti canai kat kantin, sambung 'gagak.com', gitew!


Tuesday, June 15, 2010

Ouwch!

Salam...

Fikiran saya kosong sejak pagi tadi. Sebab? Semalam bos saya sudah balik dari maternity leave, wawawawawa! Mujur dia tak naik angin macam masa tengah pregnant dulu, scary arghhh! Aku jer la yang serabut kepala hotak sebab banyak kerja yang tak complete lagiks. Huh! Malas nak ingat terutama bab2 planning tu, sebab kalo aku ingat, aku akan sakit kepala sebab balik umah 9.30 malam tadi, kepala ku dah rasa panas. Mesti bos aku tak cakap banyak sebab dia terpandangkan file2 yang menimbun separuh dari aras CPU atas meja aku, blom yang bawah meja, dan tray aku, huh! Situasi berbeza berbanding 2 bulan lepas.

Sempat join 'morning market' pagi tadi, macam biasa isu manpower (aku memang rasa nak belasah 6 staf Myanmar tuh!). Pastu gerak ke De Palma Hotel yang sekangkang kera jer ngan ofis aku untuk attend training ICC for Facilitator. ICC tu maksudnya Innovative & Creative Circle, group untuk wat project quality improvement. Aku ngan budak Legal tu, Noorul sampai petang tadi kompius yang amat sangat, asal kitaorang kena attend training ni. Asalnya Noorul sorang jer yang di nominate untuk represent division aku, tapi last week, tup2 nama aku terpacul dalam list. Aku tatau la betul ker tak, tapi aku dapat tahu dari satu sumber, CEO aku yang request masukkan aku skali, adehhh...Dulu ada orang approach bos aku tanya pasal aku untuk ICC ni, tapi bos tak kasik sebab konfem sibuk giler. Tup2, cenggini plaks jadiknya...Kepala aku berat jer taim training tadik sebab aku rasa kalo background technical sesuai la. Macam aku ni, trainer pon cakap muka aku muka 'art', wawawa...Bab QC tools tu ok sikit la sebab ada few things aku familiar macam Ishikawa diagram, Pareto chart, histogram cuma tak pernah apply jer, ngeh3x...

Hmm...makin sibuk la aku lepas nih...dengan kerja2 HRM aku yang bukan sedikit, company event segala plus ICC ni plak lagik, masak seyyy...Oklah, mau tido. Jam 3 pagi mau bangun sambung check claims, bye!

Nota kaki: Eh, bulu mata saya leh tahan chantek jugak ek, gitew!

Monday, June 14, 2010

Aku Cinta Aku Rindu


N:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

A:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

N:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

A:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

(Korus)
N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...

N:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi

A:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo...

N:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo...

A:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

(Korus)
N: & A:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

(Break)
A:
Ya e...hey...oo...
Ku mengharapkan mu
N: & A:
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

(mix N: & A:)
N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

N: & A:
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Nota Kaki: Hai! Mood lagu lagik!(sambil menunggu azan Asar, bley?) Oh ya, ni gambo aku ngan Ayah Pi masa last day kitaorang kat Lang Tengah, masa tengah tunggu bot datang untuk ke Jeti Merang. Muka Ayah Pi memang sangat serius dan selfish kalo taim tu dia tengah lapar, wawawa...Apa kaitan gambo ni ngan lirik lagu ni? Jawapannya, takde apa2, he3x...Cuma kalo duet lagu ni kat Red Box Plus, ni la partner aku. Macam lagu Ceritera Cinta, aku pernah duet ngan beberapa penyanyi lelaki lain tapi lagu ni so far, belum lagik la. Tapi lagu ni serius sangat tinggi key nya dan aku rasa suara aku macam 'sengau' gilo bila jadik 'Nurul'. Dan lagik, opismate aku nama Noorul, pernah cakap yang suara aku ngan Ayah Pi serasi bila berduet lagu ni, huyyo! Harusla nak riak sebab ingat senang nak bawak lagu yang pernah di nobatkan Lagu Terbaik AIM nih? Hanya penyanyi bersuara 'star' jer yang leh taw! Walaupun Ayah Pi ku ni takde 'jiwa', tapi bila kowang dengar dia nyanyi kan...kowang akan rasa dia memberi 'jiwa' pada setiap lagu yang dia nyanyikan (kalo tak takkan kawan2 fomfuan aku cakap suara dia romantik kan, haishhhh!!!) Silap2, kowang akan rasa ala2 angin bertiup bila dia nyanyi sebab aura ketenangan jiwa dia turut terserlah (owhh..tetiba sambil menulis ni, angin bertiup masuk melalui tingkap ruang tamuku...). Abe ku yang ni pendiam, tak banyak cakap berbanding 'Abang Sulung' ku, tot...tot...tot...(sila bunyikan hon keretapi ok!). Salah satu statement yang Abe ku ni pernah tulis dalam email yang aku ingat sampai la ni yang berbunyi, "Diam tak bermakna tak sayang..." Hu3x...so chumel! Bertuah perempuan Siam iras Nasha Aziz yang dapat Abe ku sorang nih! Dah la Abe ku ni seorang yang amat manja juga, auw!

Bisikan Hati


Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupon kau kini telah mungkir janji

Nota Kaki: Owh! Tolonglah! Aku sama sekali terpengaruh ngan 'partner' Ayah Pi iaitu Mek Na bila sejak tengahari semalam, aku dok berulang2 hafal lagu ni dari tengahari sampai la ke malam taim makan char kuey teow kat TTDI Jaya. Actually, dia mentioned lagu ni taim kitaorang chatting kat Facebook last month sebab dia soh aku try nyanyi lagu ni kalo gi Red Box. Aku cuma tau lagu ni lagu arwah Rafeah Buang and Dato' Siti pon pernah rakam balik lagu ni sebab lagu faveret mak dia. Huh! Aku tak sure mood lagu nih keroncong ker apa, tapi kalo aku leh bawak lagu nih, kira ok lah. Maklumlah lenggok lagu lama ni bukan senang...ko? Mampu? Sebab tu sejak semalam aku still tengah praktis nak dapatkan lenggok yang betul pada baris satu dan dua jer, baris lain blom lagik, vavavavavavavavavava...Macam la terer kan?

Sunday, June 13, 2010

Giler Lama...

Salam...

Giler lama aku tak update blog aku, mau 3 minggu dah kot...Untuk kategori orang yang suka bercerita macam aku nih, tempoh 3 minggu tu rasanya memang lama giler tuh. Asal ek? Meh aku ingat2 balik sebab apa aku lama giler tak berceloteh kat sini...

1. Minggu ketiga Mei 2010, hari Jumaat, saya ada sikit down...Sebab apa? Tak perlu lah cerita, sudah berlalu pergi dan saya sudah tak mau fikir lagi. As countermeasure, malam itu saya melepak ngan Ayah Pi saya kat NZ Wangsa Maju dari jam 11 malam hingga 3 pagi, ngeh3x...Bukan watper pon, borak2 jer.

2. Minggu terakhir Mei 2010, seawal hari Isnin tu, hingga hari Rabu, tiap2 hari ku balik lewat, siapkan kerja (dan sampai sekarang pon kerja2 tu banyak tak abis lagiks, wawawawa...). Dan Selasa itu, memang saya sudah ilang semangat kerana kerja2 saya yang hectic selama 2 bulan ini...

3. Khamis malam 27 Mei hingga 30 Mei - Lang Tengah Model Search 2010. Cerita in detail, akan ku tulis later, tapi tak sure bila, hik3x...Tapi aku tau, saper yang dah tengok gambo kat Facebook yang konsep baju putih tu, kowang memang teruja kan? Bagus idea Cik Puan Organizer!

4. Sampai KL dari Terengganu Ahad tengah malam, esoknya Isnin aku masuk kerja macam biasa. Memang tak larat giler n sudah ada unsur2 mau demam. Wat kojo pon di awang-awangan...
5. Selain menimbun ngan kerja2 opis, minggu tu jugak, aku sibuk ngan preparation untuk company event kat Rebak Island Resort, Langkawi dari 4-6 Jun 2010. Dan sebenarnya, 3 Jun tu aku dapat MC dari panel klinik sebab demam tapi sebab schedule kerjaku dah full, so burn la MC yang tak berdosa itew, isk3x...Tapi malam tu sempat jumpa Ayah Pi kat Uptown sebab mintak tolong ngan dia sikit, dia pon tak sehat.

6. Rebak Island Resort!!!! Dalam demam dan tak cukup rehat since balik dari Lang Tengah, aku gi redah pulau lain plaks. Penat toksah citer la, gi rehat saja, sambil kerja, ok? Pantang dalam bas, flight, feri, ada peluang, memang ku lena terus. Kat sana pon, atas komitmen event, tiap2 malam tido lewat jugak.

7. Balik dari Langkawi, Isnin tu sambung kerja lagik, tak cuti2 lagik sebab aku still under probations kan, takleh amik leave. Still tak baper stabil, dada ada sikit rasa ketat, mengah yang sangat ketara kalo aku duduk lepas berjalan. Serabut ngan macam2 report plak this week dan mende2 lain. Selsema masih bersisa...Ingat nak gi ofis Sabtu baru nih, tapi kensel sebab bermalasan di rumah lagi bermakna, hik3x...Jumaat malam, sempat lepak ngan Sha Tuyee, Abang Ajim n Ayah Pi kat Bangsar n Dato' Keramat. Pastu Sabtu malam, lepas tahlil umah Pok Li n Kak Mimi kat Seremban, lepak lagi ngan 2 abang ku itew n adikku Pok Yie kat Leha Kelfood dari 12 tengah malam sampai 3 pagi, wawawawawa...

8. Dan hasilnya...blog ku memang tak sempat nak di update di sebabkan kesibukan dan keletihan aku yang 'terlampau' sebab tak cukup rehat (sampaikan Payroll Exec aku tegur bila ku mentioned nak gi ofis hari Sabtu, "Wey! Ko tau tak ko tu tak rehat lagik!!!") Dan hasilnya lagi bila pagi tadi, bila bangun tido, aku dah tersedar, dadaku wheezing, owh tidak! Dah 3 bulan tak kena nih. Aku gagahkan jugak siap2 nak gi ofis, tapi bila dadaku makin ketat semacam, singgah klinik jap, he3x...langsung doktor kasik aku nebulizer.

9. Dan di sebabkan MC yang aku dapat hari ni lah, aku berkesempatan untuk berceloteh kembali di sini, hu3x...Aku baru bangun nih lepas ngantuk makan ubat...

10. Babai...mau makan Ferraro Roche sblom menyambung tido kembali...

Nota Kaki: Kensel puasa 1 Rejab ini hari, isk3x...