Saturday, May 30, 2009

MHRM?

Salam...

Hai! Hari ni hari Sabtu. Weekend terakhir di bulan May 2009, yang aku dapat peluang takde full activity, cuma rehat2 kat umah n tunggu kengkawan call ajak lepak. Gambar yang kat atas ni actually last Sunday nyer citer. Aku gi kenduri aqiqah n cukur jambul anak kedua kawan aku masa kat UIA, Hairunisah Haji Roslan, budak Bahasa Arab (BAR). Pandai kan, anak dia tu tengok kamera? Nama baby tu Shahiratunnisa, baru 40 hari lebih kalo tak silap.

Ari ni, aku lepak borak sakan makan tengahari ngan Kak Masliana Monalisa Masrom @ Kak Mas kat Black Canyon, Jusco AU2, yang tak sampai 10 minit dari umah aku. Actually, Kak Mas ni senior atas aku setahun masa study kat UIA, tapi tak penah jumpa (walaupun kitaorang satu hostel, satu course, tapi lain majoring, he3x...) Bila aku masuk kerja Jusco, join team HR, baru aku kenal dia, masa tu dia Personnel Officer kat HQ-Jusco. Tapi now dia dah kije kat RHB Bank as HR Executive gak, tapi portfolio Industrial Relations (IR). Dah 3 tahun rasanya dia kat situ.

Actually, dah lama jugak kitaorang tak jumpa. Tapi bila semalam dia called aku (dia yang returned aku nyer call, sebab aku nak tau pasal vacancy Recruitment Executive kat RHB, hik3x...) n dia ada citer ari ni 1st day dia nak register kat UUM KL, amik program Master. Aku tanya dia, "Akak amik MHRM ker?" Dia replied, "Aaah!" dengan terujanya dia menjawab sebab dia tak plan langsung nak amik tapi sebab terpengaruh ngan opis mate yang 'meracun' dia soh amik course itu. Aku plak, terus teruja nak jumpa dia ari ni bila dengar pasal MHRM tu.

Citer sebenar:
Actually, dah 4 tahun aku memendam cecita aku nak amik Master Human Resource Management kat UUM tu, since 2005. Asal tangguh? Aku kurang konfiden nak wat masters, he3x...betul...tak tipu ni...Kawan2 aku plak yang konfiden aku boleh buat. Boleh tak soh kengkawan aku jer yang amikkan untuk aku? Bila lulus, aku just naik stage amik skrol, he3x...Nak ikutkan yuran pengajian takde la mahal sangat macam MBA course. Aku berminat nak amik MHRM bila aku kije dalam HR line. Walaupun stress ker apa, tapi bila wat HR, aku ada job satisfaction, so far la kan. Walaupun umur aku dah nak masuk 31 tahun, blom lagi jadik manager, baru exec kodok, tapi at least aku dah identify apa yang boleh beri aku self satisfaction dalam kerjaya, chewah...(silap2 pas ni aku jadik artis pulak, hik3x...) That's y bila keputusan yang melibatkan kerjaya, aku selalu amik masa nak fikir dan mintak pendapat kawan2 yang aku boleh percaya boleh bantu aku buat keputusan, fikir dari pelbagai perspektif.

Berbalik pada citer MHRM tadi tuh, ni siket info pasal course tu:

Core Courses (18 credit hours)
Organizational Behavior & Development
Human Resource Management
Research Methodology
Legal and Ethical Issues in Human Resource Management
Strategic Human Resource Management
Information Technology for Managers

Elective Courses (12 credit hours)
* Pilih 4 dari yang kat bawah
Industrial Relations
Performance Management
Managing Occupational Safety & Health
Workforce Diversity Management
International Human Resource Management
Human Resource Development
Business Negotiations

Project Paper (6 credit hours)

Tapi baru2 ni, Open University (OUM) pon ada offer MHRM (course baru) tapi yuran pengajian lagi mahal tuh...tapi aku tertarik ngan subject yang di offer:

Core Courses
Human Resource Management
Organizational Behaviour
Human Resource Planning, Recruitment & Selection
Training and Development
Organizational Development and Change
Career Development
Performance Management
Compensation Management
Industrial Relations
Occupational Safety & Health
Cross Cultural Management and Diversity
Business Research Methods

Specialised Project Work
Project I
Project II

Sajer nak share kat sini, walaupun aku tak konfiden lagi nak amik bila, he3x...Aku rasa aku tak critical, analytical thinking, etc. Lagi 1, self discipline and time management, boleh ker tak aku ni? Tapi sampai seru nanti, redah jer la kan, takkan nak memain pulak.Kak Mas bersungguh2 soh aku apply October intake ni, tengok ler camner.

Nota Kaki: Tak pernah terfikir nak kerja HR sebab cita-cita asal aku nak ganti Kak Ogy, jadik pengacara Melodi...









10 comments:

  1. Amik jelah, Amy.. ~ Smbg Master. bak kata kawan2 ko yg lain jugak lah.. "u can do it!" :D

    ReplyDelete
  2. Amy..

    kalau kau nak jadik academician elokla kau amik yang ada project paper..

    Tapi kalau setakat nak ada master kau boleh amik MHRD kat UPM sebab dia ada comprehensive exam.

    Bagi aku lagi senang la..sebab tak terbeban nak buat project, lagi2 bila kita tengah kerja.

    Yuran pon 14k++ je boleh byr bulan2/kuar EPF je.

    pastu kelas pon sebulan sekali je.

    Tahu2 2 tahun dah habis mcm aku ni..hihihi

    ReplyDelete
  3. akak! akak!
    ingat saya tak? kita penah sekelas dulu, tp tak ingat la kelas apa.
    tak sangka laks jumpa kat alam maya nih!
    - jun.ida

    ReplyDelete
  4. Jai, Nowwa. Thanks for ur support. Aku ada tengok gak Master HRD kat UPM tu, nanti la aku korek info lagi. Ko terer Nowwa, hik3x...

    JunShafie? Nama penuh saper ek? Budak UIA ker?

    ReplyDelete
  5. sungguh kecik kan dunia ni..kawan masliana itu adalah saya..hahaha.haha..nanti esok saya nak bagitahu dia awak ada tulis citer ni dalam blog awak...

    ReplyDelete
  6. awak nak baca posting saya mengenai excitement nak buat master di UUM KL..boleh layari blog saya www.ahmadhumaizi.com

    ReplyDelete
  7. Alamak! Encik Humaizi! Camner bole jumpa blog saya ni? Malu! Malu! Memandangkan Kak Mas baru jer di lantik jadik idola saya in MHRM, so maybe kena tambah lagi satu kot, hik3x...Nice to meet u here, bole ar jadik mentor saya dalam HR, bley arrr, bley arrr...

    ReplyDelete
  8. budak uia. accounting, matrik no start 982....
    kita pernah sekelas, tp x ingat la subjek apa
    sy pggl akak akak manja... huhu...
    jemput la ke blog, carik muka saya yg kiut tuh
    mana la tau bole mengimbas kembali memori indah... hihi...
    -jun.ida

    ReplyDelete
  9. Ha3x..Jun tau dah awak saper! Kita tak sekelas la tapi akak dulu baik ngan Fatinah Tajul Ariffin, kawan Tina kan?

    ReplyDelete
  10. heheh... sy le tuh, yg kiut2 tuh
    kita tak sekelas ke, rasa mcm sekelas
    heheh... almaklum dah tua, hilang ingatan sket
    ahaks!
    sy link blog akak tau
    ps: tina baca blog sy, nnt bole jejak kaseh

    ReplyDelete