Thursday, May 28, 2009

Saya Suka Makan...

Salam... Oleh kerana sekarang aku makin gumuk pendek, so aku nak citer pasal 10 makanan kegemaran aku (tidak termasuk nasi putih dan lauk pauknye, ek...) Hah, kowang kenal sesangat gambar makanan yang kat atas tu. Lebih spesifik lagi, aku sangat alergik dengan Nasi Lemak Daun Pisang! Kalau metabolisma aku tinggi, sanggup jer aku makan nasi lemak ni tetiap pagi. Kalo aku dah makan pon, kalo aku ternampak nasi lemak daun pisang ni tepi jalan, boleh jer aku berenti beli sebungkus, nak rasa jugak makan. Nak plak kalo derang jual berbundle2, huish...nampak macam sedap jer...Masa aku darjah 3, sekolah petang, so ada sorang budak sebelah kelas aku ni tiap2 hari bawak 2 plastik besar nasi lemak mak dia jual kat kawan2 kat skolah. Time tu, aku rasa sedap betul nasi lemak mak Muhaini ni, kekadang beli sampai 2 bungkus. Bila dah maju tu, ada lagi sorang budak kelas dia, nama Linda jual nasi lemak jugak. So, ramai gak la yang tukar selera, so Muhaini nyer nasi lemak dah tak laku, banyak gak dia terpaksa bawak balik. Aku terbayang lagi raut wajah Muhaini time tu yang tersandar kat kerusi, tengok jer kawan2 dia gi beli nasi lemak Linda. Tapi tak lama...satu hari tu, ada budak kelas aku (iaitu kelas 3 Kuning) cakap, jangan beli nasi lemak Linda sebab nasi dia basi! Since that incident, perniagaan nasi lemak Muhaini maju semula, ngeh3x...

Haa...aku akan mengaku aku ni orang Kelantan bila bab2 makan, memang mewah, beb...Kalo balik kampung tu, memang enjoy betul la aku melantak. Pagi petang siang malam, makan jer...Tang makan ni, cara makan ker, aku rasa aku mewarisi arwah papa aku, ye lah, muka aku pun ada iras dia, anak manja papa la katakan, chewah! Dalam banyak2 makanan Pantai Timur, aku paling suka nasi kerabu kaler biru. Ada gak yang kaler putih, mama aku penah wat kaler kuning gak, ahahaha...Aku bukan lah orang yang makan sayur tapi nasi kerabu aku suka tak tau kenapa. Lauk pilihan aku semestinya daging bakar ngan telur masin, kalo rajin ngan solok lada (tu pun makan inti kelapa jer, lada nya tu aku tak makan pun!) Sebelum makan, gaul rata kerabu tu ngan nasik, baru sedap makan, ngan keropok plak tu, sedappp nyer....La ni aku dok ketagih nasi kerabu kat Taman Samudera, Gombak, nama kedai tu Tuu..Dok Kor (sorry...ambo tok pehe maksudnye...). Kalo nasi kerabu kaler putih, aku rasa paling sedap pernah aku rasa masa aku ikut makcik adik ipar aku pi beraya haji kat umah saper ntah, memula hidang tu, kitaorang berpandangan sesama sendiri. Aik, takde lauk ker, hanya nasi putih, kerabu, sambal lada ngan keropok jer. Ceh, ingatkan nak makan siket jer, at last licin, beb...siap rasa nak mintak nasi tambah jer kitaorang adik beradik sebab sedap gilo! Tu lah, don't judge a book by it's cover!

Lagi...saya sangat suka dengan makanan laut, atau cakap omputehnya...seafood! Faveretku udang, sotong dan ketam! Ajak la aku gi makan seafood kat mana2, aku tersangat la suka. Paling gemar dengan udang, bole ratah dengan begitu 'ghalit' sekali. Pernah ex-boss aku belanja makan bukak puasa somewhere kay Sunway Pyramid, pinggan aku tu penuh ngan kulit udang jer, sampai dia kutuk aku,"Ni kalo Anuar Zain tengok ni, konfem dia reject awak nih." Ces! Tapi macam biasa la orang yang suka makan ni, tak rugi bawak gi memana. Taim ex-boss yang kutuk aku tu belanja makan kat Fatty Crab, dekat The Mines, aku yang habiskan kebanyakkan makanan atas meja itew terutamanya Butter Prawn, sedap seyyy...lalu boss ku mengeluarkan statement, "Senang bawak awak ni, pandai makan", ahahaha...Kalo gi umah kawan aku kat Kuantan, aku mesti nak gi Tanjung Lumpur, best gak kat situ. Klang jer tak sampai lagi, he3x...Umbai dah banyak kali gak. Kalo ada port laen, inform ek? Nak plak kalo makan ngan nasi lemak daun pisang, lagi la den suko!


Ni lagi satu faveret aku kalo breakfast time kali balik Kelantan. Mama aku memang dah tau kegemaranku yang satu ini. Very the kampung kan aku ni? Pulut gaul nyor ngan ikan kering, pergh...Tambah 3x pun aku tak heran. Ikan kering kegemaranku ada lah ikan gelama, nak plak kalo yang 'basah' or kalo orang Kelantan cakap, "bekok", ek? Memang layan! Atau pon, memadai kalo berlaukkan ikan rebus yang di goreng, lagi sekali layan! Boleh di terima juga kalo makan ngan ikan kekek, tapi be careful la, silap2 tulang masuk kuku, adus! Pernah sekali masa beraya kat umah pakcik aku kat kampung @ Machang, raya pertama lagi tu, Mak Nik aku itew tanak pulut ikan kering ni. Aku tak pandang dah ketupat ka, rendang ka, walaupun dah makan, nak makan lagi, hu3x...

Breakfast yang tersohor, nasi berlauk! Nasi putih biasa tu jer, tapi yang menyedapkan nya adalah kuah gulai tu ngan sambal lada. Lauk selalunya sama ada gulai ayam, ayam goreng, daging goreng, etc. Aku memang suka gulai, so kalo nasi berlauk ni memang kena dengan selera aku. Yeah! Daging goreng kegemaranku akan ku pilih jadik lauk. Somewhere bulan Ogos 2003, masa tu aku ngan kengkawan fomfuan sumernya, konvoi balik Kelantan 2 bijik keta Kancil. Ada 4 orang bukan Kelantanese yang join skali. Kitaorang gerak dalam pukul 4 pagi, so sampai kat Gua Musang dalam pukul 8 pagi, berenti breakfast dulu. Pelik budak2 'luar' ni tengok aku makan nasik pepagi, berselera plak tuh! Derang carik roti canai takde, finally bila tengok aku makan cam sedap jer, derang pon join skali. Dulu masa family aku stay kat Pengkalan Chepa, aku selalu gak ikut parents aku gi pasar kat Kedai Lalat (nama tempat ye...bukan kedai yang menjual lalat...), selalu la breakfast ngan nasi berlauk, mana la tak gumuk kan...


Laksam! Laksa Kedah, Laksa Penang, Laksa Johor, etc, aku tak baper gemar. Aku cuma gemar laksam or laksa dengan kuah lemak macam gambar kat atas tu jer. Paling sedap aku pernah rasa, tentulah air tangan mama aku. Rasanya tiap2 kali raya, mama aku buat. Arwah papa aku pon suka makan laksam ni.Adik2 aku pon sama.

Nasi goreng ada macam2 jenis; nasi goreng ayam, nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi goreng kerabu, nasi goreng USA, cam2 lagi lah. Aku paling suka nasi goreng cili padi! Lagi pedas lagi bagus. Aku paling pantang, kalau aku order nasi goreng jenis ni kat kedai, derang cakap boleh buat, tapi bila hantar, tu dia....nasi goreng kicap tabur cili potong atas nasik tu, hampeh sangat! Paling tak suka orang berniaga makan menipu customer dengan cara camnih. Sebab tu aku jarang order kat kedai. Paling sedap aku pernah rasa, abang kawan aku masak (salah sorang abang Mohsen Amdan, budak batch aku kat UIA) untuk farewell gathering kitaorang kat Chalet Alang Sedayu, Gombak, somewhere 2001. Lagi, masa mak arwah Mohd Fauzi sediakan untuk kitaorang lepas kenduri tahlil untuk arwah anak dia tu...mak arwah yang tumbuk sendiri cili padi tu, tak guna blender pon.

Char Kuey Teow! Kalau tak tau nak order apa, char kuey teow adalah alternatifnya sebab ada udang, ngeh3x...Paling aku suka, char kuey teow kat Ipoh, ada satu tempat makan2 macam food court, nama 'Hollywood' ke 'Vegas' ntah kat Canning Garden, memang best! Yang jual tu Chinese tapi ramai Malay yang makan kat situ. Yang ni, arwah papa aku yang introduce, rasanya tiap2 pagi Ahad masa tahun 1995 tu, tak pernah miss la beli char kuey teow ni untuk kitaorang. Kalo aku balik hostel pun, mesti ada kawan2 aku yang soh pesan beli bawak balik.

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol @ Ikan Aya @ Ikan Kayu. Yang guna beras kaler perang tu yer...Sekali sekala tukar selera untuk breakfast di pagi Ahad. Selalu makan pon kat Leha Kelfood, Taman Melati Utama, tepi MRR2, takdelah sedap sangat pun, sedap lagi mama aku buat kot.


Asyik nasi jer...jemu jugak kan? Kalo rasa cam nak diet tapi still mengenyangkan, ni lah faveret aku, yong tau foo soup. Port faveret aku, tuh kat depan Hospital Ampang Puteri, Hometown Yong Tau Foo. Tak makan nasik pon tak ngape, makan mende2 tu pun dah kenyang. Kalo makan kat situ, aku akan order gak sayur sawi yang derang masak dengan sos tiram yang di tabur bawang goreng di atasnya. Aku tak makan sayur, apatah lagi bernama sawi, tapi kat sini jer yang bole masuk tekak aku. Then , minum kalu, aku order soya bean. Sama jer menu aku tetiap kali datang sitew...

Nota Kaki:Kawan aku Natrah soh masuk www.kuatberlakon.com, kalo menang, boleh berlakon dengan Afdlin Shauki dalam next project movie baru dia, 1st prize dapat RM 3000. Sentap aku kalo nak soh 'jadi' macam Afdlin, he3x...Jangan marah, bro! Gua paling suka 'Los & Faun', klako gilo!

1 comment:

  1. Ko senaraikan makanan je ke dlm ni beb? Letak lah fav drink pulak..pastu jgn lupa insertkan jus betik (mcm adlin suka dlm los & faun tu)..

    ReplyDelete