Salam...
Hai, jumpa lagi, hari ke2 di Pulau Tioman. Hari ni start ada activity, aper lagi, snorkeling arrr...Actually ni, 2nd time seumur hidup aku nak mencuba aktiviti ni, 1st time last year kat Perhentian. Agak teruja, macam dah konfiden siket, last year, memang aku takut yang amat sangat, lagipun time arus nyer agak deras walaupun kat tengah2 laut luas tuh...Oh ya, gambo di atas bukanlah style2 snorkeling yang sesuai di Tioman. Kalo tak silap, menatang di atas ni namanya 'gamat', eyyyy...geli la...
Hmmm...kalu time air surut, macam pepagi nih, serius pantainya tak lawa, beb! Penuh ngan batu jer, tak caya? Korang tengok la gambo kat atas tu...Aku still musykil, apa yang cantiknya Tioman ni...Perhentian jauh lagi lawa, aku rasa Redang n Lang Tengah apatah lagi, tunggu!tunggu!next year kitaorang serang!
Supposed bot yang bawak kitaorang gi snorkeling tu, kol 9.30 pagi, tapi ntah apa pasal, di lewatkan ke pukul 11.00 pagi. Cuaca ari tu, mendung n actually dah hujan pun siket pagi tu, tapi bagus sebab tak panas, kalo tak konfem kulit jadik gelap. Walaupun belum beraksi di lautan, tapi posing di daratan masih perlu untuk maintain status 'diva' kitaorang, ceh, tak lekeh ni...Tatkala menyarung jaket keselamatan tu, owh, kenapakah kalernya macam uniform Supervisor Routine Maintenance AME, owh, apakah..setelah di telek2 ternyata takde pon tulisan ALLOY di belakang jaket, phewww...
Akak ni namo ey, Kak Ros. Kitaorang sewa peralatan nak snorkeling macam life jacket, mask n sewaktu dengannya dengan dia. Harga asal dalam RM 12, tapi dapek diskaun, so kitaorang juz bayar RM 10 sorang. Akak ni mulut nya riuh gilo, peramah orangnya, mampu menjawab segala bentuk soklan2 kitaorang dengan baek. Actually dia kije ngan Pak Long Chalet. Masa tu kitaorang sampai kat Salang tu pukul 4.40 pagi, kat jeti tu, dia dah berdiri kat pondok meniaga dia tu dengan pertanyaan, "Dik, dah ada chalet?" Aku ingatkan orang gila, ye lah dekat nak pukul 5 pagi, apa tak tido ker pompuan ni? Sekali aku salah oranggg daaa...Owh, ya, jangan sesekali menghilangkan peralatan yang di sewa, mau nak seratus hengget gak nak bayar tu...
Tak sah, kalu gi bercuti mana2 pulau, tak amik gambo atas bot. Biasalah, aku merangkap ala2 Ziana Zain ngan adik aku, Anuar Zain, Kak Matul n yang agak2 besor siket tu, ikan 'baracuda' yang kitaorang sempat angkut, he3x...Spesis ni hanya boleh di jumpai kek Pilah yo...Nama dia Ida, kawan Mahera, kelakar gak minah ni...Bot kitaorang ada 2 grup. Grup kitaorang jer dah 14 orang, lagi 1 grup tu dalam 9 orang, aku cuak jer takot bot tu tenggelam. So pastikan jaket keselamatan di 'kunci' betul2. Tapi muat jer, tak karam pon, so maknanya sumer orang dah ringan n kurus, betul tak?
Aceceh...dah sampai kat checkpoint pertama nak snorkeling. Mintak mahap la aku tak ingat nama location ni, sama ada Pulau Tulai or Coral Island, aku pon tak pasti. Hijau jer air kat situ, geram jer macam nak terjun. Aku tengok kengkawan yang lain terjun dulu, derang dah bising2 takut aku tak terjun, ngelat, ha3x...Rileks arrr, aku tengah checked mask aku segala tu...Punyalah excited tak tentu hala sebab macam rasa water confident tu dah ada, aku pon menyarungkan la mask aku tu ke muka dengan bangganya. Uiks, asal ketat semacam, ek? Dah frust dah time tuh...Laa....memang la...aku tak bukak spek la, mangkuk! Menggelabah jer pompuan nih (aku la tu...) Mujur tak patah spek tuh...
Wah! Dah bole join posing dalam air, class uols! Memang best, siot tengok keadaan dalam laut tu...Yeah! Aku dah tak gayat lagi! Tapi banyak lagi aku nak kena improve kalo aku betul2 nak enjoy this activity terutamanya bernafas gunakan mulut. Kejap2 timbul kat permukaan air, maklumlah nafas pendek. Kalo nafas ikut hidung, silap2 kelabu mask tu, tak nampak aper, kan? Yang kat hidung tu pon kena ketatkan, kalo tak, masuk air, ek? Kalo lah, aku boleh berenang, mau aku ni dah jadik ala2 Erra Fazira giler scuba diving kan? Orang dating kat shopping complex, tapi aku ngan couple aku dating gi diving kat pulau2, romantik per...Oh ya, kitaorang kat sini dalam 40 minit, meriah ngan grup2 lain gak.
Ni 2nd stop kitaorang, pon aku tak ingat nama pulau ni. Tapi ala2 macam yang kat Perhentian tu gak, Pulau Rawa kalo tak silap. Lawa air kat sini, jernih jer. Bot tak parking lagi, kitaorang dah tak sabar2 nak terjun mandi, best gilo, sojuk plak tu. Masa kitaorang sampai tu, dah penuh ngan orang ramai, meriah. Lepak kat sini dalam 1 jam setengah. Hah, mandi la kowang sampai pensan!
Makan time! Lauk tak best pon, yang aku ingat-ikan masak sambal, telur goreng ngan sayur kubis goreng, standard arrr...takkan nak mewah2 kan gi pulau.
Posing yang paling famous zaman sekarang ni, ala2 terapung, terpaksa melompat. Actually, ni gambo grup lagi 1, yang sama bot ngan kitaorang. Kuat betul lonjakan badab derang kan, aku try banyak kali, tak penah cantik pon gambar style camnih. He3x...kaki pendek...
Ni antara gambo ramai2 yang paling aku suka. Usaha tu kitaorang nak wat bulatan macam ni. Penuh melekat pasir kat baju masing2, pastu sumer pakat lari gi masuk laut balik, cuci pasir, pastu naik balik, amik gambar lagi kat tempat lain plaks, ulang alik 2,3 kali gak lah, bengong kan? Nak amik gambar nyer pasal...
Ni gambo kat stop yang terakhir, ke3. Kat sini, lautnya dalam dari yang 1st tu. Serius dalam! Masa ni, ada yang dah tak larat nak turun. Aku memula cuak gak, gayat jer tengok kedalaman laut tu...Tapi at at last, decided nak turun gak, he3x...memang dalam siot! Tak berani aku nak gi jauh2, dekat2 dengan bot jer. Derang jumpa sotong kat sini, malas la aku nak kejar, aku macam cuak jer aku ni bakal hanyut ke tengah, fikir bukan2 kan, he3x...Hmm...bila agaknya aku boleh menunaikan impian aku nak mencandat sotong ni???
Kitaorang sampai balik kat chalet dalam pukul 2.30 petang. Hmmm...aku ada plan lagi petang tu nak berenang dari pantai ke platform kat atas tu...So, aku malas nak tukar2 baju ni, sat gi kalo aku dah mandi, aku tak turun dah gi laut. So, aku juz lepak depan chalet, keringkan diri sendiri bawah panas, mujur la aku tak keseorangan, di temani beberapa orang berborak, makan2, burger, aiskrim, he3x...makan lagi! Dalam pukul 5.30 petang, kitaorang - aku, adik aku, Sha & Ady memulakan cabaran nak berenang ke platform ni. Aku pon tak sangka macam mana aku bole excited nak try walaupon aku tak tau berenang, sekadar bertemankan life jacket. Aku ingat dekat, rupanya jauh, beb dari pantai dalam 500 meter kot. Sama jauh dari pantai ke jeti siket. Memang dalam! Dah sampai kat platform tu, huish! bangga gila! walaupun terpaksa di 'tolak dari belakang' oleh Ady beberapa kali, akhirnya, aku sampai gak. Tak cukup kuak dada, snorkeling menyembam muka, kuak lentang, gaya bebas, sumer aku cuba.Yeah, a good leader must embrace the challenge!Sampai kat platform, lepak2 dulu coz kitaorang macam dah mabuk laut, jiwang jap melayan sunset kat tengah laut hasil usaha sendiri, bangga siot! Bila nak berenang balik, macam biasa aku orang paling last, sampai jer kat pantai, aku rasa peha aku dah susut siket arrrr...huiyo!
Yeah! Malam ni makan barbeque. Ada ikan bakar, sotong bakar, air asam, nasi goreng cili pagi faveret aku, memang kaw! Sayangnya udang , ketam takdelah, ceh, demand la pulak! Oh ya, chicken wings pon ada. Nasi goreng dia memang best! Air asam best! Abis makan, borak2 citer2 pasal keje. Memandangkan majoriti daripada kitaorang bekas HR n ada yang still keje ngan Jusco, so apa pagi sesi bergossip la kan. He3x...sharing moment meluahkan perasaan. Aku memang suka join session2 camnih. Then, derang sambung main UNO, aku tengok derang main jap, kol 11, balik chalet, sambung baca buku Aisyah, pastu zzzzzz....
Nota Kaki Kanan: SMS dari Shahril ari ni, 19:57:24...Ko dah dgr news pasal Perak? Alamak, apa lagi ni...ada havoc lagi ker? Tengok Buletin Utama, hmm...tak tau nak kata apa, dah lama tak follow. Walaupun aku bukan anak jati Perak, tapi memandangkan aku membesar kat sana 17 tahun, so sikit sebanyak terasa juga..Proud to be Perakian walaupun IC ku o3, he3x...
Nota Kaki Kanan: SMS dari Shahril ari ni, 19:57:24...Ko dah dgr news pasal Perak? Alamak, apa lagi ni...ada havoc lagi ker? Tengok Buletin Utama, hmm...tak tau nak kata apa, dah lama tak follow. Walaupun aku bukan anak jati Perak, tapi memandangkan aku membesar kat sana 17 tahun, so sikit sebanyak terasa juga..Proud to be Perakian walaupun IC ku o3, he3x...
No comments:
Post a Comment