Thursday, May 14, 2009

Bila Sena Kembali Berbunga 1.



Salam...

Hai! Hmmm...ari ni aku nak citer pasal novel faveret aku sejak zaman skolah menengah, Bila Sena Kembali Berbunga karya Amaruszati Noor Rahim. Kalo tak silap aku, sebelum jadik novel, citer ni asalnya dari cerpen kat Dewan Siswa (kowang zaman2 skolah mesti macam ala2 wajib baca magazine ni kan especially yang nak SPM kan?)First aku beli masa tahun 1995. Sah2 novel2 remaja yang tak lari dari persoalan cinta zaman remaja menjadi kegemaran aku masa tu, hik3x...malu!malu! Harga juz RM 10.90, aku beli kat Dynamics Book Store, Ipoh (yang depan food court TKK tu, tak tau wujud lagi ker tak...)Aku suka gaya penulisan Amaruszati ni, bila aku baca tu, kita boleh feel sekali watak dan perwatakan, perasaan karakter tu, etc. Bahasa dia penuh perasaan dan ada juga kata-kata semangat yang boleh di kutip. Penulis ni orang Pahang. Latar tempat novel ni memang berkisar di Kuantan macam SM Teknik Alor Akar, Taman Kubang Buaya n of coz KL gak la kan. Sebab tu bila aku gi Kuantan, aura lain macam jer rasa, wawawa...Lagi satu, permainan emosi si heroin tu, Afikah Rasyid @ Fika sama macam aku, ceh! Yer, sambil baca novel tu, sejak sekolah sampai la ni, if aku la di tempat Fika, mungkin akan berkelakuan sama macam dia, he3x...

Camner citer? Alah, panjang pulak aku nak tulis kat sini. Ok, camnih. Hero tu nama Zakri Abdul Manaf @ Zek, umur sebaya dengan Fika. (Aku suka! Aku suka!). Dah la Zek ni di gambarkan lelaki matang penuh wibawa dengan cermin mata bertenggek di hidungnya, anak orang kaya, bijak dalam pelajaran. Kalo tak silap aku, Zek ni kalo dia resah, dia akan mengusap rambutnya ke belakang, ewah! Fika ni anak orang miskin, anak no 2, kira Kak Ngah la, dah takde ayah. Persahabatan derang start bila 'bofa set' milik Fika untuk subject Lukisan Teknik tertinggal kat dalam bilik lukisan teknik, then tempat dia duduk tu, Zek yang duduk, so lelaki tu yang simpankan. Kebetulan Fika ni lemah siket subject Lukisan Teknik, so as balasan, dia belajar ngan Zek (atas nasihat cikgu gak), so dari situ la timbulnya bibit kemesraan tu. Tempat study, nun bawah pohon sena kat Taman Kubang Buaya. Seringkali Fika nak menguis kembang sena yang jatuh ke rambutnya, tapi Zek melarang sebab pada Zek, Fika semakin cantik dengan kuning sena itu. Since study sesama, improve siket la si Fika ni. Owh, lupa, si Afikah ni ada best friend nama Suraya @ Su.

So, biasalah, ada la orang tak suka, macam2 la dugaan kan. Sampai Zek di tukarkan sekolah ke KL oleh family dia. Yang aku suka, sepanjang aku baca kisah persahabatan derang, takde ada declare apa2 pun derang couple ker apa, masing2 faham sendiri, sweet jer. So bila Zek ni di tukarkan ke KL, pelajaran Fika ni merosot teruk, sebab gagal mengawal perasaan sendiri. Zek success, tapi Fika terpaksa mengulang SPM kali kedua. Derang lost contact sebab surat2 yang Fika kirim tak penah di balas (sah2 di sorok oleh family Zek kan?). Tung tang tung tang, Fika amik STPM pulak, masuk UM. Masa kat UM, best fren dia Nur Indah @ In. Walaupun dah terpisah, tapi Fika tak pernah melupakan Zek, hatinya sering tertanya2 di mana lelaki itu berada. Akal memintanya melupakan Zek sejak dahulu lagi, tetapi tu lah kan, mana boleh melupakan sedang hati dan perasaan telah tertawan? Hmmm...saya sangat memahami perasaan itew!

Di takdirkan, Fika buat praktikal kat ZAM Publisher, syarikat penerbitan milik Zek sendiri. So dari situ la, jumpa balik. Nak di pendekkan cerita, mama Zek, Datin Salmah memang tak suka dengan hubungan derang sebab dia nak jodohkan dengan model yang tengah meningkat naik, Ay which actually Suraya kawan si Fika masa skolah dulu, dia la antara dalang yang menduga hubungan Fika-Zek selama kat skolah dulu, jahat kan? And si In, tu actually adik tiri si Zek. Hmm...kebetulan2 yang tak disangka. Si Zek tak berkenan dengan pilihan mamanya, si Ay tu sebab terlalu kebaratan. Zek ni macam orang yang agamanya bagus, solat tak tinggal, tak pernah ambil kesempatan pada Fika even pegang tangan ker apa, etc. Oh, ya, masa Zek nak tukar sekolah dulu, dia telah menghadiahkan Fika tudung kaler hijau serindit dan sebentuk cincin bertatah batu swiss untuk mengenang persahabatan mereka yang manis. Since that, Fika mengenakan tudung. Hmm..." Kau tahu bukan, bertahun-tahun Fika derita kerana kau, dan derita itu belum terubat. Zek fikir Fika akan cari lelaki lain menawarkan derita Fika?" Pertanyaan Afikah itu membuatkan hatiku terlontar ke dunia bahagia. Dia, memang perempuan yang setia memegang tampuk cinta. Dia, di hadapanku bukan sebagai pewaris harta sesiapa, tetapi dia di hadapanku sebagai pewaris keluhuran budi dan ketinggian maruah diri. Kasihku kepada Fika tepu seperti air laut. Berapa tahun hujan mencurah dari langit, air laut tidak akan tawar, begitulah kasihku pada Afikah...

Klimaks citer ni, bila Datin Salmah melamar Ay untuk Zek. So Fika kecewa. Setitik air mata berderai lagi ke pipi. Murah berjuraian tetapi mahal harganya kerana menangisi seorang lelaki. Zek tak puas hati dengan tindakan mamanya, berpakat dengan adik beradik dia, plan something untuk kenakan Ay. Sebab Ay ni suka bertukar2 lelaki, so citer 'tangkap khalwat' la kuar. Untuk mengubat kekecewaan, biasalah, balik kampung, pegi balik tempat nostalgia mengimbau kenangan zaman2 bahagia tu kan? Zek usaha cari Fika di Kuantan, and tentunya di bawah pohon sena. He3x...masa Zek cakap, "Fika, aku ingin kau menjadi isteriku." Debar di dadaku kian kencang (termasuk dengan aku sekali yang tengah membaca time tuh, jiwang apakah, ha3x...)Darahku berderau dengan perasaan yang begitu indah. Aku pasti wajahku merona merah (sama macam muka aku gak kalo malu, auw!). Lidahku kelu. Aku tidak dapat mencari perkataan yang terbaik untuk kuhidangkan kepada lelaki ini. "Aku ingin Fika menjadi ibu kepada anak-anakku,"luah Zek, lembut dan perlahan sekali, cukup menyentuh perasaan perempuanku (perasaanku juger!). Serentak itu, aku rasa dadaku sebak. "Fika, sudikah kau menjadi ibu kepada anak-anakku?" Lelaki itu bertanya lagi, cukup membuat aku terharu. "Fika!" Aku mengangkat pandang. Menatap mata lelaki yang bersinar-sinar itu. Air mataku menitis di pipi. "Cukuplah! Aku tahu makna air mata kau, Fika."ucapnya dengan senyum berbunga di bibir. "Kau sudi menjadi suri hidupku, kan Fika?" Bahagia memercik di mana-mana. Indah menyimbah seluruh tubuh. Bergetar bibirku, tetapi tiada perkataan terlepas. Aku hela nafas sepanjang mungkin, mengumpul seribu kekuatan untuk memberi jawapan terbaik untuk Zek. Untuk aku. Untuk kami. Dengan seribu kekuatan, aku bertutur lembut tetapi jelas dengan suara yang bergetar indah,"Jika hati nak terbang Zek, tiada siapa yang rela merangkak." Sekian.

Nota Kaki: Next time aku sambung novel nya yang bahagian 2, lagi tebal. Sorry la, ek. Kawan kowang ni walaupun ala2 mulut lancang, siket brutal, kasaq n sewaktu dengannya tapi hatinya sangat halus, ngeh3x...Mak memang suko lelaki romantik yang beradab, bole la membuatkan aku 'lembik lutut', wawawa...Masih mencari 'Zakri'...




8 comments:

  1. Amy aku pon suka..dua2 dlm collection aku.

    Pernah try Noor Suraya?Aku suka sumer especially Nyanyian Tanjung Sepi..best gilaks!

    ReplyDelete
  2. Ak en na, aku tak sangka ko pun follower citer ni! Tak penah try Noor Suraya? Best ker? Nanti aku try carik novel yang ko suggest tu, thanks!

    ReplyDelete
  3. Kau carikla meh aku kasik kau blog dia.Aku baca dari zaman Keranamu Ain sampaila sekarang latest dia pasal Dahlia.

    MM tapi aku rasa kalau kau baca Nyanyian Tanjung Sepi ni Creative Enterprise mesti kau suka.

    Sekarang Kak su dah jadik editor kat Jemari Seni Publishing.
    http://noorsuraya.blogdrive.com/

    So aku suka la buku2 by Jemari Seni sebab aku tau editornya Noor Suraya.
    http://jemariseni.com/

    Kalau kau suka NOrhayati Berahim, aku pernah lepak umah dia.Hahah..dekat dengan umah mak aku tu.
    http://norhayatiberahim.blogspot.com/

    Kalau novelis baru nama dia Dhiya Zafira itu schoomate aku tu.Hahaha..
    http://violet-azure.blogspot.com/

    Kalau kau suka Lily haslina Nasir--aku suka jugak dia tulis, aku selalu baca blog dia.
    http://lilyhaslinanasir.blogspot.com/

    Hahah..aku lagi gila buku la Amy..

    Mm..kau pernah baca Lili untuk Najah by Nazura Aisyah?Best gilaks...aku jugak suka Hlovate..hahaha..
    http://hlovate.blogdrive.com/

    ReplyDelete
  4. Wawawa...ko ni bukan gila buku nih! Kemaruk novel! Aku dah umur2 camnih, kureng siket baca novel. Tapi memandangkan aku dapek member yang gilo novel cam ko yang bley suggest kat aku macam2 novel, maybe aku akan wat collection balik la ni. Yang lama2 zaman skolah sumer aku dah shimpan kat umah mak aku. Ko nyer collection mesti banyak gilo kan? Mana la ko simpan...By e way, appreciate very much ko nyer info ni, serius!

    ReplyDelete
  5. bila sena kembali berbunga... my favourite novel... :)

    ReplyDelete
  6. Salam semua:)

    siyes best sgt cite ni..novel yg membuatkan saye 1st time nangis sebab bace novel..kalo tak salah mase zek kene tangkap basah..sian sgt kat fiqah...yg tu BSKB2 ke?kalo salah saye mintak maaf ye..teingin sgt2 nak bace smula coz mase saye bace novel ni time kat asrama..pinjam dari kawan..skang nak cari tp tak tahu kt mane..tahniah kepada penulis novel ini:)

    mekaseh:)

    dayah

    ReplyDelete
  7. novel 1st yg sy bli stelah mcari ia slama 8thun..!

    ReplyDelete