Salam...
Kebelakangan ni aku selalu balik rumah awal lepas abis waktu kerja. Aku sedar yang aku kepenatan mental bila aku baring jer, tak sampai 15 minit, aku dah zzzz....sangat lena. So untuk menaikkan balik semangat aku (tapi badan aku yang naik macam terlebih baking powder la sudah la ni, hu3x...), sikit tazkirah untuk diri sendiri...
Menurut Islam, setiap kerja yang bertepatan dengan syariat Allah dan di sertai dengan niat adalah di kira ibadat. Oleh yang demikian, setiap manusia hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya di mulai dengan niat adalah di anggap ibadat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardhu" (Riwayat Al-Baihaqi)
Kita juga hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang di beri oleh Allah s.w.t kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Allah s.w.t tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya". (Surah Al-Baqarah:286)
So, dari ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat itu juga menekankan bahawa pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya. Setiap dari kita hendaklah insaf bahawa setiap kegiatan di dunia ini akan di perhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah di perbuatnya". (Al-Muddaththir:38)
Nota Kaki: Tetiba aku rasa macam jawab soklan final exam masa study kat UIA...

No comments:
Post a Comment