Wednesday, May 13, 2009

Sekian Lama...


Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati

Tiap kali bersua

Ku hanya mampu senyum padanya

Ku terdiam

Sekian lama ku mencuba

Takku lafazkan perasaan

Berkubur saja
Namun dia ku cinta
Apa yang harus aku lakukan

Agar dia pun mengerti

Adanya cinta menanti

Oh sekian lama

Aku mencintai dia

Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa

Tiap kali ku cuba

Lidah kelu dari bersuara
Ku berserah


Nota Kaki: Kenapa saya suka lagu ini? Sebab lirik lagu ini menggambarkan perasaan saya sejak beberapa bulan lalu, he...he..he...lagu ini di introduce oleh Intan Rahayu & Natrah. Aku penah jumpa n lepak minum2 kat Tupai-Tupai dengan pencipta dan penulis lirik lagu ni, Azlan Abu Hassan, yang buat music arrangement lagu ni juga, dia buat semua, hebat dia ni. Kalo aku sebut lagu2 ciptaan dia, mesti kowang familiar macam Izinkan Ku Pergi (Kaer), Terlalu Istimewa (Adibah Nor), Dedebu Cinta (Misha Omar), Kini Bebas (duet Camelia & Anuar Zain, owh yang ni maybe aku jer yang familiar, ngeh3x...), etc. My twin, Syameen yang ajak lepak sekali. Lirik yang simple, direct to the point tapi tepat menggambarkan feelin, n Dato Siti macam biasa, meletakkan perasaannya dalam lagu. Tang ni, aku boleh buat kalau kowang soh aku nyanyi, he3x...Tak caya? Sila hantarkan sampul surat beralamat sendiri berserta setem RM 2 dan sekeping tape kosong ke alamat rumah sewa aku di Taman Keramat Permai, akan ku tape kan suaraku yang lunak2 sengau itew! Untuk memenuhkan kedua2 side A dan B, boleh juga disertakan senarai pilihan lagu kegemaran anda (hanya lagu2 Melayu kategori Balada). Setiap senarai pilihan lagu yang tidak di sahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Profesional adalah tidak akan dilayan. Sekian.

2 comments: