Tuesday, May 19, 2009

White Water Rafting @ Kuala Kubu Bharu

Salam...

Hai! This time saja nak share ngan kowang, gambar2 aku masa join white water rafting kat Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Project leader adalah member kitaorang Angkasiwan. Aku tak ingat exact date kitaorang gi, last year la, dalam bulan November kot. Baper kena bayar pun tak baper ingat, tapi rasanya dalam RM 170 plus. Minimum 10 orang untuk 1 group untuk join, kalo tak silap. So, kitaorang total dalam 16 orang. Yang aku kenal juz, Angkasiwan @ Iwan, Shahril n Baby. Lenlain tu sumer kawan2 Baby masa dia study kat Gombak Setia, TKC or Jepun. Ok gak sebab aku boleh luaskan pergaulan aku. Kitaorang masing2 bawak keta sendiri, konvoi ramai2 dari Stesen Petronas Taman Melati Utama dalam pukul 7.45 pagi.Sampai sana dekat pukul 9 gak la. Malam sebelum join aktiviti ni, aku tak boleh tidur lena sebab takut apa2 jadik masa meredah sungai yang sangat deras tu. Ye lah, aku kan tak pandai berenang. First time pulak tu, tapi tetap rasa teruja.


Dari KKB nak ke tempat start rafting ni @ PUT IN point adala 5 km kot, kalo tak silap aku melalui jalan nak ke Bukit Fraser dekat dengan empangan apa ntah. Bila sampai, person in charge untuk rafting kitaorang akan bawak driver2 keta only ke satu tempat untuk letakkan keta2 kat situ @ TAKE OUT point. Tempat tu macam tempat ala2 orang wat kursus gak arr, tak silap sebelah Darul Quran, JAKIM. Then driver2 ni akan diangkut semula ke PUT IN point dengan 1 van by PIC tu. Lama gak kitaorang tunggu derang, sambil tu ada la akitiviti 'icebreaking' siket ngan group2 lain, ada foreigner gak. Then, bila sumer dah sampai, ada briefing dekat nak setengah jam gak la, dekat nak pukul 11 pagi jugak la kitaorang start. Briefing contents termasuk nak kenal alat2 tu, command2 yang bakal kitaorang dengar dari instructor (bukan kitaorang yang fully handle ok...), macam mana nak buat kalo kawan dalam rakit yang sama ngan kita or rakit orang lain jatuh dalam sungai, etc.


Satu rakit, ada lebih kurang 5-6 orang campur ngan 2 instructors, so total dalam 7 ke 8 orang. Oh ya, setiap sorang di bekalkan 1 life jacket, paddle ngan helmet. Instructor kitaorang Orang Asli kat sitew. Aku 1 rakit dengan Shima (Ya Allah, mulut dia nak tak henti2 bercakap), Anayu, Liyana dan agak malang aku satu rakit ngan Shahril, wawawa...Shahril cukup bersedia dengan inhaler sebab dia pon takut semput, aku jer berlagak tak bawak ubat. Rakit kitaorang depan sekali n selalu jadik rakit 'rescue' selamatkan orang. Memang meriah la Sungai Selangor pagi tu, tak silap aku ada lebih 10 rakit gak la. Gambar kat atas ni 1st stop kitaorang berenti, setiap sorang dapat 1 biji epal hijau. Lama gak stop kat sini coz derang kasik peluang sumer orang wat 'floating' menghanyutkan diri. Aku tak buat pun sebab rasa tak secure ngan life jacket aku tu, hik3x...Yang kat depan tu, Diera, Baby, Nazrul n Anayu. Derang ni sumer muda2 dari aku, pandai2 pulak tu. Umur dalam 26, dah ada masters engineering. Dalam rakit tu, aku, Liyana, Shima n Shahril.


Ni baru2 nak start journey, not so mencabar lagi.Tapi biasalah, dah la 1st time, teruja lebih, bila meredah arus tu, bunyi mulut jer yang lebih, wo....!wo....!wo....!Jerit2 wat bising jer yang lebih. Kitaorang konvoi ramai2 bila berakit ni, so sometimes, bila nak tunggu rakit2 lain sampai satu2 tempat tu, puas jugak nak tunggu. Selalunya rafting kat sini amik masa dalam 3 ke 4 jam bergantung pada water level pada ketika tu dan jugak size group yang join.


Taraaa...antara jeram2 yang kitaorang kena redah. Aku tak baper ingat berapa jeram sepanjang tu, tapi rasanya dalam 4,5 jeram jugak la. Mula2 'jatuh' dari jeram tu, memang rasa cuak gila sebab takut terjatuh dari rakit, tapi percayalah, syok giler! Sungai Selangor kat KKB ni kategori Grade 4, sama macam Sungai Padas kat Sabah. Sesuai sangat la kalo wat modul team building untuk leadership, embrace the challenge! Susah macam mana pun, redah jer la. Tapi 2 orang instructor kitaorang tu, memang terer handle raft tu. Kitaorang cuma follow instructions jer, nak kayuh ker, nak bergerak dari kanan ke kiri ker, angkat paddle ker, etc. Kalo satu2 rakit tu berjaya redah halangan, so sumer orang dalam rakit tu angkat ke atas paddle masing2 ke tengah, then pusing ngadap air, tepuk air sungai tu ngan paddle, kira macam simbolik kemenangan la, bergema satu hutan tu ngan karenah kitaorang, happening!


Yang kat depan sekali tu instructor kitaorang, aku tak ingat nama dia apa. Lagi sorang dok kat belakang, kira kita pangge 'Upin & Ipin ' la ek. Rakit tersangkut celah batu, sempit tak bergerak pun derang boleh handle, wa cakap lu! Percaya tak sepanjang journey tu, rakit kitaorang tak pernah terbalik. Aku sendiri pun tak pernah jatuh dalam sungai.

Hah, ni antara jeram yang tinggi jugak. Wooooooooo...rasa macam nak terbalik seyyy...Kalo tak silap aku, ada satu jeram yang paling tinggi tu namanya 'Ayam Rebus' sebab bila kita 'terjun'dari jeram tu, huh, memang macam kena rebus. Sedar2 jer, rakit kita dalam 'air', macam kena simbah dari atas. Kat sitew yang paling best! Walaupun jeram tinggi gila!


Ops! Time Shahril jatuh dari rakit. Dah la sorang lelaki jer dalam rakit tu, dia jugak the one and only yang jatuh dari rakit. Menurut briefing, kalo kawan kita jatuh, orang yang paling hampir dengan tempat orang tu jatuh yang kena selamatkan dia, so Anayu la patutnya tolong. Kitaorang yang lain wat tak tau jer, siap borak2 menikmati keindahan alam. Kitaorang tau Shahril jatuh, tapi just macam tengok jer n dalam hati berkata," Oh! Sharil jatuh..."Tetiba Anayu bersuara, "Wei, korang! Tolongla aku angkat mamat ni sekali, aku sorang mana larat.." Oh, kitaorang kena tolong jugak ek, he3x...So, berusahalah 4 anak dara ni menarik Shahril naik semula ke atas rakit, he3x...sorrylah, salah faham arahan...


Happening kan? Rasa macam join white water rafting kat New Zealand jer, memang enjoy habis! Takyah susah nak keluar negara, kat dalam negara kita pun banyak port nak wat aktiviti ni macam Sungai Padas, & Kiulu @ Kota Kinabalu, Sabah, Sungai Slim @ Slim River, Perak, Sungai Kampar @ Gopeng, Perak, Sungai Loh @ Dungun, Terengganu, Sungai Singoh @ Grik, Perak (ni memang mahal, jauh ke tengah Royal Belum Forest kalo tak silap, menapak jalan kaki 3,4 jam dalam hutan sebelum sampai rasanya...siap kena tido semalaman n sungai nya pun Grade 5). Kat Pahang pun ada, banyak tempat, macam Jeram Besu kot.



Haa...ni la aktiviti floating tu...Dari tempat yang ramai2 berdiri tu, kita masuk sungai, biar jer diri kita hanyut di bawa arus, sampai la ke tempat rakit kitaorang parking kat bawah tu. Ada la garisan penamat and instructor pun jaga kat sitew, kalo tak sempat berenti, hanyut la kita sampai ke Kuala Kubu Bharu, ha3x...


2nd stop kitaorang untuk makan tengahari. Sempat posing dalam rakit. Takde la lunch beria pun, setiap sorang cuma dapat seketul cereal bar. Lahap betul sumer orang time nih, sebab lama main air, perut lapaq juger. Dok terbayang la gulai ayam dengan air sirap, sedapnye...Masa ni dah mendung, macam dah nak start ujan.


Ni la yang paling best kat 2nd stop ni, air terjun! Pergh...best betul dok letak kepala bawah air terjun ni...Lelaki yang berdiri dekat ngan air terjun tu, nama dia Azri Abdullah @ Ayie, classmate aku masa kat ASK, dia budak Diploma Muzik, main dram. Aku pon tak sangka bley jumpa dia kat sini, rupanya dia kawan Baby. Kecik betul dunia ni kan? Now, member wat bisnes event management, ada provide talent kalau nak dancers ker apa.


Bergambar beramai2 sebelum gerak balik. Uiks, aku takde la dalam gambar ni. Yang baju kaler oren tu la Iwan, Project Leader kitaorang. Kitaorang gelar dia Angkasiwan sebab masa nak pilih Angkasawan Negara dulu, dia terpilih antara yang 50 terbaik tu rasanya, ha3x...Tapi masa tu, aku tak kenal dia lagi. Kenal pun sebab dia kawan Shahril, bila dah join kitaorang lepak kat NZ Wangsa Maju, terus kitaorang baik. Iwan memang aktif aktiviti2 camni, weekend kalo ada masa gi camping kat Ulu Yam ker, payung terjun lah, apa la. Kitaorang tengah tunggu dia arrange untuk mencandat sotong kat Tok Bali pulak, sempoi!


Dah selesai meredah jeram2 yang adventure, so sungai nyer dah tenang siket. Cuma ada satu jeram kecil kat sitew, 2 orang instructor kitaorang, 'Upin & Ipin' tu plan nak terbalikkan rakit kitaorang. Siot jer! Lemas kejap aku di buatnya, terasa paru-paru mak di masuki air, kaw2 nyer aku batuk kat sitew jugak! Yang lain tu, sedar2 dah bawah rakit yang dah terbalik, bukak jer mata, nampak kuning di sekeliling, hik3x...Memang jahat la instructor tu pakat nak terbalikkan kitaorang, sebab rakit kitaorang memang tak penah terbalik!


Selamat sampai di TAKE OUT point. Kitaorang yang sampai dulu, elok jer pas tu hujan turun. Apa2 hal, posing dulu...Kat sini la sumer keta2 driver di parkingkan. Facilities ok, shower, surau sumer ada. Kitaorang sampai dalam pukul 3 petang.

Late lunch provided, menu nasi lemak dengan ayam goreng, nak sandwich pun boleh buat sendiri. Sumer orang melantak makan tak toleh kiri kanan dah, lapaq gila. Tapi still meriah bertukar2 cerita tentang pengalaman yang telah di tempuh, memang sangat interesting! Aku yang baru 1st time join, terus rasa teruja nak try lagi water rafting ni, sangat seronok! So macam dah berlagak la kan sebab yang Grade 4 kat KKB ni pon kitaorang dah redah, so nak try la yang kat Gerik pulak, ceh! After makan2, mandi, semayang sumer, kitaorang gerak balik dalam pukul 5 petang. Dalam keta on e way back to KL,Shahril dah lena kat belakang, aku ngan Iwan still bertenaga melalak lagu Janji Manismu & Madah Berhelah kat depan, ha3x...Jumpa lagi!

Nota Kaki: Kengkawan, kalu kowang ada apa2 aktiviti lagi yang menarik, jangan luper ajak saya. Tapi please inform awal supaya saya senang mengatur jadual sosial saya di hujung minggu. Antara aktiviti yang ingin saya try adalah ATV ride kat Ulu Kelang, paintball dan oh ya, main futsal! Hmmm...dah lama tak main badminton...


No comments:

Post a Comment