Showing posts with label Family Ties. Show all posts
Showing posts with label Family Ties. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Hepi Besday, Cik Pya!

Salam.

19 Julai 2010, besday Cik Pya ku yang ke 3 tahun. Waaaa...sudah besar la ini budak! Owh, aku sudah ada anak saudara yang sedang meningkat usia. Tadi sempat called dia. Dengan riaknya dia cakap, "Pya dah makan kek. Ari ni befday Pya." Tengokla betapa gediknya dia dapat kek seketul. "Mama beli kek!" Cik Pya sudah 3 tahun; apa yang Pya sama ngan Mama Long ek? (apa kelas pangge Mak Long, uols!) Hmm...sama lahir bulan Julai, kuat majuk memang sama, manja, hik3x..., pandai menyanyi memang amat genetik aku. Apa lagi? Hmmm...oh ya! Kalo tak kenal orang, kitaorang memang senyap tak banyak cakap, tapi bila dah kenal, bukan riuh, tapi gediks, muahahaha...Besar nanti jadik doktor, ek, leh Mama Long dapat ubat lelah free, gitew! Dan dia sudah mengenali penyanyi Keabadian Cinta adalah Pak Longnya, yeah!

Sunday, July 11, 2010

Lagu Mak Long!

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Nota Kaki: Ni adalah antara lagu faveret aku kalo taim karaoke, Tak Mungkin Kerana Sayang nyanyian Alyah. Memula aku tak folo sangat lagu ni walaupun selalu dengar kat radio masa mula2 lagu ni kuar. First aku nyanyi lagu ni taim karaoke ngan Eddy kat Green Box, Jusco Cheras Selatan. Dia yang pilih and soh aku try bawak lagu nih. Dengan mood terpaksa, nyanyi la jugak, eh, macam best plak lagu nih. Dan petang tadi, jam 16:27, aku dapat sms aku dari adik aku Angah yang berbunyi, "Aku dengar Tak Mungkin Kerana Sayang kat Sinar FM. Tau Pya cakap apa? Papa! Lagu Mak Long!" Adehhhh...nak pingsan aku! Adakah aku telah menunjukkan contoh tak baek pada anak saudara aku yang 19 Julai ni baru nak masuk 3 tahun? Aku tanya adik aku, mana Cik Pya tau pasal lagu ni? Kitaorang suspect dia observe video clip aku nyanyi lagu ni kat Red Box last year, masa tu mak dia dan Mak Su dia tengah layan video tu kat umah mama aku raya tahun lepas sambil gelak2 dan dia ada kat situ tengok sekali! Camner dia leh ingat, ek??? Aku sms Natrah, dia cakap cenggini, " Sebab tu ko takleh mencarut depan Pya, nanti dia ingat Mak Long suka mencarut!" Hampeh!



Ni gambar aku masa kecik, rambut Cik Pya ada la iras rambut aku taim nih, hik3x...Jam 22:34 tadik, Angah sms lagik, "Aku baru tanya Pya, besar nanti nak keje apa? Dengan penuh konfiden dia jawab, 'Cikgu!'. Pastu siap cium aku, 'Babai, mama. Pya nak nak gi keje dah." Muahahhahaha...kuat berangan la anak sedara aku nih! Genetik saper la kan? Pastu Angah cerita lagik, lately ni sebelum tido, Cik Pya akan cakap cenggini, "Mama, jom kita sembang! Mama nyanyi lagu Gajah!" Ya Allah! Amat genetik Mak Long! Bersembang dan menyanyi, uwaaaaaaa...

Monday, July 5, 2010

Ibu! Chill la siket!


Salam.

Jam 10.15 malam tadi ku baru kuar ofis. 45 minit kemudian, aku sudah sampai di umah Keramat. Nak kata penat mental tak jugak, pelik...Di sebabkan aku berazam untuk happy sepanjang Julai ini, maka segalanya dapat di kawal dengan baik so far. Hidup bujang ni so far ok lagik la...cuba bayangkan aku dalam situasi di bawah ini plaks:

Jam menunjukkan 10.45 pagi. Aku sedang mengandung sembilan bulan anak kedua (oh, ya, dah scan, Akmal bakal dapat adik pompuan, wawawawawa...). Kebelakangan ini, aku cepat berasa letih. Aku baru jer terjaga daripada tidur di atas kerusi di ruang tamu setengah jam yang lalu. Hari tetiba gelap tanda hujan mau turun. Aku mula menutup tingkap sambil tertanya-tanya di mana anak lelaki ku yang berusia 2 tahun setengah tu berada. Selalunya dia tidak akan pergi ke mana-mana atau mendiamkan diri sebegini lama.

Tiba-tiba aku terdengar tangisan meminta tolong. Suaranya datang dari tingkat atas rumahku (wah! dah dok umah sendiri, ok?). Aku tercungap2 memanjat tangga, memanjat 2 anak tangga setiap langkah sambil memanggilnya berulang kali sehinggalah aku menemuinya sedang berpaut pada gril pintu setinggi 8 kaki. Aku cuba menenangkan diri sendiri dan mula memujuknya,"Jangan takut, sayang. Turun sikit lagi ke bawah jadi Ibu boleh pegang dan turunkan." Tetapi dia tetap tidak bergerak kerana terlalu takut. Aku mula panik. Aku teringat tangga yang tersimpan di dalam bilik stor. Aku memberitahu si kecilku, " Tunggu sekejap, ya, Ibu pergi ambil tangga." Aku bergegas ke tingkat bawah. Jantung berdegup kencang. Aku berdoa dan berharap si kecilku itu boleh bertahan buat seketika...

Uwaaaa...banyaknya tenaga yang perlu di curahkan untuk membesarkan seorang anak! Itu belum lagi mengambil kira kesabaran dan ketabahan seorang ibu. Aku mungkin boleh merancang setiap perkara tetapi tidak semua perkara berlaku seperti yang di rancang kan?

Kring...kring...jam 9.30 pagi beberapa tahun kemudian...Guru tadika anak ku memberitahu bahawa anak sulungku itu menggigit rakan sedarjahnya di sebabkan sebiji getah pemadam yang hilang. Aku terpaksa 'brain storming' (maybe terpaksa menggunakan method Ishikawa diagram' untuk memastikan perkara ini tak berulang lagik?) He3x...

Tu baru siket, giler penat kan nak membesarkan anak2 nih.. Tu ada hati nak 9 orang, ko mampu? He3x...Hmm...secara peribadi, anak-anak harus di besarkan oleh kedua-dua ibu bapa, bukan salah seorang. Suami atau isteri adalah pasangan utama kita dalam membesarkan anak-anak sebab pasangan kita memenuhi keperluan emosi yang paling penting iaitu kasih sayang, perbualan dan kemesraan (owh! ternyata saya memenuhi semua kriteria ini, ahaks!). Dan pasangan kita juga mungkin satu-satunya orang yang tidak akan berasa jemu mendengar anda bercerita mengenai anak, gitew! Sokongannya juga sangat penting ketika kita mahu mendisiplinkan anak2 malah berperanan sebagai model atau contoh terbaik untuk mereka. Pasangan harus memainkan peranan sebagai pendorong antara satu sama lain; bijak lah mengambil hati pasangan, hormati dan hargailah dia dan luangkan masa untuk bersama.

Ewah...ko tu bujang lagik, kemain cakap pasal kekeluargaan ek? Ko 'mabuk' dah nih....dah2x...gi tido ek.

Nota kaki: Miss 'him' lah! Selamat malam kasih...

Sunday, July 4, 2010

Baiti Jannati...


Salam.

Semalam, aku sempat baca front page Harian Metro. Mengurut dada aku di buatnya dan membuatkan aku termenung sejenak. Hmm...apa sudah jadik ngan budak2 sekarang ek? Berita tentang sepasang kanak2 perempuan bersaudara berusia sekitar 4 dan 5 tahun, berkelakuan ghairah seperti sepasang suami isteri amat memeranjatkan! Dan lebih memeranjatkan derang tahu pasal mende2 ni sumer melalui seorang kanak2 lelaki berusia 8 tahun yang merupakan jiran mereka jugak. Dan kanak2 lelaki tersebut pernah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan kanak2 perempuan tersebut...Ya Allah! Menggigil plak aku nak tulis nih...sangat menakutkan! Sangat2!

Aku terfikir, siapa agaknya yang patut di salahkan dalam hal cenggini? Mak ayah ka? Keadaan sekeliling ka? Pengaruh media ka? Atau saper lagik yang bley di sabitkan? Sometimes aku terfikir, kadang2 parents dah mainkan peranan dengan baik pun blom tentu dapat menyekang faktor2 lain yang leh contribute pada development budak2 ni. Contohnya, ibu bapa dah kasik didikan agama secukupnya, tapi ada jer anak2 yang terbabas wat mende2 yang bukan2. Kalau di kawal, nanti anak memberontak, kasik nasihat, nanti derang kata tak memahami derang plak. Kalo di turut, naik lemak, silap2 kita di tipunya. Kalo macam hal yang berlaku kat kanak2 tersebut, derang ni wat senyap2, kalo tak kena 'cekup' ngan mak salah sorang budak tu, rasanya sampai la kot parents derang tak tahu. Owh, sangat memalukan...Hmm...mencabar sungguh menjadi ibu bapa dalam dunia serba mencabar nih.

Aku memang jadik takut bila terfikir hal2 cenggini. Mampu ker aku sok? Apatah lagi, aku ni bukan bijak sangat buat 2 kerja dalam satu masa; walaupun aku tengok la ni ramai jer ibu hebat yang wat 2,3 mende dalam satu masa. Tu yang aku bercita2 nak jadik surirumah jer kalo kawen sok, he3x...Membesarkan anak2 dengan tangan sendiri. Bangun pagi wat sarapan, hantar anak gi skolah, kemas umah, basuh baju, pegi pasar, masak makan tengahari, ambik anak dari skolah, makan tengahari sesama, hantar gi skolah agama (taim ni aku leh tido jap, he3x...ibu juga perlukan rehat yer...), then wat minum petang, amik dari skolah agama, then minum petang sesama sambil dengar derang citer macam2 (owh, yang ni saya suka!), then biar derang kuar umah main2 ker, pastu malam, check kerja sekolah derang, kecuali Maths maybe terpaksa serah pada ayah derang la, ha3x...(eh, saper ek???). Kan dah penuh satu hari tuh? Apatah lagi, aku kan nak 9 orang anak, muahahahaha...konfem aku kurus gilo nanti!

Oh, ya. Kat bawah ni ada sikit tips yang aku baca dalam Majalah Nur (my faveret magazine) keluaran bulan Julai 2010. Dan tips ni pon di share oleh ibu pada salah sorang sister batch aku masa kat UIA dulu. Jom baca:

1. Menjaga solat
2. Bersabar dan berlapang dada terhadap anak-anak; jangan cepat melenting
3. Berkomunikasi secara baik dan terbuka antara suami isteri dan ahli keluarga
4. Memahami Al-Quran
5. Kualiti masa
6. Memasak dengan ikhlas dan air tangan ibu sendiri
7. Fleksibel dengan anak2
8. Berhibur tidak salah tapi tidak melalaikan
9. Sentiasa bermusyawarah jika ada masalah
10. Wujudkan aktiviti bersama keluarga

Ya Allah, Ya Tuhanku, semoga aku di pertemukan dengan Si Dia yang bertanggungjawab, amin...

Nota kaki: Tahniah untuk sahabatku, Norziati Mohd Rosman kerana memenangi Hadiah Ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, Kategori Novel Remaja dengan karya 'Dayung Sudah di Tangan'. Teruskan berkarya! (Aku jer tak sempat nak join bengkel penulisan nih, he3x...)

Friday, July 2, 2010

Bintang 7!










Salam...

Hari ni sudah 2 Julai 2010...Malas nak citer banyak sebab dari pagi tadi kepala aku pening2. Berat jer kepala aku, dahi pon panas jerk. Ni nak share gambar2 aku ngan family aku Jula Juli Bintang Tujuh, celebrate kitaorang nyer besday last year @ Tamarind Spring, Ampang. Semua yang lahir bulan Julai; aku, Angah, husband dia n my lil Pya. Tema biru putih, adik aku yang decide. Tahun ni, kalo takde aral, insya Allah, nak gi celebrate kat Sunway Lagoon on 31st July 2010. So, tema maybe Baywatch la kot, hu3x...Tak sabar nak 'serang' Extreme Park! Untuk pengetahuan kowang, aku tak pernah sekali pon menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon, he3x...

Thursday, June 24, 2010

Hepi 23rd Besday!

Salam.

Ok! Ok! Ni yang last sblom aku 'jalan'...Wishing my brother, Muhamad Fadzlan Muhamad Nor, Selamat Hari Lahir ke 24 tahun! Cepat2 carik kerja, he3x...Dia ni sangat muka arwah papa aku Darjah 6. Kulit gelap, perangai semua iras arwah papa aku. Hitam2 si tampuk manggis, awek ramai minat nih...Cau!

Saturday, June 19, 2010

Family ku & Fotografi.

Salam.

Sekarang ni macam jadik trend kan, semua orang ke hulu ke hilir usung DSLR segala, kamera yang macam2 jenis. Ko ada? Aku takde, he3x...Kalo tengok gaya poyo aku dalam gambar nih, ala2 kunun macam ada gaya la kan jadik photographer. Tapi percayalah, sebagai model 'boom boom pow' yang sedang meningkat naik, setakat nak nampak fotogenik dalam gambar tu, aku takde masalah, wah! Sebab walaupun aku tak di kategorikan cantik fizikal macam general perception yang umum selalu define seperti Maya Karin ka, Fasha Sandha ka, Eva Longoria ka, etc, tapi alhamdulillah, 'set2' cam aku ni, ada jer yang puji aku ni manis, wah! Kan sweet tu nampak lebih cool dan menyenangkan! Serba serbi sederhana. So di sebabkan kelebihan ini, aku kira, aku lebih sesuai jadik model berbanding photographer, hik3x...Takyah posing2 beria2, aku sengih jer, automatik tulang pipi aku naik dan photographer snap jer, nah! terhasil la gambar yang natural beauty, wah! melampau kau! Tapi maybe jugak sebab aku takde ilmu, so that's y minat tu tak datang. Cuba kalo aku explore, silap2 aku yang berabis duit untuk fotografi ni, adehh...
Berbeza ngan 3 orang dalam gambar ni, derang bersekongkol baik punyer dalam fotografi. Yang kuat berangan, perasan ala2 Heidi Klum tersandar kat pokok tu, adik aku Pok Yie, Art Director yang cemerlang sebab kuat berangan so dia kreatif! Yang pompuan tu, kakak dia iaitu adik aku, si Maznah @ Angah, berkongsi minat yang sama ngan husband dia, si Ezi yang berdiri sebelah dia tuh. Tapi adik aku tuh, lagik suka posing, husband dia yang jadik photographer; sometimes wat freelance. Hmm...sesuai la derang ni di jodohkan sebab derang nyer interest sama, walaupun dari segi karakter, hayyo! macam langit dan bumi!

Hmmm...mama aku takde unsur2 fotografi, tapi gambar dia masa muda lepas kawen ngan arwah papa aku, leh tahan banyak, dan semua masih tersimpan rapi dalam album. Arwah papa aku pon bley di kategorikan suka amik gambar jugak sebab dia dulu pun ada kamera yang ala2 DSLR tu, walaupun taim tu cuma pakai kodak gulung, he3x...Apatah brand kamera tuh, Yashica kalo tak silap. Eh, aku sempat la blaja guna kamera tu dulu ngan arwah papa aku, walaupun angle yang aku amik macam 'haram', wawawawa...

Pok Le, so far takde unsur2 tu lagik tapi adik bongsu aku Muzi, hah, yang ni memang berangan model! Sangat la suka nak bergaya dan posing. Asal gi Wakaf Che Yeh, ada jer sandal yang nak beli sampai mama aku bising. Baju lah, perfume lah, rebonding rambut la, apa lah! Bukan macam along dia, comot jer, ngeh3x...Btw, walaupun tak semua adik beradik aku, termasuk mama aku minat kamera tapi ku kira lengkap sebab ada yang berbakat jadik photographer, selebihnya adalah model! Termasuk Cik Pya, the one and only 'anak menakan' aku. Aku rasa kalo arwah papa aku ada lagik, konfem dia akan join memainkan peranan sebagai photographer! Sebab kalo tengok album, memang banyak gambo yang dia amik. He3x...amat genetik kan?

Nota Kaki: Kowang rasa 'tok laki' aku sok, bakat dia dalam fotografi ker modelling, ha3x...


Monday, May 10, 2010

Lagu Gajah...


Gajah hidung panjang
Badan hitam besar
Kaki macam tiang
Dua telinga lebar
Telinga macam kipas
Jalan bongkok-bongkok
Gajah tidak malas
Boleh tolak pokok!

Nota Kaki: Anak saudara aku bley menyanyi macam2 lagu, termasuk Lagu Gajah ni! So comel! Aku sangat kagum bila first taim dengar dia menyanyi lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan melodi yang betul dan sebutannya kurang pelat, dengar sebutir2 pronounciation dia. Yer la, untuk kategori budak umur 2 tahun 9 bulan, kalo leh hafal lirik lagu, kagum sungguh aku! Lagu lain yang dia suka nyanyi macam lagu Kucing, Pelangi, Anak Nabi Kita, Rukun Islam, etc. Aku pun tak sangka yang the one and only anak saudara aku ni, suka menyanyi. Amat genetik aku kan, ha3x...Kalo tak silap, adik aku pernah cakap, pernah terdengar dia nyanyi korus lagu Mila, yang berbunyi, "Dalam cinta harus saling percaya..." gitew! Kena bawak pi karaoke nih! Dan adik aku pernah jugak terdengar Cik Pya ni sebut perkataan "gedik!". Bila adik aku tanya, "Mana Pya tahu 'gedik' tu?" Dengan selamba, Cik Pya menjawab, "Mak Long!", adeh3x...Salah aku meh?

Saturday, May 8, 2010

Cik Zah Saya!

Halluuuuuu!!!

Sebuah syair Arab ada mendendangkan:

"Seorang ibu adalah ibarat sebuah sekolah. Jika engkau persiapkan dia dengan baik, maka sungguh engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang unggul."

Hebat ker tak kalo seorang wanita bergelar ibu di ibaratkan macam sebuah sekolah, kan? Besar betul tanggungjawab seorang ibu terutama tanggungjawab dalam mendidik anak2 tu kan? Macam Cik Zah, mama aku ni la kan...Kalo pasal anak2 jer, bley la membuatkan dia tak tido sampai ke pagi sebab fikir macam2. Pastu, kalo ada apa2, suka 'shimpan' sorang2, he3x...Ni ada la aku inherit dia sikit.

Hmm...mama aku ni belajar tak tinggi pon, maklumlah family mama aku memang orang miskin. Sekolah setakat Darjah 6 jer, kat Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan. Tapi apa ada pada kelulusan akademik kan? Walaupun mende2 lain maybe la dia tak terer, tapi kita takleh nafikan mak kita akan ajar kita macam2, buruk baik satu2 perkara sejak dari kita kecik lagi sampai la dah besar panjang ni, dia tak putus2 membebel dan kasik nasihat kan? Semuanya untuk kebaikan kita jugak, walaupun aku ni memang terkenal dengan status anak degil dan keras kepala, hu3x...Setakat kena kurung kat luar rumah sebab balik lambat tu, memang biasak la. Cuma aku tak pernah kena ikat kat pokok yang penuh kerengga lagi, scary arghhh!!! Tapi masa aku Darjah 3, aku pernah melawan, menjawab mama aku, sampai dia geram, dia cilikan mulut comel aku ngan lada burung, gilo pedas seyyyyyy....ha3x...Ingat lagi, masa tu kat berek polis kat Ipoh. Pastu ada la lagi mende2 jahat yang aku wat, haishhh! (tu agaknya Tuhan campakkan aku kat UIA kan?)

Tahun ni mama saya sudah pun berusia 51 tahun. Hmmm...sudah tua pun...Walaupun, aku tak berapa cloze sangat ngan mama aku, tak macam anak perempuan lain yang share macam2 ngan mak derang, tapi sebagai anak, aku memang cepat tersentuh dengan apa saja cerita pasal parents. Korang pun sama kan? Mana tak tersentuh kalo taim kita sakit, dia yang bersengkang mata jaga ko siang malam, beb! Ko nak makan apa pon, dia yang terkial2 masak kat dapur (owh, saya sangat suka sambal tumis ikan bilis petai mama ku itew!), anak buat salah pon, backing baik punyer...etc.

Untuk Cik Zah saya, Selamat Hari Ibu! Tahun ni kain baju raya kaler kuning ku beli kat Jakel, ek, he3x...Tentang permintaan bakal menantu yang kerap di hilite Cik Zah sejak tahun lepas, insya Allah, akan ku usahakan sebelum umur dia 53 tahun, hah, bley? Sesaper yang berminat, leh bercakap terus dengan Cik Zah ek sebab nak harap aku cakap sendiri, maybe aku akan pengsan 46x depan Cik Zah sebab sememangnya aku takde kekuatan nak cakap pasal future aku yang satu ni depan parents aku, wawawawa...Nak cakap aku ada boipren pon, pikir 88x!

Tuesday, February 16, 2010

Bisikan Bayu...

Salam...

Hai! Still mood CNY, ingat nak rehat jer...malas btol nak kojo, tak tipew! So, 4 hari cuti, kowang pi mana? Ku tak pi mana2 pon, balik umah mama aku kat Kota Bharu jer. Memang plan nak balik pon sebab lepas ni, ku gerenti lama tak balik except taim cuti raya jer bulan September nanti (huh...lama tuh...) Ku gerak balik KB, pagi Sabtu tu, sekitar jam 10.15 pagi. Huh, MRR2 jammed menghala ke Plaza Tol Gombak. Sempat kasik limau pada jurutol bertugas termasuk kat Plaza Tol Bentong, hu3x...Ala2 Dewa Kekayaan kan...Malam jugak la baru sampai KB, dalam 8.30 malam. Golek2...tido...penat seyyy...Dah la Jumaat tu, ku balik kojo lewat, dekat nak pukul 10 malam baru balik.

Esoknya, 14 Februari 2010, menghabiskan masa dengan family kat Pantai Bisikan Bayu, Pasir Putih. Simple makan2 there...First taim aku jejak kaki kat sini actually, hu3x...Dalam banyak2 pantai kat Kelantan, aku rasa kat sini yang paling lawa kot. Maybe sebab dah dekat sangat ngan Terengganu yang memang di perakui memiliki pantai yang cantik. Yer la, compared to Pantai Cahaya Bulan ka, Pantai Irama ka, air laut kat sana macam dah kaler coklat. Pantai Sri Tujuh, Tumpat pon macam ala2 kampung nelayan. Btw, ku suka view kat Pantai Bisikan Bayu ni sebab ada 'iras' pantai kat Kampung Rhu Sepuluh, Setiu. I like! Hmm...raya ni bley ajak boipren berjiwang kat Pantai Bisikan Bayu ni kan...Nama pantai pon ala2 romantis gitewwww!!!

Dan Sebenarnya...Yuna...Bukan pandai main gitar pown...Gitar tu lebih kepada props taim amik gambar.

Gambar adik beradik...tapi tak cukup lagi sorang sebab malas nak join, tido kat umah...Aku pon, asal ada waktu terluang, tido jer kat umah, tak pon tengok tv. Malas nak kuar, bawak balik kojo pon tak terbuat sebab malas nak fikir. Cuti maaaa...tak cukup2 balik lewat tiap2 hari tuh...Owh, terserlah muka ku yang sembab, tak bermaya dan lingkaran gelap di sekeliling mata, uwaaaaaa.......

Nota Kaki: Malasnya nak kerja esok...nak tido jer...

Sunday, January 31, 2010

Adik Muzi Saya...

Salam...

19 tahun yang lalu, 31 Januari 1991, masa tu aku Form 1, aku dapat lagi sorang adik, yakni adik bongsu aku sekarang, Muziana. Di kalangan family, kitaorang pangge dia Muzi, tapi nama glamer dia masa skolah kat Perak, Jijie, gitew! Aku ingat lagi, masa dia lahir tu, aku baru seminggu lebih masuk asrama RPS. Hujung minggu tu, arwah papa aku datang hostel nak bawak aku balik umah tengok adik baru, tapi aku tamau balik, ha3x...Puas la arwah papa aku pujuk, baru aku nak balik. Bukan sebab aku tak suka ngan adik baru tapi sebab aku syok dok hostel sebab ramai kawan, ha3x...

Hmm...cepat btol masa berlalu, adik bongsu aku ni dah genap usianya 19 tahun this year. Masa dia dah start skolah menengah dulu, aku tak suka sangat sebab aku dah takde adik kecik yang nak aku main2, buli2, peluk2, cium2, ahaks! Muzi masa kecik bukanla comey sangat pon tapi bley la, muahahahahaha....Dari kecik lagi, dia memang suka posing walaupun taim tu kaki dia buruk sebab kudis, yeah rite! Tersangat la manja ngan arwah papa aku sebab anak bongsu kan...(actually kitaorang sumer pon manja ngan parents...) Kitaorang selalu usik dia ni 'anak orang buang' sebab masa tu kitaorang dah cukup 4 beradik; 2 pompuan, 2 lelaki, tup2 tersesat dia sorang plak lagi, haishhhhh...very the kacau daun! Kitaorang siap cakap ngan dia yang arwah papa kutip dia kat tempat buang sampah kat area umah kitaorang kat Ipoh, lalalalalalalala...Yang best, satu malam, dia tanya kat arwah papa aku, "Papa, betul ker adik ni anak orang buang?" Dengan selamba arwah papa aku replied,"Aah!" Hu3x...masa tu kitaorang rasa kemenangan berpihak pada kitaorang berempat! Harus la pastu Adik Muzi menangis tak hengat kannnnnnnn!!!

Arwah papa aku pernah cakap yang bila Adik Muzi ni, bila besar nanti mesti ikut perangai Along dia. Sampai la aku musykil kenapa arwah papa aku cakap cenggitu. Yang aku nampak, dia memang kuat merajuk macam aku, ha3x...Lagi satu, dari masa dia tadika lagi (nyampah aku bila arwah papa aku belikan beg Garfield untuk dia gi tadika, over tau!!!), dia akan di jemput oleh 3 orang kawan lelaki dia gi tadika. Pagi2 lagi 3 orang kawan dia ni akan ketuk pintu umah aku, "Muzi! Muzi!" padahal masa tu, adik aku tengah sedap tido lagik, he3x...Dah siap2, nanti derang akan berlari turun tangga, lumba lari saper sampai tadika dulu yang cuma selang satu blok jer dari blok aku. Hmm...kecik2 lagi dah gediks ngan kawan2 lelaki ek! Macam aku ek? Sejak2 dah besar ni, dia selamba jer ajak kawan2 lelaki dia datang umah; beraya ker, borak ker apa. Aku marah btol ngan dia ari tu bila dia beraya ramai2 naik motor ngan budak laki, harusla la aku membebel tak hengat kan? Sepanjang umur aku 31 tahun ni pon, bley kira berapa batang jari tangan jer kawan lelaki aku yang pernah datang rumah. Tu pon taim raya n bulan puasa. Kiranya adik aku ni lagi advance dari aku.

Aku ngan adik aku? Owh, sangat garang! Pernah masa tu, aku dah la tengah lelah, so rehat dalam bilik mama aku. Tetiba aku terdengar mama aku yang tengah menjahit kat dapur, dok membebel kat Muzi ni sebab dia berdegil nak naik motor walaupun takde lesen. Siap berlawan cakap ngan mama aku. Huh, aku tak tahan, aku bangun pi dapur (owh, ku ingat lagi dressing aku taim tu, berkain batik dan tshirt buruk...), tanpa kasik salam, aku tengking dia baik punya depan mama aku, bley? Terus dia diam, larik masuk dalam bilik. Tak paham bahasa!!! Aku pernah membebel kat dia dalam kereta dari Ipoh-KL masa dia ikut aku beraya, hah, amik ko! Dia pernah majuk ngan mama aku n aku sekali rasanya sebab kitaorang tak kasik dia kuar, pastu bley dia kuar umah jugak, tak balik malam tu, bley? Aku called 88 kali tak angkat, apa perasan kowang as kakak? Aku tak lena tido pon malam tu, setiap jam terjaga, aku called, tak jawab, tak susah hati ker?

Tahun ni dia bakal amik STPM. Ntah la macam mana...masa dia nak SPM dulu, beratus duit aku habis belikan buku rujukan untuk dia, tapi no hal sebab aku pernah menyusahkan arwah papa aku mende yang sama, ngeh3x...Tapi blaja main2, diri sendiri yang menangis bila result SPM teruk gilo. Insaf kejap jer, macam aku jugak! Lepas SPM ari tu dia nak apply PDRM, tapi aku tak kasik. Cita2 awal nak jadik pramugari, tapi sebab masa Form 2 dah eksiden motor depan skolah sampai patah gigi, so dah kensel la kot. Aku tanya apa yang dia minat pon, dia tak sure apa yang dia nak buat. Hiiiiiiii...aku plak yang geram bila tak tau direction ni!

Cuti raya haji baru nih, bley aku jumpa jus diet plak dalam bilik dia, adeh....adeh...Macam Along dia la sangatttttt!!! Selamat Hari Lahir ke 19 tahun!

Nota Kaki: My mom's besday...19 January 2010. Nak kasik apa ek?


Sunday, January 17, 2010

17 Jan 2010..

Salam...

Huh, blog ku sudah bersawang...lama tak update. Tak sempat ler walaupun ada banyak gambo, cerita nak tepek kat sini. Awal tahun sibuk macam hal2; ni pon dok berkurung kat umah sebab bawak balik kerja. Owh, membuat kerja opis dari rumah! Semalam training pasal Collective Agreement preparation, huh, pening! Kena study banyak mende nih...Konfem mentally n physically tired. Untuk itu, semalam ku telah mencuba beli Jus Tok Guru, hu3x...Hmm...sebab hari ni 17 January 2010, ada 2 mende jer nak tepek kat sini:

1. Arwah Papa Saya...
- Hari ni sudah genap 7 tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga. 2 hari lepas iaitu 15 January, kalo arwah masih ada, besday dia yang ke 61 tahun. Rasa macam baru jer dia pergi (uiks, macam lagu Aizat la...), tapi hakikatnya sudah 7 tahun. Ingat nak baca surah Yassin hari ni, tup2 'uzur syar'ie la plak pagi tadi, haish...Al-Fatihah...



2. Ayah Pi, he3x...
- Selamat Hari Lahir ke 34 tahun, bro! Mu sudoh tuo...Doa ku untuk ko:

a) Moga lebih cool! (Ku kena rasa aura ketenangan itew kalo dok sebelah ko, ok?)
b) Bertemu jodoh yang baik tahun ni (yang penting hati baik walaupun tak macam Nasha Aziz or Scarlett Johannson, yeah rite!), amin...
c) Moga di permudahkan apa juga urusan baik ko tahun ni, insya Allah...
d) Good luck untuk portfolio kerja baru! Try your best!

Thanks sebab rajin balas email aku, ha3x...Untuk itu, aku bakal menghadiahkan cd Kompilasi Pop Terbaik Ibnor Riza dan Nassier Wahab untuk ko, yeah! Senang2 kita lepak mana2, then ku pass kan kat ko, ok? Take care!

Nota Kaki: Apsal rasa macam nak gi Red Box ni aaaaaaaa...

Wednesday, January 6, 2010

Juruhnyo la Alo ni...

Salam...

Saja nak share gambo ni, he3x...Masa ni umurku 8 tahun, yakni Darjah 2, tahun 1986. Yang ku dukung tu, adik lelaki aku, Yie. Nak tepek gambo ni sebab last Sunday, 3 Januari-besday dia yang ke 24 tahu. Aiyo, adik aku dah besor ler, hu3x..."Ingat molek siket pesan mama tu, lalalalalalala..." Haish...teringat plak baju tidur aku yang kaler kuning nih...suka btol ku pakai. Adik aku, Angah, dia nyer baju tido kaler biru, he3x....ingat lagi.


Monday, September 21, 2009

Raya 09 Siri 3

Salam!

2 Syawal aku tak kemana-mana. Nak plak malam tu, sekitar jam 3.30 pagi, aku lelah lagi. Aku rasa dalam masa sejam tu, sampai 4.30 pagi, mau 6-8 kali kot aku sedut inhaler tu, memang kau tak leh tido. Wheezing kuat jugak la, sungguh tak selesa. Mama aku pon cakap, bila aku tido, memang wheezing, hmmm...tenat gak kan aku ni. Blom kowang dengar aku batuk lagi ni, macam orang tua uzur...

Walaupun tak kemana-mana dan tubuh memang rasa tak larat, tapi masih bersemangat nak sarung baju raya kedua aku ini! Oh ya, raya kedua, saya menerima 'kunjungan sementara' teman sekaraoke saya yang datang dari jauh iaitu Besut, Terengganu, tak lain dan tak bukan, Wan Sufian Wan Talib @ Che Pi, huhu3x...bersama adindanya, Wan Suhana yang sebaya ngan aku. Oh, ya gambar lelaki yang bersalaman dengan saya tu bukanlah Che Pi, itu ialah adik lelaki saya yer. Lupa plak nak amik gambar ngan 2 beradik tu sebab Che Pi sangat rushing taim tu. Actually, derang nak pi Rantau Panjang, so aku soh derang singgah beraya dulu umah aku. Ye lah, alang2 dah sampai Kota Bharu kan. Kalau tak, aku gi jer beraya kat umah dia kat Besut petang tu.

Kebetulan mama aku ada masak sikit nasi minyak ngan ayam masak merah, pajeri nenas, acar timun, derang sampai pon dah tengahari, so mama aku soh hidang jer kat derang. Tapi memandangkan Che Pi ku itew, 'berpantang' makan, so Suhana la wakil makan untuk dia. Sorry ar, Che Pi, next taim ko datang, maybe kitaorang leh prepare nasi dagang kegemaran ko, ek? Aku ingat Suhana tak banyak cakap, tapi rupanya ramah gak. Baik nyer layan borak ngan mama aku. Muahahaha...Che Pi, adik ko actually ada perangai iras ko, tu yang korang rapat rasanya. Sempoi macam ko jugak, korang nampak serasi. Next taim datang bawak Suhana lagi ek, he3x...Dan aku pasti, ko takkan datang dah umah aku taim raya sebab jalan kat KB memang jam giler!!! Dan aku tau, ko memang 'tenang' orangnya di jalan raya, he3x...

Ni lah kije aku lepas Che Pi beredar dari umah aku, bergambar dalam umah sendiri, hik3x...Lepas tu tengok tv, baca paper sampai tertido, zzzzzzz...Kalau cuti lama memang aku semangat nak beraya ke umah kawan2...terutama kawan2 UIA ku...

Raya 09 Siri 2

Salam...

Hai! Aku baru sejam sampai KL, jam 9 malam tadi. Walaupun tubuh agak2 tak larat sebab lelahku masih bersisa dan batuk2 (tapi aku pelik camner dalam keta tadi aku bley duet lagu Ceritera Cinta ngan adik aku, sungguh musykil...), ku gagahkan gak mengupdate blog ku sebab malam masih muda, hu3x...padahal esok kerja nih! Ok, raya aku tak sehappening orang lain, biasa2 saja. Tiap2 tahun rutin yang sama, tidak bertukar so far, sejak arwah papa aku takde. Yang kat atas ni, jalan masuk ke kampung sebelah arwah papa aku, Kampung Raja, Machang, Kelantan. Tak sefamous dan sebesar Kg. Raja kat Besut arrr. Tapi aku pelik kenapa nama aku takde Raja, Wan, Nik ataupun yang sewaktu dengannya, hu3x...perasan!


Yang semak samun tumbuh melata ni adalah pintu pagar depan rumah arwah nenek aku. Lepas dia meninggal 8 tahun lepas, rumah ni dah takde saper tinggal. Punyelah aku terkejut tengok keaadaan yang sungguh semak ini. Macam sayang tak terjaga sebab halaman rumah ni actually sangat luas dengan di kelilingi berbelas pokok manggis, pokok rambutan, rambai, mangga,jambu, etc. Ada jugak rumah simpan padi, siap ada mesin getah lagi kat tepi tu, best! Kat belakang umah arwah nenek aku ni, ada kebun getah, sebelah umah ada batas nenek aku buat tanam sayur, belakang kebun getah, ada sawah padi, very the kampung! Zaman aku kecik2 dulu, proper nyer bilik air takde, mandi berkemban kat telaga, perghhhh!!! Syahdu giler kesejukan air telaga itew! Kalau orang dewasa nak buang air besar, gi tepi paya or parit, kitaorang yang budak2 ni, cangkul tanah keliling rumah wat 'jamban' sendiri, dah selesai 'hajat', kambus balik, wawawawa...Zaman kanak-kanakku! Tapi bila kitaorang dah besor siket, dah ada bilik air dan tandas yang proper siket, ada kolah segala.


Yeay, tercapai hajat tahun ni nak beraya pakai tudung Siti, hu3x...Rasa cam sembab jer muka aku, tu yang kena carik face lifting creme nak kasik susut muka nih, kan, kan, kan...Ni antara gambo faveretku untuk raya tahun ni. Masa ni kat kubur arwah papa aku. Aku uzur syar'ie, so tak baca Yassin, aku dok tengok2 adik bongsu aku, Muzi baca. Chewah, rasa cam ustazah ajor ngaji plak, bley?

Arwah papa aku dah pernah pesan, kalau dia dah takde, kubur dia jangan letak batu nisan, marmar segala. Dia cuma request di tandakan dengan batu sungai jer. So yang aku sibuk mencangkul tu, nak ganti batu yang sebelum ni ngan batu sungai yang adik aku, Le kutip tepi Sungai Kelantan kalo tak silap. Oh ya, yang bertudung merah itu adalah mama saya, Puan Azizah yer yang sedang menyelia pergerakan saya untuk di nilai prestasinya, huh!

Siram air di pusara arwah papa saya, Allahyarham Haji Muhamad Nor bin Che Ibrahim, yang meninggal dunia pada 17 Januari 2003 ketika berusia 54 tahun kerana kanser usus. Masa nak di kebumikan tu, aku ikut sampai ke kubur, tengok dengan mata aku sendiri sampai semua urusan selesai, so semua tu kekal lagi dalam kepala aku. Masa aku dok terkebil-kebil tengok derang uruskan pengebumian, aku ingat lagi, best friend arwah, Pak Cik Mat Zain (bukan ayah Anuar Zain yer...) cakap kat mama aku sambil tengok aku, "Kesian kat dia..." Aku pon tak sure kenapa ramai yang kesian kat aku, termasuk kawan2 pompuan UIA aku.

Ni kebun getah kat jalan keluar dari kawasan tanah perkuburan tu. Dulu kat tepi umah arwah nenek aku ada mesin getah. So aku selalu tengok Mak Long aku wat kerja-kerja memproses getah tu. Paling aku suka taim nak gelek getah tu guna mesin getah jadik getah keping. Harusla budak2 bila tengok mesin yang bley pusing2 ni, taim tu jugak la nak sibuk2 mesin getah sekali kan? Aku pon pernah ada tragedi ngan susu getah ni...Masa aku sibuk2 nak ikut Mak Long aku kutip susu getah dari mangkuk yang kaler itam tu kan, (dah la nak ngekor orang tua tu, aku pakai baju kurung raya, huh, bley...), aku nak amik mangkuk tu, tinggi la pulak (tak sedar diri aku ni pendek...), terjengket2 aku nak amik, pastu....dushhhhhhhh...abis susu getah dalam mangkuk tu tumpah atas baju kurung aku, waaaaaaaaaaaaaa....Tu la, degil! Mujur tak tumpah atas rambut aku, kalau tak konfem tahun tu fesyen rambut botak sebab kena cukur lekat susu getah, auw! Baju kurung tu memang takleh pakai lagi dah pastu sebab susu getah itu sudah melekat2 di baju dan tak mampu di tanggal lagi...Ko rasa Sinead O Conner pon pernah kena susu getah ker kat rambut dia, masa dia tengah famous lagu Nothing Compares To You dulu?

Pemandangan kawasan bendang kat kampung aku, takdela happening sangat cam kat Negeri Jelapang Padi kan. Tapi aku rasa kalau lalu kat area dalam kampung kat Kelantan, pemandangan lebih kurang sama jer aku rasa...Seumur hidup aku, sekali pon aku tak pernah jejak kaki masuk bendang sebab aku sangat takut ya amat dengan binatang bernama lintah, scary giler!

Lepas arwah nenek aku meninggal, kitaorang selalu berkumpul kat umah Pok Nik aku. Umah dia dekat jer ngan umah arwah nenek aku gak, sekampung. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu jalan kaki jer datang umah Pok Nik sebab anak sulung dia tua 2 tahun dari aku, ngan Kak Suni ni la kau main. Adik beradik arwah papa aku tak ramai, dalam 4 orang jer. Semua pon dok kat Kelantan, so sehari jer dah bley settle. Adik-beradik mama aku jer yang dok jauh macam kat Pahang, aku sendiri pon dah lama tak jumpa derang, sepupu sepapat belah sana pon aku tak kenal, hu3x...Cuma mak pada mama aku iaitu the one and only nenek yang aku ada sekarang ni jer yang ada kat Kelantan, tu pon stay kat Pondok Hidayah, Machang.

Ni lagi satu gambar faveretku, masa tengah kopek kulit buah salak. Pergh, aku suka btol ngan buah salak ni. Nak plak salak yang kat tepi umah Pok Nik ni sedap btol rasanya, mmmmm....Actually, dalam gambo tu aku tengah compete ngan sepupu aku, Mohd Faiz yang umur 24 tahun, saper yang cepat kopek buah salak tu sebab derang gelak2 kan aku tak reti kopek kulit tu, ceh! Finally, aku gak yang menang, hoorey!

Ni jalan nak masuk kampung 'woghih' mama aku, nak gi amik nenek aku, Tok Esah. Bagus gak taim ni sebab selama ni aku pon tak tau yang aku ada tok sedara pompuan yang umur 75 tahun, adik kepada arwah datuk aku (bapak mama aku, arwah Tok Yaacob..). Punyelah ramah Tok Teh tu. Soklan pertama dia tanya aku," Mek, mu tune doh ko?" Dia tanya aku 2,3 kali, aku wat2 tok pehe...At last, dia simplify kan soklan dia, " Huh, tok pehe, Abe tak dok lagi ko?" Malas nak jawab, bley??? Trus ingatan aku melayang pada sms Che Pi pagi raya pertama tu yang tertulis,
"Aku diserang bertubi-tubi, "hok ni bilo?", "mano sore lagi?","eh, lame single ni!", bla...bla...bla...Soalan nikah kahwin menjadi fav soalan bila nampak kelibat aku." yang di hantar tepat jam 11:17:o2 pagi, hu3x...Sorry lah, Che Pi. Masa received sms ko tu, aku rasa macam kelakar pulak, terkekek2 aku gelak...Waalupun aku takde kredit, tapi takpe kan aku called ko balik malam tu, kira dah redeem balik arrr...

On the way balik ke Kota Bharu, singgah jap umah Mak Long (kakak arwah papa aku) kat Kampung Lepan Setar, tepi jalan utama Machang-Pasir Puteh. Kitaorang adik beradik suka btol ngan scenery kat sini, tak tau apsal. Maybe sebab ada pangkin tu kot. Mak Long aku ni, stay kat sini sebab dia under Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kalo tak silap aku la. Seberang jalan tu ada kebun sayur, best! Kitaorang pernah ramai2 kutip kacang botol beberapa tahun lepas, very the kampung style. Telaga pon luar rumah, open air lagi, huh, seksi! As expected, soklan wajib setiap tahun dari Pok Lo aku," Kelik soghe lagi ko, Long? Mano dreba nyo?" Arhhh...malas nak jawab lagi...Che Pi, nak share tak print flyers banyak2 next raya tahun depan untuk jawab soklan2 derang nih?

Lembu-lembu peliharaan derang! Jangan tanya aku nama2 lembu ni sebab aku tak kenal sekor pon. Hmm...rugi tak join derang halau, kejar lembu masuk kandang ari tu, syok woooo....mencabar abis!

Main bedil!!!! Kebabow! Baru meriah hari raya!

Nota Kaki: Beraya di mana2 pon sama jer, it depends macam mana kita yang nak memeriahkannya.

Monday, September 14, 2009

Kreatif???

Salam...

1. Ni kad raya kedua yang aku terima, dari anak saudara ku, Cik Pya yang berusia 2 tahun. Bukan dia yang created ek, tapi ayah dia. Memang rajin adik ipar aku tu ngan kerja2 kreatif ni, fotografi segala. Aku jer yang kureng kreatif...Hmm...lately ni aku semakin menci ngan perkataan kreatif tu...sejak beberapa minggu lalu. Orang komplen macam2 itu ini tak kena, bley la. Cuba ko sendiri buat or handle, kreatif ker???

2. Hari ni aku mc, doktor soh rehat jer kat umah. Bila balik dari klinik, aku pulak yang tak leh tido, perut ku di serang 'sakit orang pompuan'. Setelah 24 hari berpuasa penuh, akhirnya 'cuti' jugak aku hari ni. Subuh tadi lelah lagi, batuk kong keng kong keng...Giler tak larat...Bila tak leh tido, aku layan Facebook jap. Owh, rupanya ramai yang online taim kerja. Hasilnya, aku berjaya mendapatkan email address Universiti Teknologi Petronas yang ku carik2 selama ni. Sempat chatting ngan Kak Ja yang bakal bukak nursery (huh, jelezzz...), Shanmugam yang dah resigned Jusco sebab dapat PTD kat Kementerian Kesihatan (aku nak apply lagi ker, umur dah lanjut nih...), ngan Abang Edi, Udin (kawan skolah rendah kawan aku, tapi akhirnya jadik kawan aku), Amienurul Faidzal (kawan kadet polis SM St George, Taiping yang dah berbelas tahun tak jumpa, bley add aku dalam FB, huh, terharu ingat lagi...) dan beberapa orang yang lain lagi. Kurang2 hari mc ku hari ni, takde la di habiskan ngan tido saja, so mende kreatif untuk ilangkan bosan adalah Facebooking, yeay!

Nota Kaki: Thanks to KZ-Penyelia Tol Jabur atas kiriman kad raya yang pertama itew!

Monday, August 3, 2009

Jula Juli Bintang 7!

Salam...

Teman baru balik koje, ate otak teman tak larat nak berkreatif bercerita segala...Teman stress sampai sakit kepala denyut2...So juz nak upload gambo kegemaran teman ni...gambo teman bersama adik beradik teman celebrate besday bulan Julai @ Mandi Mandi, Ampang, semalam, 2 Ogos 2009. Sepatutnya kitaorang celebrate last week, tapi kensel sebab aku asthma, Pok Yie idung berdarah n Angah, cirit birit, hu3x...Banyak lagi gambo laen, ate teman upload kedian jer la yer...

Nota Kaki: Che Piang! Jom ar kita lari gi Teganung, tak kesah la naik Satria vibrate mu itew pon...

Monday, July 20, 2009

My Lovely Cik Pya...

Salam...Malas nak citer panjang, ngantuk nih...Selamat Hari Lahir ke 2 untuk the one and only anak saudaraku, Cik Pya! Actually besday dia semalam, 19 Julai. Cepat betul...dah 2 tahun. So, bley ar request adik pulak, he3x...ajar dia tanggungjawab siket, he3x...Cousin2 mu? Sowy! Mama Long tak mampu nak produce lagi, wawawa...

Anak sedara aku ni ringan dan halus macam bihun, he3x...tapi la ni dah ok siket sebab dia suka makan. "Nak nashik, nak nashik...", "Nak shusu, nak shusu..." Tang mana dia blaja ngan slag Dato Sheila Majid ni pon aku tak sure. Cik Pya ni suka ngajuk orang dewasa cakap. Macam ari tu, kalo dia nak terjatuh ker, barang yang dia pegang nak jatuh ker, siket2 dia cakap, "Allah! Allah!" Hik3x...comey jer...Kalo taim orang sibuk nak hidang makan, dia pon sibuk nak tolong, so tugas dia adalah angkat gelas, sebutir demi sebutir, he3x...juruh la mek nih....

Hmmm...3 beranak ni lahir bulan yang sama, bulan Julai. Cik Pya n papanya berkongsi tarikh lahir yang sama. Mamanya (iaitu adik aku, Angah) nyer besday, 21 Julai. Termasuk aku, Mama Longnya, kitaorang celebrate besday bulan yang sama, Julai. Plan nak makan2 this weekend ni, tapi tak tau nak gi mana or nak makan apa...

Dari umur 1 hari lagi, dah di ajar bergambar depan kamera, bley? Budak2 zaman sekarang...Dulu, Cik Pya ni nampak muka aku jer dia nanges, lama jugak la...dari umur dia baper bulan ntah, tapi 2,3 menjak ni dah ok. Maybe dia 'sentap' ngan aku kot sebab aku jarang jengok dia walaupun Keramat ngan Greenwood tu, tak lah jauh mana. Maybe dia dah cam aku, bila tengok profile pic aku dalam Facebook. dia sebut, "Balong! Balong!" Ces! Apa dia ingat aku ni ayam jantan? Wawawa...Besar nanti jadi Doktor Pya tau!

Nota Kaki: Minggu ini mood untuk bercakap mengenai anak2 kecil...kisah anak kawanku yang berusia 4 tahun yang di pulas telinga n di PANGGG oleh parentsnya, huh, mencabar sungguh menjadi ibubapa. Sambil update blog ni, chatting ngan kawan skolah pasal proses mendidik anak2 jugak, sharing thoughts!