Salam...
Walaupun ari ni aku actually dalam keadaan mentally exhausted, aku gagahkan jugak untuk menyudahkan catatan hari ketiga di Pulau Tioman. Last day, takde apa aktiviti, acara bebas. Actually, kalau ada masa, aku ingat nak round island, bayar dalam RM 100, ada 5 tempat kita gi, dari pagi smpai petang. Cuma, takut rushing kan, so next time jer la, kalo datang lagi ke sini. So aktiviti utama sepanjang hari, adalah bergambar tak abis2, terutamanya 2 beradik yang kat atas tu, yang sangat gila glamer. Tapi pic ni cantik kan, stylo habis. Mengikut photographer, sepanjang kat Tioman, gambo2 yang di tangkap berjumlah 1549 shot, banyak giler, kalah gambo orang kawen, ngeh3x...
Lunch hari terakhir dah tak di include dalam pakej, so pakat ramai2 makan kat Salang Indah Restaurant. Bila order, takde la sedap sangat actually. Aku juz makan nasi paprik seafood. Tu saja wat2 posing tengah pilih nak makan apa, padahal, aku dah order dah.
Aktiviti lepas lunch, tengah2 panas, sambung amik gambar. Aku cuba mengelak untuk di tackle oleh Reza, owh, tidak!
Antara gambar faveret aku, walaupun menonjolkan kegemukan ku kala ini. Natural...perasan tak gambo ni ala2 Lady Diana di snap oleh paparazzi? Takpon kowang belek jer dalam majalah hiburan, part2 artis Hollywood tengah bersiar2 ngan anak2 ker, kuar shopping ker, mesti ala2 shot camni kan? kan? kan? Cuba kalo time tu, aku tengah dukung bedak, mesti ala2 Angelina Jolie, gitew!
Gambo cover album pemenang Gang Starz musim ketiga!Blom sain kontrak ngan mana2 syarikat rakaman lagi coz tengah wat pilihan. Takde masa nak fikir sebab sibuk jadi duta produk.
Wooo!!! 18SX! But this picture purposely snap untuk Che Pi ku! Ha3x...ko memang suka kan? Cuba kalau minah saleh tu Scarlett Johansson, laju jer ko nak gi baring sebelah dia, kan?kan?kan? Rileks yang lenlain tu, ni buka laman web porno, tapi anggap jer lah satu seni, ok? Ahaks!
Ni namanya biawak, banyak la kat sana, especially kat area Khalid Place tu, dengar citer sampai masuk bilik la is merangkak. So kowang better careful. Ikut citer Kak Ros, kalo orang Thailand, derang berebut2 nak tangkap biawak ni, makanan eksotik kan derang cukup suka...
Actually, hari terakhir ni, kitaorang kena check out dari chalet kol 12 tengahari. Tapi lepas di kautim, only few chalets jer yang check out dulu, then tumpang sesama kitaorang. Ye lah, feri nyer schedule pukul 6.30 petang, berdarah pusat gak, kalo check out awal2 kan. Dah siap2 mandi dalam pukul 4.30 petang tu, bebudak ni ada yang kemas beg, main UNO, si Wan sempat gi mandi laut lagi, amik gambo lagi. Aku? Sambung baca buku Aisyah: Keanggunan Sejati, wanita yang paling di cintai Rasullulah s.a.w., anak kepada Khalifah yang pertama, Abu Bakar As Siddiq. Walaupun aku tak abis baca lagi, tapi rasanya aku sukalah nama Aisyah tu.
Finalis America's Next Top Model. Ak en na, sama plak baju aku ngan si Ida Baracuda. Camno boleh sama pulak nih...
Bergambo reramai kat jeti sebelum feri sampai. Tak sangka, kejap jer dah nak balik. Mungkin lepas ni, kalau stress ker,rasa nak rehatkan diri, aku rasa aku nak jelajah lagi pulau2 yang ada, (lagi syok kalo aku dapat boipren yang suka jenjalan macam aku gak, boleh berkongsi minat yang sama, ok what?)
Alamak! Sowy lah, I dah dapat boipren yang sama minat dengan I lah.Tu lah, "Jangan bilang tidak, bila kita belum mencuba, siapa yang tahu akan sama, hatimu dan juga hatiku, banyak yang bercinta, bertahun-tahun putus juga, ku harapkan dengan dirimu..." Dah2x, jangan terpedaya ek. Si Reza ni memang camni. Before posing, dia sempat kata, eh, takkan straight jer, ngan Manja kena posing manja siket, ceh! Yang tangkap tu, adik aku, jangan gambo ni terlepas kat nenek aku udah la. Owh ya, Reza soh update status gambo ni macam ni, " Last day kat Tioman, mamat ni cuba nak tackle aku", ces! ko memang saja nak wat aku rasa terhena kan!
Ops! Happy Couple! Ha3x...Makan ati la awek2 kat Shah Alam lepas ni. "Mirza nafi ada hubungan dengan artis baru, R" - menjawab gosip terbaru dalam Mangga berdasarkan gambar2 kitaorang bercuti bersama yang tersebar meluas di internet sekarang, wawawa...Ala2 Rita Rudaini n Aidil zafuan, Norish Karman n Lokman, semua 'ayam muda', cam Reza gak arh, ha3x...
Uiks, ada lagi! Memang saja jer kan, ha3x...Mamat ni memang banyak cakap. On the way balik, dalam feri tu, ada la dalam 2 jam aku ngan Ida melayan dia berborak pasal kesah2 chenta dia, pergh memang hebat, ha3x...Tapi bengong2 dia, charming mamat ni, aku rasa adik beradik derang memang sumer charming la. Tapi aku paling teruja nak tengok adik dia yang no...alah lupa la, macam Anuar Zain!
Gambar reramai masa sunset. Feri kitaorang lewat sejam, aku rasa dekat nak 7.30 malam, baru ada. Ada la masalah ngan air pasang surut ni la gak. Bosan gak nak tunggu, ye lah, kol baper nak sampai KL, esoknya kerja pulak tu. Dalam dok tunggu, nampak gak la ikan todak berenang2 kat tepi jeti tu, rasa cam kat Singapura jer, he3x...
Tioman akhirnya kami tinggalkan...sampai kat Jeti Mersing dalam pukul 10 gak la. Muka orang lain sumer nampak ngantuk n keletihan, tapi aku, Reza n adik aku sempat lagi nyanyi macam2 lagu kat tepi jeti, tepi jalan sementara bebudak sumer gi toilet. Macam tak reti letey jer kan? Praktis untuk karaoke 30 Mei ni, wah! Ala2 celebrate besday si Reza. Then, berenti makan kat Mersing (nasib baek servisnya cepat), tung tang tung tang, dalam kol 12 tengah malam gak arrr gerak. Dalam keta aku dah ngantuk sesangat dah, tapi ku tahan jua, teman Kak Matul driving. Hampir 5 pagi aku baru sampai umah. Tido 2 jam, bangun balik, mandi, gi keje....
Nota Kaki: Aku telah di aniaya oleh bebudak ni sumer untuk menjadik 'Project Leader' untuk next year punye percutian beramai2. Next year sama ada gi Pulau Redang or Pulau Lang Tengah. Kalo dapat pakej yang gi dua2 pulau tu, syok siket. Kena carik pakej yang murah siket less than RM 300. Nak grand lagi, wat t-shirt, chewah! So saper2 yang berminat boleh la menghubungi aku mulai Februari 2010, ok? Hopefully, by that time, aku dah bole bawak boipren untuk di perkenalkan kat kengkawan aku, he3x...Ada 'boipren' untuk disewa?
No comments:
Post a Comment