
Hai! Tak mau citer banyak la, dah nak tido ni. 2 keping photo di bawah di cilok dalam fb adik aku, Angah. Dedicated untuk our mama sempena Mother's Day. Semalam, 19 Mei ulangtahun perkahwinan mama aku yang ke 32. Mama n arwah papa kawen on 19 Mei 1977, then setahun pas tu, dapek aku yang ada berdarah Iran ni, ngeh3x...Masa kawen tu mama aku umur 18 tahun, arwah papa 10 tahun tua dari dia, so 28 tahun. Hmmm...sebab tu mama aku soh aku carik suami yang tua at least 5 tahun dari aku (sowy, aku suka yang sebaya ek...). Parents aku bukan orang senang, gambo tu pon dalam bilik pengantin, bersanding kat sitew jer, takde pelamin segala. Masa tu arwah papa aku dah sediakan lengkap segala kelengkapan rumah (walaupun rumah sewa), so mama aku cuci kaki jer. Walaupun takde la mewah beria, peti ais pun size kecik, tapi lengkap ler sumer. Kenderaan rasmi keluarga cuma motor vespa kaler ijau (yang mana aku berdiri kat bahagian depan tu dan memakai gaun serta bertocang dua, hik3x...)So, berdasarkan rupa kedua2 orang tua saya, agaknya saya ni iras saper ek?

Nota Kaki: Sms ngan Shahril siang tadi, dia kata kalo aku berani cakap something ngan 'chenta hati' , respect dia kat aku memang tak habis, ngeh3x...siap dia soh member dia wat novel pasal aku, bengong! Tak kuasa la aku...Biar masa ajer yang tentukan, malas nak fikir...
No comments:
Post a Comment