Salam...
Saya sudah rasa lega hari ini bila dapat berkongsi apa yang terbuku di hati saya dengan Encik Shahril dan Cik Natrah ini hari. Sesungguhnya saya tidak salah orang bila bercerita dengan mereka kerana mereka memahami dan merasai apa yang yang sedang saya rasai dalam hati saya. Saya berusaha berjumpa dengan Encik Shahril di tempat kerjanya selepas selesai urusan kereta saya sekitar jam 12 tengahari. Dan selepas Zohor, saya berkongsi pula dengan Cik Natrah sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Dan terima kasih kerana memahami sensitiviti saya, dan paling penting meyakinkan saya bahawa saya tidak langsung rasa bersalah memiliki perasaan itu.
Oleh kerana kelegaan itu, saya dengan berselera telah menambah 2 pinggan nasi di rumah terbuka sahabatku Nisah kerana sambal tumis udang petai Mak Teh nya sangat lazat jiddan! Dan lagi berselera bila Nisah dan kawannya Ja cakap cenggini, "Amy!!! Kenapa ko dah kurus ek?" Dalam hati aku menjawab, "Saya mahu seksi seperti wanita Itali! Muahahahahaha..."
Kelegaan dan keterujaan ku semakin bertambah apabila Cik Taten menggelarkan aku Kak Kodok a.k.a KAK DARA!!!! Owh,saya sangat suka dengan panggilan itu! Apatah lagi hari saya telah memakai baju kurung yang sama seperti ketika saya menonton teater Uda dan Dara Julai lalu, yeah! Cik Taten, Kak Dara masih menunggu cinta Udanya, ok? Setiap hari Kak Dara berdoa untuk Uda yang Kak Dara sayangi dalam diam. Sayang yang tidak lahir dalam sekelip mata, wah! Jiwang la pulekkkk...Tapi tadi ada mamat mana ntah dapat no tepon akak, ala2 macam nak berkenalan, erghhh! Lebih tepat Nat kata, "Dia nak test mengorat ko tuh..." Dah la kat Shell tadi, aku kena kacau ngan Indian mana ntah. Bley mamat Indian tu tengah borak ngan kawan dia atas motor, boley berhenti borak dan kacau aku, haishhh! Ada iras Diya Mirza ker aku nih?
Oklah, mau layan scene sedih cinta tidak kesampaian Maria dan Sufi dalam filem 'Sepi'...layannnn!! (Aku kat umah Che Jah nih, he3x...)
Nota kaki: Takde yang lama, takde la yang baru...
Nama Kak Dara sangat sesuai dgn akak!
ReplyDeleteikhlas~
aku doakan ko akan bertemu uda ko yer.. janganlah risau, insya-Allah uda yang ko tunggu akan menjelma jugak nanti..
ReplyDeletehikhikhik..pastu aku teringat lak 'penjahat' iteww.. memang hot topic tadi..
oohh..if u need me to lend my ears, feel free to contact me ok.. kaunter cik sri siantan i memang sentiasa dibuka utk kawan2 k.. *hugss
salam. lama tak singgah. apa khabar raya di kampung, best ta?
ReplyDeleteCik Taten,
ReplyDeleteUwaaaaaa...ko boar btol ni, dik. Akak masak pun tak pandai, hu3x...
Cik Nat,
Hik3x...saya sayang "Uda" ku itu, wah! Citer 'penjahat' tu, kesian la plaks kan. Btw, thanks sebab sudi dengar cerita ku, appreciate it.
Yeop, ate lama tak singgah yer...Selamat Hari Raya!