Monday, September 21, 2009

Raya 09 Siri 3

Salam!

2 Syawal aku tak kemana-mana. Nak plak malam tu, sekitar jam 3.30 pagi, aku lelah lagi. Aku rasa dalam masa sejam tu, sampai 4.30 pagi, mau 6-8 kali kot aku sedut inhaler tu, memang kau tak leh tido. Wheezing kuat jugak la, sungguh tak selesa. Mama aku pon cakap, bila aku tido, memang wheezing, hmmm...tenat gak kan aku ni. Blom kowang dengar aku batuk lagi ni, macam orang tua uzur...

Walaupun tak kemana-mana dan tubuh memang rasa tak larat, tapi masih bersemangat nak sarung baju raya kedua aku ini! Oh ya, raya kedua, saya menerima 'kunjungan sementara' teman sekaraoke saya yang datang dari jauh iaitu Besut, Terengganu, tak lain dan tak bukan, Wan Sufian Wan Talib @ Che Pi, huhu3x...bersama adindanya, Wan Suhana yang sebaya ngan aku. Oh, ya gambar lelaki yang bersalaman dengan saya tu bukanlah Che Pi, itu ialah adik lelaki saya yer. Lupa plak nak amik gambar ngan 2 beradik tu sebab Che Pi sangat rushing taim tu. Actually, derang nak pi Rantau Panjang, so aku soh derang singgah beraya dulu umah aku. Ye lah, alang2 dah sampai Kota Bharu kan. Kalau tak, aku gi jer beraya kat umah dia kat Besut petang tu.

Kebetulan mama aku ada masak sikit nasi minyak ngan ayam masak merah, pajeri nenas, acar timun, derang sampai pon dah tengahari, so mama aku soh hidang jer kat derang. Tapi memandangkan Che Pi ku itew, 'berpantang' makan, so Suhana la wakil makan untuk dia. Sorry ar, Che Pi, next taim ko datang, maybe kitaorang leh prepare nasi dagang kegemaran ko, ek? Aku ingat Suhana tak banyak cakap, tapi rupanya ramah gak. Baik nyer layan borak ngan mama aku. Muahahaha...Che Pi, adik ko actually ada perangai iras ko, tu yang korang rapat rasanya. Sempoi macam ko jugak, korang nampak serasi. Next taim datang bawak Suhana lagi ek, he3x...Dan aku pasti, ko takkan datang dah umah aku taim raya sebab jalan kat KB memang jam giler!!! Dan aku tau, ko memang 'tenang' orangnya di jalan raya, he3x...

Ni lah kije aku lepas Che Pi beredar dari umah aku, bergambar dalam umah sendiri, hik3x...Lepas tu tengok tv, baca paper sampai tertido, zzzzzzz...Kalau cuti lama memang aku semangat nak beraya ke umah kawan2...terutama kawan2 UIA ku...

No comments:

Post a Comment