Thursday, September 24, 2009

Asthma Yang Kritikal...


Salam...

Hari ni, 25 September 2009 (Jumaat) bersamaan dengan 6 Syawal, aku mc lagi. Sekitar jam 4.15 pagi tadi, aku di serang asthma lagi. Huh, terganggu tidur aku dengan batuk yang tak lepas tu...Wheezing usah citer la. Kebetulan Kache tido umah aku, so dia la jadik mangsa hantar aku gi klinik. Malang sungguh Klinik Idzham 24 jam kat Setiawangsa tutup la pulak, cuti raya. Menggelabah jap aku nak carik klinik laen, mujur Klinik Famili Dr Wan Kamariah kat area sama bukak.

Sampai kat kaunter, huh, nurse tu tanya pon, aku tak leh nak bercakap, suara pon tak kuar. So dia faham la aku ni lelah. Then, doktor lelaki on duty tu check, macam biasa kasik nebulizer. Settle kalu, dia kasik plak 1 injection kat punggung aku, auw! Sambil tu dia membebel sebab kenapa lepas 1 week aku tak stabil, baru datang klinik. Aku pon citer la history aku, bla...bla...bla...bla..bla...Dia tanya camner bley jadik cenggini, nak ajer aku cakap, "Doktor tau tak, tubuh saya ni dah lama tak rehat, kerja, kerja, kerja, stress, stress, sejak dari bulan puasa lagi, bla...bla...bla...bla..." Tapi aku tak cakap la, aku kata ntah tak tau.

Terus dia membebel,"Next taim kalau amik inhaler pon tak jalan, datang klinik amik nebulizer. Awak jangan main2 dengan asthma ni, kes emergency, very dangerous. Awak mesti tak sedar bila saya check masa mula2 awak sampai tadi, awak sebenarnya dah takde nyawa? Faham tak maksud takde nyawa tu apa?" Wah, scary nyer doktor ni...sambil memegang jarum suntikan halus untuk mencucuk punggung aku, waaaaaaaaa...."Kalau awak tak ok jugak lagi ni, silap2 boleh masuk ICU ni, jangan main2". Ceh, masa aku teruk gak bulan April tu, abis tinggi refer pi Emergency HKL jer, tu pon amik nebulizer gak kat Asthma Bay, pastu balik, takde mende pon, so camner aku nak treat yang aku punye sakit ni betul2 dangerous sebab layanan tu seems like mende tu macam bley di kawal kan? Salah aku gak ker?

Lepas injection, doktor check lagi, dia kata still tak ok, macam tak clear habis. So dia soh tunggu jap kat luar untuk kasik 2nd nebulizer. Lepas Subuh, aku amik lagi, 6.15 pagi baru aku balik umah...trus pensan sampai tengahari ni...Ni batuk masih lagi bersisa...macam orang tua...
Patutnya weekend ni turun Ipoh, beraya dengan kawan2 skolah rendah, tapi mujur dah postponed semalam, kesian derang dah wat meeting nak discuss macam2. Sorry kowang...aku memang tak sihat...Hmm...kije opis banyak lagi tak settle ni...

2 comments: