Saturday, September 5, 2009

Raudah.

Salam...

Ehmmm...bangun jer pagi tadi, aku terus online. Ni la aktiviti aku kat umah kalau tak kuar ke mana2. Kira bagus jugak sebab mengelakkan aku dari melepak kat mana2, chewah! Padahal malam tadi, baru jer lepak ngan Che Pi kat....tet...muahahaha...Very the Ahmad Jais & Rafeah Buang, takpon Kartina Dahari. Lepas online, sempat aku menyapu rumah jap, mandi, basuh kain n solat Zohor sebelum janji nak kuar ngan budak2 ni ke Rumah Penyayang Raudah. Ari tu aku dah citer kan pasal Raudah ni? Lokasinya kat Batu 12, Gombak. Kitaorang berlima;aku, Mahera, Che Pi @ nama dia kat Raudah, Ayah Pi, Shahril n Angkasiwan. Kitaorang ke sana sebab nak hantar barang2 derma n sikit kutipan wang sesama kitaorang untuk penghuni2 kat sana. Huhu3x...berbuat baik di bulan Ramadhan Al-Mubarak, aku kira bole jugak menyucikan hati aku dari hasad dengki n busuk hati kat orang bila involve ngan mende2 cenggini.

Ini lah kawasan Rumah Raudah, milik persendirian actually. Kalau tak silap, pengasas nyer pelakon terkenal tahun 80-an, Mokhtarudin. Alah, yang berlakon dalam filem Raja Laut, Langit Tidak Selalu Cerah, Ribut Barat, etc. Penjaga kat sini nama Umi (sudah mesra dengan Ayah Pi, ngeh3x...). Masa kitaorang sampai tu, memang pengunjung tak putus2 datang; kasik sumbangan macam2, ada juadah berbuka, pakaian, barang2 dapur macam beras, bihun, etc. Murah rezeki penghuni kat situ. Masa geng2 lelaki ni gi jumpa Umi, aku ngan Mahera tunggu kat atas, tetiba aku terusha satu couple baru masuk ke kawasan tu jugak. Eh, muka yang pompuan tu macam aku pernah tengok jer. Macam budak UIA batch aku, rasa nama dia macam Ain. Dia pon tetiba macam terpandang aku dan kitaorang serentak berkata, "Eh, budak UIA kan?" Huh, tak sangka bley jumpa balik kawan lama kat sini. Jenuh kitaorang nak ingat camner kitaorang leh kenal, rupanya sama-sama jadik Taaruf Committe-Sports and Recreation tahun 1997. Lama gila kitaorang tak jumpa, ada la 7,8 tahun kot. Dia datang ngan husband to be, hantar buah kurma. Not bad husband to be dia, tinggi, he3x...Sempat aku tanya, kowang kenal kat ner? Dia kata, kawan satu tempat kerja...Owh, perlukah lepas ni aku apply kerja ngan UIA, ha3x...

Nota Kaki: Saya memang pernah suka mamat UIA dan UTM, ngeh3x...

2 comments:

  1. Sedih aku tgk bebudak kat situ... aku tau ada di kalangan diaorg ni yg ada family, tapi bagi yg takde tu, mesti terasa time raya nanti. No amount of donation could ease that feeling.

    Tapi tu lah, kita yg lebih bernasib baik ni, kene kongsi ape yg patut. Supaya nanti, kalau kita tgh lepas gian kat red box, at least tak terasa bersalah sangat sebab dah tunaikan kewajipan untuk yg lebih memerlukan. Kita kene ingat, rezeki yg kita dapat tiap2 bulan tu, bukan 100% milik kita. Selain untuk family kita, kita juga kene bagi skit kepada org yg kurang bernasib baik. Duk nyanyi2 kat red box, dalam masa yg sama, jalankan jugak tanggungjawab.
    Bak kata Ryan Seacrest "Idols give Back".

    ReplyDelete
  2. Nak jugak selit2 pasal Red Box itew!!!

    ReplyDelete