Salam...
Hari ni dah genap 12 hari ek kita posa? Aku tak tau nak merepek apa lagi kat sini. Apa kata kita jengok gambar2 aku yang 'beragama' siket masa aku menjejakkan kaki ke Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, kat Pulau Wan Man, Terengganu. Nak masuk sini, harga tiket RM 20, tapi kalo tunjuk MyKad, dapat diskaun 50%, so tinggal la 10 hengget. Dapat gak meal voucher worth RM 3.00, so kalau dah penat jenjalan, bley ar singgah membasahkan tekak kat cafe. Dah beli tiket, kita dapat buku pasport. Kat Taman Monumen ni menawarkan 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated (aku quote statement dalam buku pasport, ngeh3x...)
Hari ni dah genap 12 hari ek kita posa? Aku tak tau nak merepek apa lagi kat sini. Apa kata kita jengok gambar2 aku yang 'beragama' siket masa aku menjejakkan kaki ke Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, kat Pulau Wan Man, Terengganu. Nak masuk sini, harga tiket RM 20, tapi kalo tunjuk MyKad, dapat diskaun 50%, so tinggal la 10 hengget. Dapat gak meal voucher worth RM 3.00, so kalau dah penat jenjalan, bley ar singgah membasahkan tekak kat cafe. Dah beli tiket, kita dapat buku pasport. Kat Taman Monumen ni menawarkan 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated (aku quote statement dalam buku pasport, ngeh3x...)
Kalau tak pernah tengok masjid ni, memang tak lama jer lagi tu, lagi 2 Jumaat, abis la kowang...Ni namanya Masjid Negara, Kuala Lumpur. Dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan pada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ciri-ciri menarik pada masjid ni ialah pada bumbung utamanya yang merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung yang tertutup. Payung tu merujuk kepada simbolik perlindungan dan kebebasan. Masjid ni dia nggarkan dapat menampung lebih kurang 15, 000 jemaah.
Ni namanya Kudus Minar, terletak kat Jawa Tengah, Indonesia. Di bina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus, seorang guru terkenal atau nama lainnya Ja'far Shodiq. Kalau kowang tengok menara kat belakang kitaorang tu, sangat terserlah rekabentuk masjid ni yang bercirikan campuran Hindu dan Jawa, iaitu menaranya yang berbentuk seperti chandi yang biasanya di temui di kawasan kuil Hindu. Menara ni di buat dari batu-batu gunung berapi. Lagi satu, kat bahagian pintu masuk tu yang ala2 pintu gerbang tu, memang jelas menunjukkan ciri2 pengaruh Hindu sebab kalau kat Bali, memang semua designnya cenggitu. Kalau tak silap aku, tu bedasarkan cerita dewa mana ntah yang melepaskan anak panahnya lalu menyebabkan gunung terbelah dua, power siottt!
Dari Indonesia, kita singgah jap ke negara jiran kita yang dekat jugak, Thailand. Pattani Central Mosque dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit (jangan tanya aku dia ni saper, ek...) dan mengambil masa 9 tahun untuk di siapkan. Masjid ni terletak di Wilayah Muang, Pattani. Masjid ni merupakan masjid yang terbesar dan tercantik di Thailand dan merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk akitiviti or acara keagamaan.
Haaa...masjid ni aku dah pernah sampai dan sempat menunaikan solat Zohor kat sini sekitar tahun 1999, takpun 2000. Ni Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Masjid ni di bina pada tahun 1958 dan di namakan sempena nama Sultan Brunei yang ke 28. Ia di reka oleh seorang arkitek Itali dan di bina dari bahan2 binaan terbaik di dunia seperti marmar dari Itali, granit dari China, dan lampu hiasan serta cermin corak dari England. Kubah utamanya di percayai di perbuat dari emas tulen dan merupakan binaan yang tertinggi di Brunei. Kalau tak silap aku, kat sana memang ada rules takleh bina bangunan yang lagi tinggi dari binaan masjid.
Antara tempat yang aku teringin untuk menjejakkan kaki, Taj Mahal, Agra, India. Taj Mahal ni merupakan istana dan makam yang di bina bagi mengenang kisah cinta di antara Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal. Ia mula pada tahun 1631 Masihi dan mengambil masa 22 tahun untuk di siapkan.
Cantik kan? Cantik sangat2x dan aku memang tak berkelip2 memandang ke arah kubah ni. Berada kat sini seolah2 di bawa ke tempat asalnya, nun jauh di Baitul Muqaddis, Palestin. Ni adalah Kubah As-Sakhrah atau Dome of the Rock. Di bina pada tahun 692 Masihi di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah yang kalau tak silap aku menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum mikraj ke langit.
Senibina unik, Great Mosque of Samarra, Iraq. Masjid ni di bina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke 9. Kalau tak silap, Samarra ni terletak kat Sungai Tigris (ni macam tempat mulanya tamadun awal dunia kan, Tamadun Mesopotamia). Salah satu keunikan masjid ini ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ni.
Masjid Badsahi, Lahore, Pakistan. Masjid ni di bina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 Masihi, semasa kegemilangan Kerajaan Mongol. Kalau mengikut sejarah, masjid ni merupakan yang terbesar pada zaman tersebut dan boleh memuatkan sehingga 65, 000 jemaah. Ciri-ciri utama yang membentuk masjid adalah pintu masuk yang di bina mengikut cara Mongol.
Jangan fokuskan pandangan kowang pada gaya bakal Biduanita Negara itew, ek? Ni Masjid Sheikh Lutfallah, Isfahan, Iran. Nama masjid ni di ambil sempena nama seorang tokoh agama terkenal pada zaman tu, Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili. Di bina pada abad ke 17 semasa pemerintahan Dinasti Safavid. Merupakan satu contoh senibina Islam terbaik dan dahulunya di gunakan sebagai masjid diraja. Keistimewaan masjid ni adalah penggunaan jubin baru yang memenuhi kawasan pintu masuk ke masjid, tu yang menyebabkan masjid ni menjadi contoh terbaik senibina Islam.
Alhamdulillah, aku dah pernah sampai ke tempat yang paling suci bagi semua umat Islam pada tahun 2005 lalu. Masjid yang menempatkan kiblat untuk umat Islam di seluruh dunia, iaitu Kaabah di Masjidil Haram, Mekah Al-Mukarramah. Mengikut sejarah, bangunan asal masjid ni di bina menggunakan batu biru yang terdapat di bukit-bukit di sekeliling Lembah Hijjaz. Percayalah cakap aku, sekali kowang sampai sini, memang ada rasa nak datang lagi, betul...tak tipu...Bukan semua orang ada peluang untuk di jemput jadi Tetamu Allah kat sini.
Aleppo Citadel merupakan sebuah kota yang di bina di atas sebuah bukit di Syria. Di anggarkan di bina pada abad ke 10 sebelum Masihi. Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada zaman tersebut yang berjaya membina sebuah kota yang kukuh dan indah di atas sebuah bukit.
Kita terbang jap ke latar tempat filem Ayat Ayat Cinta di Mesir, untuk meninjau masjid yang ada kat sana, ok? Ni Masjid Mohamed Ali yang terletak di Wilayah Al-Qalaa, Kaherah. Juga di kenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ni di dalam pembinaannya. Ia di rekabentuk oleh arkitek Greek bernama Yussuf Bushnaq. Ia mula di bina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi. Rekabentuk masjid ni banyak di pengaruhi ciri-ciri yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki. Nama masjid ni berdasarkan nama pemerintah Mesir yang memerintah selama 45 tahun yang di anggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.
Ni pon aku dah pernah sampai di tahun 2005. Masjidil Nabawi kat Madinah Al-Munawwarah. Serius cantik masjid ni...Selain Masjidil Haram, Mekah, ni adalah satu lagi kawasan yang paling suci bagi umat Islam. Masjid ni di bina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW yang pertama selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Kat masjid ni juga di tempatkan Makam Rasulullah yang mana indicatornya adalah kubah berwarna hijau tu. Ada satu kawasan dalam masjid ni yang di panggil Raudhah, bermaksud Taman Syurga.
Kalau tengok rekabentuk masjid ni, macam bley agak kat negara mana kan? Still based on design Masjid Biru, tapi nama nya Masjid Suleyman, Turki. Masjid ni di bina pada tahun 1557 Masihi di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia di rekabentuk oleh arkitek yang sama iaitu Sinan, arkitek agung pada pemerintahan Khalifah Othmaniah. Masjid ni di percayai menempatkan sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Great Mosque of Qairawan, Tunisia. Masjid ini dibina oleh Uqba ibn Nafi pada tahun 670 Masihi. Ia merupakan pusat Islam tertua di Tunisia. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri-ciri persaudaraan dan keikhlasan. Di dalam masjid yang sebegini besar semua aktiviti dan permasalahan dapat diselesaikan termasuk pemerintahan, pembelajaran dan ketenteraan. Masjid ni di percayai telah di bina semula sebanyak 3 kali sehingga ke hari ini.
The Palace of Al Hambra (Red Castle) atau Istana Merah merupakan istana purba dan kompleks kubu yang di bina di antara tahun 1238 - 1354 Masihi di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, Raja Nasrid pertama. Istana ni terletak di Granada, Sepanyol. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam di Sepanyol. Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambra terkenal sehingga hari ini. Terdapat empat pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewan besar di dalam keseluruhan kota. Dinding-dinding dalaman dipenuhi ‘stucco calligraphy’ kalimah-kalimah memuji Illahi. Terdapat juga taman-taman indah yang dihiasi ciri-ciri alam semulajadi seperti pokok, air dan haiwan.
Kalyan Minaret, Uzbekistan ini dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127 Masihi. Ia dibina dua kali kerana menara pertama telah runtuh akibat kerja-kerja tapak yang tidak sempurna. Menara yang di perbuat dari bata ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan dan rekaan senibina yang sempurna dan terbaik pada zaman tersebut. Menara ini telah digunakan sebagai rumah api dan menara peninjau untuk mengelakkan serangan musuh.
Great Mosque of Agadez ini terletak di daerah Air Massif di tengah-tengah negara Niger. Ia dibina dalam kurun ke-16 semasa zaman Agadez. Dari segi bahan binaan masjid ini agak unik kerana diperbuat dari kayu dan lumpur, sebagaimana bangunan tradisional di Benua Afrika. Bahan binaan ini masih kekal sehingga kini. Kalau bukan kerana kebijaksanaan masyarakat lampau yang telah memikirkan cara bagaimana ia perlu diselenggara, masjid ini mungkin telah runtuh atau tidak boleh digunakan lagi. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu yang dipasang di keliling menara membolehkan ianya diselenggara apabila perlu. Cara itu masih digunakan sehingga kini.
Masjid Kul Sharif, Kazan yang terletak di Rusia. Masjid ni pernah di biarkan musnah dan pembinaan semula masjid ini di jalankan pada tahun 1996 setelah kejatuhan Soviet Union. Masjid ini dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigih mempertahankan diri dari serangan Ivan ‘The Terrible’. Walaupun telah berusaha mempertahankan diri mereka, Guru Kul Sharif dan kesemua anak muridnya telah dibunuh oleh Ivan ‘The Terrible’.
Masjid Xian, di negara China. Didirikan pada tahun 1932 Masihi oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ni kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.
Oh ya, ada lagi satu monumen, Abu Nasr Parsa, Afghanistan tapi takde gambonya, maybe terlepas kot. Berjam2 jugak tau nak habiskan memusing satu taman ni, phewwww...Oklah, aku nak tido dah ni, dah pukul 12.30 tengah malam, esok kije. Enjoy reading! Cau cin cau!
Nota Kaki: Saya suka negeri Terengganu Darul Iman...Negeri Cantik, Budaya Menarik.
Oh ya, ada lagi satu monumen, Abu Nasr Parsa, Afghanistan tapi takde gambonya, maybe terlepas kot. Berjam2 jugak tau nak habiskan memusing satu taman ni, phewwww...Oklah, aku nak tido dah ni, dah pukul 12.30 tengah malam, esok kije. Enjoy reading! Cau cin cau!
Nota Kaki: Saya suka negeri Terengganu Darul Iman...Negeri Cantik, Budaya Menarik.
No comments:
Post a Comment