Salam...
Hai! Citer agak2 basi, malas nak upload gambo raya lagi so aku letak gambo 28 Ramadhan dulu ek? Hmm...malam tu lepas layan Nur Kasih kat TV3, aku ajak adik2 aku kuar gi Wakaf Che Yeh, nak carik tudung raya. Selama dah baper tahun dok Kota Bharu, ni baru 1st taim aku gi Wakaf Che Yeh taim dekat nak2 raya. Sebelum ni aku tak sanggup nak gi sebab jalan sangat jam gilo! Huh, aku memang kurang sabar ngan jam! Tak caya? Ni adalah kereta yang tengah long que nak ke sana dari simpang kuar umah aku, punyelah susah nak lepas. Patutnya bley sampai kurang dari 10 minit, tapi bila jam bley jadik hampir 40 minit baru leh sampai, bley?

Kowang tengok la betapa sesaknya orang nak membeli-belah kat sini, nak jalan pun payah, berlaga punggung segala, huh!! Aku sendiri terasa macam ala2 Nurul Syuhada Nurul Ain yang tengah wat liputan pasal tempat ni untuk siaran Majalah 3, kelasss!!! Pok Yie biasalah sibuk ngan DSLR dia, orang dok ingat dia reporter Astro Awani, over tau! Ni aku singgah belek2 kerongsang tudung sebab aku jarang sangat beli aksesori pompuan ni...
Pening la nak pilih tudung pon, ihhhhh...Ingat tahun ni nak carik tudung ala2 selendang plus tudung Siti, hik3x...tapi aku tak sure muka aku sesuai ker tak, redah jer...janji tutup rambut cantikku yang ikal ni, wawawawa...Dan hasilnya, berjaya gak beli 2 pasang tudung selendang, tak mahal mana pon, tapi aku lupa harga nya baper...
Ni adalah design baru sampul duit raya tahun ni yang boleh di dapati dengan banyaknya kat Wakaf Che Yeh. Kalau duit betul yang orang letak sepah2 best gok dok? Lepas 2 jam kat sini, dalam pukul 1 pagi, kitaorang pon balik umah, tapi manusia still berpusu2 kat sini, huh, memang happening!
Esoknya, sehari sebelum raya, sempat singgah kat Pasar Besar Siti Khadijah, carik tudung mak aku plaks. Jalan kat KB tak jam, lancar tapi ramai lagi still berniaga kat atas pasar. Adik ni ramah sebab tu aku berenti carik tudung kat kedai dia, bukan atas alasan 'ayam muda' yer...Aku sendiri pon tersangkut beli sehelai tudung Ekin harga RM 15, hik3x...
Bergambar bersama kulat sisir! Kowang pernah makan tak? Masak lemak cili padi, takpon goreng biasa dengan telur pon dah sedap makan camtu jer ngan nasik. Kalau goreng ngan telur tu, aku ngan adik beradik aku memang berebut2 nak amik, kejap jer abis...Kejap2 bukak tudung saji, ratah, wah, best! 4 pot dapat la RM 10 makcik tu jual.
Tengah beli ikan kering faveret kitaorang, ikan pari, sedap woooooo!!! Aku blaja makan ni ngan ex-housemate aku, Wywy yang asal Pasir Mas (alah, yang ari tu aku update baru bersalin kat Sheffield tu...) Sekilo kalau tak silap dalam RM 14, memang little bit expensive sikit la, tapi tak kisah, best! Hik3x...aku kan orang kampung di Pantai Timur, suka jer makan ikan kering segala ni...Bab makan aku memang tak cerewet, nasi dengan ikan masin pon dah ok, senang bela!
Ni building baru depan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Trade Centre. Parking dia memang scary giler. Curam 45 darjah, sama ada naik ataupun turun, menggigil kepala lutut! Menempatkan Giant Supermarket dan Parkson. Ramai gak orang tapi building nya agak2 sempit, tak selesa nak berjalan...
Sempat gak singgah KB Mall, he3x...Rewang kejap jer, bukan nak main bowling pon. Aku suka kasut ni, kat Vincci, ingat nak beli tapi bila fikir balik, hmmm...tak payah la, ari tu pon baru beli kasut tinggi, takkan nak beli lagi. Aku memang suka tengok kasut yang design ala2 Gladiator ni, nampak ganas, wow! Kalau aku tak pakai tudung, dah lama kot aku sapu kasut cenggini pakai ngan mini dress takde lengan, huh, pastu wat show ala2 Pussycat Dolls, waaaaaaaaa....Takper, aku macam dah usha 3 pasang kasut kat Vincci ni, mungkin akan ku lunaskan impian ku bila kembali ke KL nanti, yeay!
On the way balik, sempat singgah kedai tudung kat Wakaf Che Yeh, opsss...terbabas beli 4 helai tudung Ekin selendang, bukan salah aku....
Nota Kaki: Saya perlu memberi penekanan kepada produk face lifting selepas ini, hmmm...Bio Essence...

No comments:
Post a Comment