Monday, September 21, 2009

Raya 09 Siri 2

Salam...

Hai! Aku baru sejam sampai KL, jam 9 malam tadi. Walaupun tubuh agak2 tak larat sebab lelahku masih bersisa dan batuk2 (tapi aku pelik camner dalam keta tadi aku bley duet lagu Ceritera Cinta ngan adik aku, sungguh musykil...), ku gagahkan gak mengupdate blog ku sebab malam masih muda, hu3x...padahal esok kerja nih! Ok, raya aku tak sehappening orang lain, biasa2 saja. Tiap2 tahun rutin yang sama, tidak bertukar so far, sejak arwah papa aku takde. Yang kat atas ni, jalan masuk ke kampung sebelah arwah papa aku, Kampung Raja, Machang, Kelantan. Tak sefamous dan sebesar Kg. Raja kat Besut arrr. Tapi aku pelik kenapa nama aku takde Raja, Wan, Nik ataupun yang sewaktu dengannya, hu3x...perasan!


Yang semak samun tumbuh melata ni adalah pintu pagar depan rumah arwah nenek aku. Lepas dia meninggal 8 tahun lepas, rumah ni dah takde saper tinggal. Punyelah aku terkejut tengok keaadaan yang sungguh semak ini. Macam sayang tak terjaga sebab halaman rumah ni actually sangat luas dengan di kelilingi berbelas pokok manggis, pokok rambutan, rambai, mangga,jambu, etc. Ada jugak rumah simpan padi, siap ada mesin getah lagi kat tepi tu, best! Kat belakang umah arwah nenek aku ni, ada kebun getah, sebelah umah ada batas nenek aku buat tanam sayur, belakang kebun getah, ada sawah padi, very the kampung! Zaman aku kecik2 dulu, proper nyer bilik air takde, mandi berkemban kat telaga, perghhhh!!! Syahdu giler kesejukan air telaga itew! Kalau orang dewasa nak buang air besar, gi tepi paya or parit, kitaorang yang budak2 ni, cangkul tanah keliling rumah wat 'jamban' sendiri, dah selesai 'hajat', kambus balik, wawawawa...Zaman kanak-kanakku! Tapi bila kitaorang dah besor siket, dah ada bilik air dan tandas yang proper siket, ada kolah segala.


Yeay, tercapai hajat tahun ni nak beraya pakai tudung Siti, hu3x...Rasa cam sembab jer muka aku, tu yang kena carik face lifting creme nak kasik susut muka nih, kan, kan, kan...Ni antara gambo faveretku untuk raya tahun ni. Masa ni kat kubur arwah papa aku. Aku uzur syar'ie, so tak baca Yassin, aku dok tengok2 adik bongsu aku, Muzi baca. Chewah, rasa cam ustazah ajor ngaji plak, bley?

Arwah papa aku dah pernah pesan, kalau dia dah takde, kubur dia jangan letak batu nisan, marmar segala. Dia cuma request di tandakan dengan batu sungai jer. So yang aku sibuk mencangkul tu, nak ganti batu yang sebelum ni ngan batu sungai yang adik aku, Le kutip tepi Sungai Kelantan kalo tak silap. Oh ya, yang bertudung merah itu adalah mama saya, Puan Azizah yer yang sedang menyelia pergerakan saya untuk di nilai prestasinya, huh!

Siram air di pusara arwah papa saya, Allahyarham Haji Muhamad Nor bin Che Ibrahim, yang meninggal dunia pada 17 Januari 2003 ketika berusia 54 tahun kerana kanser usus. Masa nak di kebumikan tu, aku ikut sampai ke kubur, tengok dengan mata aku sendiri sampai semua urusan selesai, so semua tu kekal lagi dalam kepala aku. Masa aku dok terkebil-kebil tengok derang uruskan pengebumian, aku ingat lagi, best friend arwah, Pak Cik Mat Zain (bukan ayah Anuar Zain yer...) cakap kat mama aku sambil tengok aku, "Kesian kat dia..." Aku pon tak sure kenapa ramai yang kesian kat aku, termasuk kawan2 pompuan UIA aku.

Ni kebun getah kat jalan keluar dari kawasan tanah perkuburan tu. Dulu kat tepi umah arwah nenek aku ada mesin getah. So aku selalu tengok Mak Long aku wat kerja-kerja memproses getah tu. Paling aku suka taim nak gelek getah tu guna mesin getah jadik getah keping. Harusla budak2 bila tengok mesin yang bley pusing2 ni, taim tu jugak la nak sibuk2 mesin getah sekali kan? Aku pon pernah ada tragedi ngan susu getah ni...Masa aku sibuk2 nak ikut Mak Long aku kutip susu getah dari mangkuk yang kaler itam tu kan, (dah la nak ngekor orang tua tu, aku pakai baju kurung raya, huh, bley...), aku nak amik mangkuk tu, tinggi la pulak (tak sedar diri aku ni pendek...), terjengket2 aku nak amik, pastu....dushhhhhhhh...abis susu getah dalam mangkuk tu tumpah atas baju kurung aku, waaaaaaaaaaaaaa....Tu la, degil! Mujur tak tumpah atas rambut aku, kalau tak konfem tahun tu fesyen rambut botak sebab kena cukur lekat susu getah, auw! Baju kurung tu memang takleh pakai lagi dah pastu sebab susu getah itu sudah melekat2 di baju dan tak mampu di tanggal lagi...Ko rasa Sinead O Conner pon pernah kena susu getah ker kat rambut dia, masa dia tengah famous lagu Nothing Compares To You dulu?

Pemandangan kawasan bendang kat kampung aku, takdela happening sangat cam kat Negeri Jelapang Padi kan. Tapi aku rasa kalau lalu kat area dalam kampung kat Kelantan, pemandangan lebih kurang sama jer aku rasa...Seumur hidup aku, sekali pon aku tak pernah jejak kaki masuk bendang sebab aku sangat takut ya amat dengan binatang bernama lintah, scary giler!

Lepas arwah nenek aku meninggal, kitaorang selalu berkumpul kat umah Pok Nik aku. Umah dia dekat jer ngan umah arwah nenek aku gak, sekampung. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu jalan kaki jer datang umah Pok Nik sebab anak sulung dia tua 2 tahun dari aku, ngan Kak Suni ni la kau main. Adik beradik arwah papa aku tak ramai, dalam 4 orang jer. Semua pon dok kat Kelantan, so sehari jer dah bley settle. Adik-beradik mama aku jer yang dok jauh macam kat Pahang, aku sendiri pon dah lama tak jumpa derang, sepupu sepapat belah sana pon aku tak kenal, hu3x...Cuma mak pada mama aku iaitu the one and only nenek yang aku ada sekarang ni jer yang ada kat Kelantan, tu pon stay kat Pondok Hidayah, Machang.

Ni lagi satu gambar faveretku, masa tengah kopek kulit buah salak. Pergh, aku suka btol ngan buah salak ni. Nak plak salak yang kat tepi umah Pok Nik ni sedap btol rasanya, mmmmm....Actually, dalam gambo tu aku tengah compete ngan sepupu aku, Mohd Faiz yang umur 24 tahun, saper yang cepat kopek buah salak tu sebab derang gelak2 kan aku tak reti kopek kulit tu, ceh! Finally, aku gak yang menang, hoorey!

Ni jalan nak masuk kampung 'woghih' mama aku, nak gi amik nenek aku, Tok Esah. Bagus gak taim ni sebab selama ni aku pon tak tau yang aku ada tok sedara pompuan yang umur 75 tahun, adik kepada arwah datuk aku (bapak mama aku, arwah Tok Yaacob..). Punyelah ramah Tok Teh tu. Soklan pertama dia tanya aku," Mek, mu tune doh ko?" Dia tanya aku 2,3 kali, aku wat2 tok pehe...At last, dia simplify kan soklan dia, " Huh, tok pehe, Abe tak dok lagi ko?" Malas nak jawab, bley??? Trus ingatan aku melayang pada sms Che Pi pagi raya pertama tu yang tertulis,
"Aku diserang bertubi-tubi, "hok ni bilo?", "mano sore lagi?","eh, lame single ni!", bla...bla...bla...Soalan nikah kahwin menjadi fav soalan bila nampak kelibat aku." yang di hantar tepat jam 11:17:o2 pagi, hu3x...Sorry lah, Che Pi. Masa received sms ko tu, aku rasa macam kelakar pulak, terkekek2 aku gelak...Waalupun aku takde kredit, tapi takpe kan aku called ko balik malam tu, kira dah redeem balik arrr...

On the way balik ke Kota Bharu, singgah jap umah Mak Long (kakak arwah papa aku) kat Kampung Lepan Setar, tepi jalan utama Machang-Pasir Puteh. Kitaorang adik beradik suka btol ngan scenery kat sini, tak tau apsal. Maybe sebab ada pangkin tu kot. Mak Long aku ni, stay kat sini sebab dia under Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kalo tak silap aku la. Seberang jalan tu ada kebun sayur, best! Kitaorang pernah ramai2 kutip kacang botol beberapa tahun lepas, very the kampung style. Telaga pon luar rumah, open air lagi, huh, seksi! As expected, soklan wajib setiap tahun dari Pok Lo aku," Kelik soghe lagi ko, Long? Mano dreba nyo?" Arhhh...malas nak jawab lagi...Che Pi, nak share tak print flyers banyak2 next raya tahun depan untuk jawab soklan2 derang nih?

Lembu-lembu peliharaan derang! Jangan tanya aku nama2 lembu ni sebab aku tak kenal sekor pon. Hmm...rugi tak join derang halau, kejar lembu masuk kandang ari tu, syok woooo....mencabar abis!

Main bedil!!!! Kebabow! Baru meriah hari raya!

Nota Kaki: Beraya di mana2 pon sama jer, it depends macam mana kita yang nak memeriahkannya.

No comments:

Post a Comment