Friday, September 18, 2009

Ho...ho..ho...balik kampung!

Salam...

Last day aku kerja sebelum cuti raya, punyelah malas nak pakai baju kurung atau mana2 opis wear, so wat jer perangai sisters2 UIA yang malas nak iron baju pi kelas, iaitu pilihan terbaik adalah sarung jubah! Cuba menyetelkan apa2 yang patut sebelum cuti raya, tepat 4.30 petang, yeay! Cau! Sempat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kat opis, bos kasik duit raya tahun ni, huhu3x...Then, gerak pi Jalan TAR, nak amik baju raya kat Aunty Mary. Mujur sempat siap, padahal aku baru antar 2 minggu sebelum ni. Biasala regular customer, no hal.

Ni bukan baju raya aku ek. Saja tempah blaus labuh, aku memang suka baju2 cenggini. Kain tu actually aku dah beli awal tahun, ngan kawan aku yang kije pramugari MAS. Balik dari Dubai ari tu, dia berniaga ngan kawan2. Actually kain ni 4 meter, tapi kerat dua, lagi satu kawan aku lecturer UiTM amik, so dapat la 2 meter sorang. Baju raya aku 2 pasang jer tahun ni, satu kurung Pahang tempah ngan Aunty Mary, satu lagi kurung pesak biasa jer, mama aku yang buat. Dua-dua kaler biru. Baju2 tahun lepas masih ada yang elok untuk di pakai.

Lepas amik baju raya, sempat rewang2 tengok bazar walaupun dalam keadaan hujan yang agak2 lebat. Kalau tak memikirkan waktu yang taim tu dah nak berbuka, mau aku terlajak shopping lagi sampai ke tengah malam. Sempat beli beberapa kotak kuih raya walaupun bukan untuk aku, hik3x...Aku nak cari tart nanas jenama Dimas tapi tak jumpa la pulak, sedap!

Sempat beli lauk pauk untuk berbuka. Suka aku ngan gambo ni sebab gambar candid, senyum nampak natural, he3x...Tapi actually, aku ngan adik aku berbuka ngan nuggets jer dalam kereta dulu.

17 September 2009 - Memulakan perjalanan balik kampung, lebih kurang 8.30 pagi. Selalunya aku balik Kota Bharu ikut Gua Musang, tapi this time aku sajer nak pusing ikut jauh, ikut Terengganu, yeay! Walaupun jauh, tapi sajer nak lalu tepi pantai, boring tengok hutan. Alang2 dah lalu situ, so aku singgah beberapa plaza tol ngan ofis AME, sajer nak jumpa kawan2, plus kasik kuih raya yang tak seberapa untuk wira-wira di perbatasan yang tak balik beraya. Chewah, cam program Singgah Raya pulak kan? Oh ya, ni kat Plaza Tol Gombak. Dalam gambar ni, Encik Wira, Operations Executive kat sini. Dia tengah sibuk sebab tengah malam tadi, kan LPT nak start free tol tu?

Lokasi kedua Singgah Raya - opis AME Genting Sempah @ OCC. Masa aku sampai, derang baru abis meeting pasal operasi nak raya ni. Nampak la berpusu2 lori2 Traffic Team, kereta2 Peronda baru kuar dari perkarangan opis, nampak semangat jer derang nak wat kije. Sempat beraya ngan Haji Nazif, Encik Zul, Kak Tinie, Fizlah, Encik Fuad, Seypu, Zubir, Azrul (kesian kena kije taim raya...), Encik Halim, etc. Lupa plak nak amik gambo ngan derang, he3x...

Owh, lalu Temerloh kena jumpa Cik Din ni! Singgah kejap jer, sempat pas kuih raya untuk AME Temerloh ngan Kuantan sekali. Adik aku, pon sibuk nak ikut aku masuk opis jumpa Cik Din .Cik Din sempat kasik 2 bungkus kerepek bawang kat aku, he3x...cam tau2 jer aku suka ngan kerepek bawang itew! Dia sempat pesan ngan adik aku, "Hah, bawok keto tu molek siket, kakok awok tu tok kawen lagi!" Ceh, siot jer...By the way, Selamat Hari Raya Cik Din! Cik memang best!

Ada sesaper yang berminat nak jadik jurutol? Sila hubungi nombor yang tertera yer...Board ni lokasinya kalau tak silap aku dekat ngan Hentian Sebelah Maran hala ke Kuantan. Dekat ngan exit Kuantan pon ada lagi 1 gak.

Singgah Raya lokasi terakhir - Plaza Tol Jabor. Saja singgah nak kasik kuih raya pada KZ tu sebab dia orang 1st yang kasik kad raya kat aku tahun ni, bley? Lagipon dia pon kerja gak taim raya nanti. "Terharu saya, kak..." Tu yang dia dok posing kayu jer tanda tergamam, he3x...Masa ni baru 11.45 pagi, traffic tak jam lagi, so perjalanan lancar.

Dalam pukul 12 tengahari, servis driver bertukar tangan, aku plak yang driving dari sini. Masuk Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu...owh, tidak! Tetiba jam kat sini...que kenderaan panjang giler. Aku dah agak, ni mesti ada polis trafik ni! Hangin jer aku...buat jam lagi ada lah! Bak kata Che Pi, "Sila tunjukkan jari tengah anda yang runcing itu kepada polis trafik tersebut.",huhu, mengong! Aku ingat hala ke Kota Bharu, atas jambatan tu pon jam gak arrr, rupanya tak langsung! So aku pon tak faham konsep dia nak kontrol trafik tu! Dalam dok sesak2 tu, tetiba aku ternampak Hilux berlogo company aku kat depan kereta aku, uiks saper pulak ni? Hmmm...ni mesti Encik Syed nih...Lantas ku dail no tepon dia, hah, memang betul! Teruja jap aku! Pagi tadi sempat gak dia sms tanya pukul baper aku sampai KB, timakacih, cik...

Masuk jer jalan pesisir pantai, aku pecut la, per lagi. Masa tu pon dah pukul 5 petang. Bila sampai kat Rhu Sepuluh, Setiu, aku bawak slur2, harus la, aku kan suka tengok view laut kat sini, cantik! Sepanjang perjalanan ke Terengganu, aku suka view kat Pantai Kemasik-dekat area Kerteh, ada satu tempat kat Dungun kalau tak silap aku Kuala Abang kot, pergh, air laut dia cantik, dan Pantai Kelulut kat Marang. Saya ulang, saya sudah jatuh chenta dengan Negeri Terengganu! Oh, ya. Masa kat Mesra Mall, aku sempat beli roti ngan air mineral sebab aku tak puasa, ha3x...Baik nyer aku cover makan roti tu sambil driving, tup..tup...sekali kat depan ada polis wat road block, huh, kelam kabut jap aku.

Dari Setiu, masuk daerah Besut melalui Kampung Raja (???), then lalu Kuala Besut, masuk Tok Bali, Bachok, Kubang Kerian, dalam 6.55 sampai la kat simpang masuk kampung aku. Alang2 aku dah balik, aku ajak sekali adik angkat ku, si Cairul Hisham yang dah 4 bulan posting kat sini, berbuka kat umah aku, hu3x...Lama giler tak jupe dia. Dia bawak sorang kawan dia nama Wawan yang pandai masak sekali (tapi tak masak arrr kat umah aku kan?). Lepas berbuka, kitaorang borak2 jap kat ruang tamu sampai pukul 10 malam baru derang balik. Pukul 1.30 pagi baru aku tido, bangun pagi tadi sudah wheezing kembali, hu3x...Sokmo gitu, kalau balik Kelantan, mesti lelah...Penat travel kot...

Nota Kaki: Sepanjang hari kat umah mak aku, pantang letak kepala, 'jalan' terus...Malam ni ingat nak sibuk2 kat Wakaf Che Yeh...

2 comments: