Monday, September 14, 2009

Kreatif???

Salam...

1. Ni kad raya kedua yang aku terima, dari anak saudara ku, Cik Pya yang berusia 2 tahun. Bukan dia yang created ek, tapi ayah dia. Memang rajin adik ipar aku tu ngan kerja2 kreatif ni, fotografi segala. Aku jer yang kureng kreatif...Hmm...lately ni aku semakin menci ngan perkataan kreatif tu...sejak beberapa minggu lalu. Orang komplen macam2 itu ini tak kena, bley la. Cuba ko sendiri buat or handle, kreatif ker???

2. Hari ni aku mc, doktor soh rehat jer kat umah. Bila balik dari klinik, aku pulak yang tak leh tido, perut ku di serang 'sakit orang pompuan'. Setelah 24 hari berpuasa penuh, akhirnya 'cuti' jugak aku hari ni. Subuh tadi lelah lagi, batuk kong keng kong keng...Giler tak larat...Bila tak leh tido, aku layan Facebook jap. Owh, rupanya ramai yang online taim kerja. Hasilnya, aku berjaya mendapatkan email address Universiti Teknologi Petronas yang ku carik2 selama ni. Sempat chatting ngan Kak Ja yang bakal bukak nursery (huh, jelezzz...), Shanmugam yang dah resigned Jusco sebab dapat PTD kat Kementerian Kesihatan (aku nak apply lagi ker, umur dah lanjut nih...), ngan Abang Edi, Udin (kawan skolah rendah kawan aku, tapi akhirnya jadik kawan aku), Amienurul Faidzal (kawan kadet polis SM St George, Taiping yang dah berbelas tahun tak jumpa, bley add aku dalam FB, huh, terharu ingat lagi...) dan beberapa orang yang lain lagi. Kurang2 hari mc ku hari ni, takde la di habiskan ngan tido saja, so mende kreatif untuk ilangkan bosan adalah Facebooking, yeay!

Nota Kaki: Thanks to KZ-Penyelia Tol Jabur atas kiriman kad raya yang pertama itew!

No comments:

Post a Comment