Saturday, September 26, 2009

Nur Kasih 2.

Salam...

1. Duduk sorang2 kat umah, apa lagi online jer la aku...nak kuar tak baper sehat (tapi jap lagi ada plan nak kemas umah, sebab malas nak fikir pasal kerja...) Langsung ku sempat chatting ngan ex-classmate aku, Rosidah Ibrahim @ Shidah. Dia tengah sibuk nak tukaq kerja laen, malas nak kerja ngan orang, macam hampeh! Nak wat camner kan, kita semua makan gaji ngan orang, so nak tak nak terpaksa la redah jer. So, aku tanya dia, so apa plan? Dia ingat nak jadik artis! Wow! I like it!!! Terus terimbau kembali zaman kitaorang kat hostel. Masa Form 4, meja study dia sebelah meja aku, ngadap ke tingkap. Taim waktu prep, kitaorang selalu curik dengar walkman sambil wat kerja sekolah, pastu nyanyi2 kecil. Then lepas abis waktu prep, kalau 'angin makyong' kitaorang datang, selalu gak la kitaorang pasang kaset lagu Feminin, pastu try menari ala2 Feminin, gitew! "Angin bayu membawa diriku, Sepintas lalu ku terkenangkan mu, Memori silam merentas malam, Kenangan bersama kan ku simpan selamanya...Wah, best! best! Ada sorang lagi member kitaorang nama Aishah, sangat pandai nari ala2 Feminin ni, power!!!

2. Berbalik kepada cerita nak jadik artis ni, memang minat aku ngan Shidah sama, wawawawa...sengal! Sejak dari sekolah lagi...Suara Shidah ni best! Macam aku, bukan nak riak la, aku minat berlakon, mengacara, penyampai radio, menyanyi, menari, jadik model, tapi tu lah, rezeki tak ke situ kan, exposure pun tak banyak, so terperap jer la bakat aku nih, he3x...Zaman blaja dulu, aku rajin jer gi audition; pengacara, broadcast journalist, pelakon, penyampai radio except menyanyi jer blom. Model tu takde la plak kan...penari pon rasa macam dah tak sesuai, as hobi bley. Shidah plan nak gi audition AF or One In A Million next year, so aku pun nyibuk la nak ngekor, tapi as supporters jer la.

3. Cerita pasal berlakon, mengacara or model ni, memandangkan usia pon dah 30-an, so harus la aku kena pilih yang bersesuaian. Kalau bley watak macam Nur Amina dalam Nur Kasih...Wah, nak heroin terus, tak lekeh...Tamau la buka2 tudung nih...Mengacara pon rancangan Busana ker, pembaca berita TV9 ker, rancangan kanak2 ker, ok lah kot, bley cuba. Then, kasik kurus siket, bley arrr jadik model muslimah bawah Shila Lama Modelling Agency ker apa kan...Bukan per, bak kata Shidah, tak best kalau kerja mende yang kita tak minat. Aku plak walaupun minat kerja aku sekarang, tapi ntah la...malas nak komen banyak sebab dah rezeki aku kat situ, itulah punca pendapatan yang aku dapat nak bayar sumer hutang2 aku, so for a time being, kena sangat2 bersyukur...

4. Bila dalam keadaan hati tak tenteram ni, hmmm...macam best jer kalau bley jadik cam Nur Amina, membawa diri untuk seketika, bak kata kawan aku, mencari diri, wah! Tak tahan...Bawa diri selama beberapa tahun ke luar negara, Tanah Suci misalnya macam Nur Amina. Tapi actually, kat mana2 pon kita pergi, still bergantung pada diri kita juga macam mana kita nak mengendalikan hidup kita. Walau kita gi mana pon, buat solat sunat mintak petunjuk bertahun2 ker tanpa fail, hikmah di sebalik kejadian tu still kita kena carik sendiri dan fikir. Sikit2 Allah akan kasik petunjuk, cuma kita perlu banyak bersabar, muhasabah diri, masih perlu menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, diri sendiri tu yang kena kuat...Huh, itu yang mencabar rasanya...Kalau salah persimpangan yang kita pilih, silap2 boleh hanyut plak, isk3x...Hmmm...aku banyak buang masa ker selama ni???

Nota Kaki: Actually, aku baru blaja pakai tudung masa study kat UIA. Masa skolah on off, he3x...Tapi thanks to UIA sebab dah terbiasa pakai tudung, sampai la ni bley maintain lagi, insya Allah. Plus, setiap subject yang aku blaja kat UIA, akan ada silibus Islamic Perspective, membantu jugak dalam aku berfikir positif dalam hal2 kehidupan walaupun aku sendiri tak cukup matang lagi, ngeh3x...Tak sesia blaja 27 credit hours subject Islamic Revealed Knowledge, Usrah, Tilawah, Ibadah Camp...windunya zaman2 itew!

Thursday, September 24, 2009

Asthma Yang Kritikal...


Salam...

Hari ni, 25 September 2009 (Jumaat) bersamaan dengan 6 Syawal, aku mc lagi. Sekitar jam 4.15 pagi tadi, aku di serang asthma lagi. Huh, terganggu tidur aku dengan batuk yang tak lepas tu...Wheezing usah citer la. Kebetulan Kache tido umah aku, so dia la jadik mangsa hantar aku gi klinik. Malang sungguh Klinik Idzham 24 jam kat Setiawangsa tutup la pulak, cuti raya. Menggelabah jap aku nak carik klinik laen, mujur Klinik Famili Dr Wan Kamariah kat area sama bukak.

Sampai kat kaunter, huh, nurse tu tanya pon, aku tak leh nak bercakap, suara pon tak kuar. So dia faham la aku ni lelah. Then, doktor lelaki on duty tu check, macam biasa kasik nebulizer. Settle kalu, dia kasik plak 1 injection kat punggung aku, auw! Sambil tu dia membebel sebab kenapa lepas 1 week aku tak stabil, baru datang klinik. Aku pon citer la history aku, bla...bla...bla...bla..bla...Dia tanya camner bley jadik cenggini, nak ajer aku cakap, "Doktor tau tak, tubuh saya ni dah lama tak rehat, kerja, kerja, kerja, stress, stress, sejak dari bulan puasa lagi, bla...bla...bla...bla..." Tapi aku tak cakap la, aku kata ntah tak tau.

Terus dia membebel,"Next taim kalau amik inhaler pon tak jalan, datang klinik amik nebulizer. Awak jangan main2 dengan asthma ni, kes emergency, very dangerous. Awak mesti tak sedar bila saya check masa mula2 awak sampai tadi, awak sebenarnya dah takde nyawa? Faham tak maksud takde nyawa tu apa?" Wah, scary nyer doktor ni...sambil memegang jarum suntikan halus untuk mencucuk punggung aku, waaaaaaaaa...."Kalau awak tak ok jugak lagi ni, silap2 boleh masuk ICU ni, jangan main2". Ceh, masa aku teruk gak bulan April tu, abis tinggi refer pi Emergency HKL jer, tu pon amik nebulizer gak kat Asthma Bay, pastu balik, takde mende pon, so camner aku nak treat yang aku punye sakit ni betul2 dangerous sebab layanan tu seems like mende tu macam bley di kawal kan? Salah aku gak ker?

Lepas injection, doktor check lagi, dia kata still tak ok, macam tak clear habis. So dia soh tunggu jap kat luar untuk kasik 2nd nebulizer. Lepas Subuh, aku amik lagi, 6.15 pagi baru aku balik umah...trus pensan sampai tengahari ni...Ni batuk masih lagi bersisa...macam orang tua...
Patutnya weekend ni turun Ipoh, beraya dengan kawan2 skolah rendah, tapi mujur dah postponed semalam, kesian derang dah wat meeting nak discuss macam2. Sorry kowang...aku memang tak sihat...Hmm...kije opis banyak lagi tak settle ni...

Wednesday, September 23, 2009

Rahsia Johnson Baby Milk Bath...

Salam...

Sesungguhnya gambar ini aku tujukan khas pada 2 orang sahabatku, Natrah & Che Piang...Jika Che Pi sangat berbangga dengan tubuhnya yang sangat 'model like' itu sehingga melayakkan beliau di ikitiraf setaraf model Maybank2u oleh Natrah, aku pon terfikir gak apa agaknya bahagian tubuh aku yang sesuai untuk aku jadik model gak? Muka? Oh, sungguh tak sesuai kerana kulit muka berjerawat dan berisi kecuali bahagian mata la kot sebab kawan2 lelaki pernah cakap mata aku galak, ececeh...Tubuh? Huh, jauh sekali, maybe cukup serasi dengan iklan Kementerian Kesihatan untuk pesakit diabetes, hik3x...Kaki? He3x...no komen...

Setelah di belek2 gambo2 sebelum ni, hah, aku baru perasan sesuatu. Kulit tangan ku sangat nenawan di dalam gambar, apa kata omputeh, 'stunning'??? Wah, sangat perasan! Cuba perhatikan gambar tangan yang di sebelah kiri tu...Tanpa melihat wajah pemilik sebenar, ternyata kulitku itu sangat terserlah keremajaannya, penuh ciri2 kelembutan, feminin seorang perempuan, huhu3x...Bak kata adik aku, Pok Yie,"Aah la, Along, tangan hang putih.". Welll...itulah rahsia aku menggunakan Johnson Baby Milk Bath selama ini, ngeh3x...Hmm...bley arrr ganti Nisdawati lepas ni, tapi bahagian tangan jer la, aku memang suka ngan lelaki yang cium tangan pompuan ni, wawawawa...sengal! Gediks skal!

Nota Kaki: Sesiapa yang berminat untuk mengambil gambar tangan saya untuk iklan, bole hubungi saya di blog ini, timakacih...

Monday, September 21, 2009

Raya 09 Siri 3

Salam!

2 Syawal aku tak kemana-mana. Nak plak malam tu, sekitar jam 3.30 pagi, aku lelah lagi. Aku rasa dalam masa sejam tu, sampai 4.30 pagi, mau 6-8 kali kot aku sedut inhaler tu, memang kau tak leh tido. Wheezing kuat jugak la, sungguh tak selesa. Mama aku pon cakap, bila aku tido, memang wheezing, hmmm...tenat gak kan aku ni. Blom kowang dengar aku batuk lagi ni, macam orang tua uzur...

Walaupun tak kemana-mana dan tubuh memang rasa tak larat, tapi masih bersemangat nak sarung baju raya kedua aku ini! Oh ya, raya kedua, saya menerima 'kunjungan sementara' teman sekaraoke saya yang datang dari jauh iaitu Besut, Terengganu, tak lain dan tak bukan, Wan Sufian Wan Talib @ Che Pi, huhu3x...bersama adindanya, Wan Suhana yang sebaya ngan aku. Oh, ya gambar lelaki yang bersalaman dengan saya tu bukanlah Che Pi, itu ialah adik lelaki saya yer. Lupa plak nak amik gambar ngan 2 beradik tu sebab Che Pi sangat rushing taim tu. Actually, derang nak pi Rantau Panjang, so aku soh derang singgah beraya dulu umah aku. Ye lah, alang2 dah sampai Kota Bharu kan. Kalau tak, aku gi jer beraya kat umah dia kat Besut petang tu.

Kebetulan mama aku ada masak sikit nasi minyak ngan ayam masak merah, pajeri nenas, acar timun, derang sampai pon dah tengahari, so mama aku soh hidang jer kat derang. Tapi memandangkan Che Pi ku itew, 'berpantang' makan, so Suhana la wakil makan untuk dia. Sorry ar, Che Pi, next taim ko datang, maybe kitaorang leh prepare nasi dagang kegemaran ko, ek? Aku ingat Suhana tak banyak cakap, tapi rupanya ramah gak. Baik nyer layan borak ngan mama aku. Muahahaha...Che Pi, adik ko actually ada perangai iras ko, tu yang korang rapat rasanya. Sempoi macam ko jugak, korang nampak serasi. Next taim datang bawak Suhana lagi ek, he3x...Dan aku pasti, ko takkan datang dah umah aku taim raya sebab jalan kat KB memang jam giler!!! Dan aku tau, ko memang 'tenang' orangnya di jalan raya, he3x...

Ni lah kije aku lepas Che Pi beredar dari umah aku, bergambar dalam umah sendiri, hik3x...Lepas tu tengok tv, baca paper sampai tertido, zzzzzzz...Kalau cuti lama memang aku semangat nak beraya ke umah kawan2...terutama kawan2 UIA ku...

Raya 09 Siri 2

Salam...

Hai! Aku baru sejam sampai KL, jam 9 malam tadi. Walaupun tubuh agak2 tak larat sebab lelahku masih bersisa dan batuk2 (tapi aku pelik camner dalam keta tadi aku bley duet lagu Ceritera Cinta ngan adik aku, sungguh musykil...), ku gagahkan gak mengupdate blog ku sebab malam masih muda, hu3x...padahal esok kerja nih! Ok, raya aku tak sehappening orang lain, biasa2 saja. Tiap2 tahun rutin yang sama, tidak bertukar so far, sejak arwah papa aku takde. Yang kat atas ni, jalan masuk ke kampung sebelah arwah papa aku, Kampung Raja, Machang, Kelantan. Tak sefamous dan sebesar Kg. Raja kat Besut arrr. Tapi aku pelik kenapa nama aku takde Raja, Wan, Nik ataupun yang sewaktu dengannya, hu3x...perasan!


Yang semak samun tumbuh melata ni adalah pintu pagar depan rumah arwah nenek aku. Lepas dia meninggal 8 tahun lepas, rumah ni dah takde saper tinggal. Punyelah aku terkejut tengok keaadaan yang sungguh semak ini. Macam sayang tak terjaga sebab halaman rumah ni actually sangat luas dengan di kelilingi berbelas pokok manggis, pokok rambutan, rambai, mangga,jambu, etc. Ada jugak rumah simpan padi, siap ada mesin getah lagi kat tepi tu, best! Kat belakang umah arwah nenek aku ni, ada kebun getah, sebelah umah ada batas nenek aku buat tanam sayur, belakang kebun getah, ada sawah padi, very the kampung! Zaman aku kecik2 dulu, proper nyer bilik air takde, mandi berkemban kat telaga, perghhhh!!! Syahdu giler kesejukan air telaga itew! Kalau orang dewasa nak buang air besar, gi tepi paya or parit, kitaorang yang budak2 ni, cangkul tanah keliling rumah wat 'jamban' sendiri, dah selesai 'hajat', kambus balik, wawawawa...Zaman kanak-kanakku! Tapi bila kitaorang dah besor siket, dah ada bilik air dan tandas yang proper siket, ada kolah segala.


Yeay, tercapai hajat tahun ni nak beraya pakai tudung Siti, hu3x...Rasa cam sembab jer muka aku, tu yang kena carik face lifting creme nak kasik susut muka nih, kan, kan, kan...Ni antara gambo faveretku untuk raya tahun ni. Masa ni kat kubur arwah papa aku. Aku uzur syar'ie, so tak baca Yassin, aku dok tengok2 adik bongsu aku, Muzi baca. Chewah, rasa cam ustazah ajor ngaji plak, bley?

Arwah papa aku dah pernah pesan, kalau dia dah takde, kubur dia jangan letak batu nisan, marmar segala. Dia cuma request di tandakan dengan batu sungai jer. So yang aku sibuk mencangkul tu, nak ganti batu yang sebelum ni ngan batu sungai yang adik aku, Le kutip tepi Sungai Kelantan kalo tak silap. Oh ya, yang bertudung merah itu adalah mama saya, Puan Azizah yer yang sedang menyelia pergerakan saya untuk di nilai prestasinya, huh!

Siram air di pusara arwah papa saya, Allahyarham Haji Muhamad Nor bin Che Ibrahim, yang meninggal dunia pada 17 Januari 2003 ketika berusia 54 tahun kerana kanser usus. Masa nak di kebumikan tu, aku ikut sampai ke kubur, tengok dengan mata aku sendiri sampai semua urusan selesai, so semua tu kekal lagi dalam kepala aku. Masa aku dok terkebil-kebil tengok derang uruskan pengebumian, aku ingat lagi, best friend arwah, Pak Cik Mat Zain (bukan ayah Anuar Zain yer...) cakap kat mama aku sambil tengok aku, "Kesian kat dia..." Aku pon tak sure kenapa ramai yang kesian kat aku, termasuk kawan2 pompuan UIA aku.

Ni kebun getah kat jalan keluar dari kawasan tanah perkuburan tu. Dulu kat tepi umah arwah nenek aku ada mesin getah. So aku selalu tengok Mak Long aku wat kerja-kerja memproses getah tu. Paling aku suka taim nak gelek getah tu guna mesin getah jadik getah keping. Harusla budak2 bila tengok mesin yang bley pusing2 ni, taim tu jugak la nak sibuk2 mesin getah sekali kan? Aku pon pernah ada tragedi ngan susu getah ni...Masa aku sibuk2 nak ikut Mak Long aku kutip susu getah dari mangkuk yang kaler itam tu kan, (dah la nak ngekor orang tua tu, aku pakai baju kurung raya, huh, bley...), aku nak amik mangkuk tu, tinggi la pulak (tak sedar diri aku ni pendek...), terjengket2 aku nak amik, pastu....dushhhhhhhh...abis susu getah dalam mangkuk tu tumpah atas baju kurung aku, waaaaaaaaaaaaaa....Tu la, degil! Mujur tak tumpah atas rambut aku, kalau tak konfem tahun tu fesyen rambut botak sebab kena cukur lekat susu getah, auw! Baju kurung tu memang takleh pakai lagi dah pastu sebab susu getah itu sudah melekat2 di baju dan tak mampu di tanggal lagi...Ko rasa Sinead O Conner pon pernah kena susu getah ker kat rambut dia, masa dia tengah famous lagu Nothing Compares To You dulu?

Pemandangan kawasan bendang kat kampung aku, takdela happening sangat cam kat Negeri Jelapang Padi kan. Tapi aku rasa kalau lalu kat area dalam kampung kat Kelantan, pemandangan lebih kurang sama jer aku rasa...Seumur hidup aku, sekali pon aku tak pernah jejak kaki masuk bendang sebab aku sangat takut ya amat dengan binatang bernama lintah, scary giler!

Lepas arwah nenek aku meninggal, kitaorang selalu berkumpul kat umah Pok Nik aku. Umah dia dekat jer ngan umah arwah nenek aku gak, sekampung. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu jalan kaki jer datang umah Pok Nik sebab anak sulung dia tua 2 tahun dari aku, ngan Kak Suni ni la kau main. Adik beradik arwah papa aku tak ramai, dalam 4 orang jer. Semua pon dok kat Kelantan, so sehari jer dah bley settle. Adik-beradik mama aku jer yang dok jauh macam kat Pahang, aku sendiri pon dah lama tak jumpa derang, sepupu sepapat belah sana pon aku tak kenal, hu3x...Cuma mak pada mama aku iaitu the one and only nenek yang aku ada sekarang ni jer yang ada kat Kelantan, tu pon stay kat Pondok Hidayah, Machang.

Ni lagi satu gambar faveretku, masa tengah kopek kulit buah salak. Pergh, aku suka btol ngan buah salak ni. Nak plak salak yang kat tepi umah Pok Nik ni sedap btol rasanya, mmmmm....Actually, dalam gambo tu aku tengah compete ngan sepupu aku, Mohd Faiz yang umur 24 tahun, saper yang cepat kopek buah salak tu sebab derang gelak2 kan aku tak reti kopek kulit tu, ceh! Finally, aku gak yang menang, hoorey!

Ni jalan nak masuk kampung 'woghih' mama aku, nak gi amik nenek aku, Tok Esah. Bagus gak taim ni sebab selama ni aku pon tak tau yang aku ada tok sedara pompuan yang umur 75 tahun, adik kepada arwah datuk aku (bapak mama aku, arwah Tok Yaacob..). Punyelah ramah Tok Teh tu. Soklan pertama dia tanya aku," Mek, mu tune doh ko?" Dia tanya aku 2,3 kali, aku wat2 tok pehe...At last, dia simplify kan soklan dia, " Huh, tok pehe, Abe tak dok lagi ko?" Malas nak jawab, bley??? Trus ingatan aku melayang pada sms Che Pi pagi raya pertama tu yang tertulis,
"Aku diserang bertubi-tubi, "hok ni bilo?", "mano sore lagi?","eh, lame single ni!", bla...bla...bla...Soalan nikah kahwin menjadi fav soalan bila nampak kelibat aku." yang di hantar tepat jam 11:17:o2 pagi, hu3x...Sorry lah, Che Pi. Masa received sms ko tu, aku rasa macam kelakar pulak, terkekek2 aku gelak...Waalupun aku takde kredit, tapi takpe kan aku called ko balik malam tu, kira dah redeem balik arrr...

On the way balik ke Kota Bharu, singgah jap umah Mak Long (kakak arwah papa aku) kat Kampung Lepan Setar, tepi jalan utama Machang-Pasir Puteh. Kitaorang adik beradik suka btol ngan scenery kat sini, tak tau apsal. Maybe sebab ada pangkin tu kot. Mak Long aku ni, stay kat sini sebab dia under Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kalo tak silap aku la. Seberang jalan tu ada kebun sayur, best! Kitaorang pernah ramai2 kutip kacang botol beberapa tahun lepas, very the kampung style. Telaga pon luar rumah, open air lagi, huh, seksi! As expected, soklan wajib setiap tahun dari Pok Lo aku," Kelik soghe lagi ko, Long? Mano dreba nyo?" Arhhh...malas nak jawab lagi...Che Pi, nak share tak print flyers banyak2 next raya tahun depan untuk jawab soklan2 derang nih?

Lembu-lembu peliharaan derang! Jangan tanya aku nama2 lembu ni sebab aku tak kenal sekor pon. Hmm...rugi tak join derang halau, kejar lembu masuk kandang ari tu, syok woooo....mencabar abis!

Main bedil!!!! Kebabow! Baru meriah hari raya!

Nota Kaki: Beraya di mana2 pon sama jer, it depends macam mana kita yang nak memeriahkannya.

Raya 09 Siri 1

Salam...

Hai! Citer agak2 basi, malas nak upload gambo raya lagi so aku letak gambo 28 Ramadhan dulu ek? Hmm...malam tu lepas layan Nur Kasih kat TV3, aku ajak adik2 aku kuar gi Wakaf Che Yeh, nak carik tudung raya. Selama dah baper tahun dok Kota Bharu, ni baru 1st taim aku gi Wakaf Che Yeh taim dekat nak2 raya. Sebelum ni aku tak sanggup nak gi sebab jalan sangat jam gilo! Huh, aku memang kurang sabar ngan jam! Tak caya? Ni adalah kereta yang tengah long que nak ke sana dari simpang kuar umah aku, punyelah susah nak lepas. Patutnya bley sampai kurang dari 10 minit, tapi bila jam bley jadik hampir 40 minit baru leh sampai, bley?

Kowang tengok la betapa sesaknya orang nak membeli-belah kat sini, nak jalan pun payah, berlaga punggung segala, huh!! Aku sendiri terasa macam ala2 Nurul Syuhada Nurul Ain yang tengah wat liputan pasal tempat ni untuk siaran Majalah 3, kelasss!!! Pok Yie biasalah sibuk ngan DSLR dia, orang dok ingat dia reporter Astro Awani, over tau! Ni aku singgah belek2 kerongsang tudung sebab aku jarang sangat beli aksesori pompuan ni...

Pening la nak pilih tudung pon, ihhhhh...Ingat tahun ni nak carik tudung ala2 selendang plus tudung Siti, hik3x...tapi aku tak sure muka aku sesuai ker tak, redah jer...janji tutup rambut cantikku yang ikal ni, wawawawa...Dan hasilnya, berjaya gak beli 2 pasang tudung selendang, tak mahal mana pon, tapi aku lupa harga nya baper...

Ni adalah design baru sampul duit raya tahun ni yang boleh di dapati dengan banyaknya kat Wakaf Che Yeh. Kalau duit betul yang orang letak sepah2 best gok dok? Lepas 2 jam kat sini, dalam pukul 1 pagi, kitaorang pon balik umah, tapi manusia still berpusu2 kat sini, huh, memang happening!

Esoknya, sehari sebelum raya, sempat singgah kat Pasar Besar Siti Khadijah, carik tudung mak aku plaks. Jalan kat KB tak jam, lancar tapi ramai lagi still berniaga kat atas pasar. Adik ni ramah sebab tu aku berenti carik tudung kat kedai dia, bukan atas alasan 'ayam muda' yer...Aku sendiri pon tersangkut beli sehelai tudung Ekin harga RM 15, hik3x...

Bergambar bersama kulat sisir! Kowang pernah makan tak? Masak lemak cili padi, takpon goreng biasa dengan telur pon dah sedap makan camtu jer ngan nasik. Kalau goreng ngan telur tu, aku ngan adik beradik aku memang berebut2 nak amik, kejap jer abis...Kejap2 bukak tudung saji, ratah, wah, best! 4 pot dapat la RM 10 makcik tu jual.

Tengah beli ikan kering faveret kitaorang, ikan pari, sedap woooooo!!! Aku blaja makan ni ngan ex-housemate aku, Wywy yang asal Pasir Mas (alah, yang ari tu aku update baru bersalin kat Sheffield tu...) Sekilo kalau tak silap dalam RM 14, memang little bit expensive sikit la, tapi tak kisah, best! Hik3x...aku kan orang kampung di Pantai Timur, suka jer makan ikan kering segala ni...Bab makan aku memang tak cerewet, nasi dengan ikan masin pon dah ok, senang bela!

Ni building baru depan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Trade Centre. Parking dia memang scary giler. Curam 45 darjah, sama ada naik ataupun turun, menggigil kepala lutut! Menempatkan Giant Supermarket dan Parkson. Ramai gak orang tapi building nya agak2 sempit, tak selesa nak berjalan...

Sempat gak singgah KB Mall, he3x...Rewang kejap jer, bukan nak main bowling pon. Aku suka kasut ni, kat Vincci, ingat nak beli tapi bila fikir balik, hmmm...tak payah la, ari tu pon baru beli kasut tinggi, takkan nak beli lagi. Aku memang suka tengok kasut yang design ala2 Gladiator ni, nampak ganas, wow! Kalau aku tak pakai tudung, dah lama kot aku sapu kasut cenggini pakai ngan mini dress takde lengan, huh, pastu wat show ala2 Pussycat Dolls, waaaaaaaaa....Takper, aku macam dah usha 3 pasang kasut kat Vincci ni, mungkin akan ku lunaskan impian ku bila kembali ke KL nanti, yeay!

On the way balik, sempat singgah kedai tudung kat Wakaf Che Yeh, opsss...terbabas beli 4 helai tudung Ekin selendang, bukan salah aku....

Nota Kaki: Saya perlu memberi penekanan kepada produk face lifting selepas ini, hmmm...Bio Essence...

Saturday, September 19, 2009

Bila Hari Raya Menjelma...

Salam.

Hai! Esok dah raya! Semua orang sibuk wat final touch kan, ada yang gantung langsir, masukkan kuih raya dalam balang kuih, tukaq kusyen, kacau rendang, bakar lemang, rebus ketupat, tengok Sampaikan Raya (eh, ni consider preparation ker....) Oh ya, actually ni gambo pelita kat umah aku masa raya tahun lepas, sajer nak tunjuk sebab lawa...

Kalau tukang pacak, pasang pelita keliling umah, tu sumer kije adik-adik aku. Aku? Aku penyelia bertugas, wawawawa...

Ni kalau tak silap aku, gambar raya tahun 2006, sebab taim tu adik pompuan aku yang Angah tu takde, macam beraya umah mertua dia kat Kedah. Plus costume raya kitaorang taim tu pakai baju masa wedding dia, kaler ala2 coklat gold.

Ni macam raya tahun 2007, gambar kitaorang 5 beradik, mengikut susunan dari anak sulung sampai la anak bongsu. Actually, posing ni kitorang pernah wat gak masa gi bercuti kat Pulau Langkawi tahun 1995. Masa tu, adik bongsu aku baru umur 4 tahun.

Ni gambo raya tahun lepas 2008. Dengan theme color purple. Sudah ada anak saudara perempuan sorang, he3x...

So kowang sumer, wishing all of you, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Friday, September 18, 2009

Ho...ho..ho...balik kampung!

Salam...

Last day aku kerja sebelum cuti raya, punyelah malas nak pakai baju kurung atau mana2 opis wear, so wat jer perangai sisters2 UIA yang malas nak iron baju pi kelas, iaitu pilihan terbaik adalah sarung jubah! Cuba menyetelkan apa2 yang patut sebelum cuti raya, tepat 4.30 petang, yeay! Cau! Sempat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kat opis, bos kasik duit raya tahun ni, huhu3x...Then, gerak pi Jalan TAR, nak amik baju raya kat Aunty Mary. Mujur sempat siap, padahal aku baru antar 2 minggu sebelum ni. Biasala regular customer, no hal.

Ni bukan baju raya aku ek. Saja tempah blaus labuh, aku memang suka baju2 cenggini. Kain tu actually aku dah beli awal tahun, ngan kawan aku yang kije pramugari MAS. Balik dari Dubai ari tu, dia berniaga ngan kawan2. Actually kain ni 4 meter, tapi kerat dua, lagi satu kawan aku lecturer UiTM amik, so dapat la 2 meter sorang. Baju raya aku 2 pasang jer tahun ni, satu kurung Pahang tempah ngan Aunty Mary, satu lagi kurung pesak biasa jer, mama aku yang buat. Dua-dua kaler biru. Baju2 tahun lepas masih ada yang elok untuk di pakai.

Lepas amik baju raya, sempat rewang2 tengok bazar walaupun dalam keadaan hujan yang agak2 lebat. Kalau tak memikirkan waktu yang taim tu dah nak berbuka, mau aku terlajak shopping lagi sampai ke tengah malam. Sempat beli beberapa kotak kuih raya walaupun bukan untuk aku, hik3x...Aku nak cari tart nanas jenama Dimas tapi tak jumpa la pulak, sedap!

Sempat beli lauk pauk untuk berbuka. Suka aku ngan gambo ni sebab gambar candid, senyum nampak natural, he3x...Tapi actually, aku ngan adik aku berbuka ngan nuggets jer dalam kereta dulu.

17 September 2009 - Memulakan perjalanan balik kampung, lebih kurang 8.30 pagi. Selalunya aku balik Kota Bharu ikut Gua Musang, tapi this time aku sajer nak pusing ikut jauh, ikut Terengganu, yeay! Walaupun jauh, tapi sajer nak lalu tepi pantai, boring tengok hutan. Alang2 dah lalu situ, so aku singgah beberapa plaza tol ngan ofis AME, sajer nak jumpa kawan2, plus kasik kuih raya yang tak seberapa untuk wira-wira di perbatasan yang tak balik beraya. Chewah, cam program Singgah Raya pulak kan? Oh ya, ni kat Plaza Tol Gombak. Dalam gambar ni, Encik Wira, Operations Executive kat sini. Dia tengah sibuk sebab tengah malam tadi, kan LPT nak start free tol tu?

Lokasi kedua Singgah Raya - opis AME Genting Sempah @ OCC. Masa aku sampai, derang baru abis meeting pasal operasi nak raya ni. Nampak la berpusu2 lori2 Traffic Team, kereta2 Peronda baru kuar dari perkarangan opis, nampak semangat jer derang nak wat kije. Sempat beraya ngan Haji Nazif, Encik Zul, Kak Tinie, Fizlah, Encik Fuad, Seypu, Zubir, Azrul (kesian kena kije taim raya...), Encik Halim, etc. Lupa plak nak amik gambo ngan derang, he3x...

Owh, lalu Temerloh kena jumpa Cik Din ni! Singgah kejap jer, sempat pas kuih raya untuk AME Temerloh ngan Kuantan sekali. Adik aku, pon sibuk nak ikut aku masuk opis jumpa Cik Din .Cik Din sempat kasik 2 bungkus kerepek bawang kat aku, he3x...cam tau2 jer aku suka ngan kerepek bawang itew! Dia sempat pesan ngan adik aku, "Hah, bawok keto tu molek siket, kakok awok tu tok kawen lagi!" Ceh, siot jer...By the way, Selamat Hari Raya Cik Din! Cik memang best!

Ada sesaper yang berminat nak jadik jurutol? Sila hubungi nombor yang tertera yer...Board ni lokasinya kalau tak silap aku dekat ngan Hentian Sebelah Maran hala ke Kuantan. Dekat ngan exit Kuantan pon ada lagi 1 gak.

Singgah Raya lokasi terakhir - Plaza Tol Jabor. Saja singgah nak kasik kuih raya pada KZ tu sebab dia orang 1st yang kasik kad raya kat aku tahun ni, bley? Lagipon dia pon kerja gak taim raya nanti. "Terharu saya, kak..." Tu yang dia dok posing kayu jer tanda tergamam, he3x...Masa ni baru 11.45 pagi, traffic tak jam lagi, so perjalanan lancar.

Dalam pukul 12 tengahari, servis driver bertukar tangan, aku plak yang driving dari sini. Masuk Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu...owh, tidak! Tetiba jam kat sini...que kenderaan panjang giler. Aku dah agak, ni mesti ada polis trafik ni! Hangin jer aku...buat jam lagi ada lah! Bak kata Che Pi, "Sila tunjukkan jari tengah anda yang runcing itu kepada polis trafik tersebut.",huhu, mengong! Aku ingat hala ke Kota Bharu, atas jambatan tu pon jam gak arrr, rupanya tak langsung! So aku pon tak faham konsep dia nak kontrol trafik tu! Dalam dok sesak2 tu, tetiba aku ternampak Hilux berlogo company aku kat depan kereta aku, uiks saper pulak ni? Hmmm...ni mesti Encik Syed nih...Lantas ku dail no tepon dia, hah, memang betul! Teruja jap aku! Pagi tadi sempat gak dia sms tanya pukul baper aku sampai KB, timakacih, cik...

Masuk jer jalan pesisir pantai, aku pecut la, per lagi. Masa tu pon dah pukul 5 petang. Bila sampai kat Rhu Sepuluh, Setiu, aku bawak slur2, harus la, aku kan suka tengok view laut kat sini, cantik! Sepanjang perjalanan ke Terengganu, aku suka view kat Pantai Kemasik-dekat area Kerteh, ada satu tempat kat Dungun kalau tak silap aku Kuala Abang kot, pergh, air laut dia cantik, dan Pantai Kelulut kat Marang. Saya ulang, saya sudah jatuh chenta dengan Negeri Terengganu! Oh, ya. Masa kat Mesra Mall, aku sempat beli roti ngan air mineral sebab aku tak puasa, ha3x...Baik nyer aku cover makan roti tu sambil driving, tup..tup...sekali kat depan ada polis wat road block, huh, kelam kabut jap aku.

Dari Setiu, masuk daerah Besut melalui Kampung Raja (???), then lalu Kuala Besut, masuk Tok Bali, Bachok, Kubang Kerian, dalam 6.55 sampai la kat simpang masuk kampung aku. Alang2 aku dah balik, aku ajak sekali adik angkat ku, si Cairul Hisham yang dah 4 bulan posting kat sini, berbuka kat umah aku, hu3x...Lama giler tak jupe dia. Dia bawak sorang kawan dia nama Wawan yang pandai masak sekali (tapi tak masak arrr kat umah aku kan?). Lepas berbuka, kitaorang borak2 jap kat ruang tamu sampai pukul 10 malam baru derang balik. Pukul 1.30 pagi baru aku tido, bangun pagi tadi sudah wheezing kembali, hu3x...Sokmo gitu, kalau balik Kelantan, mesti lelah...Penat travel kot...

Nota Kaki: Sepanjang hari kat umah mak aku, pantang letak kepala, 'jalan' terus...Malam ni ingat nak sibuk2 kat Wakaf Che Yeh...

Tuesday, September 15, 2009

Mok Su Mulut Gege...

Mirza just got their Kelantanese nick Name!
Mirza's Kelantanese nick name is Mok Su Senoh !


Alifi Alias
Alifi Alias
Mok Su Kepoh..? :D

Iera Pretty
Iera Pretty
hai Kak Mek..memang sesuai 2...hehehe

Maznah Muhamad Nor
Maznah Muhamad Nor
Mok Su Timoh.....Tok Mek Bong....Tok Mek Ngoh...

Mirza Riadianie
Mirza Riadianie
Mok Su Mulut Gege...

Maznah Muhamad Nor
Maznah Muhamad Nor
ah ah la...lupe dah Mok Su Mulut Gege....

Nota Kaki: Masa memula wat kuiz ni tadi, aku dah tergelak besor bila tengok resultnye. Sungguh tak ku sangka nama Kelantan aku adalah Mok Su Senoh! Hik3x...cam tau jer, guru kelas aku masa Darjah 6 Hijau, pangge aku ngan nama Mek Senah, so nama Senah tu memang sinonim ngan aku la kan? Maybe ada kaitan ngan Rosnah Mat Aris juga, huhuhu...

By the way, nama Mok Su mengingatkan aku pada satu karakter sorang makcik ni, kalau tak silap aku sedara mara sebelah arwah papa aku. Masa aku kecik2 dulu, rumah arwah nenek aku tu, selalu di kunjungi sedara mara, sepupu sepapat family sebelah papa taim raya, yang aku tak kenal sorang pown. Dan salah sorangnya adalah Mok Su Mulut Gege. Huh, makcik ni walaupun fizikalnya agak bongkok, tapi stamina vokal dia, pergh...kuat giler! Dan pastinya, mulutnya sangat riuh, bercakap tak henti2, kalau dia turun kereta kat laman umah nenek aku tu, trus, "Assalamualaikum..." Pot...pet...pot...pet...naik tangga, ruang tamu, dapur, balik semula ruang tamu, mulut dia tak henti2 bercakap. Owh ya, "gege' tu kalau dalam bahasa Kelantan, maksudnya macam riuh la. Huruf 'e' tu bunyikan macam kita sebut 'epal', 'e' taling ek? Aku tak sure Mok Su Mulut Gege ni ada lagi ker tak sebab paling last aku jumpa dia pon, masa sekitar 80-an. Memang ghalit la aku tengok dia berborak, teruja sebab dia cakap dalam loghat Kelantan dengan sangat kuat, laju dan riuh, huh! Setakat karakter Joyah ker, Normah Becok ker, memang aku rasa kalah la ngan dia. Yang pasti, aku sama sekali tidak sama ngan Mok Su Mulut Gege sebab aku tak banyak cakap dan agak2 pemalu gitew! Kalau tak, takkan la orang cakap aku sombong kan...

Melodi Raya...


Salam...

Yeay, tak sampai seminggu lagi, kita semua akan menyambut Syawal, cepat betul Ramadhan hampir nak berlalu pergi. Actually, bila dah besor ni, tak terasa sangat terujanya nak raya ni, kalau zaman budak2 dulu memang seronok la kan. Pada aku Ramadhan tu lagi best, suasana bulan nya pun aura dia rasa lain, mendamaikan.

Citer pasal raya ni. salah satu perkara yang membuatkan suasana tu rasa meriah atau membuatkan sesetengah orang terasa2 semangat raya tu adalah LAGU-LAGU RAYA! Nak plak start dari 15 Ramadhan ke atas, stesen2 radio dah start dok pasang lagu2 jenis ni kan? Tak kira lagu lagu tu rancak ker, komedi ker, sedey ker, rock ker, etc, yang pastinya kita layan jer dan setiap lagu ada penggemarnya tersendiri. Tapi kebanyakkan dari kita, aku rasa ramai yang menggemari lagu-lagu raya evergreen zaman2 dulu kan macam Dendang Perantau (P. Ramlee), Selamat Hari Raya (Saloma), Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir), Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri) dan yang lain-lain. Walaupun, lagu2 lama ada yang di nyanyikan semula penyanyi2 angkatan baru zaman sekarang dengan cara mereka tersendiri, tapi rasanya still tak dapat menandingi susunan muzik, feel penyanyi2 terdahulu kan? Tapi still ada lagu2 raya zaman baru ni yang still sedap di dengar dan rasanya mungkin gak akan jadik evergreen satu hari nanti macam lagu Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir), Pulanglah (Aishah), Nazam Lebaran (Dato Siti Nurhaliza).

Aku pon ada lagu2 raya kegemaran aku gak. Kalau dari list lagu2 lama tu, aku suka:

1. Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
-Lagu ni di cipta sekitar tahun 1977, ciptaan Ahmad Nawab. Aku suka lagu ni sebab rasa sweet jer gandingan duet ni, ada unsur usik ngusik siket. Sesuai dengan tajuknya seloka, so elemen usik ngusik, bergurau tu kena ada untuk menunjukkan kemeriahan menyambut Syawal. Plus muzik nya memang membuatkan kita rasa nak berjoget.

2. Balik Kampung (Sudirman)
- Huh, saper yang lama tak balik kampung, kalu dengar lagu ni on the way balik, memang semangat giler nak cepat sampai! Walaupun tang lirik yang awal2 tu, kita tak baper hafal tapi cayalah, tang korus tu, konfem ramai2 bley sambut, "Hohoho...balik kampung! Hohoho balik kampung!" Happening kan lagu ni? Cara Allahyarham Sudirman nyanyi lagu ni dengan penuh semangat, membuatkan kita tak sabar nak balik! Lagu ni di cipta masa aku tadika, tahun 1984.

3. Suasana Riang Di Hari Raya (Junainah M.Amin)
- Lagu ciptaan Kassim Masdor, lirik Yusnor EF, tahun 1973. Suka lagu ni sebab menyerlahkan sifat 'kekakakkan', very the 'kakak2', he3x...Alah yang liriknya, "Marilah adikku, Marilah bersamaku, Ku tukarkan bajumu yang baru..." Lirik simple tapi as kakak yang bertanggungjawab pada adiknya, beri nasihat, ambil berat dan mahukan adiknya happy di hari raya.

4. Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
- Pencipta lagu, penulis lirik, tahun di terbitkan, sama seperti lagu di atas. Antara lagu raya yang bernada sedih yang aku gemari. Walaupun pitching Sanisah Huri ni tinggi, tapi the way dia bawak lagu ni still menyampaikan maksud sedih lagu ni. Penghayatan dia bagus pada aku. Aku tak suka version Anuar Zain, dok beh langsung...terlebih vibrate!

5. Suasana Di Hari Raya (Anuar & Elina)
- He3x...still minat gak lagu Anuar Zain yang satu ini. Nak plak lagu ni di cipta masa zaman aku kanak-kanak, tahun 1986, aku Darjah 2 masa tu. So, sah2 la aku membesar ngan lagu ni. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik Habsah Hassan. Masa kat hostel RPS, aku ngan kengkawan aku ada percubaan nak ubah lirik lagu ni, tapi aku sendiri pun dah lupa lirik tu camner.

Lagu2 raya zaman moden ni, aku suka....:

1. The one and only - Pulanglah (Aishah)
- Seingat aku, lagu ni kuar tahun 1991, ciptaan Adam Ahmad n lirik oleh Aishah sendiri. Aku suka lagu ni sebab kebetulan aku sendiri memang peminat Aishah sejak tahun 1990. Suara Aishah toksah citer la, memang nature vokal dia sesuai ngan lagu berbentuk lara dan sayu hati ni. Masa Tingkatan 1, sebelum skolah cuti raya, aku sibuk nyanyi lagu ni depan kengkawan, duet ngan kawan aku Rosidah Ibrahim @ Shidah. Suara Shidah ni memang best! Cikgu Lean pon admire vokal dia yang halus gemersik itew! Last 2 years, bila aku dengar lagu ni, aku teringatkan seseorang...Tapi takper, tahun ni sempena azam Ramadhanku, dia telah ku singkirkan sedikit demi sedikit...Hmm...lepas raya ni, patut karaoke lagu ni ar kat Red Box. Akan ku ajak kawan2 ku wat Rumah Terbuka Hari Raya di sana, yeay!Oh lagi satu, Setitis Cahaya Di Aidilfitri nyanyian Aishah pon best!

Dari koleksi Dato Siti Nurhaliza...

1. Bila Hari Raya Menjelma
- Ciptaan S. Atan dan lirik Nurul Asyiqin, sekitar tahun 2002 kalau tak silap. Bila dengar lagu ni, aku teringat kat arwah papa aku sebab ada lirik," Pada yang telah tiada, Kunjungilah pusaranya..."

2. Sesuci Lebaran
- Memula aku tak minat lagu ni, tapi ntah camner, waktu aku minat sorang mamat tu, lagu ni yang paling kerap aku dengar, wawawawa...sengal!Terbayang2 dia pakai baju Melayu kain satin nyer yang berwarna biru itew, ensem!

Nota Kaki: Teringat drama raya yang sedey, "Daun Ketupat Kering" lakonan Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Rita Rudaini, Ezany Nizariff dan Intan Azura, sekitar tahun 2005 untuk tayangan RTM.