Sunday, June 21, 2009

Superhero 5 Beradik.


Salam...

Gambar kat atas takde kaitan dengan title yang aku nak tulis ni. Lokasi gambar kat pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu masa bulan aku balik kampung bulan April ari tuh. Cantik pantai kat situ. Dalam gambar tu ada mama aku (yang makin berusia ni memang fotostat muka nenek aku, Tok Esah, ekekeke...), adik lelaki aku Pok Yie, aku n adik bongsu aku, Muzi. (Eh, dia dah besar ler, dah 18 tahun...aku jer yang selalu fikir dia budak lagi, sebab tu dia selalu bengang ngan aku, ha3x...)

21 Jun 2009 - Father's Day! "Kasih ibu di bawa ke syurga, kasih bapa sementara ada". Dulu aku ingat lagi, masa kat hostel, taim tuh, Form 1, sorang kawan aku, Azie @ Noor Azilah Muhammad baru jer kehilangan ayah dia. Masa tu baru lepas abis prep pagi, aku kan suka menyanyi, so aku menyanyi kuat jugak la lagu 'Ayah' oleh Aishah kat dalam study room. Aku tak perasan la pulak si Azie ni ada lagi kat situ, tetiba kawan2 aku cakap, "Weh, Azie nanges la". Aku pon stop, pusing belakang tengok, dia ada nanges kat meja study dia. Aisey...Mirza ni bikin kacau betul la! Serius aku tak perasan dia ada kat situ. Dia terus lari kuar naik ke dorm. Terkedu aku jap, seyyy....Aku tak sure Azie ingat lagi ker tak tapi insiden tu still melekat kuat kat ingatan aku, he3x...

Ayah, Abah or Babah, Daddy, Bapak, Walid, Papa, etc sumer gelaran tu bawak maksud yang sama kan? Kitaorang 5 beradik - Along (aku la tuh...), Angah, Alang, Achik Le & Adik Muzi pangge ayah aku 'Papa'. Papa aku dah takde lebih kurang 6 tahun, dia meninggal sebab kanser usus on 17 Januari 2003, subuh Jumaat, lebih kurang pukul 6.15 pagi kat Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan. Hmm...apa kata aku citer kat sini mende2 yang aku ingat pasal arwah papa aku, ok?


1. Nama papa aku, Muhamad Nor bin Che Ibrahim, tapi kat kampung orang pangge dia Che Harun, aku pon tak sure apsal. Lahir 15 Januari 1949, so kalau dia ada lagi, tahun ni, umur dia 60 tahun la kan? Papa aku anak no 2 dari 4 beradik. No 1, Che Limah, no 3 Ishak, no 4 Hazizah. Arwah mak dia (nenek aku) nama klasik tau, very the 'kampung' and bunyik Kelantan, Mek Bong bin Ismail. Aku mewarisi nama Mek tu bila kawan2 sekolah rendah, jiran2 kat FRU pangge aku Mek sampai sekarang! Papa aku asal dari Kampung Raja, Mukim Panyit, Machang, Kelantan (So darah Kg. Raja tu ada la kat aku dengan tak perlu stay kat Kampung Raja, Besut, he3x...) Dia sekolah kat SK Kampung Pek n SM Hamzah, Machang sampai Tingkatan 5. Papa aku minat n bijak Matematik, tak macam anak2 dia yang 5 orang ni terutama aku, 'bingai', wawawa...Kalo aku terer mesti aku dah jadik engineer ker, accountant ker apa kan. Tak kuasa la aku ngan Maths ni, huh!


2. Lepas SPM , papa aku masuk PDRM, jadik polis la kan? Zaman muda2 dulu dia kurus. Kalo tengok gambo hitam putih dia masa Darjah 6, adik aku Le tu sejibik fotostat muka papa aku. Hah, gambar yang kat atas sekali tu la, adik aku Le, kulit muka, perangai kebanyakkan nyer inherit papa aku masa muda. No polis papa aku 46374. Yang aku ingat, aku lahir jer dia dah kije kat Balai Polis Temerloh (aku tadika pon kat dalam tu) tapi kitaorang menyewa kat Kampung Bukit Pak Silap. Kitaorang dok kat situ sampai tahun 1984. Aku penah jumpa sorang pakcik ni, dia pernah cakap yang zaman2 papa aku kat Temerloh dulu, semua gangster2 Cina takut ngan dia. Huiyo! Kira macam papa aku polis garang la. Tapi aku perasan, papa aku memang ramai kawan Chinese masa kat sana. Antara yang aku ingat Pakcik Chris, owner Hotel Centre Point, Temerloh (tak tau hotel ni wujud lagi ker tak). Then masa papa aku kena transfer ke Ipoh (naik Sarjan), yang pakat hantar ramai2 ikut kitaorang ke Ipoh pon sumer Chinese. Masa papa aku kena kanser usus tu pun, ada kawan Chinese dia yang kirim ubat tradisional Cina akar2 kayu melalui pos ke umah masa tu kat Pengkalan Chepa. Tapi dia tak sempat minum sebab 'pergi' dulu. Tahun 1994, papa aku naik pangkat Sarjan Mejar, kena transfer ke Kuantan, dok kat Alor Akar, mati2 aku tak mau pindah Kuantan sebab aku tau tak best macam Ipoh, ha3x...and memang tak jadik pindah, yeay! Tahun 1999, pindah Taiping, kalo tak silap masa tu, papa aku jer Sub Inspektor kat situ. Tapi 6 bulan sebelum dia meninggal, dia beria2 sangat nak mintak tukar balik Kelantan n finally dapat kat IPK Kelantan, Bahagian Tatatertib, tu la last position dia. Seingat aku masa kat Ipoh, dia pernah dapat Anugerah Khidmat Cemerlang dari Ketua Polis Perak kot n gambar dia received award tu, mama aku still simpan sampai sekarang....

3. Papa aku garang, tak banyak cakap tapi walaupun dia tak pernah tunjuk beria2 yang dia penyayang ngan anak2 dia, tapi satu mende yang aku salute kat dia n mama aku, derang tak pernah lebihkan salah sorang dari kitaorang 5 beradik, sama rata. Kitaorang sumer pernah kena pukul, kurung kat luar rumah kalo degil, malas nak buat kerja sekolah tapi apa yang kitaorang nak semua dapat. Tapi takde la kata mewah beria ker apa, sederhana jer. Seingat aku, apa yang aku nak selama aku hidup jadi anak papa aku lebih kurang 24 tahun, tak pernah gagal di sediakan oleh dia. Macam aku anak sulung dia ni, sah2 la aku antara anak dia yang paling banyak habiskan duit dia kan, he3x...'Anak manja duit n material', wawawa...Masa aku first year matriks, papa aku pernah kasik jap kad ATM Maybank milik dia sebelum dapat duit gomen. He3x...best betul...

4. Sifat papa yang aku kagumi - Pandai jimat duit, bijak menyimpan, belanja ikut kemampuan. Tak pernah pakai credit card seumur hidup. Takde hutang sana sini. Hidup sangat sederhana. Masa aku kecik dulu, kenderaan family cuma motor Vespa kaler hijau. Kalo dia hantar aku gi tadika, aku selalu berdiri kat depan tu. Dia beli kereta lepas ada 2 anak, tahun 1983, tu pon kereta Toyota Corolla 2nd hand kaler gold, plat no CU 3982. Kereta tu jugak yang dia guna sampai akhir hayat dia. Rumah pun dia tak sempat beli atau buat. Kasut, jam tangan, etc dia pakai sampai rosak, baru beli lain. Hah, yang ni aku ada menurun perangai dia sikit termasuk takde sibuk2 nak tukar kereta or nak beli rumah. Bab jimat duit tu jer yang aku tak bole follow lagi, tapi biasalah ada la menyimpan sikit2, bole guna taim2 sesak. Sebelum kawen ngan mama aku, dia lengkapkan dulu umah sewa tu ngan barang-barang kelengkapan rumah sebelum bawak mama aku masuk. He3x...itu juga yang aku buat sekarang. In addition, mama aku memang berkenan dengan bakal menantu yang berjimat cermat!

5. Papa aku suka makan, sama macam aku jugak! Dia suka bihun goreng, laksam, nasi kerabu, nasi berlauk, pulut ikan kering, Murtabak Wan kat Stesen Keretapi Ipoh, char kue teow Canning Garden, nasi ayam Bazaar Bulat, bla....bla...bla...bla...bla...bla....bla....makan, makan, makan, makan,sama macam aku, hu3x...Anak papa!

6. Papa aku suka layan aku bercakap. Dulu kalo balik Kelantan, aku yang duduk kat seat depan, mama aku dok belakang sebab taim tuh, adik2 aku kecik lagi, plus aku adalah orang yang tak mabuk. So sepanjang perjalanan tu, mulut aku akan tanya macam2, "Papa yang tu apa?", "Papa, kenapa macam tu?", "Papa, kenapa macam ni?" Pastu, aku tukaq2 keset, menyanyi la, baca sign board, baca nama sekolah yang aku jumpa sepanjang jalan, ha3x...jangan tak tau habit aku sampai la ni. Kalo aku tengah driving, aku akan suruh orang sebelah aku yang bacakan, wawawa...Pastu aku suka tanya pasal politik kat papa aku, aku rasa macam dia knowledgable jer. Kalo tengok tv, dia paling suka tengok Buletin Utama, Berita Jam 6 kat RTM, Buletin 1:30, tu lah. Kalo hari Ahad, dia akan beli Berita Minggu dan Mingguan Malaysia dan itu pon aku buat sampai sekarang, he3x...

7. Hmm...aku pernah jugak 'perang dingin' ngan papa aku. Masa tu Form 4, lepas PMR. Aku rasa puncanya dia nak aku masuk kelas Sains tapi aku tak mau dan ada la mende2 lain lagi seperti masalah sosial, hu3x.... Lama jugak aku tak bercakap ngan dia sampai awal aku Form 5. Tu pon masa dia kena datang sekolah amik report card aku untuk result periksa akhir tahun Form 4. Masa dia jumpa guru kelas, aku dok sebelah, aku terdengar satu statement dia cakap ngan cikgu aku yang maksudnya, aku ni harapan dia sebab aku ni anak sulung so bole jadik contoh pada adik-adik. Gulp! Papa aku cakap camnih ker, he3x...terus egoku cair, he3x...Tapi actually sebelum tu mama aku pernah slow talk ngan aku gak pasal 'perang dingin' aku ngan papa aku tu, agaknya mama aku pon pening sebab dua beranak ni keras kepala, ahaks! Aku ingat gak, aku pernah kena tengking ngan papa aku dalam kereta sebab failed Maths Form 2 peksa akhir tahun, he3x...Masa tu kat perkarangan hostel, terus dia soh aku turun keta, then dia cabut balik, hu3x...Tu blom citer yang aku buat2 tertido penat bila dia gerak aku soh gi kelas agama sesi petang masa darjah 6, ngelat kuat nih...nak tengok citer Jepun, Maero Attack!

Eh, oklah. Dah panjang nih...nanti citer lagi. Esok nak kerja, dah Isnin...Ehmm...Al-Fatihah untuk arwah papa aku...

1 comment:

  1. maybank atm card?
    aku x tau pun pasal tuh...
    hahah...
    very the matireal gurl uols time tu...
    kan...
    meriahnye....

    ReplyDelete