Wednesday, June 24, 2009

Anak Pakcik Jalaluddin

Salam...

Minggu yang 'mondos', lesu, tidak bermaya, kurang semangat dan yang sewaktu dengannya...Balik jer umah after work, pas Isyak jer, aku 'jalan' terus....Ni pon dalam keadaan terpaksa update blog, tak tau nak merepek apa. Hmmm...kat atas ni gambar anak kedua kawan aku, si Alin @ Siti Fazlin Jalaluddin. Nama baby ni, Adib Uqail bin Zaklie, lahir 17 Jun 2009 ari tu kat Hospital Selayang, pukul 4 petang, berat 3.29 kg. Abang baby ni nama Aniq Uzair bin Zaklie, dah 2 tahun rasanya. Dah lama aku tak jumpa kawan aku ni, padahal duduk kat Kepong tu jer. He3x...makin sibuk la Ibu (mak Alin) bila cucu dah bertambah ni, dua2 hero pulak tuh. Patut la Aniq dengki semacam ngan adik dia sebab picit2 jari baby, hu3x...Nak kena Aniq nih! Eh, Kak Ja dah bersalin ker blom ek? Wywy tunggu masa...Meen pon...Dinah beberapa bulan lagi...isk...bertambah lagi 'anak2 saudara' aku cenggini. Tu budak2 course aku, course lain? Waaaaaaaaa.....

Ni, 'adeq gelapku', Cairul Hisham Jalaluddin (bukan adik Siti Fazlin yer, entiti yang berlainan, he3x...tapi aku penah angkut Cairul ni beraya ke umah Alin). Selamat Bertunang, Dik! Baru jer bertunang ari tu, 13 Jun 2009 dengan pilihan hati, Nurhuda binti Khamis. He3x...punye la lama si cai ni nak tunjuk gambo awek dia ni kat akak dia ni, finally aku tengok sendiri dalam Facebook. Sorry ek, dik, ni gambo sumber dari FB. Cai ni muda setahun jer dari aku, kitaorang kenal masa sesama satu kelas program New Leader Development Program (NLDP) masa sama2 kerja kat Jusco, Mac 2007. Now dia sudah mengikut jejak langkah kaum2 terdahulu dengan resigned dari Jusco, hik3x...Dapat kije gomen as Pegawai Penguatkuasa dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Mei ari tu. Tapi member tensen sebab kena posting kat Tanah Merah, Kelantan. Bila fikir macam kelakar pulak bila lelaki Jawa paling ensem kat Kampung Jalan Kebun, Klang muncul kat Kelantan, macam pelik jer...Tapi tak kesah la, janji dapat kije gomen n rasanya portfolio baru dia nia macam related siket ngan course dia zaman study kat UTM dulu, Kejuruteraan Kimia. Budak pandai nih, skolah pun kat SEMESTA, pandai la tu kan? Oh ya, ni best friend Natrah sejak skolah, pusing2 Nat pulak kawan rapat aku sekarang, pusing2 kat situ jugak. So, tahniah, dik. Kenduri sok, jangan lupa inform, kalo lewat inform, no komen la...akak ko kan sibuk jer macam2 hal. Open house raya tahun ni jangan lupa buat, nak makan ayam masak Palembang dan lontong sentuhan mami mu itew!

Nota Kaki: Tak sabar nak menunggu Julai yang menyeronokkan!

No comments:

Post a Comment