Saturday, June 20, 2009

Kelas Kuning.

Salam...

Hik3x...jumpa lagi! Masih hari yang sama...13 Jun 2009, on the way balik ke KL dari Taiping, aku singgah Ipoh jap. Watper? Jumpa kawan2 sekolah rendah aku. Kitaorang lepak kat Old Town Kopitiam. Kitaorang berempat satu kelas dari Darjah Satu - 1 Kuning, SK Seri Kepayang, Fair Park Ipoh. Ok, biar aku introduce sorang2, ek. Aku kowang kenal la kan yang mana satu kan?

Rumaizatul Adawiah Mokhtar @ Mai
Tu yang duduk depan aku rambut pendek tuh. Now kije engineer kat Ipoh. Aku satu kelas ngan dia 6 tahun smpai darjah 6. Pastu, bila Form 1, kitaorang masuk SM Seri Intan (sebelum aku dapat offer masuk RPS), pon sekelas gak, Tingkatan 1 Anggerik. Mai ni adik beradik ramai, family pon besar, baru last year family dia organized perjumpaan keluarga melibatkan berapa keturunan pon aku tak ingat, tapi memang meriah! Ada la wakil2 media datang, siap ada cabutan bertuah, k? Grand Prize dapat basikal! Mai ni, anak bekas Ketua Kampung Kepayang, Fair Park. So far, aku ngan dia tak pernah lagi la lost contact, tiap kali turun Ipoh selalunya memang aku carik dia. Masa aku sambung belajar kat UIA, dia dapat UTM Skudai, amik Civil Engineering. Aku pernah skali turun Skudai (naik bas Plusliner taim tu, ingat lagi, terkebil2 sorang2 1st time gi sana), saja nak bejalan pi UTM, tumpang tido kat umah sewa Mai kat Taman Universiti. Ikut dia masuk kelas Pengurusan Projek, mujur kat lecture hall, ramai students, so lecturer takde la perasan aku sangat, he3x...Kitaorang plan nak gi Bandung lagi next year, shopping, yeah!

Zarina Abdullah @ Ina
Sama jugak, sekelas smpai Darjah 6, cuma bila masuk Seri Intan, dia masuk kelas 1 Cempaka. Tapi taim subject Pendidikan Islam, kelas kitaorang combined sekali. Kitaorang stay kat satu perumahan PDRM yang sama kat FRU No.5, Sungai Senam, Ipoh, betul2 depan kawasan kompleks sukan, Stadium Perak, Stadium Indera Mulia segala. Blok Ina depan blok aku, so sah2 la aku baik ngan dia kan termasuk family pun memang kenal, mak ayah dia Pakcik Dolah ngan Makcik Midah. Kadang2 tumpang naik motor ayah balik dari skolah, berdua la kitorang dok belakang motor tuh, he3x...pemandangan biasa kan? Kawan satu sekolah agama ngan aku gak, kawan blaja naik basikal sama2 (tu pon guna basikal abang dia, Faizul), kawan lepak petang2 round naik basikal, jalan kaki pusing satu FRU tu sambil gosip2. Aku pernah ajar dia sekali buat kek coklat lembap, huiyooo! Aku ajar kawan aku buat kek tuh....masa tu kitaorang Form 4 ker Form 5 tak ingat, aku gi umah dia tunjuk camner nak buat. Masa dia kawen, aku tak sempat gi sebab masa tu aku kat UIA, tak cuti. Pas kawen, biasa la on off on off, cuma masa aku turun Ipoh beraya dengan derang tahun lepas, dia gagal di hubungi. So, last Saturday tu aku ngan Mai lebih kepada nak jumpa dia sebab nak tau ada la citer pasal life dia sekarang ni. Mendengar cerita, pengalaman dia, membuatkan aku berfikir macam2 pasal perkahwinan, it's not easy, beb!

Syarifah Naszatul Salwa Syed Alias @ Salwa
Anak askar, tiap2 hari gi sekolah naik trak askar tu. Masa tu dia duk kat Kem Syed Putra, Tambun. Penolong Ketua Darjah masa kelas 2 Kuning, dia duduk depan aku. Aku ingat lagi masa tuh, kitaorang gosip dia dengan Ketua Darjah kitaorang, Mohd Fadilah Hamdan (pon anak askar jugak, tapi pas darjah 3, mamat ni pindah Sabah ker Sarawak, langsung kitaorang lost contact...) He3x...sabar jer la kan, kecik2 lagi dah gosip. Tapi masa darjah 5, Salwa dah tukar sekolah, balik kampung arwah ayah dia ke somewhere kat Negeri Sembilan. Tapi pernah la berutus surat. Then masa dia Form 2 ker Form 3, pindah balik ke Ipoh. Pastu dia sambung diploma kat UTM Jalan Semarak, kalo tak silap Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). Pon aku penah ikut dia masuk kelas gak, hu3x...Pastu dia sambung degree kat UTM Skudai, masa aku turun UTM taim tuh, rupanya aku dah temukan balik dia ngan Mai, hah, bole? Aku yang kat UIA ni temukan balik kawan skolah yang derang sama blaja kat UTM, termasuk lagi sorang kawan kitaorang, Norhasmiza Harun @ Yanti, budak FKE amik Elektronik Perubatan. (Hmmm...taim tu tengah famous citer Hindustan 'Phir Bi Dil Hai Hindustani' si Shah Rukh Khan ngan Juhi Chawla, aku bole recall sebab Yanti ni dok ulang2 vcd tu masa aku lepak bilik dia kat Kolej Tunku Canselor). Now, Salwa kerja cikgu kat MGS Ipoh n baru sambung Master Pendidikan kat UPSI specialized Pengurusan Kurikulum kalo tak silap. Dah kawen n ada 2 anak perempuan n husband dia tuh, classmate kitaorang masa Darjah 1, si Wan Shahrizal, Ntah macam mana derang bole terjumpa balik somewhere tahun 2000 or 2001, pastu sangkut, kawen. Pernah la masa derang gaduh, si Salwa tepon aku pukul 3.30 pagi mengadu, ngeh3x...aku dengar jer la macam biasa.

Kan best kalo dapat jumpa balik kawan2 lama especially yang sekolah rendah ni? Tapi biasalah derang, melantik aku sebagai Project Leader untuk menjejak kasih kawan2 lain, bole? Huish, next year 2010, 3rd Reunion budak RPS hostel SPM 1995 pon macam aku di appointed balik untuk organize, kawan2 Group B NLDP 3rd Batch Jusco pun harapkan aku jugak, blom campur yang small gathering yang kecik2 tu, etc...abis tu bila nak slot kenduri aku pulak ni haaaaaa????

Nota Kaki: Kitaorang sumer still ingat masa Darjah 3, si Fariq @ Aqtar Fariq Syahril Othman nak test gunting yang Mohd Fadilah baru beli tajam ker tak, dia gi gunting telinga mamat tu yang kebetulan duduk sebelah dia kat dalam kelas, bengong kan? Mau tak nanges Fadilah, teruk Fariq kena marah ngan cikgu kelas taim tu, Cikgu Fauziyah Ariffin. Now Fariq dah kije ngan TNB, jadik engineer. So saper nak kije engineer TNB, gunting la telinga orang sebelah, wawawa!!! Gurau jer ek, Fariq.

No comments:

Post a Comment