Friday, June 12, 2009

Negeri Cantik Budaya Menarik...


Salam...
Sorry, sibuk, letih dan ngantuk untuk mengupdate blog sendiri. Dah seminggu berlalu, baru nak citer pasal aku cuti gi Teganung, agak2 dah basi, tapi takde la mende2 menarik berlaku pon. Actually, aku ikut kawan aku, si Mahera balik kampung dia kat Merchang, tengah2 antara Dungun n Kuala Terengganu. Dah lama aku nak ngikot dia balik kampung, tapi dah 2,3 kali postponed. So, 5 Jun akku bertolak ke sana tapi agak lewat jugak, pukul 3.30 petang baru gerak coz Kak Matul baru abis stock take pagi tu n aku sendiri gi opis smpai 12.30 tengahari (macam kije gak kan padahal RL). On e way kat LPT, somewhere kat Lanchang, satu incident dah berlaku, he3x...sort of 'bergaduh' ngan keta elit BMW. Salah aku gak, tapi aku memang tak puas ati ngan dia plus memang aku hangat ati taim tuh, mamat ensem tu 'himpit' keta aku ke kiri, aku wat bodo jer, wat keras aku gak. Pastu ada la mende2 laen yang dia wat, termasuk membalas balik apa yang aku dah wat kat dia dulu, ahahaha...aku juz pandang dia dengan pandangan kosong jer. Sat gi kalo aku turun keta n lawan cakap, mau bertumbuk plak aku ngan dia kat sitew. Tapi kitaorang sumer admit, yang mamat tu memang ensem, dah la tinggi, body cun tuh, he3x...Berenti kar RnR Gambang jap, amik wudhuk untuk menghilangkan 'hangat ati'. Aku drive sampai Kemaman, then adik aku sambung sebab aku dah menguap 145 kali sepanjang jalan n taim tuh aku dah penat giler...Masa smpai, mak and nenek Mahera tak tido lagi, mak dia memang best! Kelakar, he3x...

6 Jun 2009 - Hari Sabtu. Kat atas ni gambor 'sata', he3x...Ari ni ikut Mahera gi Besut, tengok kawan dia baru bersalin. Kitaorang gerak daalm pukul 11.15 pagi. Keta banyak seyy kat jalan raya sebab orang balik kampung cuti birthday Agong. First time aku gi Besut dari KT ikut jalan pesisir pantai, cantik giler! Jalan pon straight jer n selesa smbil view nye yang memang superb! Ya, saya sudah 'jatuh chenta' dengan negeri Terengganu, he3x...Sampai Kampung Raja, Besut dalam pukul 2 petang. Gi amik kawan Mahera dulu, si Syikin. Bila nak gerak gi umah Linda @ Felda Selasih kalo tak silap aku, Kak Matul terperasan 2 tayar keta aku belah kiri 'bengkak'. Uiks, terkedu aku seketika. Dah pernah experienced tayar bengkak banyak kali, tapi taim jalan jauh ni 1st time, 2 plak tuh. Mau dekat RM 300 ni, and paling bersyukur sebab sepanjang jalan nak ke Besut tadi, mujur takde apa2 jadik. Dah la sepanjang jalan, mata belah kiri aku berkedip2 banyak kali, macam ada tanda jer. Pastu pagi tu, masa mandi aku jatuh terlentang ke belakang kat bilik air, mujur tak terhantuk ke lantai sebab ada baldi, huh! So jatuh dalam baldi la, wawwa... So, nak ke umah Linda kitaorang tumpang keta Syikin dulu. Makan nasik kat umah Linda, macam best plak walaupun lauk simple; ayam goreng, telur goreng, sayur campur tumis air, ulam2 tapi sebab ada budu, he3x...sedap weh rasa budu tuh, berselera aku makan. Tak lama kat umah Linda, dalam pukul 5 petang kitaorang gerak sebab nak gi carik kedai tayar.

Sementara tunggu tayar keta di tukar, Syikin bawak kitaorang gi minum, makan keropok lekor n sata dulu, tak jauh sangat dari kedai tayar tuh. Yang kat sebelah aku tu la Syikin. Aku kena berbaik2 ngan dia sebab dia ada sorang lagi abang n sepupu lelaki yang single, wawawa...Umur 28, single lagi tu...comey pon comey. Kitaorang lepak adalah dalam setengah jam kot.

Ya...inilah kedai tayar itew...Lokasi kat Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu, Pok Eik Enterprise @ P8.Owner nyer Pok Eik, Naib Presiden Persatuan Peniaga Tayar Terengganu. Ada 3 branches:

1. 939 A, Jalan Nibong Stesen 23000 Dungun, Terengganu (Hadapan Surau Ustaz Omar). Aku rasa ni HQ kot, hu3x...

2. Jalan Pak Baru Sabah 23000 Dungun, Terengganu (Cawangan Dungun)

3. 179-C, Kampung Pengkalan Nyireh 22200 Besut, Terengganu.

Asal ek aku sibuk2 nak amik gambar ngan pakcik nih? Ni la Pakcik Sabri, Manager kat Cawangan Besut. Staf dia cakap kat aku, Pok Eik tu abang Pakcik Sabri ni. Masa staf dia tengah entertained aku dok tanya pasal tayar aku tuh, tetiba jer pakcik nih muncul dari celah2 tayar2 yang tersusun tu. Dia tanya aku soklan. "Macam mana tau tayar ni bengkak?" Aku cakap ler,"Saya tengok ler, pakcik." Pastu dia belek2 tayar keta aku tu. Aku pon tak ingat aku cakap apa, ada guna perkataan Inggeris ker, tapi dia speaking balik ngan aku, hah, amik ko! Tapi speaking English berbau budu la kan...Not bad arrr...Sampai aku tanya dia, "Pakcik ada attend training ker untuk Tahun Melawat Terengganu?" Dia gelak jer. Customer service excellent, aku siap bole negotiate harga tayar ngan dia smpai dapat murah jugak la dari harga biasa, he3x...best kan? Aku siap mintak bisnes card ngan dia n janji nak tolong market kan kedai dia dalam blog aku, hu3x...Masa nak ajak dia amik gambar, malu dia seyyy...Then dia sempat pesan, kalo nak gi jalan jauh2, singgah la mana2 mesjid, kasik derma siket dalam tabung mesjid tu, tak pon derma kat budak2 kecik. Insya Allah, selamat perjalanan, and it's proven. Dia tambah lagi, " Menurut statistik kemalangan jalan raya tahun 2008, 80% punca kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kecuaian pemandu sendiri." Kitaorang pon serius la nak dengar lagi 20% tu punca dari apa. Then dia smbung. "Ok, you can proceed now" smbil tangan dia mempersilakan kitaorang blah sebab dah nak tutup kedai, ceh! He3x...tapi hati saya sudah di tawan oleh keramahan orang Besut, hu3x...Uiks, Besut??? Jeng...jeng...jeng...

On the way balik ke, aku memang dah aim nak stop kat sini. Pantai kat Kampung Rhu Sepuluh, Setiu. Cantik sangat view kat sini. Tapi berenti tak lama la sebab dah nak Maghrib, kitaorang sampai situ pon 6.40 petang. Berenti amik gambar jer, tak sempat nak makan2 ikan celup tepung ker apa. Oh ya, yang belah kiri tu, Kak Matul n yang kanan tu la, Mahera anak Pakcik Embong. Aku suka gambo kat atas ni, 3 different ladies, different character, different style of posing, he3x...Yang paling ayu n pendiam semestinya aku la kan?

Teringat balik masa berlakon Titanic dulu pegang watak Rose Dawson, yeah! Dah la posing ni atas bot tinggal. Tapi macam tak baper feel sebab Leonardo Di Caprio nyer takde, tetiba ada 2 makhluk tu kat sebelah, kacau mood tol lah! Aku memang suka tempat ni! Dating best! Ni nak carik orang Setiu ni, ahaks!

Mahera jatuh!!!! Tu arr dia nak gak lompat taim turun dari bot nih! Kan dah jatuh! Sempat Kak Matul snap incident nih, n aku eksen jer wat2 nak tolong Mahera, huargh3x...Keji kan? Dalam pukul 7.20 petang, kitaorang gerak balik. Aku nak datang lagi sini 1 hari nanti. Plus, aku nak kumpul duit nak stay kat The Aryani Resort, Merang.

7 June 2009 - Redah KT, pun kuar umah lambat gak, dalam pukul 11. Biasalah, gi Pasar Payang kan, ramai giler umat manusia, nak cari parking pon susah. Aku tak shopping apa pon sebab duit dah takde sebab dah shopping tayar kat Besut tuh, ahaha3x...Kak Matul ar sakan membeli belah, he3x...aku tengok jer, sedih aku...

Bergambar ngan telur penyu. Nama pun Teganung kan? Tak beli pon, tumpang amik gambar jer. Mesti mokcik hok jua tu bengkek ngan aku, ada aku peduli? Tapi courtesy la, buat2 tanya harga.
Arghhhh...terserlah lenganku yang besar itew! Sekali lagi posing dengan keropok2 yang terlibat dalam ini wayang gambar! Tak jauh beza ngan Pasar Besar Siti Khadijah or mana2 pasar kat Kelantan, sama jer...Tapi amik gambar nampak la macam aku pelancong kan, padahal sebelah negeri sendiri jer hu3x... Kitaorang kat Pasar Payang sampai pukul 1 lebih, sempat makan mi sup kat situ.

Dalam pukul 2, kitaorang gi Taman Tamadun Islam kat Pulau Wan Man, somewhere kat Muzium Negeri, Losong. Ni kat Taman Monumen, ada 21 monumen sumernya. Nak masuk, bayaq RM 10 jer untuk warga Malaysia, tiket nyer tu ala2 pasport. Lama gak kitaorang spent masa kat dalam tu, rasanya 2 jam setengah, tengah2 panas tu, setiap monumen kitaorang stop amik gambar. Ramai gak pengunjung, ye lah, cuti sekolah, masing2 bawak family. Menarik la jugak kat sini. Gambo2 lain kat sini, aku update later, ok?

Berlatarbelakangkan Sungai Terengganu kat Pulau Wan Man. Cantik view kat sini. Ni aku amik kat monumen Masjidil Al-Aqsa. Boleh nampak gak Jambatan Sultan Mahmud, ek? Tapi dalam gambo ni takde la...

Masjid Kristal! Dari luar memang nampak cantik dan gah. Tapi dalam ruang solat memang mengecewakan aku...Walaupun taim tu 'uzur syar'ie', sibuk gak aku nak masuk dok kat tepi tu. Ntah la, rasanya Masjid As-Syakirin, KLCC n Masjid Wilayah kat Jalan Duta tu lagi best n syahdu kot...

Then, after Asar, kitaorang gerak gi Pantai Batu Buruk. Hmm...layan makan ikan n sotong celup tepung n aku layan air jagung faveretku. Sempat beli jagung bakar n rojak buah juga. Tak larat nak makan jer dok sini. Kalo pagi, sah2 ar breakfast nasi dagang, nasi minyak segala kan. Pantai Timur kan mewah makanan?

Sempat posing kat tepi pantai...meriah betul petang2 kat sini. Bawak family, jumpa kawan2 lepak2, dating, main layang-layang, meriah! Agaknya sebab KT takde shopping mall yang best kot, that' s y datang sini lepak2.

Gerai jual jagung bakar kat tepi Pantai Batu Buruk...sempat di snap dari dalam keta. Apa ajer yang berasaskan jagung aku suka. Jagung bakar or rebus, bubur jagung, air jagung, puding jagung (faveretku di bulan puasa...), 'janggut jagung'? Owh, tang tu tak lah...tapi aku suka orang berjanggut ciput, wawawa...


Sempat singgah Maghrib kat Masjid Terapung kat Kuala Ibai. Kalo tak silap aku, nama rasminya Masjid Tengku Tengah Zaharah. Masa kitaorang sampai tu, ramai Chinese photographer dekat nak 20 orang, bersusun tepi tasik tu nak amik gambar view mesjid ni. Ada contest kot, tak sempat aku nak tanya kat salah sorang tu. Pun terkilan tak dapat solat kat sini atas sebab2 masalah orang fomfuan, he3x...Then after semayang sumer, gerak balik, simggah jap kat Pantai Kelulut beli Keropok OO8 yang famous. Beratur panjang, beb!

8 Jun 2009 - Bertolak balik ke KL dalam pukul 11 lebey. Sekali lagi aku teruja ngan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan sebab ari tu datang dah malam. Area Dungun, Kerteh, Paka, Kemaman memang best! Ni kena datang lagi ni, bole singgah Mesra Mall, hu3x...Bole tak nak apply cuti sebulan nak jelajah Terengganu? Ok lah, nak tido dah la, esok Isnin dah kije, ni dah pukul 2 pagi...

Nota Kaki: Hmm...merindui seseorang yang berasal dari Terengganu. Uiks, ni lagu Ramlah Ram, 'Apa Khabar Mu Di Sana' pulak kuar kat Sinar FM, cam tau2 jer...Ahaks! Tak Mungkin Kerana Sayang...


No comments:

Post a Comment

Post a Comment