Tuesday, June 9, 2009

Sandarkan Pada Kenangan.

Salam...


Hai! Jumpa lagi! Sorry la ek, semalam baru sampai dari Terengganu Darul Iman, Negeri Cantik Budaya Menarik Orang Cerdik, yeah! Saya sudah jatuh cinta dengan negeri pesisir pantai itew dan sudah terpahat elok dalam kepala hotak saya untuk melancarkan Projek Explorasi Terengganu selepas ini, hu3x...Kalo takde kawan2 yang nak join, setakat adik beradik aku pon rasanya dah ok sebab sumer nyer kaki jalan. Gambo2 gi Teganung, nanti aku update later, k?

Well...mamat yang kat atas ni bukan boipren aku tapi dia ada kaitan ngan Teganung coz dia asal sana, somewhere Kuala Berang. Saper dia ni, ek?

Ni Abang Edi, ex-Training & Development Executive kat company yang aku kije sekarang. Nama betul dia, Sheikh Edi Hermee bin Dato' Mat Saat, tu yang dia selalu ngarut ngan aku. Jap2, jadik Tom Edi Cruise, jap2 Sean Edi Connery, bengong kan? Edi Shevchenko pon dia gak. Abang Edi ni tua 4 tahun dari aku, lahir 30 Disember 1974, anak sulung. Peminat P.Ramlee, Jamal Abdillah and Latifah Omar.

Masa ku memula masuk company sekarang, dia yang called aku untuk offer segala.Bilik HR ada 2, so bilik aku tu cuma ada aku, dia n clerk aku masa tu, Norley Shuhaiza Ahmad Idrus. Memang gamat kitaorang 3 beranak. Hari ke4 aku kerja kat sini, aku dah outstation ke Kuantan, Abang Edi yang bawak aku, naik keta Wira company kaler itam. 1st interview session yang aku joined untuk position Project Engineer untuk projek ECE 2 kat Ajil, Terengganu. Sepanjang jalan pergi balik KL-Kuantan-KL, singgah jap kat RnR Genting Sempah, aku dok melayan citer2 bengong dia, terkekek2 aku gelak.

Sepanjang lebih kurang 11 bulan kat sini, dia la yang paling rapat dengan aku; kitaorang share macam2 mende rahsia terutama pasal kerja. Apa2 hal aku memang ngadu ngan dia (aku kan kuat ngadu, nama pun manja, hu3x...), kawan aku makan masa lunch (mana pernah berenggang, beb!), kalo ada gossip, after kerja kitaorang lepak kat Restoran Maju Ahmad layan teh tarik sampai Maghrib, tukang baca doa sebelum start kerja, layan lagu2 lama dari PC dia terutama faveretku Mengapa Di Rindu - Saloma! Dia cukup hafal dialog filem2 lama P.Ramlee, Latifah Omar, etc. Kalo dia kena sound ngan bos, dia kan cenggini, "Apa dia ingat aku ni adik2 dia? Apa dia lupa yang aku ni,bapak mertua dia?" Hah, cuba teka dialog filem apa tu? Kalo dia marah, "Jika mereka mahukan darah, maka darah lah yang akan ku bayar!" Kalo dia nak ngusik, " Air apa ini? Lalu aku pon melayan," Air tebu" dan dia pon membalas, "Hmmm...manis! Macam kau juga!" Hah, teka! teka! citer P. Ramlee yang mana? Hah, gambar yang kat atas tu actually, masa kitaorang duet lagu Sandarkan Pada Kenangan masa company Staff Gathering last year kat Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

Hari ni, bila aku masuk ofis after cuti 4 hari, Abang Edi dah takde lagi kat ofis tu. Before lunch tadi, bila colleague aku sebut2 nama dia tetiba aku rasa sedey, mata aku dah berair pon, he3x...nanges ker? Aku terasa 'kehilangan' abang aku yang best ini. Paling aku suka bila dia pangge aku Adik or singkatannya, Dik n bila nak gurau ngan dia aku pangge dia Abe. Ye lah, aku kan anak sulung, tak pernah ada abang. Masa skolah dulu, aku jeles btol ngan kawan2 aku yang ada abang. That' y bila aku masuk UIA pon, sumer senior2 aku anggap macam abang, kakak. Walaupun kenal dia tak sampai setahun, tapi aku dah boleh kenal taim bila dia marah, sedih, seronok, konfiden, tension, serabut, 'kencing' boss, hilang selera makan, etc..Dia pon tau aku ni camner,'hangin' aku, hik3x...Dia dapat better offer kat tempat lain, kat Jalan Pinang, oil and gas company (yang memang dah lama aim nak kerja), M3nergy Berhad pon incharge Training & Development jugak, tu lah rezeki bakal anak no 3, he3x...

Untuk Abang Edi, Best of Luck kat tempat baru! I will pray for ur success. Do appreciate macam2 mende secret yang sama2 share terutama ur opinion, observation, findings, etc pasal current employer pada saya yang lurus bendul ini, hik3x...Ada 'lobang baek', roger2 ek. Simpan elok2 wallet yang saya beli kat Indonesia tu n sapu tangan farewell tu, buat menyapu si air mata, isk3x...Kem salam kat Ruminah! Yeah! Yeah! Abah ensem balik! (Ni adalah statement yang dia ajar pada anak lelaki dia, si Naufal tiap kali dia balik kerja ye...), teruk kan?

Nota Kaki: Bila view sumer iklan HR Executive kat Jobstreet, rasa macam diri tak cukup ilmu lagi...rasa kerdil jer...Tapi tidak bermakna saya mahu resign yaa...

5 comments:

  1. abg edi mmg best!! suke abg edi...sporting, kalau mengadu..die dengar je...

    ReplyDelete
  2. sye dlu dok kt tmpt kak mirza..
    (hehehe)
    byk2 org kt ctu,abg edi la yg plg dirindu..
    bila bca psl dia ni, reminds me those time dgn dia
    sob..sob..sob..*sigh

    ReplyDelete
  3. Aiyshah...

    Akak dah banyak kali try nak komen blog ko tapi tak bley pon...ko nyer blog tak suka akak ker, wa...

    Cik Seroja...tau awak, Fatin Dalila Hazwani Mohd Azmin ek? Tak pernah jupe tapi pernah tengok gamba, sweet orangnya...Plus, orang site selalu tersasul pangge akak 'Fatin', he3x...camner tuh?

    ReplyDelete
  4. boleh la nk link2..eh..
    hehehe

    ReplyDelete
  5. uik..xleh comment laie ke?
    huhu...
    arituh dah ekjas dah
    xleh gak..nnt org ekjas balik...

    ReplyDelete