Tuesday, June 30, 2009

Aidilfitri Bersama Anuar Zain!

Salam...

Haaaaa...."Lelaki ini yang selalu mencintamu....selalu...tanpa ragu...lelaki ini yang selalu memuja...hanya dirimu..." Mesti korang kenal kan saper penyanyi lelaki yang tertera gambar kat atas tu n yang nyanyi lagu Lelaki Ini tu kan? Yup, pemilik nama Shahrul Anuar bin Zain @ Anuar Zain ni lah penyanyi lelaki pujaan ku yang tetap bertakhta dalam hati aku dari dulu sampai sekarang, hu3x...Lelaki Kedua? Oh, yang tu nama dia Faizal Tahir, so far tak pernah jumpa dia lagi. Aku minat Abang Nuar ni sejak dia mula wat album solo pertama dia, yang ada lagu Bila Resah tu, terbitan Warner Music tahun 1998. Masa tu 'abang' rambut pendek lagi, he3x...Banyak lagu2 best dalam album tu macam Cinta Terindah, Musim Berlalu, Tangisan Naluri, Kaulah Satunya, Jangan Bersedih Lagi, etc, semua best lah! Kalo tak silap, dalam AIM 1999, dia dapat 2 award thru this album, Artis Baru Lelaki Terbaik & Vokal Lelaki Terbaik (kalu salah sorry ek...). Actually dia nyanyi kan dah lama, sumer orang familiar ngan lagu Kain Pelikat n Suasana Riang Di Hari Raya duet ngan Ellina Razak tuh, tapi thru album yang bertitle Anuar Zain tu dia wat comeback arrr kiranya dalam industri. Taim tu student lagi, so mampu beli kaset jer, harga RM 15.90, yang penting original ek, say no to cetak rompak tau!

Abang Nuar lahir 15 Februari 1970 kat Merlimau, Melaka, so tahun ni umur dia 39 tahun la kan? Still bujang trang tang tang lagi, hu3x...Tau kan dia adik pada penyanyi Ziana Zain, tapi bagus la sebab dia naik tak bergantung pada kekuatan nama kakak dia tapi boleh berdiri sendiri dengan kekuatan vokalnya. Aku start betul2 'gilo' kat penyanyi kesayangan aku ni masa dia produced second album dia tajuk 'Anuar Zain' gak tapi yang ada lagu hit Keabadian Cinta! Aku tangkap syahdu giler, beb lagu ni sampai sekarang, jangan memain! Kalo tengok video clip lagu tu, aku memang terasa2 la macam dia nyanyi depan aku, aaaaaaaaaaaaaa.....gilo! gilo! Aku terasa2 keromantisan lagu ini sampai ada impian la nak wat vcd wedding aku nanti, soundtrack lagu ni especially masa scene preparation nak bersanding tu sampai habis, hahahahaha....Masa memula beli album ni, tiap2 hari aku dok ulang lagu ni tak jemu2 sampai beberapa kawan aku seperti Wywy, Alin, Meen, etc terjebak sama membeli album ini, ahaks! Aku tak silap minat lagu bila Keabadian Cinta di nobatkan Lagu Terbaik AIM 2003 kalo tak silap, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Azalea. Abang Nuar, saya sangat2 suka lagu ini! Oh, ya dalam album tu jugak ada lagu2 lain yang korang familiar macam Permata, Kembalilah Kasih, Mungkin, Rindu Belaian, Semua Untukmu & Sesucinya Cintamu.

Oh ya, berbalik pada title kita kali ini (ewah, macam rancangan masak pulak...), actually ni kali kedua aku jumpa Anuar Zain. Aku join majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain kat Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada 8 November 2007 bersamaan 27 Syawal 1428 Hijrah. Masa tu cuti hari Deepavali jugak. Camner aku bley tau? He3x...ntah macam mana aku terbukak website Anuar Zain Network taim tuh, nampak jer derang advertised, tanpa ragu2 aku terus email organizer and bayaq RM 80. Ok what, tak mahal mana pon. Menjadi mangsa untuk ngikut aku beraya ngan Abang Nuar adalah Kache, aiya! First taim aku jumpa Abang Nuar masa dia datang wat show untuk Jusco Fest kat Jusco Metro Prima, Kepong, somewhere 2005. Taim tuh dia rambut panjang lagi. Kebetulan aku baik ngan pengurusan shopping centre, so before Anuar Zain balik, derang bawak dia masuk ofis jap. Macam bangga siot bila Kak Rozi Admin Officer MPSC introduced aku kat Abang Nuar, " Anuar, this is your big fan! Tiap2 hari dia called I tanya, betul ker Anuar Zain nak datang?" Ceh, Kak Rozi nak bocor rahsia la! Masa tu aku bawak sumer album dia and jangan jeles, dia mintak nak sign autograph kat sumer album original milikku itew n sambil dia sign, dia borak ngan aku, hu3x...Actually, ada gambar kitaorang berdua taim tu, tapi dah ilang, isk3x...By the way, bos2 aku yang lelaki kat Jusco dulu majoriti tau betapa minatnya aku kat Anuar Zain ni, he3x...Ex Store Manager aku, Encik Ropi, pernah jumpa Abang Nuar solat Jumaat kat Masjid Shah Alam tu. Bos aku tegur, "Encik Nuar kita tak kemana2 hari ni?" Lalu dia menjawab,"Oh, tak. Hari ni saya solat Jumaat jer". Lantas terpacul soklan bodoh dari mulut comelku, "Hik3x..Anuar Zain semayang, cik?" "Iye...dia pakai pon kemas, memang patut la awak minat dia!" Wah! Suka! Suka! Bos highly recommended aku minat Anuar Zain, lagi gediks la aku di watnya, ha3x...

Memang dia Jejaka Idaman Malaya! Kalo korang ingat mula2 kontroversi pasal peminat perempuan peluk dia tu, kalo tak silap aku masa event ni la (tapi bukan gambar ni tau!) Boleh di katakan 98% peminat yang datang tu, majoritinya PEREMPUAN! Tapi bukan cikai2 la, sumer kerja best2 macam Finance Manager segala. Abang Nuar memang sporting habis layan peminat, nampak sangat dia appreciate kitaorang, charming, sopan santun, segala-galanya lah! Macam redha jer kan kitaorang 'berkongsi kasih' lelaki yang sama, gitew! Dia sangat sabar melayan karenah peminat, no wonder perempuan boleh ramai minat dia.

Antara reaksi wajah spontan! Dia boleh pergi dari satu meja ke satu meja untuk layan peminat, amik gambar segala. Aku rasa ada 16 meja taim tu, setiap meja ada 10 orang. Meja kitaorang meja nombor 10. Punyelah lama nak tunggu turn sebab semua orang nak tahan dia lama kat meja masing2. Ye lah, saper tak mau luangkan masa ngan Jejaka Idaman Malaya, beb! Sementara tunggu giliran tu, organizer pasang koleksi lagu2 dia, so aku ngan sorang budak UiTM kat meja aku tu, dok nyanyi non stop, sajer nak tarik perhatian Abang Nuar, hu3x..dan ternyata taktik tu berjaya sebab nampak reaksi wajah dia berpaling suka bila ada peminat hafal lagu2 dia.

Yaaaa...dia tengah sign cd milikku, aku sorang jer tau yang bawak cd, poster dia n gift untuk dia kat meja tu la. Masa tu album baru dia baru keluar, yang ada lagu Lelaki Ini yang famous itew! Macam biasa lagu2 dalam album ni best walaupun kontroversi melanda pasal banyak lagu2 ciptaan dari komposer seberang. Tak kisah la, dia memang pentingkan kualiti and melabur banyak untuk album ni, dan the most important, koleksi lagu2 dalam album ni memang taste peminat2 dia. Selain lagu Lelaki Ini, aku suka jugak lagu I'm The Lucky One, Ketulusan Hati, Tinggalkan Aku, Kau Bunga Cintaku, Hanya Milikmu, Bidadari, Jangan Pernah Lagi dan semestinya Teman Terulung.

Chantek kan gambar ni? Bukan main lebor lagi aku senyum...Korang ingat tak aku pernah cakap aku suka lelaki tinggi? Haa...takyah tinggi yang beria2, macam ni pon dah memadai, he3x...Tak cukup dengan digital camera, ku usung jugak Sony video cam aku untuk record apa2 yang patut termasuk la aku mintak Abang Nuar wat ucapan Selamat Hari Raya, ewah, macam dalam tv pulak. Koleksi gambor2, video tu sumer, cukup untuk membuatkan aku 'meroyan' sepanjang tahun 2007 sehingga ke 2008, huargh3x...

Bergambar kenangan buat kali terakhir sebelum dia beredar ke meja nombor 11. Puas ati la dapat jumpa dia face to face. Aku tak cakap banyak ngan dia sebab yang lain sibuk nak bercakap, so aku dengar jer. By the way, aku bukan lah peminat fanatik Anuar Zain cuma peminat setia dia jer. Tak kisah la apa orang cerita pasal dia pon, aku tetap suka pemilik vokal nama ANUAR ZAIN! He's the best! Love you, Abang Nuar!!!!

Nota Kaki: Yeay! Tak sabar nak tengok dia perform kat Istana Budaya Khamis ni, 2 Julai - Konsert Lelaki Ini....

No comments:

Post a Comment