Wednesday, June 3, 2009

Mengapakah...

Salam...

Tubuh aku rasa tak larat, dalaman walaupun luaran nampak cergas. Pagi tadi aku di surprisekan ngan 'incident' yang mengejutkan diri sendiri, uwh! Walaupun tanda2 nya dapat di kesan sejak malam tadi, tapi cuba menafikan hakikat itu. Tapi still prepared apa2 yang patut. Tapi bila beberapa jam kat ofis, aku rasa laen macam...eh, bleeding lah...Emosi perempuanku sudah mula terganggu tapi cuba bertenang dengan cuba concentrate pada kije yang bertimbun dan berbalas email dgn geng2 Konsert Lelaki Ini, hu3x...Not bad, emosi agak terkawal. Knowing me, aku tak bley simpan sorang2, nanti emosional so ku carik kawan2 yang sesuai dan ku percaya untuk shared; Kak Tinie OCC (tepon), Shahril (sms), model kegemaranku Che Pi, ahaks (email) n Sha Tuyee (tepon). Owh, Kache semestinya (tepon). Sumer soh aku gi medical check up cepat2.

Atas recommendation Kak Tinee berpuluh2 kali, after balik kije, aku drive menuju ke Poliklinik Aisyah @ Taman Samudera, pukul 7 malam taim tuh. On e way gi klinik, Natrah called, mata aku dah berair, dia soh aku rileks (actually masa shared ngan Kak Tinee n Sha pon aku dah nak nanges, manja btol!)

Sampai klinik, gi kat kaunter, pembantu klinik yang ramah itew menyambut aku dengan meseranya! Pas dia tanya details aku, mintak IC segala, dia tanya apa masalah ye? Aku pon dengan berhati2 menjawab, "Saya rasa macam ada masalah bla...bla...bla...bla..." Dan gadis itu menjawab seperti teruja, " Oh, pregnant kot!" Terkedu aku di buatnya! Lalu saya menjawab, " Saya tak kahwin lagi yer..."perlahan...Lalu mata saya berair kembali. Gadis itu mula merasa cuak dengan tingkah lakunya dan tingkah laku aku skali, di khuatiri aku akan menanges dengan jayanya di kaunter itu, lalu di pujuknya dengan ayat2 yang menenangkan.

Rasa macam lama menunggu giliran berjumpa doktor, sambil mata aku tertancap ke beberapa poster pendidikan kesihatan yang terpampang kat klinik tu. Sebelah ku, seorang perempuan mengandung yang ku agak usia kandungannya 6-7 bulan. Pesakit lain, beberapa pasangan suami isteri dengan anak kecil mereka. Eh, aku datang salah klinik ker, ek?

"Mirza!", laung pembantu klinik itu dari bilik doktor. Dengan langkah penuh debaran, aku melangkah perlahan dan sampai di muka pintu, sudah ku nampak wajah seorang doktor perempuan tersenyum memandang ke arah ku yang wajahnya sangat cuak seperti budak kecik yang kena tinggal dengan maknya kat klinik! "Jemput duduk", doktor bertudung itu mempersilakan. "Apa masalah yer?" Dan aku menarik nafas panjang sambil mengumpul kekuatan untuk bercerita padanya. Hmm...aku pon ada salah jugak sebab tak pernah ambil berat beberapa tarikh penting yang patut ku tandakan 'merah' di dalam kalendar kecil. Hmm...pengajaran yang berguna ku rasa. Selepas beberapa ketika sesi soal jawab itu berlangsung (bila doktor tu cakap pasal darah 'istihadah', aku mula rasa tak sedap hati...), dia minta aku baring kat tempat yang di sediakan.

Setelah aku baring, doktor menghampiriku dan menekan beberapa tempat di sekitar perutku, sambil bertanya, "Ada rasa sakit tak?" Ku jawab, "Takde, tak sakit pun." Beberapa ketika, dia bertanya lagi, "Boleh saya scan perut awak?" Mak aiiii...sakit apakah ini? Harus ker aku nak jawab tak mau! tak mau! sambil meronta kat doktor itew! Ha3x...Aku boleh tanya,"Doktor, scan tu sakit tak?" bila aku tengok dia macam ada sapu gel kat alat scan tu. Doktor tergelak kecil, "Tak sakit lah, rasa sejuk jer..."Buat pertama kalinya, aku melihat perut aku di scan macam orang pregnant padahal aku kawen pon blom! Doktor dengan muka yang serius, sambil menggerakkan scanner tu di kawasan yang berkenaan sambil matanya melihat 'monitor' dan explain kat aku, "Ni uterus awak, ataupun kita pangge rahim, bla..bla...bla...bla..." Menurut doktor, ada little bit different ngan kebiasaan orang lain, tapi nak kata fibroid, bukan, mungkin dari aku kecik memang cenggitu rupanya. Ya Allah, Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu dan ketika itu terutamanya bila dia mentioned pasal 'ketumbuhan' itew, tapi takde apa2, lega. Then dia tanya lagi,"Boleh saya periksa ovari awak?" Hah? Ovari? Oh my god! Rasa nak nanges, siot! Lalu dia periksa dan menunjukkan mana ovari kiri dan mana ovari kanan ku. Aku tak nampak clear sangat, ye lah mana la tau kot rupanya macam dalam gambarajah masa kita blaja Sains Tingkatan 3 Bab 1 dulu, luper? Habis di periksa, perkataan keramat yang ku dengar keluar darui mulut doktor, "Ok, awak takde apa2..." Sekali lagi, mata aku nak berair tanda syukur sangat2 dan mulut comelku bertalu2 mengucapkan terima kasih tak terhingga pada doktor yabg baik itu. Doktor tu kata, mungkin di sebabkan perubahan hormon sebab orang fomfuan ni kan di pengaruhi oleh 2 kelenjar ek, pituatari n lagi satu tu ovari tu kot (sorry kalo salah ek...). So doktor tu just kasik aku evening primrose oil n tengok next month macam mana. Kalo tak ok gak, baru dia kasik pil nak stabilkan hormon. Aku memang cakap ngan doktor tu, yang aku memang risau sangat2, takut ada penyakit apa, ye lah kat dalam tubuh mana kita nampak, nak plak sakit2 orang pompuan ni..isk, memang tak senang duduk aku di buatnya...Maybe aku terlalu penat pon bole jadi sebab, terlalu aktif tak cukup rehat or ambil apa2 ubat untuk sebab2 tertentu pon boleh jadik sebab perubahan hormon. Berat badan naik pun yer. In terms of ubat, aku dah lama 'putus ubat' lepas kena asthma teruk 11 April lalu. Mungkin kesan steroid pun yer tapi sebelum ni pon doktor pernah banyak kali kasik kalo asthma aku teruk sangat.

Kepada kawan2 ku: Kak Tinie OCC, Shahril, Che Pi, Sha Tuyee, Natrah, Kache, clerk ku Aimi, thank you for listening...do appreciate it very much!Sesungguhnya di saat2 perkara2 camni yang sensitif bagi aku, kowang sudi dengar or terpaksa layan untuk tenangkan aku, he3x...Thanks again! Sayang kowang sumer, muah!

1 comment:

  1. Sambil baca citer ko ni, lagu yg kuar kat blog ko is 'Sekali Ini Saja'.. terus rasa sayu..
    Anyway, jgn lupa makan ubat..

    ReplyDelete