Ari ni 20 Jun 2009, tapi aku baru terhegeh nak update citer last weekend, he3x...Weekend ni aku tak ke mana2. Patutnya aku macam tolong2 kawan aku untuk Karnival Rakan Muda tapi dok tunggu dia kontek dari semalam takde citer, so aku pon diam jer la. Pagi tadi gi ofis nak settle kerja apa yang patut, pintu ofis aku plak kunci, hisk, bengang btol! Semangat aku pas breakfast tadi walaupon dalam keadaan ngantuk, gagah gak nak gi opis. Dah berkunci tu, sudah terang lagi bersuluh yang Tuhan memang nak soh aku rehat kat umah this weekend kan? So sambil melayan citer Baazigar kat TV3 ni, he3x...(Hindustan ker?), aku memilih untuk bercerita kat blog ku ini.
Last week, 13 Jun aku turun pi Taiping. Yeay! Aku pernah tinggal kat sini dari tahun 1999 sampai pertengahan tahun 2002 sebelum aku pindah Kelantan. Family aku tinggal kat Berek Polis Jalan Temenggong, betul2 dekat ngan Muzium Perak, Penjara Taiping, Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, tu sumer kira kat belakang umah la, memang dekat sesangat. Pastu kalo nak gi bandar, aku selalu jalan kaki jer, dekat gilo. Dekat ngan SM King Edward VII n SM Treacher Methodist (tapi aku tak skolah sini la...) Sempat gak pusing2, berek yang kitaorang duduk tu dah takder, derang robohkan wat baru. Maybe nak wat IPD baru kot. Tujuan sebenar aku turun Taiping ni sebab nak attend kenduri junior aku masa sekolah menengah, Nurul Shima Mohd Shahrir kat Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Changkat Jering. Dah 13 tahun tak jumpa, bole jumpa balik kat Facebook, best kan?
Haa....ni la Shima. Dia junior aku setahun, meaning umur dia 30 tahun. Dulu kitaorang satu dorm masa aku Form 2, dorm A7. Minah ni sangat sempoi dan gila-gila tapi manja, hu3x...Masa Minggu Orientasi Tingakatan 1 1992 tu, dia yang dapat award Miss Sporting. Then, kitaorang sama2 school prefect n satu platun kadet polis. Aku Squad Leader tahun 1995, then tahun berikutnya tu, dia yang ganti aku. Tahun sebelum tu, 1994, squad leader nya Kak Zura @ Norazura Zulkifli, tu yang bergambar sebelah Shima tu. Dua2 cun n fotogenik kan? Aku pangge Shima, 'Tyra Banks' sebab dia macam model, hu3x...
Ni Qayyum, putera sulung Kak Zura. Umur 9 tahun, budak darjah 3, skolah Sam Tet kat Ipoh. Nampak pendiam n cool jer, suka amik gambar.
Adik si Qayyum, Qaish yang comel! Umur baru 3 tahun, tapi petah betul bercakap, tot,tet,tot,tet, tak pelat pulak tu. Bila aku pangge dia adik, dia betulkan aku balik, ni Abang, he3x...Ye lah, dia pun bakal jadik abang dalam masa beberapa bulan lagi, tu yang bangga bahasakan diri dia Abang tu kan? Bagus ar camtu, at least dia ada rasa tanggungjawab pada adik dia nanti kan? Comel betul!
comelnye k/mirza...bile nk jumpe ye?
Ahaha...ni aku copy kat Facebook, comment junior 2 tahun dari aku, Shadiza Hany Basirdin bila Kak Zura upload gambo kat atas ni. hu3x...Aku rasa mungkin dia salah tulis kot, maybe dia nak komen Kak Zura yang comel tuh, bukan aku. Sah2 muka aku macam orang ngantuk, mata macam orang tak cukup tido sebab malam sebelum tu aku tido pukul 3 pagi. Then 10.30 pagi dah gerak pi Taiping. Dan lagi, aku tak pakai make up, simple jer.
Bergambar ngan family Kak Zura. Dah lama betul aku tak jumpa bekas Squad Leader aku ni, rasanya 14 tahun kot. Pon jumpa balik dalam Facebook. Walaupun dah beranak pinak, now tengah pregnant 5 bulan yang no 3, tapi maintain lawa tu, beb! Dia kata pas ni tunggu kenduri aku la pulak, uiks, tak tau bila tu, kak. Kalo jadik saya jemput yang kat KL punye la kan, memang plan nak wat majlis resepsi untuk kawan2. Berangan nak wat kat Taman Tasik, senang yang dah ada anak2 tu nak biar anak2 derang bertebar kat padang, wawawa...Nak jemput gi Kota Bharu, jauh sangat pulak. Oh ya, majlis resepsi ini adalah untuk kengkawan pengantin pompuan saja, ek, kalo pengantin lelaki nak jemput kengkawan dia, kena share duit sekali, apa kes nak tumpang2 aku kan? Uiks, Qaish malu2 nak bergambar ngan anak dara yang pegang dia, he3x...
Hulubalang yang bakal escort pengantin, kelesss uols! Dayang2 pon ada jugak tapi baik amik gambor 'ayam muda' kan, ngeh3x...Aku rasa budak2 skolah kat Taiping jugak.
Live band pon ada! Penyanyinya pompuan pakai tudung, saiz besor sikit dari aku, pakai kebaya hitam. Gerammmm jer aku bila tengok orang nyanyi ngan live band ni. Nak plak dia nyanyi lagu yang aku nak try, Laguku Untukmu - Meet Uncle Hussin. Kalo sesapa nak aku perform ngan live band masa kenduri kowang, kasitau awal2 ek, aku nak praktis dulu,ceh. Paling last aku nyanyi ngan live band tahun 2005 kat Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Pasangan suami isteri yang tak duduk diam atas pelamin. Berborak sesama sendiri atas pelamin, he3x...sempoi. Aku rasa, aku sok tak sesuai nak bersanding atas pelamin, berarak segala sebab tangan aku mesti tak dok diam nak melambai2 kat kawan2 yang aku nampak, pastu macam terjerit2 kecil excited kan? Ex-roommate aku kat UIA, si Dinah pernah kata, kalau aku bersanding esok, memang dia rasa nak gelak guling2 dari jauh lagi, sebab dia kata aku nampak kelakar kontrol ayu kat atas pelamin tuh, arghhhh!! Memang aku tak dok diam ek? Salah aku ker? He3x...Nota Kaki: Tak sabar nak tunggu 5 Julai 2009, Girls Day Out! Tak sure Red Box mana lagi, sama ada The Curve atau Garden Mid Valley. So far 10 orang dah konfem nak join, sumer batch ada. Mesti havoc! Hopefully jadik arrr...




hai sis..nak tnye skit..nurul shima mohd sharir tue..now umo dye 33 kan?sy nak sgt contact dye..coz dye dlu kakak angkat sy ms kami dlm kadet polis tahun 1996..(itupun if sy tak silap org coz lm sgt tak jmpe)
ReplyDelete