Saturday, June 19, 2010

Family ku & Fotografi.

Salam.

Sekarang ni macam jadik trend kan, semua orang ke hulu ke hilir usung DSLR segala, kamera yang macam2 jenis. Ko ada? Aku takde, he3x...Kalo tengok gaya poyo aku dalam gambar nih, ala2 kunun macam ada gaya la kan jadik photographer. Tapi percayalah, sebagai model 'boom boom pow' yang sedang meningkat naik, setakat nak nampak fotogenik dalam gambar tu, aku takde masalah, wah! Sebab walaupun aku tak di kategorikan cantik fizikal macam general perception yang umum selalu define seperti Maya Karin ka, Fasha Sandha ka, Eva Longoria ka, etc, tapi alhamdulillah, 'set2' cam aku ni, ada jer yang puji aku ni manis, wah! Kan sweet tu nampak lebih cool dan menyenangkan! Serba serbi sederhana. So di sebabkan kelebihan ini, aku kira, aku lebih sesuai jadik model berbanding photographer, hik3x...Takyah posing2 beria2, aku sengih jer, automatik tulang pipi aku naik dan photographer snap jer, nah! terhasil la gambar yang natural beauty, wah! melampau kau! Tapi maybe jugak sebab aku takde ilmu, so that's y minat tu tak datang. Cuba kalo aku explore, silap2 aku yang berabis duit untuk fotografi ni, adehh...
Berbeza ngan 3 orang dalam gambar ni, derang bersekongkol baik punyer dalam fotografi. Yang kuat berangan, perasan ala2 Heidi Klum tersandar kat pokok tu, adik aku Pok Yie, Art Director yang cemerlang sebab kuat berangan so dia kreatif! Yang pompuan tu, kakak dia iaitu adik aku, si Maznah @ Angah, berkongsi minat yang sama ngan husband dia, si Ezi yang berdiri sebelah dia tuh. Tapi adik aku tuh, lagik suka posing, husband dia yang jadik photographer; sometimes wat freelance. Hmm...sesuai la derang ni di jodohkan sebab derang nyer interest sama, walaupun dari segi karakter, hayyo! macam langit dan bumi!

Hmmm...mama aku takde unsur2 fotografi, tapi gambar dia masa muda lepas kawen ngan arwah papa aku, leh tahan banyak, dan semua masih tersimpan rapi dalam album. Arwah papa aku pon bley di kategorikan suka amik gambar jugak sebab dia dulu pun ada kamera yang ala2 DSLR tu, walaupun taim tu cuma pakai kodak gulung, he3x...Apatah brand kamera tuh, Yashica kalo tak silap. Eh, aku sempat la blaja guna kamera tu dulu ngan arwah papa aku, walaupun angle yang aku amik macam 'haram', wawawawa...

Pok Le, so far takde unsur2 tu lagik tapi adik bongsu aku Muzi, hah, yang ni memang berangan model! Sangat la suka nak bergaya dan posing. Asal gi Wakaf Che Yeh, ada jer sandal yang nak beli sampai mama aku bising. Baju lah, perfume lah, rebonding rambut la, apa lah! Bukan macam along dia, comot jer, ngeh3x...Btw, walaupun tak semua adik beradik aku, termasuk mama aku minat kamera tapi ku kira lengkap sebab ada yang berbakat jadik photographer, selebihnya adalah model! Termasuk Cik Pya, the one and only 'anak menakan' aku. Aku rasa kalo arwah papa aku ada lagik, konfem dia akan join memainkan peranan sebagai photographer! Sebab kalo tengok album, memang banyak gambo yang dia amik. He3x...amat genetik kan?

Nota Kaki: Kowang rasa 'tok laki' aku sok, bakat dia dalam fotografi ker modelling, ha3x...


5 comments:

  1. Aku rasa memang family ko berbakat dalam seni. Cuba ko suruh mak ko pegang kamera ke, mikrofon ke, entah2 bertukar jadi artis/photographer yang selama ni korang tak tau wujud dalam diri mak ko.

    Tapi memang seronok kalau adik-beradik ada minat yang sama. At least boleh buat outing untuk ambik gambar.

    Aku rasa yie memang patut keje ambik gambar. Nampak sangat dia berbakat. Jgn sia2kan bakat anda (huh, bunyi macam fazilah kamsah).

    ReplyDelete
  2. Kann...amat genetik! Semalam aku borak ngan adik bongsu aku, dia kata lepas STPM dia nak amik course yang berkaitan seni antaranya fotografi! Adehhh...pingsan jap! Sebab siang tu aku baru tulis entry ni.

    Baiklah! Cuti raya tahun ni, maybe salah satu aktiviti kitaorang adik beradik ialah untuk wat audition untuk mama aku! Yeah, masa untuk membuli Cik Zah seperti biasa!

    ReplyDelete
  3. che pi, mama memang minat seni... seni menjahit...asal balik umah je.. dia menjahit... kitorg bangun tdo je, dia menjahit, kitorg balek main bowling pun maintain menjahit gak... tgh2 tgk tv pun leh menjahit gak... mesin jahit mama sorg pun da 3... tu klu camera dia pegang... agaknye lagik banyak camera la dia jawabnye...

    ok ok.. berbalik kepada petikan diatas,
    "Aku rasa yie memang patut keje ambik gambar. Nampak sangat dia berbakat. Jgn sia2kan bakat anda (huh, bunyi macam fazilah kamsah)."
    blushing tetibe jew.... ade org cakap, "1st 10k picture is worst from ourself".... if i'm not mistaken la... dalam laptop nie x cukup lagik 10k... bila total bru je 7.67k pic je... so... that is worst for me... hahahah.. cukup je 10k... nak wat portfolio nak anta kat mmber... (dia pernah mintak portfolio last 2 months utk tunjuk kat boss dia kat PTS publisher & nak anta kat Utusan Malaysia as Cadet photographer)mungkin next year trip leh capai 20k...

    *bila nak wat outing skali?!

    ReplyDelete
  4. Bravo yie!
    Ambik je gambar byk2. Practice lagi dan lagi. Aku pun kene berlatih lagi. Byk subjects nak ambik, tapi rasa macam lense aku terlalu elementary for anything beyond basic photos. Takpe, nanti ada rezeki, lense akan diupgrade.

    Kalau dapat publish gambar kat mana2, tu dah kira bagus tu... boleh include dalam profile, and once you have a strong profile, jobs will keep coming in.

    ReplyDelete
  5. (Rasa terasing dalam ini conversation sebab aku takde kamera, he3x....)

    ReplyDelete