Monday, June 28, 2010

My Solfege Class!

Salam.

Burp! He3x...aku baru pas makan nasi kerabu, lauk daging bakar, telur masin dan solok lada, my faveret! Hari ni aku sampai umah awal, ntah ngape Federal Hiway tak jam, kompius aku. Hari ni penat mental siket. Tadi ada orang tegur aku lagi, kenapa lately ni aku nampak tak ceria macam biasa, especially after bos aku balik dari maternity leave. He3x...jahat btol derang ni observe aku ek? Actually, aku rasa macam biasa jer tapi tu lah, maybe derang rasa Mirza yang 'riangnya dia ini' tu dah ilang kot? Nothing happen actually, cuma bila ada bos tu, macam kena behave siket kot, gitew!

Ok, semalam aku karaoke kan? Hari ni, masa kat ofis, aku rasa macam nak gi Red Box lagi dengan rasa gatal tangan untuk pegang mic takde wire tuh! Rasa macam tak puas nyanyi, ha3x...Nak nyanyi, dan nyanyi lagik! Kawan aku Choral cakap, aku memang talented dan passionate ngan singing? Hai meh? Cakap pasal talent, maybe btol aku ada siket 'suara' tapi aku tak sure bley jual ker tak, he3x...Pasal singing ni passion aku ker tak, tu pon aku tak pasti, tapi memang dari kecik aku suka menyanyi. Aku rasa macam leh flashback aku nyanyi tak pakai baju, tangan kiri ala2 pegang mic (walaupun eksen jer...), ala2 perform depan arwah papa aku. Aku rasa sangat syok bila menyanyi especially kalo kita dapat feel lagu tuh, menyanyi dari hati. Tapi aku tak sure kalo nyanyian jiwa aku tu sampai pada kawan2 aku ker tak, ha3x...Kawan aku Choral tu, paling suka duet aku ngan Ady Nyet lagu 'Terlanjur Cinta'.

Tapi aku cakap ngan kowang, menyanyi bukan perkara mudah, kutuk nyanyian orang mungkin mudah! Tapi aku rasa aku patut rasa bertuah sebab aku berpeluang untuk join kelas muzik kat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara sebagai preparation untuk 2nd audition Koir Kebangsaan 31 Julai depan. Aku kena attend 9 kelas; 2 kali seminggu kat JKKN, Jalan Sultan Ismail. Kelas aku setiap Khamis, 8 - 10 malam dan Ahad, 11 pagi - 1.30 petang, bermula 24 Jun ari tu sampai la 29 Julai. Ingin aku ingatkan sekali lagi, aku belum di terima masuk koir tu tau, baru di pilih untuk 2nd audition. So hopefully, bila attend kelas ni, kitaorang akan mencapai standard yang derang nak, gitew!

Kelas kitaorang ni di namakan Solfege Class; ada 3 group-Permata Seni Koir; Koir Remaja Kebangsaan dan Koir Kebangsaan untuk dewasa. Huh, tiap kali kelas, memang meriah budak2 Permata Seni Koir ngan parents budak2 tu sekali. Suasana yang cukup mengujakan! Macam kitaorang ni, suppose ada 20 orang, tapi masa first class tu, 10 orang jer yang datang. Ada HR macam aku, ada arkitek, tapi mostly students la; dari UNITEN, UiTM, Ocean, etc. Ada sorang tu, baru grad UiTM, amik vokal. Orangnya kecik molek, kurus jer tapi vokal power siot! Masa first taim aku dengar dia bercakap pon, aku dah leh agak dia blaja vokal. Tenaga pengajar aku muda lagik, baru 25 tahun, grad UiTM, Degree Music ngan 1st Class, main piano kalo tak silap.

Kelas pertama, dia ajar 'Solfeggio'. Alah, Do Re Mi Fa So La Ti Do. Wey, bukan senang tau untuk dapatkan pitch yang btol. Kalo tak, bunyi flat jer. Pastu kat mana kedudukan notes2 tu pada 'stave' (alah, baris jalur2 buku muzik tuh...). Yang ni kena master btol2. Sebab anytime kalo derang suruh bunyikan, contohnya Mi, kita kena tau la pitch nya tinggi ke rendah. Pastu kenal notes macam 'semibref','minim', 'crotchet','quaver' dan berapa countnya. Then, belajar la tepuk tangan ikut notes lagu dengan count yang betul, ni kira 'rhythms' la kalo tak silap. Hah! Amik ko, terkial2 seyy...Blom nak faham 'time signature' tu apa lagik, huh!Pastu ada la lagik exercise pasal 'lip trails' (yang bibir bergetar tu bunyik burrrrrrrrrrr tuh....) yang kalo tak silap aku, kita akan rasa tone sensation at mask area, rasa macam kebas jer. Ada exercise 'tone placement', 'mouth opening' (owh, yang ni memang aku rasa nak termuntah keluar anak tekak!), ni semua penting untuk menghasilkan vokal yang cantik bila nyanyi. Even, lepas wat ni semua, ada 'hiss' yang bertujuan untuk tahu how good our breath control.

Then, on 2nd class, aku sampai lewat sikit. Tapi blaja pasal 'rest' dan count nya jugak. Then, 'sub-division' method, pheww...complicated siket tapi fun kalo dah faham. Then 'pitch' and 'rhythm' exercise dengan notes yang panjang sikit (ceh, ni dah terer sikit tapi dalam kelas jer la, ha3x...), then 'intonations' exercise, hmm...susah jugak kalo tak familiar. Tapi so far, memang fun la blaja perkara baru nih, walaupun kadang kala ketara muka blur aku kalo tak faham, he3x...sangat ketara!

Nota kaki: Sekali sekala ada, Ada rindu yang datang tiba-tiba...Tak mungkin kerana sayang, Cuma terganggu oleh perasaan...


9 comments:

  1. Aku denga ini secara rasmi melahirkan rasa bangga di hati kerana memiliki kawan yg tau pasal muzik dan sedap menyanyi..
    Sekarang kalu org cakap ape2, aku pun boleh gebang, "hey, aku pun ada kawan dalam line muzik ni"....

    ReplyDelete
  2. Uiks, ko bukan ramai kawan pandai muzik meh? Yang pandai main gitar segala? Aku ni baru 2 kelas attend, terkial2 lagi, he3x... Btw, rasa bangga di hati ko harus di kekalkan sebab apa2 hal memang aku selalu update ko sebab ko 'Ayah Pi' aku, wawawawa...

    Abe, bilonyo nok blaja main gitar nih...

    ReplyDelete
  3. Belajar gitar?

    Tgk dulu la.. malas pun ada... ada gak pegang skit skit, sebab tak nak lupa chords yang dah tau. Tapi gitar aku dah out of tune. Bab tune2 ni aku tak reti sangat. Try2 still bunyi lain macam... takpe, nanti kalau ada yg boleh tlg, aku mintak tlg tune gitar aku.

    Kawan2 lain yg reti muzik? Tu dulu, time study ramai le kwn2 yg tau muzik, now kawan2 dah tinggal berapa kerat je.. dah lama tak jumpa yg lain. So, sekarang yg paling berpengalaman dalam muzik ialah ko! hehehe

    ReplyDelete
  4. Ayah Pi, ko memang cepat rasa malas kan...Memula cam excited, pastu malas, camner nih? Siot jer statement ko aku berpengalaman dalam muzik tuh, 'terhena' taw!

    ReplyDelete
  5. Actually mana ada aku excited sangat pasal belajar gitar. Gitar dah ada, and dari kecik2 dulu pun dah tau chords, tapi sampai sekarang takde perkembangan. Itu yg try belajar lagi sebab rasa aku patutnya dah berkembang pesat. Maybe malas sebab tau parents aku tak suka sangat aku buat bende2 camni. Kalau takde sekatan langsung, dah lama aku masuk kelas muzik, belajar gitar dan piano dan violin.

    Kalau aku aktif bende2 ni, aku rasa aku tak set good example untuk adik2 dan anak2 sedara aku. Not good, not good.

    Aku rasa ko byk pengalaman ape dalam muzik. Boleh nyanyi, dah tau kenal note etc etc... kira ok la tu dari kami yg tak tau nak bezakan antara do ngan re ngan mi ngan fa etc etc etc...hehehee

    ReplyDelete
  6. Sorry, kurang bersetuju kalo aktif bende2 ni, tak set good example untuk family, memang kurang bersetuju! Atau lebih tepat, TIDAK SETUJU!

    ReplyDelete
  7. Takpe, we agreed to disagree.

    ReplyDelete
  8. hahahah... che pi klu nak blaja guitar... kat umah nie ade guitar electric... boleh je klu nak... skali ngan amplifier ngan tremelo dia... yie guna utk bergambo je... tpi x amik2 lagik gambo ngan guitar electric nieh... budget nak wat outdoor ngan guitar nie nnti.. tpi x tau bila...

    ReplyDelete
  9. wahh... best tuu!!! tapi takleh, sebab gitar letrik tu kene org pandai je kot.. no gitar kapak pun tak reti lagi!! Sedih betul, rasenye memang takde bakat bab2 ni kot. tapi ape salah nye belajar kan.. at least tau basic cukup la. Bila nak buat photo session? Menarik ni... nak ikut, nak belajar ambik gambar!

    ReplyDelete