Thursday, June 17, 2010

Welcome To The Big Family!

Salam.

Ku baru sampai umah jam 10.15 malam tadi. Orang bujang balik lewat malam Jumaat, apa ada hal, he3x...Kejap jer dah hari Khamis. Actually bila bangun pagi tadi, aku lelah balik. Pelik sungguh aku, this week dah 2x aku kena, selepas 3 bulan tak kena. Tapi aku wat cool jer, siap2 gi opis macam biasa walaupun dah wheezing masa aku sarung baju tuh, haish! Degil sungguh ini budak! Dan akibatnya, sambil driving ke opis tadi, aku sempat sedut inhaler, ok? Tangan kanan pegang stereng, tangan kiri pegang inhaler, slumber! Aku suspect dada aku pressure sebab malam tadi, aku cuba menyanyi lagu2 nada tinggi!

Sepanjang pagi aku sibuk meeting. Jam 9 pagi, aku ada meeting nak discuss pasal beberapa company event yang akan berlangsung lagi start bulan Julai ni sampaila Mac 2011. Paling terdekat Bowling Tournament 17 Julai depan, aku as usual committee Protocol ler kan. Bak kata derang, "MC sign mati!" Pastu macam2 lagi event besar. Then, pukul 11 pagi, ada meeting Quality Standard Procedure (QSP) ngan Quality Advisor company aku. Aku bab2 ni memang aku mengong siket, so aku cakap ngan bos aku, lega dia join sekali, phewww! Aku suka tengok QA company aku ni, very the 'Tok Ayah', sangat fatherly. Di sebabkan aku ni takde ayah, so aku memang suka tengok lelaki tua yang sangat 'ayah2' ni, he3x...

Abis meeting dalam 12 lebih, perut aku dah lapar gilo! Mujur Assistant aku bawak kek coklat, owh sungguh lahap sekali saya menghabiskan kek itew! Sambil2 update report yang bos aku soh completekan. Dalam pada tu, aku dah rasa macam orang yang tekanan darah rendah sebab dah ala2 pening. Dan after lunch, makin ketara plak sebab aku jalan pon macam terhuyung-hayang. Eh, asal ni? Hmm...aku suspect, lepas aku breakfast nasi lemak tadi, aku ada telan ubat lelah jenis neulin, padahal 30 minit sebelum tu aku baru sedut inhaler. He3x...aku ni terlebih dos apa...Ayyo!

Oh ya! Lupa nak kasitau! Pagi tadi, lepas morning briefing, bos jumpa aku jap. Yeah! Saya telah mendapat Surat Pengesahan Jawatan! Tak sangka dah 6 bulan, beb aku dah kerja kat sini. Rasa macam baru jer lagi. Antara soklan awal bos aku, "Awak ada carik kerja laen tak?" Dan mulut chumel ku laju menuturkan bait2 ini, " Eh, takdelah. Saya ok kerja kat sini". Tapi ada monolog dalaman yang tak terzahir ngan kata2, "Tapi kalo saya kawen dalam waktu terdekat ni, maybe saya fikir 2x kot nak resign ker tak, wawawawa..." Banyak la perkara yang aku kena improve lagik tapi seriously, aku belajar banyak perkara kat sini. Dan semuanya sangat berguna untuk aku walaupun situasi yang aku hadapi kira tough jugak. He3x...berkat 'training' kat Jusco 5 tahun, segalanya di redah jua! At least sepanjang 2 bulan bos aku maternity leave, aku di exposekan untuk jadik 'part of Management' dan bukan senang nak jadik bos! Untuk jadik bos, management, antara perkara yang kita kena buat adalah untuk buat 'unpopular decision' dan sebagai HR yang sepatutnya menjadik approachable person, bersiap sedialah menjadik 'musuh ketat' semua staff!

Apa2 hal, antara perkara yang best, yang aku seronok kerja kat sini, of course la colleague semua best. Kalo ada company event lagik la, semua orang jadik 'gila2' sebab normal working hours, semua orang stress yang amat, so taim event la kitaorang release, gelak puas2. Salah satu sebab aku nak masuk kerja manufacturing line sebab nak exposure pasal UNION. Frankly, hubungan HRM ngan UNION n Management juga sangat harmoni, takde gaduh2 teruk nih. Dan kalo ada event, commitment from UNION sangat EXCELLENT! Kalo tak, takkan IR Manager from HQ pon sangat kagum ngan hubungan baik kitaorang. Kitaorang memang best! best! best! Gitew! (ni CEO aku punya kata2 semangat ek!)

Memetik kata2 CEO aku dalam Surat Pengesahan Jawatan aku, yang di tulis tangan, " Welcome to the big family!" Terima kasih Tuan Haji sebab beri saya peluang menyertai keluarga besar ini!

Nota Kaki: Sempat bergossip ngan Encik Zul petang tadi pasal my previous company. Ada la dalam 40 minit kitaorang berborak, hik3x...Sambil tangan kiri pegang handset, tangan kanan aku tekan calculator, verified payment contract workers. Pastu gi lepak makan roti canai kat kantin, sambung 'gagak.com', gitew!


No comments:

Post a Comment