Friday, June 18, 2010

Abang Sulung Saya!

Salam.

Penat la ini hari...Jam 10.30 malam, baru sampai umah. Kat ofis sedikit stress tapi masih terkawal kalo bley gelak2 buat lawak ngan opismate, sempat email Ayah Pi dan dok sms ngan dia, ngeh3x...Lepas Maghrib, ku gerak pi Sunway Pyramid, sajer nak kaco 'abang sulung' saya, Abang Ajim! Ensem tak abang sulung saya ni? Sangat kacak kan? Macam artis Zainal Abidin! Wawawawa...Sebab kekacakan nya itulah, yang membuatkan saya selalu manja di sampingnya, lagi skali, wawawawawawawa! Dan kerana nama panggilan saya Manja, nama itulah yang selalu mendamaikan jiwa abang sulung saya nih, lagik skali, wawawawawawawwawawawawawawawawa....(Owh, ternyata entry kali ni memang tribute untuk ko, bro!)

Ni adalah makcik kat Jeti Merang yang 'bertanggungjawab' 'mengidentify' aku sebagai 'adik' Abang Ajim. Masa tu Abang Ajim tengah melantak nasi lemak dengan milo ais kat gerai makcik ni, dia melantak sorang2. Biarkan ajer sebab Abang Ajim takleh lapar, kalo lapar, dia sangat garang! Atau lebih tepat POYO! Ahaks! Aku seperti biasa, memang suka mengaco idup abang sulung ku itew! Tup2 aku terdengar suara halus makcik ni, bertanyakan sesuatu pada Abang Ajim, " Adik ko tuh?" Dan aku terdengar, dengan sepantas kilat mamat itu menafikan statement maut makcik tuh. Blom sempat mamat tu menghabiskan ayat terakhir, dari jauh ku laungkan, " Aaaah! Makcik! Saya memang adik dia!" Ternyata makcik tu ku kagumi kecerdikannya kerana bijak menghidu 'sifat2 anak bongsu' yang natural dari dalam diriku (bukan gediks seperti yang selalu di laungkan oleh mamat itew!). Dan ternyata, ko terpaksa menerima hakikat pahit, yang aku ni 'adik bongsu' ko hanya sebab makcik tu cakap wajah kita seiras! Muahahahahahaha! (Owh, tetiba aku terasa macam dalam filem Hindustan...adakah ko abangku yang pernah hilang itew??? Are bayya!!!)

Nota kaki: Kakak Saripah! Saya doakan kakak bahagia bersama abang sulung saya yang baik ini, amin...Tak sesia menanti taw! Berbaloi2!

2 comments:

  1. Yg ni memang aku rasa sesuai sangat jadi abang sulung. Ada je bende yg dia nak tegur/cerita/kutuk/ atau di-sound effect-kan. Memang happening kalau dia ada.

    And of course, my best wishes to his new life. Thought we did say this once 'it's not easy to adjust to a new life when we are already so much in our comfort zone'. So tabik spring kepada abang sulung. It takes a really great person to break that bubble of his, get him to say yes to the new chapter. So congrat lah kepada saripah dan sarip dol.

    ReplyDelete
  2. Aku ingat statement tuh! @ Leha Kelfood, sekitar jam 2.45 pagi, 13 Jun 2010. Jodoh dia sudah sampai dan abang sulung berhak dapat yang terbaik untuk diri dia sebab dia pon baik:)

    Untuk Abe ku yang amat manja ini, hopefully 1 day, ko pon akan jumpa that 'great person', I'll pray for you, amin...

    Ikhlas dari Budak Manja yang mahu abang2 nya hepi!

    ReplyDelete