Saturday, June 26, 2010

Cerita Sabtu Saya...

Salam...

Wah! Title entry macam mood romantis jer kan? Aku baru jer sampai umah kol 10 malam tadi. Sejak dari lepas Zohor tadi aku kat luar. Pagi bangun lewat, tido, golek2 pueh2 atas katil, kol 11 lebih baru aku bangun, mandi n basuh kain. Then, lepas Zohor aku gi wedding kawan aku kat Taman Sri Serdang. Mujur jalan tak jam, dalam 2.10 petang aku dah sampai, mujur tak susah carik umah.

Oh ya, aku memang nak gi wedding kawan aku yang satu ni sebab mamat ni aku kenal atas dasar kerja masa aku kat company lama. Dia kerja ngan Kementerian Sumber Manusia @ Putrajaya. Seingat aku, kitaorang jumpa face to face 2 kali jer, selebihnya cakap thru phone or sms, tapi jarang sangat la. Tapi sekali borak, memang lama la sampai dia pernah citer la chenta dia yang tak kesampaian walaupun kawan dah 10 tahun. Masa dia sms aku awal Jun ari tu, aku kat Rebak Island, mintak address nak hantar kad jemputan kawen. Aku terkejut sebab dia still ingat n sudi nak jemput aku gi wedding dia walaupun dah lama gak kitaorang lost contact. And aku appreciate jemputan dia tu, serius! Wife dia ni, dia kenal setahun jer dan dia kata, wanita ni jer yang sudi terima dia, gitew! Hmm...tapi kalo tak silap aku, 2 minggu lepas, ayah mamat ni baru jer meninggal dunia. Kesian...kehilangan ayah taim hari penting dia, memang dugaan. Ramai sungguh orang kat kenduri tadi, nak carik tempat duduk pon berpusing2, mujur sangat aku pegi sorang. Aku tak lama pon kat sana, dalam 2.50 petang, aku gerak lepas jumpa pengantin.

Dari Serdang, aku ke Jalan TAR. Sambil driving, aku layan CD lagu2 chenta omputeh, ngeh3x...Jalan sana sini banyak keta. Aku sampai kat Jalan TAR dalam kol 4 petang. Terus gi Plaza City One, tempah 2 pasang baju ngan Aunty Mary aku; baju kurung kain cotton. Dah berzaman beli tapi tak buat2. Maybe leh jadik baju raya tahun ni, tapi bukan baju raya pertama la. Uwaaaaa...measurement sudah berubah....saya sudah gumukkkk!!!

Dari Jalan TAR, sekitar jam 5 petang, aku gerak ke Ampang, amik Natrah sebab kitaorang nak gi lepak kat Jusco AU2 plak, amik spek baru aku, yeah! Spek Chelsea FC! Dah sampai kat sana, macam biasa, aku terbabas shopping la kan, ha3x...Tak banyak this taim, RM 100 jer. Takleh banyak2 sebab bulan Julai ni, banyak gilo nak pakai duit. Ingat nak lepak sampai Maghrib jer, tapi terbabas sampai kol 9.15 malam, hik3x...Masa on the way hantar dia balik, kitaorang sambung citer dalam keta. Tapi masa lagu 'My Valentine' berkumandang, masing2 senyap, ala2 layan perasaan, ha3x...Tup2 pompuan tu cakap cenggini, "Mek! Aku rasa ko ni kena dapat husband yang sporting. Yang kena faham ko ni suka hang out ngan kawan2 ko dan dia bley kasik freedom tu kat ko. Dan lelaki tu mesti somebody yang kenal ko, kenal saper kawan2 ko. Dan aku rasa, lelaki tu adalah di kalangan kawan2 ko jugak." Uiks? Apa kena ini fomfuan??? By description tu, aku terus terasa aku ni Sarah Jessica Parker dalam filem Sex and The City 2 yang aku tengok malam tadi, ahaks! Sah! Fomfuan ni berangan yang sangat kuat, fikir pasal aku masa dengar lagu Martina McBride tuh, dalam sangat ko gali tu, beb! Btw thanks, like u said, cuma aku jer yang faham apa yang aku rasa dalam hati aku sekarang, gitew! Cuma malas jer nak fikir sebab..."akhirnya....nanti...kecewa..."

Hmmm...aku baru nak update blog ni, tetiba phone aku ringing. Yeah, Cik Pya ku tepon hanya nak kasitau Mak Long dia, bantal busuknya basah sebab tertumpah air, adehhh...Ok, next month, kita celebrate besday sesama, ek? Maybe kat Sunway Lagoon? Windu plak ngan anak sedara aku nih!

Nota kaki: Esok kerja la pulekkkkkk...Ahad pulek tuh...

6 comments:

  1. weiihh..betul apa yg aku cakap.. (aku memang kuat berangan..memang itu aku x deny..) tp i can feel dat u r very much happier wif wat u r experiencing rite now.. hati ko yg tgh terusik tu patut disegerakan penyudah nyer.. i'm sure u'll have a happy ending to ur story..

    ReplyDelete
  2. Natttttttttt!!! Kak Mok mengomen di blog aku! Nak nanges aku baca statement ko nih. If you see that aku hepi wif wat I'm experiencing rite now, yes I am! Wah! Statement berani mati nih! Even simple, but every moment yang melibatkan 'him', ku sangat2 menghargainya. It's not easy, beb.

    Tentang hatiku yang terusik tu...ku no komen la ek. Maybe gendang di hati ini memang dia yang palu, tanpa dia dan aku sedari. Penyudahnya, biar Allah saja yang tentukan, aku cuma menghargai dan menjaga apa yang ada sekarang. Walaupun, maybe not hepi ending in future, sekurang2nya Allah dah hantar dia dalam hidup aku, singgah dalam hidup aku, tu pon dah cukup. Kalau dia bahagia, ku pon tumpang gembira, gitew. Kurang2, aku ada ko kat Rumah Sri Kenangan nanti, wawawawawa...

    ReplyDelete
  3. Manja, aku tak puas hatiiiiii!!! (sambil sepak terajang kat dinding)...

    Dah 7 kali aku tanya "sape, sape?" dengan harapan aku akan tau sape makhluk yg mangusik hati kot tu. sampai sekarang aku tak tau...

    Nat, aku sanggup cuci tandas rumah ko 2 minggu berturut-turut kalau ko kasi tau sape orgnye.. ye betul, aku excited nak tau sebab bukan ramai org yg berjaya menyentuh hati mirza raidiani. Maka aku akan test mamat tu kot2 dia juga boleh dibawa karoke. Mamat yg tak boleh dibawa karoke besar kemungkinan bukan manusia yg sesuai untuk dia (tapi boleh jadi sesuai kalau dia sanggup tolong bayarkan).

    ReplyDelete
  4. mek..aku x nak teman ko kat rumah sri kenangan tu lah.. maybe masa tua aku dihabiskan di sarawak ke kan.. ko pulak mungkin di 'tettt' (censored..x boleh nak reveal)..hikhik..

    ReplyDelete
  5. Muahahahahhaha...Ayah Pi, mung memang sengal gilo! Nampaknya KPI ko untuk cuci tandas rumah Cik Jah selama 2 minggu berturut2, tak achieve sama skali.

    Ayah Pi ku, for your info, tak susah mana pon nak menyentuh hati Mirza Riadianie(sila eja nama saya dengan tepat, ok?) tu, kalo mamat tu pandai carik 'suis', cepat jer cair, he3x.(another percentage of me akan increase kalo anda terus mengenali saya, ha3x...)
    Btw, maybe 'dia' jer yang sudah sentuh hati aku, tapi aku tak lagi 'sentuh' hati dia, ngeh3x...Biarlah masa dan keadaan yang tentukan.

    ReplyDelete
  6. Nat! Gediks uols nak menghabiskan masa tua kat Sarawak kan...Tapi takper, berangan tu mmg hobi ko, ha3x...

    Thanks sebab tak 'reveal'! Sebagai ganjaran, ko kena cuci tandas umah Che Pi 3 minggu berturut2 plaks, wawawawa...Umah Che Pi ada Cina Dungun, mesti ko teruja taw!

    ReplyDelete