Monday, June 21, 2010

Diam Diam Jatuh Cinta


Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya.


Coretan kaki: Now macam tengah havoc pasal kisah penceraian Kak Melah, penyanyi faveret aku masa umur aku 10 tahun. Kesian dia...jodohnya tak panjang. Bercerita pasal Kak Melah, aku tak nafikan yang aku membesar dengan lagu2 dia. Kaset pertama Kak Melah yang arwah papa aku beli of course kaset kulit cover pink tu yang ada lagu berhantu, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, which is album kedua Kak Melah selepas Sabarlah Sayang kalo tak silap. Aku memang hafal semua lagu2 dalam album tu dan yang paling menjadi faveret aku adalah lagu yang kat atas ni; Diam Diam Jatuh Cinta; lagu trek terakhir Side B, wah! ingat! ok? Eh, consider aku dah gediks ker kalo Darjah 4 dah hafal lagu pasal chenta? Tak kan? Seingat aku, aku pernah menyanyi lagu ni kat sekolah rendah kat atas stage masa Hari Kanak-Kanak. Hmm...memang dari kecik aku suka menghiburkan orang kan?

Btw, gambar yang tertera (aku tak sure dah pernah tepek gambo ni kat sini ker tak...) tu taim aku umur 7 tahun, maksudnya Darjah 1. Aku di pilih guru Kelas 1 Kuning, Puan Aminah Sakio untuk persembahan pakaian beragam masa Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah1985. Yang takde gigi depan pakai ala Hawaii tu, aku ler...Motif apa ntah pakai costume Hawaii ngan t-shirt putih n kasut skolah Pallas, wawawawa...Tak original langsung! Tapi yang pasti, cikgu soh bukak baju tuh, tapi aku malu dan tak sanggup nak tayang tubuh aku untuk tontonan orang lain! So, aku berkeras nak pakai baju tuh! (ternyata ceciri UIA tu dah lama terserlah dalam diriku, hik3x...) Skirt tali rafia tu, mama aku yang buat bila cikgu cuma kasik tali rafia dan soh buat kat umah. Harusla aku ngan mama aku yang tak kreatif ni, terkial2 wat skirt tu. Tak baper menjadik actually sebab sangat kembang itu skirt! Aku adalah peserta pertama. Yang costume budak kecik tu, jiran aku si Ina Dolah (masih contact sampai sekarang), then si Clown tu Hazlina Sharif, Ketua Darjah aku (aku ingat masa skolah dulu, mak dia selalu hantar dia naik motor Pasola! paling last aku jumpa dia masa dia study kat Politeknik Ungku Omar, somewhere 1997), then si Aqtar Fariq Syahril Othman; Penolong Ketua Kelas aku yang jadik pengantin lelaki tu...(still contact jugak sampai la, bapa 4 anak) dan pengantin perempuan tu nama dia Sharifah Rohana; yang ni dah berzaman lost contact. Dia kuar sekolah aku, masa Darjah 3 or 4, tukaq pi skolah lain, SRK Coronation Park; belakang Taman DR Seenivasagam; weyyyy aku ingat lah! Muahahahahahha...memang banyak file lama yang aku tak delete dalam memori aku nih...


2 comments:

  1. sungguh commmeeyyyy.. taim2 tuh, buat pesen mcm mana pun ok jek kan? cer kalau dah besor2 nih, nan adooo..hik...

    ReplyDelete
  2. Dah besor ni pon comey lagik, hik3x...

    ReplyDelete