Monday, August 31, 2009

Marriage...


"A successful marriage requires falling in love many times, ALWAYS with the same person..."

Sunday, August 30, 2009

Jalan Jalan @ Jalan TAR.

Salam...

Pagi minggu semalam, hujan lebat betul kan? Syok betul kalau sambung tido...Tapi itu tak mematahkan semangat aku bangun awal semata2 nak make sure aku sampai kat Jalan TAR sebelum 11 pagi. Aku memang cenggini, kalau nak kuar ke sana, aku tak suka kuar lewat sebab kat situ kawasan sesak, terutama kalau aku yang driving sendiri. Penat wooo...Gambar kat atas ni di ambil masa on the way nak amik Natrah kat Ampang. Kesian tengok lembu dalam lori tu kena hujan, takde payung pon, muahahaha...

Sampai sana dalam 10.45 pagi rasanya, parking kat Kompleks Campbell. Orang tak berapa ramai sangat lagi tapi jalan dah que panjang gak la kat traffic light depan Sogo tu. Ok lah sebab pengunjung tak ramai lagi, so nak jalan pun takyah berhimpit2. Hmm...bak kata adik lelaki aku, Pok Yie yang merangkap photographer kitaorang semalam, "Along, hang ni memang tak suka bunga kan?" Hik3x...ye lah tu. Maybe sebab aku takde skill menggubah bunga macam Perempuan Melayu Terakhir yang lain, so sebab tu aku kureng sikit bab2 hiasan rumah ni. Tapi seronok tengok 2 orang lelaki lembut yang cekap buat gubahan kat gerai bunga ni, kagum sangat. Aku? Setakat posing depan gerai bley arrr...Si Natrah yang sibuk nak belikan gubahan bunga untuk mama dia, Che Jah. Ye ye jer dia kata, dia cuma nak ikut kitaorang jenjalan, tapi dia yang over shopping, kan?kan?kan? Berbalik citer bunga tadi, kalau sesaper yang berhasrat nak tackle aku, takyah la kasik bunga ker apa, membazir jer. Aku lagi suka kowang kasik coklat Ferraro Roche jer, takpun donut, muahahaha...

Ni fesyen terbaru untuk Hari Raya tahun ni, Baju Kurung Pahang dari shifon Korea, bersepah2 jual kat sini. Harga bley tawar, takde hal. Aku ingat macam nak beli juga sepasang tapi sebab orang bersesak2, nak pilih pon payah, nak try lagi segala, huh, membantutkan selera aku. Lebih baik belek2 jer. Takper, ada lagi 3 minggu nak raya, bila2 masa aku bley gi lagi, Opsss...ada orang nak ikut ekkkkk...Actually, kalau nak gi shopping kat Jalan TAR ni, aku lagi sanggup amik cuti taim weekdays, lagi selesa nak jenjalan, plus kalau taim tu aku tengah uzur syar'ie, lagi takyah terkejar2.

Aku memang suka dengan jubah. Start blaja pakai pun masa study kat UIA. Bagi golongan cam aku ni, pakai jubah masa study dulu masa nak gi beli makanan kat kantin, nak gi meeting society waktu malam, taim malas nak iron baju kurung bila gi kelas, etc. Senang pakai jubah ni sebab sarung jer. Lagi pun kalau kena gaya, pakai jubah ni menyerlahkan sifat feminin seorang perempuan, nampak sopan dan menutup aurat, longgar dan tak menonjolkan susuk tubuh. Ada sorang non Muslims pernah tanya aku, tak panas ker pakai jubah ngan tudung ni? Aku jawab sambil tersengih," Tak lah, ok jer sebab dalam jubah ada air cond, he3x..."Tapi jubah2 keras yang macam perempuan pakai tudung labuh pakai tu aku tak pakai la, bukan aku tu...

Antara lokasi kejadian...Lorong Masjid India yang sentiasa happening setiap kali menjelangnya Syawal...Kaum Hawa memang suka sangat la ngan tempat ni;tudung macam2 jenis, kain2 ela, telekung sembahyang, macam2 ada.

Konsep Bazar depan Wisma Yakin(eh, betul ker....), Jalan Masjid India. Tak sampai 5 tahun lagi rasanya derang wat ni. Alah, yang depan Kedai Den Wahab tu (tempat Shahril nak beli baju Melayu ala2 Faizal Hussein ngan Zul Yahya, hu3x..artis sangat!)

Bagus kan, ada kesedaran pakai topeng muka untuk cegah H1N1. Tapi tak ramai pon yang pakai termasuk aku, padahal aku ni termasuk dalam golongan berisiko tinggi sebab aku ada asthma. Kalau Tun Dr Mahathir nampak ni, mau kena sound baek punya. Last Saturday, masa 1st day puasa kan dia dah tegur sebab masyarakat macam tak ambil berat jer pasal isu ni.

Sempat posing kat gerai tudung. Intention nak cari tudung Ekin selendang, nak tambah koleksi tapi bila try jer, semua nyer macam singkat. Tak mahal sangat pun tudung ni, semurah RM 10 dah bley dapat, rata2 peniaga jual dalam RM 15. Ni semua pengaruh Mahera ngan Kak Matul soh aku try pakai tudung spesis ni. Ye lah, orang simple cam aku ni, pakai tudung bawal jer, tak reti fesyen2 nih. Maklumlah, kodok kan...

Eh, ni ker anak kucing Natrah, Bubu yang hilang tu? Bubu tu anak Biru, masa gambar ni di ambil, kalau tak silap aku, dah 2 hari Bubu hilangkan diri, sedey giler pompuan tu...Family dia memang pandai main ngan kucing, aku tak reti...mau plak aku lelah tak berenti kalau main ngan kucing. Hmmm...aku suka arnab. Dulu adik lelaki aku ada pelihara arnab, aku kasik nama J-Lo kat arnab tu, nak jugak tempias artis kan? Eh, dulu masa aku gi tempat penyu kat Cherating, kitaorang dapat peluang lepaskan anak penyu tengah2 malam ke laut, anak penyu aku nama Anuar tau! Terus kengkawan ejek anak penyu aku, G**! Macam siotttttt!!!

Anak saper pulak hilang nih...

Video clip lagu raya, Pulanglah..."Termenung ku sendiri, Memendam rindu tidak menentu, Kasih suci murni yang kita bina, Hapus hancur oleh kata fitnah..." Actually tengah tunggu anak dara 2 orang tu pilih tudung. Aku biasalah, suka dok kat tepi2 tu, tengok telatah orang, pastu senyum sensorang, gelak2 ngan adik aku, muahahaha...

Apa tengok-tengok? Mau gaduh ka?

Bibik yang tersesat! Kagum tengok bangunan tinggi kat Kolumpo! Lepas scene ni, aku ngan adik aku kena halau ngan tuan tanah, eh, tuan kedai sebab dia kata, aku mengganggu customer dia nak tengok2 tudung. Ces! Alasan jer, memang sah2 kedai dia tak ramai orang compared to kedai sebelah, nak sabitkan aku ngan adik aku pulak...

Ni Aunty Mary, tailor aku sejak dari zaman aku study kat UIA Gombak, rasanya since 2001. Baju raya aku, baju konvo aku, etc semua ku tempah kat dia. Lokasi kat Plaza City One sebelah Semua House. Dari dulu lagi aku memang suka deal ngan Chinese tailor berbanding tailor Melayu, ada la tu pengalaman yang tak best ngan tailor Melayu ni. Bukannya aku tak support derang.

Harga? Memang kategori mahal la, tapi tengok kualiti jahitan dia plus aku bukan tau sangat baju apa yang sesuai ngan kain jenis camtu camni, so aunty ni rajin advice aku, that's y aku selesa ngan dia. Kalau tak silap aku, upah baju kurung biasa jer dah RM 100. Aku rasa paling mahal aku pernah tempah ngan aunty ni, masa raya tahun 2003, ada satu baju kurung aku tu aku tempah kerawang, harga RM 250. Mahal la tu kan? Aunty ni tiap2 tahun gi Tokyo tengok bunga Sakura, kelessss....

Hik3x...ukuran aku, huish, gumuk la anak perempuan Cik Zah ni...bila la nak susut ni haaaa...Memandangkan tahun ni bilangan ahli keluarga tak cukup nak beraya, so tahun ni takde theme color untuk family aku. Giliran adik perempuan aku beraya kat umah mertua dia kat Alor Janggus, Alor Setar, Kedah. Tapi baju raya aku tahun ni rasanya 2 pasang kaler biru.

Sempat posing sebelum balik kat Roof Top, Kompleks Campbell. Yang lebih menarik perhatian aku adalah perkataan Red Box Ria yang terpampang kat bangunan Sogo tu sebenarnya, he3x...Hmm...aku tak guna lagi baucer Bufet Ramadhan Red Box tu, tak tau bila nak gi, minimum untuk 2 orang, weekdays, start pukul 5 petang. Tu satu, ada lagi satu discount voucher untuk pukul 10 malam le atas, ni kategori sahur la pulak kan, minimum 3 jam, pun valid sepanjang bulan puasa ni jugak. Ada sesapa yang berminat? Aku pernah jer ngan adik aku angkat aku, Cairul Hisham, gi melalak kat Green Box Sungai Wang Plaza 3 jam setengah lepas berbuka puasa kat Restoran Santai, Tesco Ampang last year. Kitaorang 2 orang jer, hu3x...'adik dan akak' sengal! Teruk betul perangai, isk3x...


Bab2 seronok, enjoy la, bab2 wajib jangan lupa tau! Pas gi Jalan TAR, on the way nak gi Hajaba, kitaorang singgah solat Zohor kat masjid baru kat Wangsa Maju. Kalau tak silap Masjid Usamah bin Zaid kot. Tiap kali lalu Wangsa Maju, aku aim nak masuk semayang kat sini. Kiranya petang semalam tercapai la hasrat aku tu. Besar masjid ni, siap ngan kompleks sekolah agama. Tu tengok...ngantuk nyer pasal, sampai tertido aku amik gambar....zzzzzzz....Singgah bazar Ramadhan Setiawangsa sebelum singgah umah Natrah untuk berbuka puasa. Balik umah dalam pukul 11 malam, mandi, golek2 atas katil, pukul 1 baru terlelap. Tetiba dikejutkan ngan call Shahril pukul 1.30 pagi, kata nak amik aku sahur pukul 2.15 pagi. Uiks, awalnya? Dalam mamai2 tu, sempat aku tanya, "Che Pi ada tak?" "Ada, ada..""Ok..." Bukan per, mampus nak kena kerat kalau aku kuar 2 orang jer ngan Shahril si tunang orang itew? Huish, perasaan orang lain kita kena jaga, walaupun kitaorang dah kawan lama. Shahril bawak kitaorang gi Kampung Baru, lepak kat situ sampai pukul 4.45 pagi, meriah Kampung Baru ngan warga kota bersahur!

Nota Kaki: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 tahun! Suka dengan iklan Petronas Allahyarham Yasmin Ahmad, pasal kisah cinta budak sekolah Tan Hong Ming dan Umi Qazrina...Kanak-kanak memahaminya...Oh ada lagi satu iklan baru pasal 1 Malaysia lakonan Afdlin Shauki, David Arumugam dan Ho Yuhang-Ada 3 perkara yang membuatkan rakyat Malaysia bahagia-1. Ketawa 2. Menari 3. Karaoke I like it!!!

Saturday, August 29, 2009

Cuti Merdeka...

Salam...

Jam menunjukkan pukul 11.40 malam, aku tak leh tido la pulak. Dari tadi aku terkial2 nak lelapkan mata, tapi tak bley jalan. Terkial2 aku baca buku nak kasik ngantuk, pun tak berjaya. This weekend cuti agak panjang sebab sekali ngan cuti Merdeka. Ramai orang balik kampung, tapi aku tak...kije banyak seyyy...tapi bley tak aku malas nak gi opis, nak rehat? Kan best kalau balik, dapat berbuka ngan mama aku, Angah pun balik ni, maklumlah cuti skolah. Hmmm...kalau aku balik, sure adik bongsu aku stress sebab aku suka membebel kat dia, hu3x...Kat atas ni umah mama aku. Dia beli lepas arwah papa aku meninggal. Asyik renovate jer...kang tegur kang, tarik muka mama aku tuh, muahahaha...Kowang jangan tak tau, batu bata kat tempat parking tu, memang prepare untuk kenduri aku in future tau! Blom tengok dia besarkan dapur lagi, aiyo....

So, ari Sabtu ni, biasalah paginya bermalas-malasan di katil, berangan dulu apa2 yang patut. Baru nak bangun mandi, tetiba Shahril called, sempat berborak 40 minit. Pastu mandi, basuh kain segala, dalam pukul 11 lebey, aku kuar menuju ke Tesco Ampang. Bukan nak shopping, tapi gi pejabat pos nak bayar hutang. Hmmm...aku bayar hutang PTPTN berjumlah RM 2100 (sebelum ni wat salary deductions masa kije Jusco, tapi company la ni tak wat la pulak, kena simpan duit manually nak bayor, ni pun ada baki lagi...), bayar bil Telekom n Streamyx, n bayar bil Maxis. Opss, terlupa nak bayar sewa umah ngan Takaful pulak...

Settle kat Tesco, saja pulak gi Jusco Wangsa Maju, saja jenjalan. Mak aiii...ramai la pulak customer, aku bajet sumer orang balik kampung. Tak di sangka2, aku terserempak ngan Abang Edi satu family kat parking masa memula sampai. Excited aku jumpa abang aku sorang ni, sempat la borak2 jap dalam lif. Dalam dok pusing2 tu, terjebak jugak la aku terbelanja RM 200 plus, aiyo!

Nota Kaki: Esok nak merewang ke Jalan Tunku Abdul Rahman, butik Hajaba Wangsa Maju n Jusco AU2 kalau sempat, carik 'anak ikan', yeah!


Friday, August 28, 2009

Pipinya Kemerahan...


Salam.

Ada citer riak nih! Tadi masa aku naik gi opis toll operations, sempat aku gi jenguk adik aku jap kat situ. Sebagai temporary clerk yang glamernya ngalahkan akak sendiri, aku terdengar macam dia berborak ngan clerk yang baru masuk kerja 2 minggu. Pastu adik aku kata, "Along, Yani kata dia suka tengok hang sebab walaupun tak pakai make up tapi kulit hang cantik." Dan si clerk baru itu nyata tergamam dan terkulat2 bila adik aku ngabiskan statement keramat itew! Aku? Huish, tak tau nak kata apa la kan!!! On the way balik tadi, dalam keta, aku tanya adik aku, asal clerk tu cakap camtu? Rupanya dia macam impress ngan pipi aku nampak kemerah-merahan tanpa pakai blusher. Wah, mahal nih! Aku dah terngiang2 citer Nabi pangge isteri dia, Humaira' (kalao tak silap aku la...) yang bermaksud, "Wahai isteriku yang pipinya kemerah-merahan", huhoooo...Kali pertama dan terakhir orang pernah puji aku pasal ni, masa aku kerja kat Jusco Mid Valley, ada sorang kakak cashier tu yang tegur. Dia kata natural beauty kalau pipi merah macam aku ni, isk3x...riak lagi ni di bulan Ramadhan...

Nota Kaki: Gambar kat atas takde kaitan ngan citer, di rakamkan Januari 2009, lokasi Kulliyah of Architecture and Environmental Design (KAED), UIAM. Eventnya, Reunion budak2 Econs batch aku, tapi aku sorang jer budak HS yang tersesat, ngeh3x...

Thursday, August 27, 2009

Beraya di Manila?

Salam...

Aku baru balik berbuka puasa kat The Curve, bos aku belanja. Timakacih...Aku pun tak ingat nama restoran tu apa, Marche kot. Almaklumlah, aku ni orang kampung jati dari segi bab makan2 ni sebab aku tak baper sangat ngan western food. Kalo kowang bawak aku gi makan Tony Romas ka, TGI Fridays ka, apa ka, memang terkial2 la aku tak tau nak makan apa. Plus nak cuba memahamkan apakah maksud di sebalik nama2 menu tu, huh! Seumur hidup aku, makan kat Chilis pun first time masa bulan puasa last year kat Mid Valley, masa umur aku 30 tahun, kesian kan? Tu pon kuar ngan kawan2 Chinese aku, aku sorang jer Malay. Tu satu hal. Nak lepak kat tempat2 macam Starbucks ka, San Francisco ka, Coffee Bean pon aku tak reti. Selama 13 tahun dok KL ni, aku rasa tak sampai 5 kali kot aku gi tempat2 ni.

Tapi aku rasa makan kat tempat2 camni selalunya food nya best, walaupun harganya expensive tapi puas hati. Tapi tadi aku tak makan banyak pon, cuma 2 ketul sosej, ayam seketul, kentang lecek (hu3x...very the kampung...), dessert 2 ketul, kurma 2 biji, jagung seketul ngan sirap bandung segelas. Chicken chop black pepper aku, anak Linda si Alexa nak, so kasik la, budak kan. Lagipun aku tersentuh tadi bila time nak amik makanan tu, tetiba aku dengar suara budak kecik jerit, "Aunty Miza mana?" Rupanya Alexa carik aku, dia tak nampak, tu yang lembut hati sikit nak kasik chicken chop aku, hu3x...Aku memang suka melayan kanak2 perempuan usia 5 tahun ni. Nak tau sebab apa? Tunggu next post ek.

Hmmm...apa kaitan aku ngan gambar kat atas ni? Ni gambar aku masa gi opis kat Manila pertengahan Januari tahun ni. Taim tu aku gi ngan bos aku n sorang Toll Monitoring Executive, Syamsinar (yang tudung putih tu...kitaorang sebaya n dua2 tak kawen lagi, he3x...). 3 mamat kat belakang tu, paling kiri, Louie (partner aku kat sana jadi panel, sangat best mamat ni, sempat la aku blaja Tagalog ngan dia), Chris n yang ujung tu rasanya nama dia Joey. Actually tadi, bos aku nak meraikan Mr. Nicole, Operations Manager dari Manila yang ada kat KL ni, esok dia dah nak balik, tapi mamat2 yang lain tu takde la tadi. So aku borak2 la ngan Mr. Nicole tanya bila projek kat Manila tu nak start operasi. Dia kata maybe dalam pertengahan Oktober ni. So, maybe dia perlukan HR dari Malaysia untuk tolong wat interview carik jurutol kat sana, nak ramai lagi. Bos aku cakap per, kalau kena tolong kat Manila, orang pertama yang dia akan hantar adalah AKU! Aku fikir balik, bulan 10 tak lama jer lagi, kalau jadik, kena gi sana dalam bulan puasa ni ker? Or time raya nanti? Waaaaaa....mati kering la aku kat sana...

Nota Kaki: Balance Annual Leave aku banyak lagi, Replacement Leave yang tak clear lagi pon banyak...Sibuk jer lately ni, balik rumah pun fikir pasal kerja, bila aku nak cuti ni...Tak sabar nak tunggu tahun depan, nak cuti puas2. Krabi! Krabi! Krabi!

Wednesday, August 26, 2009

Ketuk Ketuk Ramadhan.

Salam...

Hu3x...ada gaya pengacara tak nak ganti Sheila Rusly dalam rancangan memasak kat TV? Or gambar ni lebih sesuai untuk jadik cover depan kompilasi buku resepi terbaru aku? Uiks, pandai ker Cik Manja? Tanpa perancangan awal, ntah macam mana aku boleh terjebak berbuka puasa kat umah Natrah plak petang tadi. Ikut hati aku macam nak balik lewat dari opis sebab kije memang tengah banyak giler. Bulan puasa ni opis aku sampai 4.30 petang jer. So far aku tak pernah balik on time lagi. Tadi kira paling awal la aku kuar, 4.45 petang. Tu pon Natrah dah membebel kat aku sebab lekat lagi kat meja check documents. Harus la aku angkut adik aku Pok Yie berbuka sekali kan?

Yuhooo...anak dara tunjuk rajin kat meja makan! Kitaorang sempat singgah Bazar Ramadhan kat area Ampang tu tambah juadah apa2 yang patut. Dalam hujan sepanjang petang tadi, tak peduliks, redah jer...Actually Che Jah dah masak, tapi tak expect ada artis2 nak datang berbuka kat umah dia, so tu yang tambah beli macam2, dia dah panik, ngeh3x...Kitaorang tadi berbuka 6 orang; Che Jah, Natrah, Kak Sal selaku tuan rumah dan artis jemputan terdiri dari aku, Pok Yie dan Iera Pretty (kesian dia berbuka sorang hari ni sebab husband dia outstation pi Egypt).

Yeah, macam hidangan buffet pulak kan atas meja ni? Aku kira ada la 15 jenis makanan kot atas meja tu. Che Jah masak ikan cencaru bakar inti kelapa lengkap ngan air asam, asam pedas ikan tenggiri (pergh...memang best gilo!), sambal ikan bilis ngan tempe (pon sedap!), salad telur ngan kuah sekali (memang best!) ngan sayur kobis goreng campoq udang siket. Dari bazar, si Natrah ni dok pulun beli macam2 mende; ayam percik, murtabak, roti boom, popia, kuih tako, mee goreng. Aku cuma beli kuih cara berlauk. Adik aku beli Vade. Kak Sal ada beli laksam, otak-otak. Ada juga buah tembikai dan kurma. Minuman-air honey dew dan teh O. Huh, mau tak pecah perut aku tadi?

Sempat posing ala2 Artis Baru Mangga sebelum waktu berbuka. Mengucap panjang Che Jah dengan perangai kitaorang sibuk nak amik gambar depan rezeki. Aku ok, anak bongsu dia tu yang over siket, muahahaha...Yang jadik photographer tu, sah2 la adik aku guna kamera handphone dia.

Dan sebenarnya yang membuatkan aku kenyang adalah 'lauk' yang besar ni, wawawawa...Awal berbuka, aku baru makan 2 biji kurma, tapi aku dah kenyang bila tengok fomfuan ni makan! Sampai Che Jah pun tegur, "Mirza...apsal tak makan? Dok tengok jer Natrah makan?" Huh, dia memang suka makan! Enjoy eating, yeay! Hari Ahad ni aku 'serang' lagi umah Che Jah!

Nota Kaki: Teringin nak berbuka puasa kat Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay.

Tuesday, August 25, 2009

Selasihku Sayang...


L: Ku tanam selasih...
Ku tanamkan...
Di hujung halaman...
Mengenangkan kasih...
Wahai sayang...
Yang aku tinggalkan...

P: Ku siram selasih...
Ku siramkan...
Di hujung halaman...
Mengenangkan kasih...
Aduhai sayang...
Lambang percintaan...

L: Hai kencana dewi...
Kasih yang ku rindu...
Ku kenang...
Selalu...

P: Sayang...
Semoga takkan layu...
Cinta yang sejati...
Kekal dan abadi..

L: Hai cendana dewi...
Kau tetap ku kenang...
Janganlah...
Kau bimbang...

P: Sayang...
Kau tetap kan pulang...
Di sisiku sayang...
Membawa harapan...

* Ulang rangkap 2
* Ulang rangkap 3
* Ulang rangkap 4
* Ulang rangkap 5
* Ulang rangkap 6

D: Ku siram selasih...
Ku siramkan...
Di hujung halaman...
Mengenangkan kasih...
Aduhai sayang...
Lambang percintaan...

Nota Kaki: Hu3x...tetiba terjiwang dengan lagu duet Ahmad Jais ngan Rafeah Buang ni, Selasihku Sayang...Actually nak carik lirik lagu Juwitaku Sayang, tapi tak jumpa la pulak. Aku suka lagu ni sebab lirik nya best. Contoh ek, rangkap 1 start ngan Lelaki: Ku tanam selasih tu boleh la kalau aku ibaratkan dia yang menumbuhkan perasaan, membaja perasaan pada si perempuan tapi masa tu terpaksa dia tinggalkan. Kalau orang zaman dulu2 tu sah2 la merantau carik rezeki kan? Pastu perempuan pulak sahut...Ku siram selasih...ye lah, dah lelaki tu tanam, baja so bila kena tinggal, harusla perempuan tu kena siram tiap2 hari supaya perasaan tu terus subur dan hidup walaupun tinggal berjauhan kan? Arhhh...comel! comel!

Keseluruhan lagu actually lebih kepada perasaan saling merindu, pengharapan sepasang kekasih yang tinggal berjauhan. Jadik feeling sebab karakter vokal Ahmad Jais tu pada aku, terserlah vokal jantannya dan penghayatan dia pada bait2 lirik tu menggambarkan lelaki yang cuba memujuk dan menenangkan si perempuan. Dan vokal Rafeah Buang yang memang lemah lembut tu memang kena dengan karakter yang meletak harapan tinggi supaya kekasihnya dapat pulang, sayu hati menanggung rindu bila terkenang. Chewah...Perlu tak baju raya aku tahun ni style Rafeah Buang dan aku cuba carik 'Ahmad Jais' yang berkasut tumit tebal kaler putih, muahahaha...

Rumah Kedai

Salam...

Masa zaman sekolah rendah dulu, sekitar tahun 1988 kalau tak silap, aku sangat suka tengok drama bersiri Rumah Kedai kat TV3 setiap kali bulan puasa sebelum berbuka. Drama bersiri 30 minit derang tayang dalam pukul 5 or 5.30 petang camtu arrr. Pelakon2 nya kalau yang aku masih ingat lagi, Allahyarham Yusof Mohamad, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, Allahyarham Sudiro Sukirman, Rosnah Mat Aris, Khatijah Tan, Asilah Rafar, etc.

Kenapa ek aku suka tengok citer ni? Maybe sebab ni cerita keluarga kot yang ada bisnes rumah kedai. Tahun pertama Rumah Kedai ni, latar tempat masih kedai runcit kat kampung, owner nyer pasangan suami isteri Yusof Mohamad dan Kartina Aziz, tapi aku dah lupa nama watak derang, Pak Usop kot ngan Mak Jah kot. Pak Usop ni di gambarkan latar belakang agamanya bagus. Aku suka tengok watak Kartina Aziz sebab dia nampak motherly dan taat pada suami dalam siri ni. Pernah ada satu episod tu kalau tak silap, macam dia ada wat salah ngan husband dia, menangis2 mintak ampun. Derang ada 3 orang anak kalao tak silap aku, yang bongsu pompuan nama Aisyah. Rosnah Mat Aris rakan sekampung yang wataknya ala2 Joyah siket. Aku rasa since drama ni jugak la Kartina Aziz dan Rosnah Mat Aris mula d kenali oleh peminat drama.

Arwah Sudiro Sukirman terkenal dengan watak Tapa dalam drama ni, pekerja kat rumah kedai tu. Geng dia Harun Salim Bachik, nama watak dia aku rasa macam Remy. Tahun kedua tayang kat TV, bisnes umah kedai derang tu dah maju la so derang bukak pasar mini. Since drama ni pon dah 20 tahun aku rasa, so sah2 la tak banyak mende yang aku ingat. Tapi ini antara mende yang aku teringat setiap kali bulan puasa...Aku rasa macam dok terngiang2 lagi lagu tema drama ni kat telinga aku ni...

Nota Kaki: Zaman kanak-kanak memang aku kaki tv, sejak tahun 1986 (Darjah 2) sampai tahun 1990. Filem Kantonis setiap malam Selasa, Hindustan setiap petang Jumaat, kartun, sitkom 7.30 malam kat TV3, drama alih bahasa, Muzik Muzik, etc semua aku layan. Ye lah, aku takde kakak yang nak bawak aku gi baca buku kat perpustakaan awam, he3x...

Monday, August 24, 2009

Che Pi Sengal!

Salam....

Dear Che Piang! Sila rujuk jawapan ku di bawah! (Maaf ku cilok the one and only gambo yang ku rasa ko nampak ensem dari laman sesawang Facebook mu itew, muahahaha...atau haruskah ku letak gambo model Maybank2u tu, he3x...)

Sunday, August 23, 2009

Tak yah susah-susah

Aku tau ko mesti try bukak blog aku ni dan cuba baca apa isi kandungan (dengan harapan maybe aku ada tulis pasal perasaan chenta lara aku dah luahkan segala duka nestapa, caci nista kat blog ni). Kan, kan?
Peeerah!!!! Aku try click kat nama ko sebab aku nak tau camner Tuhan bole mudahkan ko menembusi blog aku ni? Dan aku tak sangka sampai ko kena bukak blog yang beraddress http://cikpi. blosgpot.com/, wawawawa...Tapi I like ur title, "Blog Ni Takde Title"....So aku memang takde intention lain untuk baca isi kandungan blog ko, ek, ekskius me! Iye, aku tau, pasal perasaan chenta lara tu dah 3x rasanya ko kasitau, yang mende2 tu ko tak pernah rasa pon, so watper la aku menaruh harapan untuk ko bercerita mende2 tu kan? kan? kan? Jangan la samakan aku dengan ko, kita adalah 2 individu yang berbeza, chewah...

Tapi tak payah susah-susah la, sebab blog ni direkacipta khas untuk aku mengomen blog ko (sebab aku takleh letak komen kalu aku takde blog. Atau mungkin disebabkan ceteknya ilmu IT aku, aku tak reti letak komen kat blog ko tanpa adanya blog aku sendiri.)
Part ni aku macam nak riak bangga diri siket (walaupun aku tau sifat riak itu tergolong dalam syirik kecil, huish, nauzubilah...). Timakacih la atas usaha ko merekacipta blog canggih ko tu untuk mengomen blog aku. Dari saat ko menyatakan yang ko dah bley komen blog aku, stress dah mula menyerang aku yang amat sangat! Sampai sekarang aku masih tertekan...sebab aku kan takut ngan ko sebab ko GARANGGGG!!! Waaaaaaaaa...Aku pun buta IT juga :)

So, macam aku kata, blog ni aku buat untuk komen blog ko. Takde niat lain. Sebab tu takde isi lain. :)
Ye...ye...lepas ni ko bley guna untuk komen 2 faveret blog ko yang lain juga; kecek2 dan...aisey lupa arrr lagi satu tu...

Catatan Cikpi untuk si Manja.
Aku suka notes ni...macam bley wat tajuk filem or novel, he3x...

Friday, August 21, 2009

Aku dan Ramadhan...

Salam...

Aku rasa kowang pon sama macam aku, tiap2 tahun tengok muka pakcik yang kat dalam tv ni kan? Betul tak? Dia jer la yang announce bila nak pose, nak raya puasa, nak raya haji segala. Compared to Syawal n Ramadhan, aku actually paling tak sabar nak tunggu Ramadhan. Tak tau apsal, tapi aku rasa suasana bulan ni sangat menyeronokkan. Pesta makanan kat Bazar Ramadhan toksah citer la...non Muslims pun tumpang sekali memeriahkan keadaan. Kat bawah ni ada siket info pasal aku dan Ramadhan...

1. Aku start puasa penuh, kalo tak silap masa Darjah 4, umur 10 tahun. Kira lewat tu la kan? Masa 9 tahun, aku tinggal sehari jer, tu pon masa 1st day puasa. Sebelum2 tu, aku macam takde memori sangat pasal puasa ni...

2. Aku tak percaya bila ada orang lelaki nak ngelat tak puasa melainkan kalau derang jatuh sakit or kerja berat. Lain la orang pompuan memang ada cuti bulanan 7 hari. Aku selalu assume semua orang lelaki berpuasa sampai la tahun lepas, kawan2 lelaki aku cakap, ada lah orang lelaki yang sengaja tinggal puasa, macam jugak orang tinggal sembahyang. Oh ye ker? Hik3x...aku selalu bersangka baik pada orang, wawawawa...

3. Aku adalah orang yang tak bangun sahur. Jarang sangat2! Melainkan kalau ada member2 yang ajak kuar, baru aku sahur. Kenapa ek? Sebab bila aku makan taim sahur, mesti aku akan kelaparan bila puasa keesokannya, bila tak sahur, ok pulak. Tapi kawan2 aku soh bangun gak minum air, amik pahala sahur.

4. Aku dan beberapa kawan sekolah masa kat asrama suka ngelat nak gi terawih dengan menyorok bawah katil or dalam locker, tutup lampu dorm, kunci pintu macam semua penghuni dah gi surau, ngeh3x...Termasuk senior2 aku juga ikut ngelat, bila warden datang check, dia tengok dorm kosong jer, hu3x...

5. Sebab terawih jugak la, hati aku terdetik pada seseorang yang berasal dari Besut, Terengganu.Hmmm...semalam sudah genap 2 tahun dia 'sepi'...Dengan ini saya mengisytiharkan, melepaskan perasaan itu 'jauh-jauh' sempena bulan yang mulia ini, azam dan kekuatan yang baru, huyo! Hati saya sudah bebas!

6. Bila tiba bulan puasa ni, satu-satunya orang yang aku sangat2 teringat and nak dia ada adalah Arwah Papa aku, isk3x...Aku akan teringat menu wajib ada kalau berbuka kat umah yang arwah suka iaitu sira pisang, nak pulak kalau pisang nangka. Sebelum berbuka letak dulu dalam peti sejuk, pergh...best! Lagi, sepanjang bulan puasa, arwah suka beli buah tembikai, tak pernah putus. Lagi, masa kitaorang duduk kat Ipoh, arwah suka beli Murtabak Wan yang famous kat area Stesen Keretapi Ipoh. Hmmm...windunya...

7. Bazar Ramadhan - Tempat faveret tapi bila sampai sana, pusing2 2,3 kali pon, aku tak tau nak beli apa. Since dok kat Keramat ni, ada few places jer yang aku selalu gi - Wangsa Maju, Taman Melawati, Setiawangsa (yang dekat sekolah rendah tu...), Keramat AU2 n paling jauh kat Greenwood. Kalau dok Ipoh, arwah papa aku selalu bawak gi Taman Cempaka, tak pon Medan Gopeng. Aku kurang gemar beli lauk pauk kat Bazar Ramadhan sebab susah nak carik yang sedap...

8. Juadah berbuka - Aku sangat tidak cerewet...setakat 3 biji tamar dan air kosong sudah ok kalau tak sempat. Masa kerja Jusco dulu, selalu sangat berbuka dalam Putra LRT or dalam kereta dengan air Milo kotak dan roti ikan bilis Gardenia seketul. Kalau gi Bazar Ramadhan, selalunya aku akan carik puding jagung ataupun agar-agar dan yang sewaktu dengannya, kuih limas@tako@tepung pelita ek, kadang2 roti jala atau murtabak, karipap, pulut panggang, he3x...Makanan berat, susah2 sangat aku carik nasi kerabu jer, nasi lemak pun ok, takpon bihun sup. Ayam2 percik ni, ikan bakar ka, tak pernah la layan sebab tau tak habis. Air pulak, suka benor aku ngan sirap bandung or air jagung. Air tebu mak tak minum ek...

9. Masakan mama - Hmmm...harus la kalau dengan mak, manja lebih siket kan? Ayam percik, burung puyuh masak kicap, ikan bawal sweet sour, sambal tumis ikan bilis petai, udang masak lemak kuning, goreng ikan kering pari, gulai darat, kari daging, bla...bla..bla...Kalau umah mak sendiri, bau ikan kering tu pon dah bley membuatkan aku bangun sahur, hu3x...Nak balikkkkkkkkkkkkk....waaaaaaaa.....

10. Solat terawih - Teringin nak gi Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Tak tau apsal...Yang pasti, aku memang suka ruang solat Muslimat di letakkan kat tingkat atas, luas dan selesa. Nak plak kalau air cond pon best macam Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Tahun lepas, aku gi area umah ni jer, Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, huh, nak parking pon susah, ramai sangat. Tak pon, wat sendiri kat umah, kalau rajin, ngeh3x...

Nota Kaki: First day berbuka puasa kat umah adik @ Greenwood. Nat, minggu2 yang mendatang, aku bukak puasa kat umah ko, ek, huargh3x...


Thursday, August 20, 2009

Qais Usaimin...

Congratulations to my ex-housemate, Wirdawati Abdul Rahim yang selamat melahirkan anak ketiga, Qais Usaimin pada 15 Ogos 2009 di Jessop Wing Hospital, Sheffield. Ko memang hati waja, he3x...di saat bergelumang ngan study PhD kat sana, bergelar isteri n ibu pada 3 permata hati yang comel2, pergh...respect habis! Moga Allah sentiasa permudahkan urusan ko di sana, insya Allah. Seronok tengok muka ceria kakak2-Qistina Batrisya n Qaisara Syaza dapat Baby Qais!

Nota Kaki: Ya...nanti aku simpan duit tengok ko kat sana, lagi 3 tahun, ngeh3x...akan ku bawak ikan kering pari untuk kita goreng kat sana, hmmm...sedapnya...makan ngan nasi panas.

Abanggg! Sowy!!!

Salam...

Kring! Kring!: Dah tengok Teater Tun Razak?
Kodok: Belum lagi...baru balik outstation Kuantan 5 hari. Esok last kan? Insya Allah, malam esok gi tengok. Ramai tak audiens? Tiket ada lagi?
Kring! Kring!: Alah, tiket melambak lagi...takde orang nak tengok abang berlakon, hu3x...

Itu sms semalam, sekitar tengahari...Sorry, bro! Memang plan nak gi dah tadi after kerja tapi kije banyak. Tadi kuar opis pon dah pukul 7.40 malam. Sowy! Next taim ya, next production. Takper, masa show 'Jangan Bunuh Sam' dulu, dah dapat sejambak bunga kan dari saya, he3x...

Nota Kaki: Saya ingat lagi masa saya takde kereta dulu, abang pernah hantar saya balik umah dengan kereta Wira Aeroback kelabu tu, WJV 5472 lepas habis show or rehearsal kat MATIC. Appreciate sangat ur help taim tu sebab pernah kena sexual harrasment bila jalan kaki sorang2 balik tengah malam, he3x...Seminggu trauma!

Wednesday, August 19, 2009

Jan Jan Jala...

Salam...

Sejak dari minggu lepas, ntah kenapa dalam kepala otak aku berfikir tentang perkara ni...Kalau aku tak kerja, aku nak buat apa, ek? Bisnes? Wooo...aku bukan la orang yang otak bisnes walaupun orang kata pompuan Kelantan pandai berniaga. Puncanya? Sebab aku membesar kat Perak berbelas2 tahun lamanya, he3x...Abis tu, aku nak wat apa haaaaaa....

Masa zaman sekolah dulu, aku ada cita2 nak bukak tadika. Sebab aku suka ngan kanak-kanak. Walaupun deal ngan budak2 ni, memerlukan kesabaran yang tinggi, mencabar tahap temper aku, tapi telatah budak2 ni, boleh buatkan kita rasa terhibur kan? Lepas SPM, aku memang ada mintak masuk maktab perguruan, opsyen Pra-Sekolah n dapat interview kat Maktab Perguruan Ipoh, tapi tak gi coz dah dapat offer UIA masa tu. Then, lepas grad UIA, ada jugak mintak KPLI Pra-Sekolah, dapat interview kat Maktab Perguruan Ilmu Khas tapi failed! Frust betul aku taim tu. Dah la Assessment PTD pon kantoi taim tuh, wawawa...

So, berbalik kepada isu aku tak kerja tapi aku nak buat apa, aku macam ada terfikir balik pasal minat ku yang satu ni. Plus, aku terfikir, dalam usia yang dah meningkat dan nature kerja aku sekarang, isk...no komen la. Aku terfikir nak kerja or buat something yang at least ada masa terluang untuk keluarga. Knowing me, aku cuak kalau urusan keluarga tu yang aku terabai, tamau! tamau! Coz aku ni kalau dah kerja, komitmen tu, insya Allah ada, so cuak la kalau keluarga tu di abaikan. Kawan aku ada tanya, " Ko ni nak settle down ker? Lain macam jer..." He3x...tak juga, tapi ada terfikir pasal mende2 ni. Ye la, soal carik rezeki, kena la fikir panjang, waras, tengok kemampuan diri, matang sebab ni melibatkan soal untuk jangka masa panjang. Walaupun minat nak buat itu ini, tapi bila takde skill nak berbisnes, of course ada rasa lack of confidence. Knowledge pun kureng.

Masa study kat UIA, ada jer beberapa kawan pompuan ku yang minat nak bukak tadika. Kitaorang target umur 40 tahun nak bukak, hah, bley? Bukan kerja senang, at least kena tau selok belok field ni macam mana. Pelan2 aku ada la kumpul beberapa buku macam Panduan Untuk Pengusaha Tadika, Tadika Berkualiti, Panduan Pendidikan Pra Sekolah dan Panduan Kurikulum Pra Sekolah. Huh, berdarah pusat jugak, beb! Macam mana nak mengurus penubuhan tadika, pengurusan kewangan lagi, marketing, manage staff, manage kelengkapan macam nak beli kelengkapan, nak susun macam mana, ruang belajar, aspek keselamatan, makan minum budak2, nak plan program tahunan macam sukan, konsert kanak2, hari graduan si cilik tu, penilaian perkembangan budak2 tu lagi, dan isu2 lain serta cabarannya macam dari parents sendiri, turn over cikgu, etc. Penat woooo...long term planning, business plan mau kena superb gilo nih! Dan antara yang paling penting, hasil perkembangan budak2 tu sendiri. Nak bentuk orang jadi manusia ni bukan senang, beb. Tak tau la tercapai ker tak anganku yang satu ini, he3x...Bila tengok contents Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-Kanak, rasa cam best jer. Kalao anak aku melawan sok, aku tunjuk jer diploma aku, wawawa...sengal!

Nota Kaki: Lagi 9 tahun jer bakal menginjak ke usia 40 tahun...apa jer achievement aku dalam hidup so far? Pelan2 kayuh, cool...beb...

Monday, August 17, 2009

Budak Lelaki 18 tahun...

Salam!

Yeay, selepas 5 hari berkampung di Kuantan, saya sudah kembali semula ke kota metropolitan Kuala Lumpur, chewah! Nyaris jer nak beli rumah kat Batu 4, Jalan Gambang, hu3x...Nak citer panjang, aku baru jer sampai umah pukul 10 malam tadi, memandu dari Kuantan sendirian...seperti biasa, pelik jugak tak rasa penat padahal ni hari ke-8 aku kerja tanpa cuti rehat lagi. Cuma on the way balik tadi, aku rasa ngantuk, kepala rasa berat jer. Nak ilang ngantuk, aku speed ala kadar dalam 140 - 160 km/j. Pastu bukak radio kuat, hmm...pitching ku masih tak lari, still bley tarik tinggi lagu Di Alam Fana Cinta, hu3x...Pastu clubbing sorang2 dalam keta lagu Poker Face-Lady Gaga kat KL-Karak hiway, layannnn...

Hmmm...masa interview petang tadi untuk jawatan General Worker AME Kuantan, hati aku tersentuh betul dengan sorang candidate ni. Sorang lelaki berusia 18 tahun (sebaya dengan adik perempuan bongsuku...). Bila aku tanya pasal working experience, actually dia dah mula bekerja sejak usia 15 tahun as cleaner kat Plaza Tol Kuantan, selama 2 tahun. Lepas balik sekolah jer, dia terus wat kerja2 cleaner tu sampai pukul 11 malam setiap hari. Habis kerja, balik umah, buat kerja2 sekolah sampai pukul 2.30 pagi. Aku pon tanya, apa yang membuatkan dia nak kerja lepas sekolah tu. Rupanya, parents dia bercerai, mak dia kerja cleaner dengan gaji RM 500 sebulan, tak cukup nak menanggung persekolahan dia 4 beradik. So, sebagai anak sulung, dia rasa bertanggungjawab nak bantu family dia. Semua perbelanjaan sekolah diri sendiri, dia guna duit hasil titik peluh dia sendiri, kerja sebagai cleaner tu. Isk3x...mata aku sudah berair ketika itu bila mendengar kisah hidup lelaki ini. Dalam usia masih muda, dia memikul tanggungjawab yang sangat besar. Cara dia jawab soalan2 aku tadi pon, aku dapat rasakan yang kepayahan hidup selama ni, membuatkan hati dia menjadi sangat tabah n yakin dengan apa yang dia buat. Walaupun result SPM tak berapa bagus, tapi cara dia jawab, menunjukkan kematangan dia berfikir dan cara dia present diri dia dalam interview tadi pon, better dari sesetengah calon yang ada kelulusan lagi tinggi. Insaf aku bila dengar cerita2 orang2 hidup susah ni...aku perabih duit, terer la, ngeh3x...

Nota Kaki: Hmm...malam tadi ada orang sms, kata dia kagum tengok aku ni tabah dan tenang orangnya, hu3x...mata rosak kot. Kali terakhir orang cakap camtu kat aku, masa umur aku 18 tahun, taim Lower Six kat SM Anderson, Ipoh. Derang tak tengok lagi taim aku gelabah biawak camner...

Monday, August 10, 2009

A Walk To Remember.

Salam...

Ini adalah antara filem faveretku, A Walk To Remember, lakonan Shane West ngan Mandy Moore. Filem ni aku rasa dah lama, tahun 1997 kot. Aku tengok citer ni lambat siket, tu pon masa TV3 tayang hari Jumaat slot Mega Movie ek, few years back. Masa tu aku tengok kat umah mama aku kat Kota Bharu sambil baring depan tv. Mula2 ingatkan boring tapi lama2 melekat pulak aku tengok movie ni sampai habis. Harus la aku suka layan love story kan. Kalau sebelum ni, aku tak pernah amik port pon saper Mandy Moore ni, lepas tengok movie ni, terus aku tersuka kat dia. Suara dia merdu giler babas, beb! Cantik n sweet. Balik KL, terus aku cuba carik CD cerita ni n terjumpa masa J Card Day Jusco Bandar Puchong tahun 2007, terus aku beli tanpa ragu2.

Aku pon tak tau asal, tengok movie ni banyak kali pon, mesti airmata aku menitik2, very the Neng Yatimah kan? Citer simple jer tapi aku suka bila hero tu, Shane West yang asalnya geng2 budak nakal, salah satu denda yang di kenakan oleh pihak sekolah ialah buat charity work n kena involve ngan teater nyer performance, so masa ni dia jumpa Mandy Moore, yang kategori budak baik, ye lah anak paderi. Dalam janji tak mau jatuh cinta each other, after that pementasan, terasa 'hilang sesuatu' sebab dah terbiasa together2 kan, hik3x...cinta sudah berputik dan perasaan memang tak boleh di nafikan bila masing2 sudah tertarik antara satu sama lain. Masa hero-heroin dok sibuk bercinta dalam movie ni pon, ngan aku2 sekali feelin, wawawa...Mula2 biasalah, ayah heroin mana suka ngan anak dia kawan ngan budak nakal. Tapi bila hero tunjuk perubahan sikap yang positif, nak berubah jadi better person n serius nak kawan ngan heroin, so ok lah. Masa memula nak ajak kuar dating, siap mintak permission ayah lagi, kalau aku pun suka lelaki gentleman cenggini, ikhlas dan bersungguh, ada effort.

Tapi rupa-rupanya heroin ada penyakit kritikal (bukan asthma yer...), so takleh hidup lama. The best part, bila hero ajak heroin kahwin sebab dia nak bahagiakan heroin sebelum ajal sampai. Aku pulak meleleh airmata masa Shane West cakap, "Will you marry me?", aku yang jawab, "Yes!!!", hu3x...sengal! After 1 month derang kawin, heroin pun passed away. Siapa sangka, dari seorang budak nakal, hero tu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, bakal doktor, semuanya di sebabkan oleh wanita kesayangannya itu. Life ambition heroin sebelum dia menutup mata adalah untuk melihat miracle. Dan miracle itu ialah suami dia sendiri, isk3x...sukanya...

Moral of the story, kita tak pernah terfikir pun, nasib kita in future macam mana. Pertemuan kita dengan orang2 tertentu sometimes merubah keseluruhan hidup kita sama ada menjadi lebih baik atau pun mungkin lebih buruk. Dan maybe, orang yang awal2 nya kita tak pernah suka, or tak amik port, alih2 memainkan peranan paling penting dalam hidup kita, maybe tanpa kita sedar jugak. Lihat ler dengan mata hati, gerak hati kita tidak pernah menipu apa yang kita rasa...

Nota Kaki: Bertambah stress bila hifi aku ni rosak, tak bley play vcd, waaaaaaaa....menci lah!

Sunday, August 9, 2009

Nur Kasih...


Mirza ikuti kuiz Watak anda dalam Nur Kasih? dan hasilnya adalah WOW!!!KATRINA uolss...

Katrina sentiasa menjadi penasihat kepada Adam apabila Adam menghadapi masalah. Sikap penggoda, romantik & manja pada Katrina yang membuatkan Adam tertarik kepadanya.

Nota Kaki: Hoho! Yang lain tu macam betul la rasanya, tang penggoda tu tak pernah try lagi. Suka tengok Nur Kasih @ TV3 sebab shooting kat UIA...

Saturday, August 8, 2009

Patri...


Patri - Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
Perasaan jadi talinya
Engkau memetik jari jemari
Berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
Nalurinya benang sutera
Engkau dalang mengawalnya
Ketimur keutara kemana jua
Aku hanya menuruti
Mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
Sang kirana pula jiwa raganya
Engkau menjaring dengan senyuman
Dan mengurungkannya dari segala
Namun diri ini insani
Pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
Sedikitpun tidakku menyesali ooo
Aku rela ditawanan
Aku rela terpatri cinta suci
Aku rela ditawanan
Aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Nota Kaki: Aktiviti utama hari ini - appointment mandi lulur dan mengurut dengan Makcik Rozi yang berusia 57 tahun kat Ampang. Perghhh...best siot dia urut...Hmm...wanginya, halusnya tangan saya...tapak kaki terasa licin sekali!!! Yang syok, dia puji rambut aku semulajadi cantik dan kulit muka aku putih bersih, yuhoooooo!!! Terasa natural beauty Perempuan Melayu, siot!!! Tak sesia aku tak terpengaruh dengan orang2 kedai gunting rambut yang soh aku wat rebonding selama ni. Rahsia rambut menawan? Ntah la...kalau rajin, aku pakai syampu Mustika Ratu dengan Bilasan Santan sekali. Kalo malas, memadai Dove atau Rejoice. Kalau sakit kepala, guna Clear sebab 'berangin'...Sunsilk, Pantene strictly prohibited sebab rambut aku akan sangat kering dan kelemumur, erkkk...Muka? Ikut rajin, kalo tak rajin, jerawat naik, ha3x...Tapi 3 basic, cuci, penyegar, pelembap tu kena ada la tiap2 hari. Nak lagi rajin, sebelum cuci, guna cleansing milk dulu. Malam, ku tenyeh nite creme. Kalau rasa agak2 kulit macam 'berkerak', pakai la scrub n facial masker Mustika Ratu...Actually, hati yang kena bersih, baru seri naik ke muka, hu3x...

Thursday, August 6, 2009

Tidak Sehat...


Salam...

Ini adalah wajah saya yang biasa kowang lihat bila saya sihat walafiat. Tapi sengih itu tidak terukir di wajah saya hari ini sebab sudah 2 hari saya demam (actually tak sihat sejak Isnin...sudah ada rasa demam, batuk, selsema...). Sudah gi klinik petang semalam lepas balik kerja, doktor cuma kasik aku ubat demam, selsema, batuk n antibiotik, banyakkan minum air dan kuarantinkan diri sendiri. Tanpa sijil cuti sakit, dengan tubuh yang terasa sangat lemah longlai, kepala berdenyut2, batuk (bak kata Kak Tinie OCC, bunyi macam orang tua tengah nazak, ceh!!!), di tambah pulak, pagi tadi kena 'tembak' dengan 'big boss', huh, aku dah 'jam'! Blank! Black out jap! In front of other people, aku wat macam takde apa2, but for those yang aku shared, hmm...biar Tuhan jer la yang tahu.

Tau tak apa dalam kepala aku bila balik opis tadi? Bohsan la jadik orang innocent, lurus, selalu percaya semua orang pon baik ni...Baik aku jadik jahat, sosial, clubbing, hisap rokok n buat apa jer yang aku tak pernah terfikir nak buat sebelum ni. Sesekali 'happening', biar...biar...biar...Huh! Setan kalau dah datang 'cucuk jarum', memang power siot! Rileks! Malam ni malam Jumaat, bawak2 la ngaji, baca Yassin segala...better kan?

Nota Kaki: Apa punya jantan la pukul isteri dengan tali pinggang, tumbuk muka isteri segala ni...panas baran...Kalau aku, mau terajang mamat tu balik!

Tuesday, August 4, 2009

Tuhan Sayang Saya!

Salam....

Di tengah keserabutan kepala hotak ku di opis tadi due to 21 job tasks yang telah ku senaraikan dalam 'To Do List' hari ni, tetiba aku di kejutkan dengan satu panggilan ke telefon bimbitku, sekitar jam 3.15 petang. Taim tu, aku tengah bergelumang ngan resume Peronda, siap bersila atas lantai ni! Aisey, saper pulak yang tepon aku nih...taim2 aku sunyi sepi, tepon ni macam tak berdering2 pon, sokmo lagu tuh!

Aku: Hello!

Caller: Hello! Bole saya bercakap dengan Cik Mirza?

Aku: Yup! Mirza cakap!

Caller: Ni Encik Jefri dari bla...bla...bla...bla..., yang organize Kursus Pengacaraan Majlis ari tu.

Aku: Oh ya! Encik Jeff! Apa citer?

Caller: Camni, saya nak jemput Mirza jadi pengacara majlis untuk Majlis Jamuan Hari Raya untuk staf2 Felcra dari Pahang @ Hotel City Villa, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2009, hari Sabtu, jam 2 petang bersamaan 21 Syawal. Mirza akan berpasangan dengan bla...bla...bla...bla...so macam mana?

Aku: Hah? Jadik mc? Nak! Nak! Nak! Since kursus ari tu, memang tak pernah wat job apa2 pon lagi, so ni consider 1st exposure saya la jadik mc untuk company lain, nak! nak!

Caller: Ok lah, kalau macam tu. So nanti saya update apa2 hal lepas saya meeting dengan derang next week.

Aku: Ok, no hal. Nanti saya block jadual saya untuk hari tu.

Caller: So untuk bayaran, Mirza nak berapa?

Aku: (Dalam hati...Uiks, derang nak bayar ker, ni kira profesional dah ni...) Owh, saya tak pasti la, cik sebab saya takde pengalaman, plus ni 1st exposure saya. (Tapi dalam kepala hotak aku, macam dah ada figure sekitar RM 150-RM200, he3x...) Cik nyer advice macam mana yer?

Caller: Hmm...selalunya kalau macam Mirza ni, rate dalam RM 150 ke RM 200. (Hahaha...tepat sekali kepala hotak aku berfikir pasal harga!!!)

Aku: Owh, kalau macam tu, saya setuju la ngan rate harga tu!

Letak jer tepon, TERUJAAAAAA GILER aku di buatnya! Excited sampai menggigil tangan, hu3x...Mana tak teruja bila di saat aku serabut pasal kerja, Tuhan mengkhabarkan aku berita gembira ini yang secara tak langsung mereleasekan kepala beratku ini. Dia memang sayangkan saya dan Dia mau saya hidup HEPI dengan mewarnai hidup aku dengan mende2 yang aku minat dan suka buat! Yeahhhaaaa...kalau Encik Jeff soh aku perform nyanyi ngan live band ari tu pon, aku mau sesangat! Peluang sudah ada, so terpulang pada aku nak memanfaatkan ia. Kalau dah establish, bley carik duit poket lebih kan, insya Allah. Baru Jumaat lepas, masa dalam kereta ngan Che Pi, kitaorang borak2 pasal nak try something yang kita suka buat sekali seumur hidup bila ada peluang, contohnya jadi model iklan Maybank2u or berlakon tv, ha3x...plus Natrah pon selalu soh aku try macam2 audition, support minat aku. Hmmm...harus la aku kena kurus lepas raya ini...

Monday, August 3, 2009

Jula Juli Bintang 7!

Salam...

Teman baru balik koje, ate otak teman tak larat nak berkreatif bercerita segala...Teman stress sampai sakit kepala denyut2...So juz nak upload gambo kegemaran teman ni...gambo teman bersama adik beradik teman celebrate besday bulan Julai @ Mandi Mandi, Ampang, semalam, 2 Ogos 2009. Sepatutnya kitaorang celebrate last week, tapi kensel sebab aku asthma, Pok Yie idung berdarah n Angah, cirit birit, hu3x...Banyak lagi gambo laen, ate teman upload kedian jer la yer...

Nota Kaki: Che Piang! Jom ar kita lari gi Teganung, tak kesah la naik Satria vibrate mu itew pon...