Tuesday, August 4, 2009

Tuhan Sayang Saya!

Salam....

Di tengah keserabutan kepala hotak ku di opis tadi due to 21 job tasks yang telah ku senaraikan dalam 'To Do List' hari ni, tetiba aku di kejutkan dengan satu panggilan ke telefon bimbitku, sekitar jam 3.15 petang. Taim tu, aku tengah bergelumang ngan resume Peronda, siap bersila atas lantai ni! Aisey, saper pulak yang tepon aku nih...taim2 aku sunyi sepi, tepon ni macam tak berdering2 pon, sokmo lagu tuh!

Aku: Hello!

Caller: Hello! Bole saya bercakap dengan Cik Mirza?

Aku: Yup! Mirza cakap!

Caller: Ni Encik Jefri dari bla...bla...bla...bla..., yang organize Kursus Pengacaraan Majlis ari tu.

Aku: Oh ya! Encik Jeff! Apa citer?

Caller: Camni, saya nak jemput Mirza jadi pengacara majlis untuk Majlis Jamuan Hari Raya untuk staf2 Felcra dari Pahang @ Hotel City Villa, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2009, hari Sabtu, jam 2 petang bersamaan 21 Syawal. Mirza akan berpasangan dengan bla...bla...bla...bla...so macam mana?

Aku: Hah? Jadik mc? Nak! Nak! Nak! Since kursus ari tu, memang tak pernah wat job apa2 pon lagi, so ni consider 1st exposure saya la jadik mc untuk company lain, nak! nak!

Caller: Ok lah, kalau macam tu. So nanti saya update apa2 hal lepas saya meeting dengan derang next week.

Aku: Ok, no hal. Nanti saya block jadual saya untuk hari tu.

Caller: So untuk bayaran, Mirza nak berapa?

Aku: (Dalam hati...Uiks, derang nak bayar ker, ni kira profesional dah ni...) Owh, saya tak pasti la, cik sebab saya takde pengalaman, plus ni 1st exposure saya. (Tapi dalam kepala hotak aku, macam dah ada figure sekitar RM 150-RM200, he3x...) Cik nyer advice macam mana yer?

Caller: Hmm...selalunya kalau macam Mirza ni, rate dalam RM 150 ke RM 200. (Hahaha...tepat sekali kepala hotak aku berfikir pasal harga!!!)

Aku: Owh, kalau macam tu, saya setuju la ngan rate harga tu!

Letak jer tepon, TERUJAAAAAA GILER aku di buatnya! Excited sampai menggigil tangan, hu3x...Mana tak teruja bila di saat aku serabut pasal kerja, Tuhan mengkhabarkan aku berita gembira ini yang secara tak langsung mereleasekan kepala beratku ini. Dia memang sayangkan saya dan Dia mau saya hidup HEPI dengan mewarnai hidup aku dengan mende2 yang aku minat dan suka buat! Yeahhhaaaa...kalau Encik Jeff soh aku perform nyanyi ngan live band ari tu pon, aku mau sesangat! Peluang sudah ada, so terpulang pada aku nak memanfaatkan ia. Kalau dah establish, bley carik duit poket lebih kan, insya Allah. Baru Jumaat lepas, masa dalam kereta ngan Che Pi, kitaorang borak2 pasal nak try something yang kita suka buat sekali seumur hidup bila ada peluang, contohnya jadi model iklan Maybank2u or berlakon tv, ha3x...plus Natrah pon selalu soh aku try macam2 audition, support minat aku. Hmmm...harus la aku kena kurus lepas raya ini...

3 comments:

  1. Tahniah amy.. Pasni bley la jd pengacara jemputan kt Wanita hari ini.. hehe.. ;D

    ReplyDelete
  2. Wah menarik jadi emcee...aku pun baru lepas kursus emcee. Depa kata aku boleh buat commercials and VO, cuma nak kena buat suara lebih emosi. Ada cadangan tak mana2 kelas yg aku boleh attend?

    ReplyDelete
  3. Jai- Thanks 4 ur support!

    Nawal - Wow! Bagus la orang bley recognize karakter suara ko untuk commercials n VO, that's great, beb! Yup, since orang tak nampak rupa ko, so suara ko memang kena letak emosi, biar ada penghayatan. Class VO ni aku tak sure pulak. Aku bley recommend sorang cikgu kat ko, Puan Marlia Musa, dia aktif jadik VO iklan ni. Tapi tak sure dia ada wat kelas ker tak coz aku pun blaja ngan dia masa kat ASK dulu.

    ReplyDelete