Tuesday, August 25, 2009

Rumah Kedai

Salam...

Masa zaman sekolah rendah dulu, sekitar tahun 1988 kalau tak silap, aku sangat suka tengok drama bersiri Rumah Kedai kat TV3 setiap kali bulan puasa sebelum berbuka. Drama bersiri 30 minit derang tayang dalam pukul 5 or 5.30 petang camtu arrr. Pelakon2 nya kalau yang aku masih ingat lagi, Allahyarham Yusof Mohamad, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, Allahyarham Sudiro Sukirman, Rosnah Mat Aris, Khatijah Tan, Asilah Rafar, etc.

Kenapa ek aku suka tengok citer ni? Maybe sebab ni cerita keluarga kot yang ada bisnes rumah kedai. Tahun pertama Rumah Kedai ni, latar tempat masih kedai runcit kat kampung, owner nyer pasangan suami isteri Yusof Mohamad dan Kartina Aziz, tapi aku dah lupa nama watak derang, Pak Usop kot ngan Mak Jah kot. Pak Usop ni di gambarkan latar belakang agamanya bagus. Aku suka tengok watak Kartina Aziz sebab dia nampak motherly dan taat pada suami dalam siri ni. Pernah ada satu episod tu kalau tak silap, macam dia ada wat salah ngan husband dia, menangis2 mintak ampun. Derang ada 3 orang anak kalao tak silap aku, yang bongsu pompuan nama Aisyah. Rosnah Mat Aris rakan sekampung yang wataknya ala2 Joyah siket. Aku rasa since drama ni jugak la Kartina Aziz dan Rosnah Mat Aris mula d kenali oleh peminat drama.

Arwah Sudiro Sukirman terkenal dengan watak Tapa dalam drama ni, pekerja kat rumah kedai tu. Geng dia Harun Salim Bachik, nama watak dia aku rasa macam Remy. Tahun kedua tayang kat TV, bisnes umah kedai derang tu dah maju la so derang bukak pasar mini. Since drama ni pon dah 20 tahun aku rasa, so sah2 la tak banyak mende yang aku ingat. Tapi ini antara mende yang aku teringat setiap kali bulan puasa...Aku rasa macam dok terngiang2 lagi lagu tema drama ni kat telinga aku ni...

Nota Kaki: Zaman kanak-kanak memang aku kaki tv, sejak tahun 1986 (Darjah 2) sampai tahun 1990. Filem Kantonis setiap malam Selasa, Hindustan setiap petang Jumaat, kartun, sitkom 7.30 malam kat TV3, drama alih bahasa, Muzik Muzik, etc semua aku layan. Ye lah, aku takde kakak yang nak bawak aku gi baca buku kat perpustakaan awam, he3x...

2 comments:

  1. zaman tu saye baru umo setaun...tapi saya macam penah ingat la cite ni..kartina aziz,arwah pakcik usop ngan arwah sudiro..tapi cam xlogik pulak..kecik sangat taim tu..xkan akal saya da berfungsi....pelik nih...tapi siyes cite tu best..mane xnye,nenek saye dok ngadap cite ni...

    ReplyDelete
  2. cite ni cite yang sgt3 nastalgia.....sy xboleh lupa....memori waktu kecik2 sms bln puasa.....rindunya zaman itu...

    ReplyDelete