Sunday, August 30, 2009

Jalan Jalan @ Jalan TAR.

Salam...

Pagi minggu semalam, hujan lebat betul kan? Syok betul kalau sambung tido...Tapi itu tak mematahkan semangat aku bangun awal semata2 nak make sure aku sampai kat Jalan TAR sebelum 11 pagi. Aku memang cenggini, kalau nak kuar ke sana, aku tak suka kuar lewat sebab kat situ kawasan sesak, terutama kalau aku yang driving sendiri. Penat wooo...Gambar kat atas ni di ambil masa on the way nak amik Natrah kat Ampang. Kesian tengok lembu dalam lori tu kena hujan, takde payung pon, muahahaha...

Sampai sana dalam 10.45 pagi rasanya, parking kat Kompleks Campbell. Orang tak berapa ramai sangat lagi tapi jalan dah que panjang gak la kat traffic light depan Sogo tu. Ok lah sebab pengunjung tak ramai lagi, so nak jalan pun takyah berhimpit2. Hmm...bak kata adik lelaki aku, Pok Yie yang merangkap photographer kitaorang semalam, "Along, hang ni memang tak suka bunga kan?" Hik3x...ye lah tu. Maybe sebab aku takde skill menggubah bunga macam Perempuan Melayu Terakhir yang lain, so sebab tu aku kureng sikit bab2 hiasan rumah ni. Tapi seronok tengok 2 orang lelaki lembut yang cekap buat gubahan kat gerai bunga ni, kagum sangat. Aku? Setakat posing depan gerai bley arrr...Si Natrah yang sibuk nak belikan gubahan bunga untuk mama dia, Che Jah. Ye ye jer dia kata, dia cuma nak ikut kitaorang jenjalan, tapi dia yang over shopping, kan?kan?kan? Berbalik citer bunga tadi, kalau sesaper yang berhasrat nak tackle aku, takyah la kasik bunga ker apa, membazir jer. Aku lagi suka kowang kasik coklat Ferraro Roche jer, takpun donut, muahahaha...

Ni fesyen terbaru untuk Hari Raya tahun ni, Baju Kurung Pahang dari shifon Korea, bersepah2 jual kat sini. Harga bley tawar, takde hal. Aku ingat macam nak beli juga sepasang tapi sebab orang bersesak2, nak pilih pon payah, nak try lagi segala, huh, membantutkan selera aku. Lebih baik belek2 jer. Takper, ada lagi 3 minggu nak raya, bila2 masa aku bley gi lagi, Opsss...ada orang nak ikut ekkkkk...Actually, kalau nak gi shopping kat Jalan TAR ni, aku lagi sanggup amik cuti taim weekdays, lagi selesa nak jenjalan, plus kalau taim tu aku tengah uzur syar'ie, lagi takyah terkejar2.

Aku memang suka dengan jubah. Start blaja pakai pun masa study kat UIA. Bagi golongan cam aku ni, pakai jubah masa study dulu masa nak gi beli makanan kat kantin, nak gi meeting society waktu malam, taim malas nak iron baju kurung bila gi kelas, etc. Senang pakai jubah ni sebab sarung jer. Lagi pun kalau kena gaya, pakai jubah ni menyerlahkan sifat feminin seorang perempuan, nampak sopan dan menutup aurat, longgar dan tak menonjolkan susuk tubuh. Ada sorang non Muslims pernah tanya aku, tak panas ker pakai jubah ngan tudung ni? Aku jawab sambil tersengih," Tak lah, ok jer sebab dalam jubah ada air cond, he3x..."Tapi jubah2 keras yang macam perempuan pakai tudung labuh pakai tu aku tak pakai la, bukan aku tu...

Antara lokasi kejadian...Lorong Masjid India yang sentiasa happening setiap kali menjelangnya Syawal...Kaum Hawa memang suka sangat la ngan tempat ni;tudung macam2 jenis, kain2 ela, telekung sembahyang, macam2 ada.

Konsep Bazar depan Wisma Yakin(eh, betul ker....), Jalan Masjid India. Tak sampai 5 tahun lagi rasanya derang wat ni. Alah, yang depan Kedai Den Wahab tu (tempat Shahril nak beli baju Melayu ala2 Faizal Hussein ngan Zul Yahya, hu3x..artis sangat!)

Bagus kan, ada kesedaran pakai topeng muka untuk cegah H1N1. Tapi tak ramai pon yang pakai termasuk aku, padahal aku ni termasuk dalam golongan berisiko tinggi sebab aku ada asthma. Kalau Tun Dr Mahathir nampak ni, mau kena sound baek punya. Last Saturday, masa 1st day puasa kan dia dah tegur sebab masyarakat macam tak ambil berat jer pasal isu ni.

Sempat posing kat gerai tudung. Intention nak cari tudung Ekin selendang, nak tambah koleksi tapi bila try jer, semua nyer macam singkat. Tak mahal sangat pun tudung ni, semurah RM 10 dah bley dapat, rata2 peniaga jual dalam RM 15. Ni semua pengaruh Mahera ngan Kak Matul soh aku try pakai tudung spesis ni. Ye lah, orang simple cam aku ni, pakai tudung bawal jer, tak reti fesyen2 nih. Maklumlah, kodok kan...

Eh, ni ker anak kucing Natrah, Bubu yang hilang tu? Bubu tu anak Biru, masa gambar ni di ambil, kalau tak silap aku, dah 2 hari Bubu hilangkan diri, sedey giler pompuan tu...Family dia memang pandai main ngan kucing, aku tak reti...mau plak aku lelah tak berenti kalau main ngan kucing. Hmmm...aku suka arnab. Dulu adik lelaki aku ada pelihara arnab, aku kasik nama J-Lo kat arnab tu, nak jugak tempias artis kan? Eh, dulu masa aku gi tempat penyu kat Cherating, kitaorang dapat peluang lepaskan anak penyu tengah2 malam ke laut, anak penyu aku nama Anuar tau! Terus kengkawan ejek anak penyu aku, G**! Macam siotttttt!!!

Anak saper pulak hilang nih...

Video clip lagu raya, Pulanglah..."Termenung ku sendiri, Memendam rindu tidak menentu, Kasih suci murni yang kita bina, Hapus hancur oleh kata fitnah..." Actually tengah tunggu anak dara 2 orang tu pilih tudung. Aku biasalah, suka dok kat tepi2 tu, tengok telatah orang, pastu senyum sensorang, gelak2 ngan adik aku, muahahaha...

Apa tengok-tengok? Mau gaduh ka?

Bibik yang tersesat! Kagum tengok bangunan tinggi kat Kolumpo! Lepas scene ni, aku ngan adik aku kena halau ngan tuan tanah, eh, tuan kedai sebab dia kata, aku mengganggu customer dia nak tengok2 tudung. Ces! Alasan jer, memang sah2 kedai dia tak ramai orang compared to kedai sebelah, nak sabitkan aku ngan adik aku pulak...

Ni Aunty Mary, tailor aku sejak dari zaman aku study kat UIA Gombak, rasanya since 2001. Baju raya aku, baju konvo aku, etc semua ku tempah kat dia. Lokasi kat Plaza City One sebelah Semua House. Dari dulu lagi aku memang suka deal ngan Chinese tailor berbanding tailor Melayu, ada la tu pengalaman yang tak best ngan tailor Melayu ni. Bukannya aku tak support derang.

Harga? Memang kategori mahal la, tapi tengok kualiti jahitan dia plus aku bukan tau sangat baju apa yang sesuai ngan kain jenis camtu camni, so aunty ni rajin advice aku, that's y aku selesa ngan dia. Kalau tak silap aku, upah baju kurung biasa jer dah RM 100. Aku rasa paling mahal aku pernah tempah ngan aunty ni, masa raya tahun 2003, ada satu baju kurung aku tu aku tempah kerawang, harga RM 250. Mahal la tu kan? Aunty ni tiap2 tahun gi Tokyo tengok bunga Sakura, kelessss....

Hik3x...ukuran aku, huish, gumuk la anak perempuan Cik Zah ni...bila la nak susut ni haaaa...Memandangkan tahun ni bilangan ahli keluarga tak cukup nak beraya, so tahun ni takde theme color untuk family aku. Giliran adik perempuan aku beraya kat umah mertua dia kat Alor Janggus, Alor Setar, Kedah. Tapi baju raya aku tahun ni rasanya 2 pasang kaler biru.

Sempat posing sebelum balik kat Roof Top, Kompleks Campbell. Yang lebih menarik perhatian aku adalah perkataan Red Box Ria yang terpampang kat bangunan Sogo tu sebenarnya, he3x...Hmm...aku tak guna lagi baucer Bufet Ramadhan Red Box tu, tak tau bila nak gi, minimum untuk 2 orang, weekdays, start pukul 5 petang. Tu satu, ada lagi satu discount voucher untuk pukul 10 malam le atas, ni kategori sahur la pulak kan, minimum 3 jam, pun valid sepanjang bulan puasa ni jugak. Ada sesapa yang berminat? Aku pernah jer ngan adik aku angkat aku, Cairul Hisham, gi melalak kat Green Box Sungai Wang Plaza 3 jam setengah lepas berbuka puasa kat Restoran Santai, Tesco Ampang last year. Kitaorang 2 orang jer, hu3x...'adik dan akak' sengal! Teruk betul perangai, isk3x...


Bab2 seronok, enjoy la, bab2 wajib jangan lupa tau! Pas gi Jalan TAR, on the way nak gi Hajaba, kitaorang singgah solat Zohor kat masjid baru kat Wangsa Maju. Kalau tak silap Masjid Usamah bin Zaid kot. Tiap kali lalu Wangsa Maju, aku aim nak masuk semayang kat sini. Kiranya petang semalam tercapai la hasrat aku tu. Besar masjid ni, siap ngan kompleks sekolah agama. Tu tengok...ngantuk nyer pasal, sampai tertido aku amik gambar....zzzzzzz....Singgah bazar Ramadhan Setiawangsa sebelum singgah umah Natrah untuk berbuka puasa. Balik umah dalam pukul 11 malam, mandi, golek2 atas katil, pukul 1 baru terlelap. Tetiba dikejutkan ngan call Shahril pukul 1.30 pagi, kata nak amik aku sahur pukul 2.15 pagi. Uiks, awalnya? Dalam mamai2 tu, sempat aku tanya, "Che Pi ada tak?" "Ada, ada..""Ok..." Bukan per, mampus nak kena kerat kalau aku kuar 2 orang jer ngan Shahril si tunang orang itew? Huish, perasaan orang lain kita kena jaga, walaupun kitaorang dah kawan lama. Shahril bawak kitaorang gi Kampung Baru, lepak kat situ sampai pukul 4.45 pagi, meriah Kampung Baru ngan warga kota bersahur!

Nota Kaki: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 tahun! Suka dengan iklan Petronas Allahyarham Yasmin Ahmad, pasal kisah cinta budak sekolah Tan Hong Ming dan Umi Qazrina...Kanak-kanak memahaminya...Oh ada lagi satu iklan baru pasal 1 Malaysia lakonan Afdlin Shauki, David Arumugam dan Ho Yuhang-Ada 3 perkara yang membuatkan rakyat Malaysia bahagia-1. Ketawa 2. Menari 3. Karaoke I like it!!!

1 comment:

  1. salamun'alaik,

    wah enjoy nye shopping ye. uhuhu hati2 takut ade peragut sdg mengintai! ;-p

    g mane pon, ye, solat keja jaga. kita dpt shopping tu pon krn allah izin kan..

    saje singgah. slmt berpose :-)

    ReplyDelete