Showing posts with label Ceritera Cinta. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Cinta. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Bukan Diriku...

Salam...

Saya sangat suka dengan mamat sorang ni, Shaheizy Sam! Sangat suka tengok dia especially kalo dia berlakon gaya yang sempoi2. Tapi actually, kasik la watak apa pun kat dia, memang menjadik! Kalo tak, takkan orang gelar dia 'Johnny Depp Malaysia' kan?

Btw, cerita yang aku nak story kat sini bukan la pasal jejaka pelakon kesayangan aku ni. How to start ek? Camni...aku ada sorang kawan pompuan aku ni yang suka sorang mamat ni. Bila dia citer, aku selalunya akan bagi galakan soh dia kawan jer dulu ngan mamat tu. Tapi bila penyakit 'sayu hati' dia datang, mesti dia akan rasa down sebab dia rasa dia tak cukup 'kompeten' sebab konfem mamat tu tak tengok dia sebab maybe dia takde ceciri yang mamat tu nak. Tapi cuba taim mamat tu kasik 'respons' baik punyer, sifat natural gediks dia tu akan terserlah, toksah citer la, muahahahahaha...mesti aku ngan dia akan gediks sesama, hu3x...

Hmm...aku pun pernah rasa cam kat tempat kawan aku tu jugak. Yer lah, aku suka sorang mamat tu tapi aku suka senyap2. Baik senyap dan tak perlu kasitau pun mamat tu sebab aku memang takde ciri-ciri yang dia nak. Takde langsung! Ciri-ciri fizikal atau ceciri yang lainnya. Yang aku tahu, aku cuma perlu maintain kawan ngan dia supaya aku tak hilang dia terus...Kalo dia tau aku suka dia, konfem kena reject dan aku paling tak tahan, akan menjadi mangsa gelak ketawa dia, uwaaaaaa!!! Btw, dia bukan ensem sangat pun, aku ngan dia pun kontra sesangat! Ceciri yang aku nak pun maybe takde pada diri dia. Tapi kowang tau tak, sometimes perkara yang kontra tak kira dari segi cara berfikir, lifestyle, atau apa2 jer, boleh membuatkan kita cuba untuk memahami diri dia atau tolerate ngan dia atas sebab apa tu? Sebab suka jer ker? Atau ada sebab lain? Pelik tapi kita memang tak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa depan walaupun sebelum ni kita beria2 mengatakan tak mahu yang macam tu, tak mahu yang macam ni, bla...bla...bla...Tapi percaya atau tidak, somebody yang mungkin tak pernah terlintas langsung dalam kepala kita tapi indirectly kehadirannya, kelakuannya telah menyentuh hati kita dalam diam. Kita merasai 'sesuatu' tu tapi di sebabkan knowing him, ko tau perkara itu adalah mustahil, dan tau bukan diri kita jadik pilihan, so baik kita diam jer, ok? Memohon petunjuk dari Nya adalah lebih baik dan menghargai saat2 yang simple tapi sweet ngan dia, alhamdulillah! Bila ada citer2 best pasal dia, just share ngan kawan2 pompuan yang leh naik gediks jugak, layannnnn!!!

Nota kaki: Bukan semua orang bertuah dan bernasib baik...

Sunday, May 9, 2010

Jejaka Pertama! Eksklusif!


Salam...

Kebabow! Eksklusif nih! Tadi aku citer pasal menantu Cik Zah kan? Wooooo....rileks! rileks! Bukan bermakna aku dah jumpa bakal menantu Cik Zah, ok? Yang aku nak citer kat sini, kat celah2 4 orang jejaka terpampang itew, memang ada terselit sorang mamat yang first sekali aku suka dalam hidup aku, gitew! Aku suka mamat ni sejak aku Form 5, tapi kitaorang start kenal penghujung tahun 1993. Parents aku, adik beradik aku, kawan skolah aku, kawan2 UIA aku, kawan Jusco MV aku, tau jer betapa sukanya aku kat mamat nih, muahahaha...

Kenapa aku suka dia? Hmm...dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab; terutama pada keluarga. Walaupun orang cakap lelaki sebaya tak matang, tapi dia laen, dia lagi matang dari aku yang childish, kuat majuk segala ni, ha3x...Lagi satu, knowing him, dia seorang yang berjimat cermat (Cik Zah suka tuh!) Oh ya, kitaorang takde apa2 hubungan tau, melainkan rapat as sahabat baik jer. Alah, macam cerita Kuch Kuch Hota Hai tu...aku la yang watak Kajol jadik Anjali tu! Sebab masa aku kenal ngan dia, memang aku ala2 tomboy cuma aku tak main basketball jer. Tomboy jiwang, sengal! Muahahahaha...Dia tau aku suka kat dia sebab pertengahan tahun 1995 tu, memang aku ada cakap ngan dia, aku hantar kaset, ha3x...ni semua pengaruh filem 'Kekasih Awal dan Akhir' lakonan Zizie Ezette taim tuh! Btw, itulah kali pertama dan terakhir aku cakap yang aku suka kat seorang lelaki. Lepas dari tu, until now, kalo aku suka, aku simpan jer feeling tu dan yang tahu pon, kawan2 rapat jer.

Kitaorang kawan lama, dari zaman skolah, zaman universiti (dia ex-UTM, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, ingat lagi nih!), zaman kerja sampai la dia dah kawen dan jadik ayah pada sorang anak perempuan pon, kitaorang still baik. Tapi yer lah, status dia dah bertukar kan, so kena la behave accordingly. Hmm...aku ingat lagi, minggu pertama bulan puasa tahun 2004, dia nak sangat jumpa aku sebab taim tu dia baru kehilangan arwah tunang yang sangat di cintainya. Dia nak jumpa aku sebab dia perlukan sokongan dari seorang kawan dalam keadaan dia yang sedih taim tu. Memang kesian la tengok dia taim tuh...Oh ya, gambo yang kat atas ni, aku ciluk kat dalam Facebook dia sebab dia pernah kasik aku gambar ni jugak bila dia grad tahun 2001 kalo tak silap, ngeh3x...Dia jemput aku gi kenduri kawen dia tahun 2007 kat Ipoh, tapi aku tak sempat pergi sebab taim tu aku ada kerja kat KL. Wife dia cantik, muka lembut jer.

Paling last aku contact dia masa aku sms wish besday dia 23 Januari lalu, dia sempat tanya, "Bila ko nak kawen nih?" Adehhhh...tunggula anak ko besaq sok, leh jadik flower gurl wedding aku, bley? Hurmm...kalo tak silap dah 16 tahun 5 bulan la usia persahabatan kitaorang, lama jugak tu kan? Btw, semoga berbahagia di samping isteri tercinta dan anak kesayangan, sukses dalam kerjaya yang memang idaman ko sejak sekolah lagi dan juga anak yang baik pada parents ko. Aku ingat lagi lagu yang pernah ko kasik kat aku tahun 1997, "Jangan Ada Benci-Casey", berserta sekeping kad raya dan 4 helai surat bertulis tangan kertas kaler biru itew, muahahahaha...Cerita budak2!

Nota Kaki: Masih sendiri...

Wednesday, November 18, 2009

Bila Lagi...

Salam...

Sudah 2 hari berturut-turut ketika chatting di Facebook, ku di tanya oleh 2 orang sahabat lelaki yang sama2 belajar kat UIA. Kedua-duanya dah jadi suami dan bapa. Ku di tanya soklan yang sama, "Bila lagi ni? Bila nak berdua ni?" Sahabat pertama, Encik Acin (bukan nama sebenar) mengoffer diri untuk merekemenkan aku ngan sesaper yang dia nak adjust yang meet aku nyer specifications, muahahaha...sengal! Siap kasik email address lagi untuk kitaorang berbincang lebih lanjut, btw thanks so much! Sahabat kedua, Encik Wak (juga bukan nama sebenar), bertanyakan soklan yang sama. Tanpa melenting, ku jawab ringkas, "Belum ada sesiapa lagi..."

Hmmm...kalau ku kata malas nak fikir, bunyinya macam berlagak dan mementingkan diri sangat kah? Malas nak amik port! For a time being, ku ok saja memegang status single, takde hal. Bila sibuk kerja, balik umah dah penat, weekend jer ada aktiviti nak buat, so takde masa nak fikir, ngeee...

Frankly, ku belum bersedia fizikal dan mental, so ku masih tak konfiden ngan diri sendiri. Ada sesaper yang bley konfidenkan aku, ha3x...Memasak pon tak pas lagi, camner nak jaga makan minum suami, hik3x...Takper, kalo teman dah jumpa mamat yang suka kat teman dalam beberapa bulan ni, nanti teman story yer...Rileks arrr, mak cool jer...Tolong doakan hati mak lembut jer sebab hati mak memang tertutup rapat lagi ni, ek? Kita kawan2 dulu yer, sambil increase konfiden level, muahahaha...


Monday, August 31, 2009

Marriage...


"A successful marriage requires falling in love many times, ALWAYS with the same person..."

Thursday, April 30, 2009

Mencari Cinta Sejati


Cinta,
Keinginanku mencari teman,
Yang ingin kupanggilnya sayang,
Yang ingin ku di panggil sayang,
Seorang yang boleh diharapkan,
Memberikan sebentuk senyuman dan keriangan,
Untuk mengasihi dan dikasihi,
Aku hargai sifat kasih yang murni,
Sebagai pendorong hati nurani,
Sebagai motivasi kekuatan diri.

Cinta sejati,
Kulihat di kaca realiti,
Yang tentu boleh membahagiakan,
Namun kutahu cinta itu banyak cabaran,
Kasih berpanjangan,
Di celah halangan dan dugaan,
Konflik kehidupan akan aku lalui dengan kekuatan,
Cinta sejati pengikat kasih jiwa,
Memberi cinta tanpa sempadan masa,
Mengembangkan cinta ke tahap bahagia.

Ku mencari cinta,
Mencari, mengintai di celah-celah harapan menggunung tinggi,
Akhirnya kutemui cinta sejati,
Ia ada didalam hatiku untuk diberikan kepada dirinya,
Penuh senyuman penuh ceria,
Sayang bertapak jua akhirnya,
Untuk si dia yang kupanggil CINTA.


Nota Kaki: Coretan terakhir untuk 'chenta hati' sebelum berangkat ke Pulau Tioman, ngeh3x...