Saturday, July 11, 2009

Senior RPS!

Salam.

Citer dah agak2 basi, baru nak update, he3x...Last Saturday, 4 Julai 2009, sehari sebelum sesi karaoke 7 jam ngan junior2 skolah, aku join small gathering senior2 RPS ku. Derang ni jumpa balik melalui FB la, apa lagi. Tapi kecil-kecilan, inivite cakap mulut jer, masa chatting kat FB. Venue? Kat Burger King, Extreme Park, Shah Alam (Thanks to Sha Tuyee yang guide aku yang sesat bangat nak ke sana...) Appointment dalam pukul 4 petang tapi aku sampai sana dalam pukul 5, sebab sebelum tu aku ada tanda2 semput, so aku tido jer kat umah, wawawa...

Ni kakak2 batch SRP 1991 & SPM 1993! Yang pakai tudung putih tu, Kak Dora @ Doratun Aina Abu Bakar. Kiranya dah 15 tahun la aku tak jumpa dia. Aku pon tekejut bila dia add aku dalam Facebook. Kak Dora ni satu dorm ngan aku masa tahun 1993, Dorm Terbersih B4! Now dia kerja cikgu kat Shah Alam. Still single tapi rasanya tak available lagi sebab ari tu ada mamat teman kan dia datang gathering ni, hu3x...Yang pakai baju kaler purple tu, Kak Zuhrin @ Norzuhrin Mohd Radzi, satu kampung ngan Kak Dora, orang Bota! Kak Zuhrin ni aku tak baper kenal sangat, aku rasa dia pon tak kenal aku sebab lepas SRP, dia sambung belajar kat MRSM Balik Pulau. Kalo batch dia, antara kategori budak2 pandai la ni. Masa dia tanya aku ni batch yang mana, he3x...jawapan senang untuk soalan senang, " Saya satu batch ngan adik angkat akak, Nuurul Jamilah." Nama pon skolah pompuan, mesti la famous kakak-adik angkat ni kan? Now Kak Zuhrin dah kawen, ada 3 Charlie's Angel, cikgu Matematik kat Subang kalo tak silap. Yang hujung sekali, asal Parit, Kak Suriani Isa @ Kak Intan. Now kije kat company IT somewhere kat Sunway kalo tak silap. Ada anak dara 2 orang, yang sulung dah Darjah 1. Dengan Kak Intan, tak puas nak borak lama sebab nak dengar citer2 dia mengenai 'kehidupan'....Sempat derang pesan ngan aku, "Awak esok kalau nak kawen, pilih ler elok2 calon suami tu...kawen ni satu perjudian..." Huish, seremmmmmm jer aku dengar...

Ni batch SPM 1994. Dari tepi, pakai t-shirt kaler putih, Kak Ani @ Haniza Abdul Hamid. Serius aku tak sangka bley jumpa dia balik. Seingat aku, Kak Ani pengawas asrama. Dah kawen, ada anak 2 orang, body maintain jer malah aku rasa dia lagi kurus dari zaman skolah. Muka memang tak berubah langsung! Yang kat tengah tu, kakak dorm aku masa memula aku masuk Form 1 kat RPS, Kak Elen @ Azmatul Hazrin AKP Zaman. Akak ni memang gila2, masa dia Form 2 dulu, dia minat giler ngan Benazir Bhutto sampai dia pon tukaq jadi Benazir Elen! Kalo kat hostel tu, gi memana, taim prep ker, mesti dia pakai selendang Benazir tu, huargh3x...ko memang kelakar, kak! Now, dia jadik corporate photographer, ikut pak2 menteri. Dia sempat tanya soklan, "Eh, ni Kak Elen nak tanya. Macam mana awak kenal Abang Irmohizam tu?" "La...akak, dia senior saya masa kat UIA." "Itu client Kak Elen. Ari tu dia contact akak, mintak jadik photographer wedding dia..." Hek eleh...kecik betul dunia ni...Yang ujung sekali, Kak Norazlenawati Borhan, hu3x...riuh gilo akak ni, cakap tak berhenti2. Actually ketiga2 tu pon sama. Kak Azlena now kije ngan Petronas Research kat Bangi kalo tak silap.

Dalam ramai2 tu, aku sorang la yang paling muda, hu3x...junior yang baik! Aktiviti kitaorang, nyembang jer la, makan minum pun tidak. Nak pulak Kak Dora bawak album gambar2 zaman skolah, huish, imbas balik la nostalgia zaman skolah. Aku kan suka zaman skolah, so banyak jugak la nama2 senior yang aku bley recall balik sampai kan akak2 ni cakap aku macam 'dictionary bergerak', hu3x...Next taim kalo nak wat gathering, derang cakap WAJIB bawak aku, hu3x...Thanks, akak2! Tapi yang agak terkedu bila derang soh aku yang organize reunion untuk budak2 hostel, maak aaiiiiii....Aku lagi ker????


Bergambar kenangan selepas 15 tahun tak jumpa! Lama tuh...Walaupun sekejap, tapi best! Still continue keep in touch thru Facebook, yeay! Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment