Friday, July 3, 2009

Lelaki Ini Live from Istana Budaya!

Salam...

" Bukan sekadar bersandarkan paras rupa kacak yang mencairkan hati wanita, penyanyi popular Anuar Zain juga mempertaruhkan vokal yang cukup mengagumkan bagi membuat peminat 'jatuh cinta' kepadanya..."Hu3x...itulah komen wartawan dalam Harian Metro hari ni pasal Konsert Lelaki Anuar Zain malam tadi, 2 Julai 2009 @ Istana Budaya. Actually konsert ni berlangsung selama 2 hari bermula sejak 1 Julai sempena KL Music Festival 2009. Ni anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Istana Budaya. Harga tiket di jual dari serendah RM 25 sampai RM 250 yang paling mahal. Dua2 malam SOLD OUT tau! Sama macam Konsert Satu Dato Siti Nurhaliza beberapa hari sebelum tu jugak. Kira sama taraf diva tu, beb! Masa aku sampai kat IB sekitar pukul 7 petang tu, nak masuk parking dah start que panjang, pergh...memang penuh IB tu ngan peminat2 setia Anuar Zain. Dalam paper tulis, di anggarkan 1300 orang datang menyaksikan persembahan Abang Nuar malam tadi. Kat atas tu wajah terbaru Abang Nuar, HENSEM SANGAT KAN??? Dah la aku memang suka tengok lelaki rambut pendek, kemas jer. Tapi kalo Abang Nuar, tak kesah la rambut panjang ker, pendek ker or macam Mawi ker, pada aku dia tetap sweet dan ENSEM! Al kisahnya, lepas aku parking kereta dan terkedek2 nak gi ke IB, tetiba aku sedar macam ada kereta kat belakang aku. Aku pon pusing blakang tengok. Ak en na...kereta Mercedez saper plak 'kerek' naik parking sampai pintu belakang IB ni? Adik aku, Pok Yie cakap, "Wey, Anuar Zain la dalam keta tu." Belum sempat aku cakap apa2, Mercedez tu berenti betul2 depan aku dan...ANUAR ZAIN betul2 depan mata aku, beb! Tergamam aku taim tuh! Dia masa tu pakai jeans jer, very simple n di sambut oleh pegawai bertugas. Punye la tergamam sampai lupa nak kejar dia, nak amik gambar sekali ngan dia, huish, frust betul! Adik aku tak abis2 kutuk aku sebab tak kejar Anuar Zain taim tuh. Isk, nyesal betul! Memang dah rezeki depan mata masa tu, tapi aku yang terlepas peluang...
B
Ini adalah jemaah2 yang menyertai 'rombongan Cik Kiah' ke konsert kali ini. Dari kiri, yang pakai kemeja biru jalur2 tu, nama dia Wan Sufian Wan Talib. Ini ler Che Pi, kawan aku yang rajin membalas email aku kat ofis, wawawa...My big brader yang aku takut kalo dia serius, aku rasa cam dia garang jer, ahaks! Tapi actually kalo dia buat lawak walaupun thru email, memang bole membuatkan aku ketawa terbahak2 la depan pc kat opis tuh. Kowang jangan memain dengan dia ni, sebab separuh dari peminat Anuar Zain yang datang malam tu, peminat Che Pi jugak. Masuk2 jer panggung, terjerit2 budak2 fomfuan teruja jumpa dia, bukan siket tau! Kagum aku! Ala2 celebrity glamer n prestij gitew! Ok, sebelah Che Pi ialah Kodok Manja yang berkaler oren, he3x...Then, adik aku, Pok Yie n ujung skali dalam gambar ialah Cik Mala, bakal ibu yang sangat cergas dan kuat stamina, memang power fomfuan nih. Aku kenal dia masa join trip Taman Negara Kuala Tahan cuti CNY ari tu. Masa tu dia tengah pregnant 3 bulan kalo tak silap, bley panjat Bukit Terisek tu mendahului aku yang semput lelah ni plus bley masuk gua lagi esoknya tu, ek?
Ok, pedulikan yang paling ujung baju putih tu, yang berbaju kurung hitam tu, Sha Tuyee, sebelah si Mahera n sorang 'kumbang' yang dah susut kat ujung tu, nama dia Nazim. Kalo Abang Nuar umur 39 tahun, Nazim umur 37, he3x...single lagi tuh tapi not available dah, sorry la ek. So, dia paling tua la di kalangan kitaorang. Last minute dia ganti si Ady yang tak dapek join sebab nak exam, rugi!rugi! Nazim ni aku kenal masa gi trip Pulau Perhentian tahun lepas. Ingatkan pendiam, tapi kepala gila2 jugak, sempoi! Rupanya dia senior aku masa kat UIA, satu course lagi. Oh ya, Che Pi tu pon aku kenal masa trip tu jugak, pon senior aku masa kat UIA, tapi dia budak Laws.

Ok, abaikan makhluk yang kaler purple dan mamat sebelahnya yang dari tadi asyik kontrol ensem, ek? Sebelah Nazim tu, kawan aku Natrah dan ujung sekali, kawan aku lagi sorang, Eddyazwan. Orang2 yang kerja Jusco, memang kena duduk sederet walaupun tengok konsert ek? Si Eddy ni 'tauke karaoke'. Kitaorang bole jer gi berduet karaoke 2 orang non stop 4 jam, gilo kan? Tapi dia lagi gilo karaoke la kan sebab suara dia best, aku ni tak baper giler karaoke lagi, kira 'set2 tudung labuh', gitew! Wawawa...Yang takde dalam gambar sebab 'special case' ialah Wan Shahril Wan Hasan @ Bajet. Datang tengok konsert ngan saper tuh??? Jeng...jeng...jeng...

Inilah Panggung Sari kat Istana Budaya di mana konsert tu berlangsung. Di sebabkan kitaorang beli tiket paling 'mahal' berharga RM 28 (plus tax), so kitaorang nyer seat kat tingkat 3 (Upper Circle). Sederet kitaorang 9 orang artis dari pelbagai zaman dari seat bernombor G14 hingga G22. Before konsert start, so sumer pakat on kamera masing2, amik gambor sebab bila show dah start tak leh amik gambar dah. Memang rules kat sini macam tuh. Attire pon kena proper. Makan pon tak boleh, nanti kena sound ngan petugas IB. Supposed show start pukul 8.30 malam, tapi lewat 15 minit, maybe derang nak make sure sumer audience dah masuk, baru start. So dalam pukul 8.45 malam baru start.

Persembahan Konsert Lelaki Ini Anuar Zain ni di iringi Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan Mustafa Fuzer Nawi. Pengarah muzik pulak Alwyin Santiago. Actually, konsert solo Anuar Zain ini kira 1st konsert solo dia dalam Malaysia. Selepas menanti lebih 11 tahun, barulah impian Abang Nuar nak beraksi kat IB ni tercapai. Abang Nuar mengakui dia stress gak untuk konsert ni di sebabkan tak cukup masa untuk berlatih tapi dia cuba yang terbaik untuk beri kepuasan pada semua peminat setia yang menyokong kerjaya seni dia dari dulu sampai sekarang. Yeay! Cayalah, Abang Nuar!

So tepat jam 8.45 malam, konsert di mulakan ngan pemain orkestra mainkan muzik Lelaki Ini, pergh! Satu panggung bergema dengan sorakan peminat2 walaupun taim tu Anuar Zain tak kuar lagi. Macam kat stadium! Then, bila Anuar Zain muncul dari belakang pentas bergerak dari bawah ke atas dengan mendepakan tangannya ala2 aksi Titanic itew, AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....harus la yang pompuan2 ni termasuk aku sudah start 'meroyan', hu3x...Dia mulakan konsert dia dengan lagu rancak Kaulah Satunya yang di petik dari album 'Anuar Zain' yang 1st tahun 1998. Uiks, lupa yang mana? Alah, yang korus lirik tu cenggini, " Oh sayang, Kau lah satunya, Oh cinta, Yang kau berikan..Ku kan cuba (tapi bila dengar dalam kaset dia sebut 'coba', he3x..) Ku kan cuba, Untuk membalaskan segala, Kasihmu padaku..." Then, lagu second, di petik dari album kedua dia tahun 2002, Sesucinya Cintamu hasil ciptaan dan lirik Pengiran Sufri Bolkiah. Walaupun lagu ni best, tapi aku tak suka video clip lagu ni...Korang ingat tak video clip yang Anuar Zain kena culik dengan peminat perempuan dia, then peminat tu kurung n ikat dia dalam rumah, siap peluk dia lagi, over tau!!! Tak suka lah tengok, ceh! Then, dia nyanyi lagu Mungkin, Suria & Siarra, Jangan Bersedih Lagi, Bila Resah dan Bidadari sebelum berhenti rehat 15 minit. Aku cakap ngan kowang, sepanjang dia nyanyi tu, suasana memang meriah giler sebab peminat2 setia dia ikut menyanyi sekali termasuk AKU yang memang hafal jugak la lagu2 dia secara tak sengaja ek. Kalo tang dia halakan mic dia pada penonton tu, memang ramai2 bley ikut sambung dia nyanyi, memang happening macam taim lagu Bila Resah tu, bertepuk tangan segala, goyang bahu kiri kanan, enjoy giler. Masa dia tujukan lagu Bidadari tu pada khas pada peminat perempuan dia, huish, aku dah syahdu giler ngan suara dia, he3x...Dah di awang-awangan taim tuh....rasa nak terbang jer dari Upper Circle tu ke tengah stage untuk mendapatkan Anuar Zain, hu3x...macam ala2 penampilan istimewa kan? Lagi grand kalo baju aku aku ada lampu lip lap bentuk LOVE macam Kak Melah kan? Then, masa rehat tu, kitaorang di hiburkan dengan tiupan saksafon oleh..ntah sapa ntah, lagu Semua Untukmu yang di petik dari 2nd album yang di cipta khas untuk peminat Anuar Zain. Yang tiup saksofon tu memang best!

Dalam komen paper hari ni, ada statement yang mengatakan Anuar Zain kurang berinteraksi dengan penonton malam tadi sebab nak memberikan fokus pada vokalnya. Sebagai penonton yang hadir malam tadi, aku rasa dia banyak communicate ngan audience, sangat sabar and sporting melayan karenah peminat dan aku baru realized dia ni suka bergurau jugak. Memang sweet n charming jer dia. Peminat memang terjerit2 la gilo tengok dia. Ada sorang budak pompuan duduk 2 baris depan dari baris kitaorang, suara dia memang kuat giler sampai Anuar Zain, back up singer n musician yang kat stage tu bley dengar suara dia. Dia la the one and only yang mengusik Anuar Zain dari mula sampai habis, memang sempoi giler minah tu. Ada sekali tu dia jerit. "Anuar! Bila u nak kahwin?" Then, Abang Nuar jawab, "Isk, susah nak jawab tu. Ada ker orang nakkan saya?" Apa lagi, beratus-ratus perempuan mengangkat tangan untuk menawarkan diri. Salah soklan betul tanya tuh! Then Anuar sambung, " Mak ayah saya tak letak harga tinggi, dalam RM 2000 jer, so boleh la masuk meminang saya." Huish, nak ajer aku hantar mama aku minggu ni ke Shah Alam bawak cash RM 2000, jumpa Pakcik Zain ngan Makcik Robiah, tunggu tau! Then, tuala yang dia lap peluh tu pon, taim dia baling ke arah penonton, berebut la yang kat bawah tu, ternganga jer kitaorang yang kat Upper Circle ni tak dapat nak berebut sekali, termasuk 3 kuntum bunga ros, ces! Then, kalo dia nak minum mineral water, ada sekali tu, minah yang suara kuat giler tu jerit lagi," Anuar! Dah baca Bismillah?" Tergelak Anuar di buatnya. Terus dia 'Auzubillah......Bismillah.....mak aaaiiiiii....baca Bismillah pon suara dia sedap, noq! Lantas, aku membuat pengakuan, "Ya, hati saya sudah di miliki oleh kamu, Anuar", wawawa...Aku memang 'sengal' kan?

Oh ya, kalau tak silap aku, sebelum berhenti rehat tu, Anuar Zain ada juga bawak lagu masa zaman kanak-kanak dia dulu. 3 buah lagu; Seruling, Kesan Kelukaan dan lagu duet dia dengan Ellina Razak yang famous, Kain Pelikat. Macam lagu Seruling tu, dia rakamkan lagu tu somewhere tahun 1983, masa umur dia 13 tahun. Walaupun tak baper nak ingat, lagu Seruling tu macam pernah dengar. Kesan Kelukaan tu pon sedap dia bawak. So, taim dia bawak lagu2 ni, kat belakang stage tu di tunjukkan la gambar2 dia masa zaman kanak-kanak. Kitaorang yang kat atas ni memang nampak separuh jer la, hu3x...Kain pelikat, la la la la....Kain pelikat, la la la la...Aku rasa kalo dia bole bawak Ellina taim tu pon ok gak? Zaman aku kecik2 dulu, aku ingat derang couple, suka jer tengok gandingan duet derang, bley?

Lepas rehat tu, Abang Nuar sambung lagi nyanyi lagu Permata, Teman Terulung (especially dedicated untuk peminat2 dia...thanks, he3x...) Keabadian Cinta dan Kau Bunga Cintaku. Then, ada satu segmen yang dia nyanyikan 4 lagu yang kiranya menjadi sumber inspirasi dia la selama dalam karier seni ni. Segmen ni jugak aku kira segmen 'tribute' untuk orang 'old school' seperti Che Pi dan Nazim, ahaks! Dia nyanyi lagu Penantian nyanyian asal Allahyarham Zubir Ali, then Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza), Epilog Cinta Dari Bromley (Suhaimi Meor Hassan) dan Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (The Flybaits). Taim ni, sumer macam diam jer sebab lagu2 ni kan sumer slow, he3x...Malam tadi memang fully lagu2 Melayu la dia bawak, ingatkan dia nak nyanyi jugak lagu My Baby You untuk aku, hik3x...


Tup tup, dah hampir 2 jam konsert ni berlangsung. Masa Anuar kata dia kan menyampaikan 3 lagu terakhir, tetiba pulak aku macam sedih, tak mau lepaskan dia pergi lagi, isk3x...Tak puas lagi tu nak dengar dia nyanyi. Dia sambung dengan lagu Ketulusan Hati, Lelaki Ini dan Perpisahan. Aku rasa dalam banyak2 lagu dia nyanyi malam tadi, paling best aku dengar masa dia performed Ketulusan Hati, vokal dia memang power, music arrangement best sebab macam ada unsur2 dramatik pada lagu tu, orkestra pulak lagi, memang pergh! Biasalah, sebagai penghargaan, pihak Istana Budaya kasik sejambak bunga kat dia, yang bawak bunga tu, budak perempuan umur dalam 4 ke 5 tahun rasanya. Anuar dah sua kan pipi dia pada budak tu nak cium, tapi budak tu takut, tak mau. Huish, nak ajer aku ganti tempat budak tu taim tuh, bukan senang, beb! Ha3x...gediks lagi nih! Malam tadi ada jugak rakan-rakan artis yang datang kasik sokongan macam Dato Siti Nurhaliza, Fazli Zainal, etc. By the way, as comparison dengan 1st nite concert, derang cakap, malam tadi Anuar Zain performed lagi better. Ini berdasarkan opinion kawan aku yang pegi 1st nite tu dan di sahkan lagi oleh kawan aku yang main violin mengiringi persembahan. Malam pertama tu macam Anuar lost dia nyer key. Memang tak sedap dengar la dia nyanyi, ye la maybe dia tak biasa performed ngan orkestra kan? Tapi lebih tepat lagi, malam tadi dia nyanyi best sebab Kodok Manja datang tengok, yeay!

Yeahhhh...inilah hasil yang ku beli selepas konsert berakhir sekitar jam 11.45 malam. DVD Karaoke Anuar Zain yang memuatkan lagu2 dari album Lelaki Ini itu, terbitan Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Edaran Universal Music Sdn Bhd. Harga dalam RM 29.90. T Shirt pun ada derang jual, tapi aku tak beli. Kan aku ni peminat setia, bukan peminat fanatik yer, Che Pi! Aku rasa Anuar Zain patut buat lagi konsert dia kat tempat lagi besar dan masa lagi panjang sebab memang tak puas dia tak nyanyi lagu2 sedap yang lain macam:

a) 1st album - Musim Berlalu, Tangisan Naluri
b) 2nd album - Kembalilah Kasih, Rindu Belaian, Semua Untukmu
c) 3rd album - I'm The Lucky One, Tinggalkan Aku, Hanya Milikmu
d) Kalau duet - Kini Bebas ngan Camelia

So, Abang Nuar, next time tolong consider lagu2 ini, ek...Timakacih...Hmm...kawan aku si Natrah, sampai hari ini, 'meroyan' dia pada Anuar Zain tak hilang2 lagi. Kalau jumpa Anuar Zain dekat2, mau histeria kot dia. By the way, as a conclusion, aku sangat enjoy menonton konsert dia malam tadi, aku rasa orang lain pon sama sebab bila Anuar Zain habis performed jer, aku rasa majoriti 95% penonton berdiri wat 'standing ovation' kat dia. Bukan kata peminat perempuan jer, yang lelaki pun sama terhibur. Except aku tak bangun sebab dok tahan gayat duduk kat Upper Circle plus pakai kasut tinggi plak semalam, takut nor tergolek, he3x...

Uiks, yang ni aku saja nak share ngan kowang, autograph yang aku dapat masa jumpa Anuar Zain tahun 2007 kat Hotel Park Royal tuh. Nampak tak dia tulis apa kat situ...tak nampak?

Ni aku kasik zooom lagik...clear tak tu dia tulis apa? MY MANJA, ok???? Natrah, aku harap ko tahan perasaan tak puas hati ko tu pada aku sebab Abang Nuar sendiri yang signed, bukan orang laen tau!

Ni lagi satu poster dia yang aku mintak autograph, purposely beli Majalah Eh! sebab ada poster dia yang aku rasa dia HENSEM GILO! Pon masa kat Park Royal tu jugak, nanti la kalo sempat aku nak framekan poster2 ni, sayang pulak kalo koyak kan? Apa? Tak nampak jugak dia tulis apa kat atas poster tu? Baik, aku zoom dekat lagik....

MANJA...I LOVE U, hu3x...Menangis airmata darah la ko, Natrah bila tengok nih!!! Jangan jadik macam Kasim Selamat udah ler, ko larik gi dapur amik garfu Che Jah, lalu ko cucuk kedua belah mata ko untuk menafikan kenyataan yang ko tengah saksikan sekarang ni, huargh3x...(gelak macam Komeng nih...) Ko dah kalah banyak ngan aku ni, tak larat kejar punya, ha3x...Nowwa, walaupun ko dah berlaki, tapi aku harap ko tak JELEEEEZZZZZZZZ jugak ngan statement Abang Anuar yang ni ek? Hmmm...besar sign Abang Nuar tu start ngan huruf A...kat ibu jari tangan kanan aku ni pon sangat clear huruf A, apakah...??? Jap! Jap! Dia lahir 15 Februari, zodiak Aquarius, aisey...kalo ikut zodiak Cancer ku ini, aku serasi ngan Pisces, alahhh...camner nih...isk3x...By the way, I LOVE U TOO, ANUAR ZAIN! Yeay!

Nota Kaki: Tak sabar2 nak tengok showcase Dayang Nurfaizah pulak 19 Julai ni kat Hard Rock Cafe, hu3x...Kepada viewers blog ni, sesungguhnya apa saja catatan kat sini, tidak sama sekali di dorong oleh perasaan riak (kerana ia termasuk dalam kategori syirik kecil, kan?), tapi lebih kepada merapu semata2 kerana sememangnya aku ni 'sengal' orangnya, he3x...

13 comments:

  1. Aku sanggup bangun 6.30pg sbb nak comment blog ko.. Argghhhh..rasa nak terjun bangunan dah ni! Kalau aku mati bunuh diri, ko kena bertanggungjawab..isk isk..sanggup abg nuar menduakan aku yg jelita tapi plus size ni!

    Apa2 pon.. I LOVE U ABG NUAR!! Tp mlm tadi dah tak mimpi dia, x syok lah..issshhh..

    P/S: Mek, naper gambar aku blur? Ko jeles ngn aku kan sebenarnya..

    ooohhh abg nuar..bile lah che jah nak meminang anuar zain utk aku ni.. hemmmm...

    ReplyDelete
  2. isshh tak puas hati ni.. aku baca ko nyer statement ni 2x.. tapi tgk gambar abg nuar berkali2 and tetiba segala tulisan ko jd blurr..yg hanya aku nampak adalah gambar dia jer..ishh ishh ishh, kenapa lah dia diciptakan menjadi makhluk tuhan paling seksi ni? mau meroyan kat dia sampai bila2 ni..

    dan aku sanggup banyak kali click blog ko utk pastikan kuar lagu abg nuar je kat ko nye blog ni..hahahahahahahahaha...

    I LUV U SO MUCH ABG NUAR..MMMUUUAAAHHHHSSS..(walaupun dia tak mungkin pernah tahu kewujudan aku di dunia, tp dia tetap menjadi pojaan hatiku!)

    ReplyDelete
  3. Abg NUUUUUUAAARARRRRRRR!!!org pon tahp kipas-susah-mati abg nuar!!dr kecik2 dh start nyanyi lagu Kain Pelikat..jelesnya tgk akk dpt g kosert kt IB..jelesss..jeles...jeles..mmg blh nagis tahap air mata darah dh ni..

    ReplyDelete
  4. Cik Natrah: Ko yang baru jumpa sekali dah meroyan, aku ni bertahun2 dah meroyan smpai bila tengok Anuar Zain jer, orang ingat aku, tak ingat ko tau!!! Camner tuh, hu3x...

    Cik Taten: Uiks, ingatkan tak minat...jangan la nanges, nanti allergic lagi, hik3x...Best Fatin konsert dia...enjoy sangat!!! Dia pandai ambil hati fans dia, that's y peminat sumer sayang dia, hu3x...

    ReplyDelete
  5. Nowwa!!! Mana komen ko nih??? Aku bersengkang mata wat review ni dari pukul 11 malam smpai 3.00 pagi untuk ngko, isk3x...Wat brainstorming tu nak ingat balik sampai ku hampir lelah pagi ini, he3x...

    ReplyDelete
  6. Nat, nak hangatkan ko lagi ni! Cuba ko tengok Abang Nuar letak simbol love tu kat ner? Macam dekat dari hati dia kan, bila dia lafazkan I Love U itew, ahaks!Memang fomfuan 'sengal'!!!

    ReplyDelete
  7. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!
    Mak jelez..sorry lambat komen sebab aku jelez tahap nak pengsan!!!
    Meremang aku baca review kau as if aku ada dalam IB tu jugak..
    Pengsan..pengsan..pengsan..
    Apa kau gi tengok Dayang tak nak ajak aku ke?
    Ada ticket lebeh?
    Pengsan..pengsan..pengsan..
    Aku cintakan abang Nuar juga..aku nak dia juga..tapi..laki aku lagi best!
    Hahahhaha...
    Ingat aku kalau kau kawen ngann dia,aku chop jadik pengapit Anuar Zain..bukan pengapit kau..ingat tu!!!!

    ReplyDelete
  8. Hik3x...Nowwa, jangan la pensan, kang windu plak MD ko nak dengar ko nyer celoteh. Ye la lako ko lagi best, bak kata ko, bole poluk-poluk, wawawa....'daging halal' tuh...hu3x...

    Ok, ok, nanti aku cakap ngan Abang Nuar ko nak jadik pengapit dia sebab pengapit aku nanti Faizal Tahir...

    By the way, tiket Dayang tu kawan aku yang belikan, dia yang ajak. Aku rasa ko bole beli lagi la taim show dia nanti kat HRC. Jom!

    ReplyDelete
  9. Mek, td aku surf video clip abg nuar kat youtube. So aku bukak lah video yg dia nyanyi kat parkroyal tu.. Skali nampak lak ko ngan kache bergilir2 amik gambar ngan abg nuar..hikhik..

    Tadi aku ingat aku dah tak meroyan kat dia. Tp lepas kenyang makan nasi ayam, aku terus meroyan kat dia balik.. Macam mana ni.. sampai bile mcm ni ni.. susah gak ni.. Kang ada yang buat OOS report tertulis nama abg nuar ni kang..hahahaha..

    ReplyDelete
  10. MENCIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!
    eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......ensemnya anuar zain....

    arituh penah jumpa die kat KLCC...tp jadik cam akak...terkejut, tergamam...huhuh....so, x sempat nak bergambar....rugiiiiii!!!!

    pa per pon...JELESSSS LAAAAA!!

    ReplyDelete
  11. Syah, hik3x...laen kali rembat jer tegur dia, sporting sangat! Tak tipu...

    ReplyDelete
  12. Forever Abg Anuar utk ko ye Kodok Manja!!!

    ReplyDelete
  13. Harus la...Endless Love untuk Anuar Zain!

    ReplyDelete