Hu3x...Actually gambo2 ni sumer event last Sunday, 5th Julai, sesi 'melalak' tak hengat kat Red Box Karaoke @ The Curve, menghimpunkan budak2 RPS yang jumpa balik thru Facebook. Kalo ikut confirmation list, patutnya 11 orang yang datang, tapi baper kerat yang tinggal, he3x...Biasalah, tu yang aku malas nak jadik organizer, frust kalo orang tak datang. Person incharge booking untuk 11 orang, so kitaorang dapat bilik No. 3, besar giler n syok sangat! Yang kat atas tu, kira macam dining area, ada screen gak. Bilik air pon ada skali. Yang bersepah tu bukan sampah tapi 3 bungkus rose petals yang kitaorang tabur seluruh bilik, ala2 'honeymoon' package, bley?
Schedule pukul 3 petang until 6 petang, 3 jam. Tepat pukul 3 tu, kitaorang bertiga jer yang sampai dulu, hu3x...Yang kat depan bertudung putih seperti pemalu itu adalah aku, Kodok Manja The Legend. Belakang aku, junior aku setahun, Osmainiza Osman @ Maiza. Orang Teluk Intan, dulu satu dorm A7 ngan aku masa dia Form 1, hockey player untuk RPS. Kiranya dah 13 tahun la kitaorang tak jumpa. Organizer untuk event ni, tapi organizer lagi sorang, si Shuhairah tak datang sebab balik kampung. But aku puji effort Maiza, siap tempah belon kaler putih ikut theme color untuk event ni. Dia jugak yang email invitation untuk sumer RPSian thru Facebook. Syarat2, no guys! Perempuan sumer, anak pon kena tinggal, laki apatah lagi, hu3x...
Ehmmm...gambo2 ni banyak sangat, ni baru sikit jer aku letak. So bila upload aku malas nak susun wat story board, he3x...So aku citer jer la apa2 yang patut ek. Pompuan chantek yang pakai topi ala2 Chinese looks tu, batch Maiza, nama Noreen Shafiza Meor Ahamad. @ Noreen. Pon dah 13 tahun tak jumpa. Seingat aku, dia dok hostel sekejap jer, then dok luar. Paling last aku ingat, dia study kat UPM. Masa zaman skolah dulu, tak silap masa dia Form 4, aktif wakil sekolah dalam Debat Bahasa Melayu. Kalo tak silap masa final kat SM Anderson, team skolah kitaorang jumpa ngan STAR, RPS yang menang n dia dapat Pembahas Terbaik, kalo tak silap aku lah. Aku rasa dia ada talent jadi pengacara tv tapi dia tak minat. Kawan team debat dia, Raja Endon Mastura yang pernah jadik pengacara Medik TV, MHI TV3 n newscaster Astro Awani tu, batch derang jugak.
Yang paling hujung sebelah kanan, junior 4 tahun dari aku, Zaharatul Laily Shazi Shaarani @ Laily. Masa aku Form 5, dia baru Form 2. Rapat gak ngan aku taim skolah dulu, selalu lepak borak2 kat koridor blok. Masa aku jadik squad leader kadet polis 1995, so budak2 Form 2 ni kena 'audition' kawad kaki dulu sebelum terpilih dapat masuk kadet, tengok tangan hayun lurus ker tak, posture tubuh, tinggi, kaki kengkang ker taim kawad, disiplin, etc, memang elit la kalo dapat masuk team kadet polis kat skolah aku ni. Aku rasa macam pernah dengar rumours yang kata Laily ni dapat joined kadet sebab baik ngan aku, hu3x...padahal aku ni adil dan saksama serta telus lagi, ahaks! Dia ada kembar nama Nawal Shakirah Shazi, satu hostel jugak. Masa tu derang dok kat Parit Buntar. Masa skolah dia aktif jugak main netball wakil RPS.
Batch aku? Sorang jer yang datang, kawan aku, Yusmaniza Zainal Abidin @ Yuse, yang pakai tudung berdiri sebelah aku tu. Kawan aku ni cun, ramai peminat zaman skolah. Dia school prefect, police cadet gak skali ngan aku, jadik Bendahari, satu hostel. Kapten netball team bawah 18 tahun. Kalo gi camping cadet, aku rasa bersusun budak2 laki skolah lain minat dia, he3x...Uiks, baru aku teringat, boipren kadet dia budak SM Raja Chulan, cute mamat tu, main skateboard. Before that, masa kitaorang camping kat SLPPH Tupah, Bidong, Kedah tahun 1994, ada mamat ensem dari SM Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan minat dia, hu3x...Sorry la ek, ni sumer nostalgia lama2, citer zaman remaja kan. Now kawan aku ni pon dah kawen, ada anak sorang, tapi still meneruskan kerjaya sebagai pramugari MAS sejak dari lepas sekolah. Masa dia wat wedding reception kat Taman Tasik Perdana, ramai gak batch kitaorang yang turun, meriah...
Yang depan sekali pegang mic tu, Adik, anak buah kadet aku jugak. Ari tu dah introduce kan masa citer pi wedding Shima kat Taiping ari tuh...Sumer gila mic, he3x...
Sakan posing...nama pon sekolah perempuan, mesti takleh lari dari gilo posing yang perasan ala2 model kan? Finalis Ipoh Mali Talak Sombong Next Top Model 2009! Derang sumer fotogenik, aku sorang jer tak, sengih dalam gambor pandai ler...Model rabun pulak tuh...
Melalak lagi sambil posing...susah arr kalo mic tu dah dapat kat tangan aku. Tapi percayalah, ari tu aku tak banyak nyanyi seperti biasa. Lagi enjoy nyanyi ramai2, menyampuk bila orang lain nyanyi, backup dancer. Aku memang pantang dengar muzik, mesti nak berjoget jer, he3x...Nak wat camner, aku memang ada sikit 'entertainment oriented' so of course la suka mende2 cenggini. Tapi seumur hidup, baru 3x menjejakkan kaki ke pusat hiburan, itupun Planet Hollywood. Tercengang2 jugak la kat sana bila melihat telatah orang, he3x...tapi pendedahan yang ok jugak pada aku, melihat dengan mata kepala sendiri betapa 'happening' nya orang2 KL!
Hu3x...Noreen dah tahi lalat pusakanya di dagu! Mahal tuh...nampak jer gila-gila tapi karaoke layan lagu dangdut, bley? Goyang Bali Mas Idayu, Goyang Inul, Kocok-Kocok, ha3x...redah jer...lagu2 Ella pun faveret, jiwang lagu Bertakhta Di Hati - Faradhiya, he3x...tak sangka aku! Next taim kita goyang lagu yuk aahhhhh!!! Aku pon layan per lagu dangdut ni, syok per bergelek...
Ni gambo aku ngan kawan Noreen, tak silap nama dia Mira, bukan budak RPS tapi penyanyi jemputan, hik3x...Dia biasa dah nyanyi performed depan public nih. Suara pon power. Taste lagu2 yang dia pilih lebih kurang sama macam lagu yang aku selalu melalak kat karaoke seperti Janji Kasih-Siti Nurhaliza, yeay! Yang aku tu plak tengah blaja nak posing ala2 muncung mulut junior aku Shima tapi tak baper nak jadik, hu3x...Macam kena suntik botox jer, takper praktis makes perfect!
3 orang ni tengah naik 'syeikh' nyanyi lagu Rahsia Pohon Cemara -Exist! Lagu glamer tu zaman kitaorang sekolah sekitar 90-an. Satu album ngan lagu Untukmu Ibu, zaman Mamat tengah famous giler. Tapi aku lagi minat Along Exist taim tuh sebab dia sebaya aku, wawawa...Oh ya, yang kat tengah2 tu pon kawan Noreen, penyanyi jemputan, bukan budak skolah kitaorang, sebab tu baju dia tak menepati tema putih, he3x...
Kowang jangan tak caya, suara minah ni bila dia nyanyi Rahsia Pohon Cemara tu, sejibik suara Mamat Exist dia tiru, beb! Kagum kitaorang di buatnya...Masa memula dia masuk join kitaorang kat situ, bila tengok muka dia, eh, macam pernah tengok muka dia ni, familiar sangat tapi tak ingat kat ner...
Adik bawak kawan dia nama Aina. Aku rasa kawan sama jurulatih poco2 macam dia jugak. Sweet kan muka member dia tu? Tukang amik gambo kitaorang, he3x...Timakacih...
Pemandangan kat bilik karaoke No. 3, besar dan luas kan? Kalo dapat wat birthday party kat sini, celebrate ngan kawan2, rasa cam best jer...Sorang bayar dalam RM 64. Kalo ikut plan awal, sampai pukul 6 petang jer kan? Tapi kitaorang extend sampai pukul 10 malam, so maksudnya kitaorang karaoke selama 7 jam, huargh3x...gilo!gilo! Tapi ok la, bilik best, makan buffet, air sampai 7, 8 jag sampai 'mabuk' Coke la jugak. Main screen tu besar gilo macam tengok wayang.
Posing konon2 budak2 jahat masa sekolah, brutal arrr konon...Tapi kan boring tau kalo jadik budak skema kalo taim skolah, study jer...Kalo tak wat jahat, macam takde mende nak di kenang dalam hidup, life rasa dull, takde warna! He3x...saper sangka, aku yang ala2 'boyish' masa skolah dulu, rambut 'boy cut', now dah pakai tudung, hu3x...Tapi tang 'kasaq' tu still ada lagi laa...Aku ingat lagi, bila budak2 laki kadet Sekolah Izzuddin Shah (skolah agama kat Ipoh) tau aku dapat masuk UIA, sakan derang gelakkan aku, ceh!
Patut la aku macam pernah nampak yang pakai baju kaler hitam tuh...Noreen cakap ngan aku, "Kak Mirza, tu la yang berlakon jadi Comel kat dalam sitkom 'Comel' kat Tv3 tu..." Aah la...tapi dia tak sombong, sempoi, kepala gila2, best!
Comel ni suara dia power giler! Tubuh kecik jer tapi dalam perut macam ada radio, ha3x...Setakat lagu2 Nicky Astria macam Samar Bayangan, Mengapa, lagu2 Shima macam Teringin, tu sumer dia 'tarik' rileks jer...sikit pon tak pecah, memang power! Kalo tengok list lagu2 bernada tinggi tu, dah tau dah, mic tu mesti kat dia, he3x...Kiranya versatile la dia, berlakon boleh, menyanyi boleh, menari pon ok, memang happening minah ni! Kowang tengok la dia 'tarik', jarak mic tu macam ala2 Jaclyn Victor kan?
Uiks, camner ada budak kecik tersesat kat sini nih? Ni nama dia Dania, sepupu Noreen. Dia baru darjah 6, tapi suka betul menyanyi, menari segala. Lagu2 dia macam The Climb-Miley Cyrus, Hot n Cold- Katy Perry, Just Dance - Lady Gaga, When You're Gone - Avril Lavigne, etc, class uols! Fluent pulak tuh! Dalam gambo tu dia tengah wat 'goyang gerudi Inul', hah, bley? Kiranya The Star of that nite goes to Dania lah! Tapi ada sekali tu masa aku sibuk2 nak nyanyi lagu Menaruh Harapan - Zaiton Sameon (very the old school kan?), dia datang peluk aku, cakap cenggini, " Kakak, suara kakak sedap sangat..."Uiks, terpana aku seketika, he3x...Begitu jujur sekali kenyataan itew!
Antara gambar faveretku...Macam cover album Pussycats Dolls, takpon Destiny Child version ramai, hu3x...
Dania ngan mamanya, kitaorang pangge Mak Su jer, sporting habis melayan kitaorang melalak tak hengat!
Makan taim! Buffet start pukul 6 petang, macam2 ada. Lapaq gila dah taim tu lepas melalak lebih kurang 3 jam, dah la gi tu aku tak lunch pon sebab gi ofis di hari Ahad, hik3x...
Sibuk menagacau Laily nyanyi lagu Leona Lewis - Bleeding Love! Antara lagu faveretku jugak yang akan ku ulang2 berpuluh2 kali dalam kereta tapi tak pernah sekali pon aku try kat Red Box. Tinggi gilo lagu nih...
Posing tribute to Shima @ Tyra Banks Changkat Jering, auw! Trademark dia wat ala2 muncung seksi tuh, tapi biasalah muncung aku tak baper nak jadik, still tahap cipan, ha3x...
Sibuk pilih lagu apa nak nyanyi...Aku suka 'Tak Mungkin Kerana Sayang' nyanyian Alyah. Aku rasa 3x kali kot lagu ni di ulang sepanjang karaoke tu...
The Singing Lawyer - Nor Diana Sham Mohd Hazari. Ni pon batch Noreen n Maiza. Geng2 debat jugak. Dia masuk sekolah aku masa Form 4. Masa aku sempat Lower Six kat RPS, aku pernah satu team ngan dia wakil sekolah ke Forum Remaja Peringkat Daerah Kinta II somewhere kat Batu Gajah. Tak silap aku topik yang kitaorang dapat, 'Remaja Berswadaya Asas Masyarakat Berdaya Saing'. Kowang jangan tanya aku apa maksud berswadaya tu sebab aku pon dah tak ingat. Aku ingat lagi, punya la dok kontrol 'ensem' nak naik stage bila smpai giliran kitaorang (taim tu tak pakai tudung), aku tersalah langkah lalu jatuh tangga, siap melatah lagi, hu3x...Then, bila atas stage, terlalu excited sangat sebagai panel nak bercakap, mulut aku berlaga ngan mic, sakit siot! Walaupun team RPS dapat no 3 tapi aku di nobatkan Pemforum Terbaik, hah, terkejut giler aku! Kira bagus la Diana memanfaatkan kepetahan dia tu ngan menyambung study di UKM, amik Law. Body maintain jer tapi anak dah 2 tu, yang sulung dah 5 tahun. Suara dia best! Nyanyi lagu Menghitung Hari best, lagu2 omputeh macam Take A Bow -Rihanna pon best! Oh ya, dress putih tu dia baru beli kat KLCC on the way nak gi The Curve sebab awal2 tersalah pakai baju kaler merah.
Nota Kaki: Happy 28th Birthday to Normazlina Hapipi @ Nana Chan - 8 Julai 2009!
No comments:
Post a Comment