Thursday, July 23, 2009

Jeng...jeng..jeng...


Salam...

Ni lah kerja aku malam semalam, sampai sakit2 pinggang. Dok praktis guna Sony DSLR adik aku, Pok Yie. Dan sangat ternyata aku tidak mempunyai bakat dalam fotografi sebab gambar2 yang ku amik, tak cantik, takde story, etc. Agak2 bosan, aku carik la apa mende la mende menarik yang aku bley amik gambo, ek? Ku bukak kabinet tv ku, eh, eh...aku terpandang album gambar zaman2 sekolah. Eh, ok gak kan, memandangkan aku takde scanner.

Hik3x...ni wajah aku masa Tingkatan Satu kat SM Raja Perempuan, Ipoh. Muka suci bersih lagi...Masa ni ada event apa ntah kat The Royal Casuarina Hotel, Ipoh, kalo tak silap program under Pejabat Pendidikan Daerah Kinta or JPN untuk guru2 kat Perak. Kitaorang cuma setakat bawak bunga manggar jer, sekali ngan budak2 laki main kompang dari SM Raja Permaisuri Bainun. Harus la amik gamba tepi swimming pool kan, standard arrr tu...Oh ya, kasut hitam yang ku pegang itew adalah berjenama Bata yang wajib di sarung tiap kali nak makan malam kat dewan makan asrama, wawawa....

Hanya 6 orang perempuan berwajah manis dan cantik saja dalam batch aku terpilih untuk jadik pemegang bunga manggar, uwekkkkk! Dari kiri, Azrin Shafinar Azmi @ Azrin (now lecturer Cosmopoint, Perempuan Melayu Terakhir Negeri Perak nihhhh...)then, Yusmaniza Zainal Abidin @ Yuse (la ni pramugari MAS, still cantik, kalo pakai tudung macam Ekin Mawi), next, Syimar Masni Md Arshad @ Syimar (tengah wat Master Kaunseling kat UIA), Norrihan Baharudin @ Ann or Nen (kitaorang dah lost contact lama since tahun 2000, paling last aku jumpa dia masa dia study Mass Comm kat UiTM), pastu, Afzalina Abdul Rani @ Zam (hik3x...dia jer yang berjaya menunaikan impian untuk study Law dan jadik lawyer,kalo tak silap now kat Bumi Hiway as Legal Advisor). Yang paling ujung, aku ler, HR Exec yang kodok dan lurus bendul, hik3x...Kitaorang still contact lagi until now except ngan Ann. Hopefully sempat jejak kasih ngan dia before our 3rd Reunion next year!

Nota Kaki: Akan ku update gambo2 lain ketika zaman sekolah juga selepas ini, rindu sangat2 dengan zaman happening itu...Malas nak citer panjang now, nak tido awal, esok outstation gi Kuantan.

3 comments:

  1. Syimar Masni ni mcm aku kenal saja namanya...budak Econs kan? dulu Taaruf committee dgn aku kui kui kui weh dia penah jadi penari ker? dia tuh kan brutal gila, tak sangka pulak pandai menari tradisional kekekeke

    ReplyDelete
  2. Wah.. slim ko masa nih. Cun melecun gitu.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  3. saya ni member ann - kebetulan saya tgh cari dia punya facebook. saya ada no dia..0122654614 @ 0126377767

    ReplyDelete